TABUNG

30 October 2013

Pengalaman Baru Sebagai Pelakon Tambahan

Assalamualaikumm..


Nak kongsi sedikit pengalaman baru aku dapat sebagai seorang blogger hangat-hangat tahi ayam ni. Huhuhu. Masa cuti mid term baru-baru ni, tetiba ada inbox kat facebook daripada kakak blogger feveret aku, kak AsyikIzas

Kak Asyik : "Assalam, Fana kalau ada kt kl sabtu ni jomlah join jadi pelakon extra.. maybe akan dibyr nanti.."

Aku : "Alamak, fana segan laa.."

Kak Asyik : "Eh, sejak bila pulak tahu segan ni?"

Okay, nampaknya bagi Kak Asyik, aku ni muka tak tahu malu. Hahaha. Comel la Kak Asyik ni. Aku ni memang pantang terima cabaran. Sahut aje! Pengalaman kot ! Tak dapat dibeli dimana-mana. Itu yang lebih bermakna. :)

Dengan penuh bergaya, aku sahut cabaran tu. Berani pun sebab ada ramai geng blogger yang lain. Antaranya BroframestoneGiorgioIzasSyafiqahHashimxoxoDeqnoorEazy IzzuddinTengkuSyukri dan AsyikIzas. Oh ya, terima kasih Arjuna kerana sudi menemani dan berkolaborasi. Hahaha.

Lokasi shooting ialah di Empire Damansara dan bermula seawal 10 pagi. Ingatkan kitorang je yang terlibat, rupa-rupanya ramai lagi talent yang lain.

Kitorang diberi peluang untuk merasai beberapa scene yang terlibat dengan pelakon utama telefilem ni iaitu Siti Saleha dan Pekin Ibrahim.

Tengok la tu macam mana keadaan di lokasi.

Krew Produksi tengah bagi arahan kepada para pelakon.

Bila kita selalu tengok apa-apa drama mahupun telefilem dikaca televisyen, kita tak pernah terfikir macam mana la sebenarnya keadaan dilokasi itu sendiri. Nampak macam senang, tapi bila dah tengok dengan mata sendiri, sangat la susah sebenarnya.

Siti Saleha dalam sedang menghafal skrip

Selain dapat pengalaman baru di lokasi penggambaran, aku dapat jugak berkenalan dengan blogger-blogger hebat yang lain. Kebanyakan blog mereka dah berdiri dengan domain sendiri. Wow! Mereka jugak sangat la aktif dengan pelbagai event dalam kalangan blogger. Sumber inspirasi ni. ^^

Tengku Syukri dan Eazy Izzuddin

Macam biasa, pantang jumpa retis. Mesti nak bergambar aje kitorang ni. Bukan apa, ada juga kenangan nak diceritakan kepada anak cucu nanti kan?

Eazy Izzuddin dan Siti Saleha

Broframestone dan Siti Saleha

Memandangkan pertama kali jejakkan kaki di Empire Damansara, jadi apa yang aku nampak lokasinya agak strategik untuk dijadikan set penggambaran sebab struktur bangunannya cantik, klasik, elegant dan jugak tak ramai orang awam lalu lalang.

Paling teruja bila nampak satu lokasi yang ada banyak payung tergantung kat atas kepala kita. Dah la payung tu warna-warni. Memang sangat cantik. Sesuai untuk dijadikan lokasi tangkap gambar outdoor pengantin. Haaa, gitewwww!

Temanya sediakan payung sebelum hujan. LOL !

Telefilem ini merupakan salah satu telefilem daripada KASH PICTURES. Jom tengok macam mana rupa lokasi penggambaran.

Krew sedang sibuk dengan tugas masing-masing.

Director of Photography, Abang Mat Noor (duduk)

Hero bagi telefilem ni ialah Pekin Ibrahim. Siapa tak kenal dengan pelakon yang femes ni kan? Sewaktu sesi tinjau lokasi, salah seorang dari kami bertanya kepada penulis skrip telefilem ni, kenapa pilih Pekin sebagai hero?

Tahu apa yang dijawab oleh penulis skrip tu? "Sebab kami rasa Pekin sesuai dengan watak tersebut dan mukanya ala-ala Korean." Terkejut jugak dengan jawapan tu, tapi boleh laaaaa. Hahaha. Dah la Pekin ni sangat mesra dan lucu orangnya. Sembang dengan dia rasa macam dah kenal lama. Sangat down-to-earth orangnya.

Tapi satu je aku tak suka dekat Pekin, sebab dia panggil aku Najwa ! Pekin orang yang keberaparatusentah. -.- Tak suka okay ! Tak suka.

Bersama dengan hero, Pekin Ibrahim

Bersama Heroin, Siti Saleha

Kesian jugak tengok pelakon-pelakon ni. Bayangkan walaupun aku cuma jadi pelakon tambahan untuk satu hari pun dah rasa penat nak arwah. Inikan pulak para pelakon utama kan? Phewww! -.-'


Kesimpulannya, *eceh, macam buat karangan pulak* bagi aku, ini merupakan kenangan yang boleh aku jadikan sebahagian daripada rentetan hidup aku di muka bumi Allah ni. Ramai yang tegur dah femes la, retiss la, itu la ini la, tapi bagi aku ini rezeki aku dan cara hidup aku.

Bukan untuk kejar seuatu yang tak pasti tapi, aku ada matlamat aku sendiri. Jenis aku, aku memang sangat sukakan cabaran. Tak pernah kata TIDAK. Belum cuba belum tahu. Alhamdulillah, berkat semangat aku yang tak pernah padam, sokongan mak dengan abah lagi, aku rasa seronok buat apa yang aku sedang lakukan. :)

Tak sangka mak dengan abah dah mula faham dengan minat aku. Lagi galakkan ada la. Tu yang aku rasa sangat bertuah. Lagi-lagi di tahun 2013 ni. Banyak sangat benda menarik dan yang aku tak sangka akan dapat sampai ke tahap ni dah pun aku capai.

Eh, kalau cakap pasal ni sampai bila pun tak habis. Nanti aku buat entri khas hujung tahun. InsyaAllah. Sampai sini dulu. Jumaat balik KL dan tinggalkan Seri Iskandar yang penuh kusut ini. Yahuuuuu! ^^

Oh, lupa nak bagitahu, nama telefilem ni "Kisah Sebenar Bibah" dan bakal ditayangkan di TV9 pada penghujung tahun ini. Jangan lupa tengok!


Entri mereka mengenai Kisah Sebenar Bibah



Till next entry....


nfcs

12 comments:

  1. profitt lah ... hehee. najwa? najwa latip ker? heee

    salam ukhuwwah dari saya .. :D

    ReplyDelete
  2. hehee..seronok berlakon dgn fana ri tu..heheheee..
    extra pun extra laa..pengalaman tu yg penting..
    wink wink ^_^

    ReplyDelete
  3. @♫♪ ~ Naurah_Nawwarah ~ ♫♪
    Profit pon boleh ! Hahahaha. Tak sukanya orang cakap kite sama dengan Najwa Latif. -.-

    ReplyDelete
  4. @Syafiqah Hashim
    Kann? Pengalaman yang sangat berharga ! :)

    ReplyDelete
  5. apa khabar najwa latipppp..hehe..tme ksh sudi join aritu..:)

    ReplyDelete
  6. wahhhhhhhhhhhhhh bestnyaaaa... so jelly

    ReplyDelete
  7. haha. why? okay2, xsuka menumpang fofulariti najwa.. okay.. heheee. bonus latu maknanya..

    nanti org pomot2 'alaa, fana yg mcm muka najwa latip tu haaa...' dah dpt job baru.. kannnn?

    hehee

    ReplyDelete
  8. @CikPuanTatie
    Alamak, jangan la jelly dengan kite. Hihihi

    ReplyDelete
  9. @♫♪ ~ Naurah_Nawwarah ~ ♫♪
    Hahaha. Kannn? Tapi tak baik la menumpang populariti orang lain ni. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya..jumpa entri ni sbb tgh google lokasi yg ada payung2 tergantung tu. Tgk dlm cite bibah tu cantik sgt. Hikhik. Nway salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  11. Wahh best nya dpt pelakon dgn artis² yg terkenal ni boleh tak kalau saya pun ni join skli berlakon boleh lah saya rasa mcm mne dpt berlakon dan artis² ni

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...