TABUNG

22 October 2013

#ChurpOut2013 @ Outdoor Park Setia City Mall

Assalamualaikum..


Hello guys !


Wahhh, lama jugak tak update blog. Haiyakkk! Kesibukan melanda sebab mid term break pun dah tamat. Now, back to the class. Sobs. Sobs. Sobs.


So, entri kali ni nak share something yang sangat best dan paling dinanti-nantikan. Yahooo! Eh, over eksaited pulak kan? Okay, nak share sikit mengenai #ChurpOut2013 yang telah pun berlangsung pada hari Sabtu lepas.



Sebenarnya aku dah lama tunggu. Terlalu banyak email yang aku dapat daripada ChurpChurp mengenai event yang bakal berlangsung di padang Setia City Mall.


#ChurpOut2013
Date: 19 October 2013 (Saturday)
Time: 11am – 8pm
Venue: Outdoor Park, Setia City Mall


Antara yang menarik di #ChurpOut2013 ialah, reverse bungee yang disertai oleh our Alphas !


Seronok tengok orang main game ekstrem macam ni kan? Tapi, nak try tak berani. Hahaha. Kesian dekat our Alpha Yuyu Zulaikha sebab tak dapat join bungee dek berat badan yang tidak mencukupi. Takpe Yuyu, next time boleh cuba lagi okay ! Tak sempat nak bergambar dengan Yuyu. T.T


Antara Alpha yang join bungee ialah Redmommy yang sangat versatil melakukan bungee beliau. Hahahaha

Redmommy

Antara yang aku tak sabar nak cuba juga dah pun selamat aku cuba. Yesss! Memang sangat sedap. Haaa, nak lagi pelishhhh !


Kyochon merupakan ayam goreng yang sangat femes di South Korea. Yang paling best ialah Kyochon merupakan makanan kegemaran Super Junior ! Sorry, Sorry, Sorry *sambil buat gaya lagu tu* Hahaha. Peminat tegar Super Junior masing-masing tak menang tangan bergambar dengan standee Choi Siwon kat depan booth Kyochon.



Kalau korang tanya aku apa rasa Kyochon ni aku boleh cakap rasa dia macam korang makan ayam goreng yang disaluti cili. Pedas gila weyyy! Tapi sedap nak arwah. Yang tak pedas tu pulak walaupun biasa je tapi sedap. Lagi-lagi makan time tengah rangup lagi. Perghh! Meleleh air liur.

Selain Kyochon, aku try jugak main Giant Bubble yang selalunya ada dekat Putrajaya. Orang panggil Giant Bubble Putrajaya sebab korang memang akan jumpa benda alah ni kat sana je. So, kali ni #ChurpOut2013 bawak tauke Giant Bubble ni. Apa lagi, jom main !



Ekasited weyy first time main Giant Bubble ni. Seronok gila bila tengok bubble kita besar. Hahaha. Then, yang paling aku eksaited ialah nak jenjalan dekat booth yang jual baju-baju. Sebab apa? Sebab ni !


Dan jugak ini !


Hamis Jalikaaaaaaa......

Ohemgeeee ! Dari beliau blogger dengan blog beliau yang comel selalu masuk surat khabar tu sampai dah jadi pelakon, sekarang pulak jadi pengacara, aku masih lagi meminati beliau. It's Hanis Zalikha yawww! Ya Allah, si gadis berpipi comel ni sangat la tinggi rupanya. Badan cantek, semua cantek. Rasa nak cubit je. Haha. Hai Keknis ! *lambai-lambai tangan*


Amacam? Best kan semua aktiviti yang disediakan? Walaupun aku tak dapat join semua aktiviti tapi aku happy gila sebab dapat badge #ChurpOut2013 yang sangat la limited ni kan katakau ! Senang je nak dapatkan badge ni. Cuma perlu tangkap gambar di #ChurpOut2013 dan upload di Instagram dan hashtag dan tunjuk dan menang!



Makanya dengan pantas dan tuntas la aku tangkap gambar dan upload dan hashtag !


Taraaaa! Hahaha. Hakak belakang tu semangat tolak stroller baby didalam lecah yang mengotorkan kasut ku ini. Takpe. Demi #ChurpOut2013 ! Hihihi. Dan hasil daripada gambar di atas aku dapat la seketul badge yang comel untuk dijadikan kenangan. :)


Waaaa, manyak happy maa. Walaupun agak lewat sampai tapi kitorang sangat enjoy #ChurpOut2013 ! Kali ni aku pegi dengan arjuna dan rakan blogger syafiqahhashimxoxo 




Terima kasih pika sebab sudi bersama-sama fana meredah rumput yang agak lecak tu. Hahaha. Tapi seronok sangat kan? Yang paling best sebab dapat jumpa dengan blogger omey lagi sorang ni. Hehehe. Tudiaaaaa, Mek Onie in da house yawww!

Pika, Mek Onie, Fana, kawan Mek Onie



Apa yang aku boleh cakap, Outdoor Park dekat Setia City Mall ni memang sangat sesuai untuk #ChurpOut2013 ! Sebabnya bila tangkap gambar nampak cantek je dengan rumput, lapangnya lagi. Suka sangat !




Nak photoshoot pun cantik ni. Next time akan datang sini lagi. Hihihi. Apa-apa pun thank you ChurpChurp for the invitation. Really had fun on that day ! Hope to see you guys at #ChurpOut2014 soon. Hahaha.

Oh ya, bantal DOOF tu sangat best. Tak sempat nak bergambar dengan bantal tu. Bila diletak tengah padang berselerak bantal-bantal tu nampak sangat cantik ! Rasa macam nak curi satu bawak balik. Hihihihi.


Semoga berjumpa lagi churpers sekaliannnn! ^^


nfcs

6 comments:

  1. yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy,happy dapat jumpa fana :D

    ReplyDelete
  2. kawan mek onie...hihi...kitorng pon baru je jumpa hari tu jugak...hehe nice to meet u...salam kenal ;)

    ReplyDelete
  3. @Mek Onie
    Hehehehe. Harap dapat jumpa lagi pasni ! :)

    ReplyDelete
  4. @Shiqin Sunshine
    Alamak, fana lupa nak tanya nama hari tu. Hihihi. Nice to meet you dear !

    ReplyDelete
  5. dengan arjuna? siapakah dia... he..23x <- kantoi detected :)

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone
    Alamak, bro ni suka bikin kontroversi la. huhuhu

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...