TABUNG

11 October 2013

PINENG Nyawaku !

Assalamualaikum..


Di zaman teknologi serba canggih ni, semua kerja nak buat mesti melibatkan smartphone. Walaupun cuma nak transfer duit daripada Maybank2u sebab beli baju atau tudung online. Sebab tu la aku sayang sangat dekat Baby S ni. Hukhukhuk.


Alhamdulillah, dah nak dekat setahun aku guna Baby S. Memang sangat memudahkan urusan aku. Antara yang membantu ialah bila aku tengah pening fikir nak makan kat mana, aku cuma perlu scroll Instagram je untuk tengok apa yang orang lain post. Tup tup, dapat terus idea nak makan kat mana. Haaa, gituuu!


Lagi satu, dengan adanya smartphone ni, senang untuk kita kongsi macam-macam. Contohnya, masa raya. Highway akan jadi jem teruk sebab semua orang nak balik waktu yang sama. So, bila ada smartphone kat tangan, cuma bukak Twitter, cek Plusline1800880000 punya Twitter dan boleh tahu jadual perjalanan yang disediakan.


Dan, sejak bulan puasa hari tu memang aku banyak event nak pegi dan memerlukan aku untuk upload gambar on-the-spot, jadi Baby S memang sangat sangat berguna. That's why i love you Baby S ! :)


Lepas beberapa bulan aku pakai Baby S, aku dapat rasa bateri kemain teruk lajunya. Lagi-lagi bila kita on data plan. Ya Allah, tak sampai dua jam bateri yang tadinya 100% dah tinggal 30%. Memang aku tak dapat nak tahan la bila tetiba Baby S 'meninggal'.


Rasa macam takde life dah bila Baby S habis nyawa. Astaghfirullahalazimmm. Mana taknya, tak boleh scroll Twitter, Facebook, Instagram, e-mail, nak check in Foursquare pon dah tak boleh dah. -.-


Dalam pada memerlukan nyawa untuk Baby S tu, aku mula survey brand-brand bank kuasa atau dalam bahasa glemernya powerbank. Banyak sangat ! Terlalu banyak. Tapi, nak pilih yang betul-betul berkualiti tu susah jugak sebenarnya. Kalau tak ada duit lagi susah.


Survey punya survey, jenama punya jenama, aku akhirnya buat keputusan untuk cuba satu jenama yang mana aku tengok ramai artis guna dok promote sana sini kan? Lagi pula, aku memang dah lama follow instagram The Faiz Ibrahim, si tauke powerbank yang terkemuka tu.


Terdetik hati untuk beli jugak jenama PINENG. Tak fikir dah Yaobao ke apa ke. Memang aku tak nak. Dalam hati dah tekad nak beli PINENG jugak. Salah satu sebabnya ialah PINENG ada warna gold ! Eksklusif sangat !!


Jadi, dengan melaburkan duit sebanyak seratuspatpuloh ringgit maka aku berjaya membeli PINENG 11,200 mAh berwarna GOLD ! Happynyaaaaa! ^^












Setakat ni aku dah guna dan dah dua kali cas powerbank ni. Tapi, powernya bertahan gila hebat ! Aku boleh guna untuk cas Baby S empat atau lima kali kot sampai penuh. Lagi satu, PINENG ada sediakan digital percentage so, korang boleh tahu berapa banyak lagi power yang ada kat powerbank tu.


Aku cas Baby S tiga kali pun power dalam powerbank ni masih ada 64% lagi. Tahu tak ohsem gila? Pergh! Seronok sangat. Siap boleh share dengan kawan-kawan bila diorang punya smartphone habis bateri. Memang tak rugi pinjamkan dekat kawan-kawan.


So, aku dah jumpa dengan nyawa aku iaitu Baby Gold peneman setia Baby S. Korang bila lagi? Harga pun sangat berpatutan kot. Memang aku rasa powerbank ni merupakan salah satu benda penting yang perlu ada dalam handbag bila aku pegi mana-mana.


Nasihat aku, kalau nak beli pastikan yang betul-betul original beserta warranty. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat serbu The Faiz Ibrahim di Instagram, website dan Facebook. Search je "The Faiz Ibrahim".


nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...