TABUNG

06 July 2012

:: Final oh! Final ::

Assalamualaikum..

Waaaaa ! Macam tak percaya yang hanya tinggal lebih kurang sepuloh helai kertas sahaja yang perlu dijawab. Bersamaan dengan dua subjek. Kegigihan tangan dan otak bekerja membuatkan gigihnya jantung mengepam darah. Sampai aku pegi klinik 1Malaysia untuk berjumpa pakcik doktor.


Pakcik Doktor : "Pasaipa ? Sakit apa?" tanya Pakcik doktor dengan penuh kasih sayang.
MM                : "Sesak nafas. Tak tahu kenapa. Selalu sangat jadi macam ni".
Pakcik Doktor : "Hang ni selalu takut ka? Selalu gemuruh ka? Ka takut nak jawab periksa?"
MM                :  "Eh, tak pulak. *gelak. Selalu jadi macam ni bila penat. Sejuk pon sama."
Pakcik Doktor : "Ada dak dalam family yang ada semput?"
MM                : "Adik bongsu je yang ada lelah."

Pakcik Doktor pun cek sana sini, depan belakang guna earphone dia yang boleh dengar degupan jantung tu.

Pakcik Doktor : "Semua ok. Tak ada apa-apa. Tekanan darah pun ok. Tak pa, pakcik bagi hang vitamin sikit, nanti makan. Kalau tak elok jugak, mai sini balik naa."
MM                : "Ok, terima kasih ye!"

Ha, tu la. Tekanan exam punya pasal. Sampai sesak nafas jadinya. Aku rasa sebab aku punya keadaan dalam dewan exam tu yang buat aku stress. Ada ke patut bila aku panas, aku mintak la salah sorang dari pengawas yang jaga exam tu bukak kipas. Aku tengok kipas satu dewan tak bukak. Tak tahu ke panas? Huh! Sepuloh minit kemudian, tak jugak dia bukak. Kedekut !

Hari ni, aku rasa lega sebab tarikh untuk aku balik umah makin hampir. Balik untuk dua bulan tanpa menjejakkan kaki di Perak langsung. Hahahaha.

Tension lagi satu sebab tak dapat makan durian walaupun musim durian tengah menyerang Perak ! Tension bagai nak rak sampaikan aku rasa macam nak balik KL sekarang jugak mintak Abah belikan durian berbijik-bijik.

Dan, akhirnya.............






Dapat jugak melepas kempunan. Hohoho. Thank you kepada yang sudi menjadikan impian saya sebagai kenyataan. :)

So, teruskan semangat final tersebut. 11 hari je lagi. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah. Lega dapat tengok muka kawan-kawan lepas jawab exam. Macam-macam reaksi ada. Dekan ? Mudah-mudahan.

nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...