TABUNG

26 March 2013

: Akhirnya :

Assalamualaikum..


Hello ebelibadi ! :)


Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je main mercun pum pang pum pang depan rumah tokwan yang dulunya ada bukit tinggi, boleh panjat, atas bukit penuh dengan tahi lembu, berudu, lalang dan sebagainya.


Dulu, masa tokwan masih ada, semuanya seronok belaka. Balik kampung pun terasa bahagia sebab setiap pagi, lepas je menggeliat sampai kekadang kaki kejang gara-gara terlampau syok menggeliat, celik mata, pergi dapur, mesti ada roti canai, kuah dal, sambal. Lengkap ! Bangun-bangun terus ngap ! Nikmatnyaaaa.


Dah hampir dua tahun dah tokwan pergi mengadap Ilahi. Hanya Tuhan je yang tahu betapa rindunya pada tokwan. Semoga roh tokwan tenang disana. Tokwan pergi tanpa sempat melihat satu-satunya lagi anaknya yang masih bujang berkahwin.


Baru-baru ni, Mak Tam telah disunting oleh seorang jejaka yang berasal dari Perak. Jejaka yang masih belum berkahwin, berusia empatpulohlima tahun telah melamar Mak Tam untuk dijadikan suri hidupnya. Alhamdulillah, kedua-duanya bujang. Mungkin jodoh mereka agak lambat memandangkan Mak Tam pun sudah melangkau ke usia empatpuloh tahun.


Setiap orang telah ditentukan jodohnya sejak mereka berusia empat bulan dalam kandungan ibunya. Cuma, masa untuk jodoh itu tiba kita sendiri tak tahu. Benar. Jodoh itu rahsia Allah. Kita tak mampu membongkarkan rahsia yang terlalu besar itu.


Aku cuma doakan Mak Tam menjadi isteri yang baik kepada suaminya nanti. Mak Tam akan berkahwin dengan bakal Pak Tam pada bulan ini. Insha Allah, kalau tak ada aral melintang, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang telah dirancang.


Sempat juga aku pulang ke kampung di Sungai Petani baru-baru ni untuk melihat sendiri sambil memeriahkan, memberikan semangat dan menambahkan kegembiraan kepada Mak Tam pada hari pertunangannya.

Majlis Pertunangan Mak Tam
Tarikh : 16 Mac 2013
Tempat : Tikam Batu, Sungai Petani.





Mudanya  Mak Mertua Mak Tam



Mak Su, Shada, Mak Tam, Fana
Hantaran digubah oleh Mak Su

Pelamin indah

Sesi Outdoor !





Pelamin dan baju oleh Mak Su. Oh ya, hantaran juga. Mak Su memang sangat hebat dalam andaman. Nak jadi macam Mak Su satu hari nanti. :)


Pesanan khas buat bakal Pak Tam :

"Mohon jaga Mak Tam baik-baik. Didiklah Mak Tam menjadi isteri yang taat pada suami. Semoga dapat berikan kasih sayang yang mencukupi kepada Mak Tam. Semoga hubungan kalian berkekalan hingga akhir hayat."

Zirah - Sepupu

Tahniah jugak buat zirah dan shada (sepupu) yang dah selamat bertunang dalam bulan yang sama. Tiga orang sekaligus ni hoi. Penuh la kenduri tahun ni. Hahaha.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insha Allah. :)


nfcs

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...