TABUNG

12 February 2014

FLASHMOB HIJABISTA DI KARNIVAL KARANGKRAF 2014

Assalamualaikummm..



Ramai yang histeria, trauma dan terkena kejang urat selama beberapa jam sebab fana asik upload gambar dengan artis pujaan diorang dekat Instagram. Maafkan fana ye kawan-kawan. Bukan niat nak buat macam tu tapi fana rasa penat kejar artis tu berbaloi bila dah upload gambar tu di laman sosial yang ada. Wakakaka !




Sebenarnya entri ni fana bukan update untuk jeleskan pembaca blog fana, tapi fana cuma nak berkongsi pengalaman menjadi salah seorang hijabi untuk Hijabista Flashmob. Apa tu ye? Okay, untuk pengetahuan korang, setiap tahun Hijabista memang akan mencari volunteers untuk join flashmob di booth Hijabista sebab ini merupakan keunikan yang ada di booth Hijabista. :)

Bersama hijabi flashmob 


Fana pasti, ramai yang hadir di Karnival Karangkraf 2014 akan nampak kelibat beberapa hijabi cantik, gojes dan cecomel di booth Hijabista. Hihihi. Ha, kitorang la tu. Tak malu kan puji diri sendiri. Tak la, sebenarnya jujur fana cakap, kebanyakan mereka yang join Hijabista Flashmob memang cecantek. Happy kenal dengan diorang semua tu.

Event coordinator Hijabista, Kak Atin

Krew Hijabista, Kak Mira dan Kak Aina
Hijabista's fashion stylist, Kak Alin
Tapi, fana nak ucapkan terima kasih bebanyak buat team Hijabista sebab sudi jemput fana dan kengkawan join event ni. Pengalaman yang takkan dapat dilupakan. Terima kasih Kak Suzi sebab sudi jemput kitorang, terima kasih Kak Atin sebab call dan whatsapp fana ajak join event ni, terima kasih Kak Hana sebab sudi jaga kitorang, pesan suruh makan, suruh jangan main panas, layan kitorang dengan best sekali walaupun kitorang banyak main je kan? Fana nak mintak maaf bagi pihak yang lain kalau kitorang tak banyak membantu Hijabista dari segi jualan. Huhuhu. Terima kasih semua. :')

Wall of fame
Selain Hijabista ada banyak lagi booth majalah dibawah naungan Karangkraf yang buka booth dan diorang jugak sangat sporting. Sepanjang tiga hari kat sana, diorang pun dah kenal kitorang dah. Hahaha. Mana taknya satu hari berapa kali kitorang round satu tapak karnival. Habis kulit muka burn, berbelang macam kuda belang. Kena sangat dengan tema Safari yang diketengahkan oleh Karangkraf bagi karnival tahun ni.


Kaunter pendaftaran Hijabista Model Casting
Di booth Hijabista juga berlangsungnya pencarian model-model baru bagi diketengahkan di dalam majalah Hijabista. Itu yang paling menarik. Sebab apa yang fana tahu, ramai sangat hijabi diluar sana yang selalu tertanya-tanya macam mana nak jadi model untuk majalah Hijabista ni. Alhamdulillah, casting di booth Hijabista mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan sekali. :)

Hijabista Model Casting
Selama tiga hari di Karnival Karangkraf 2014, fana sempat bergambar dengan beberapa orang artis yang hadir bagi memeriahkan karnival. Ternyata mereka semua sangat sporting dan best ! Sempat melayan kerenah peminat-peminat setia mereka. Salute !

Bersama pelantun suara lagu Cinta Sesungguhnya
Bersama Soo Wincci dan Brian dari Masterchef All Star
Bersama Ameer Forteen
Bersama model, Shahar Abdul Salam
Bersama Chef Celina dari Masterchef All Star
Bersama Wak Doyok dari The Garment Movement

Sejujurnya, pengalaman yang fana dapat ni sangat la bernilai. InshaAllah, fana teringin sangat join jika diberi peluang lagi oleh majalah Hijabista untuk menjadi salah seorang daripada krew Hijabista. Seronok sangat dapat kenal dengan semua orang dan fana akan rindukan saat-saat ni. :')

Sehari selepas Karnival Karangkraf 2014 melabuhkan tirainya, fana dapat whatsapp daripada salah seorang kawan fana, dia hantar gambar ni. Tak sangka dalam beribu pengunjung yang datang, gambar ni jugak yang photographer Sinar Harian ambik. Hehehe. Dapat jugak merasa muka masuk surat khabar kan? Thank you Sinar Harian.


Tamat sudah tugas sebagai Hijabi Flashmob untuk booth Hijabista. Berbaloi ke jadi hijabi flashmob ni? Dah la panas. Tak penat ke? Memang, penat sangat sebab satu hari dekat tapak karnival dengan panas teriknya, sakit kepala, tapi serius cakap ianya sangat bernilai sebab ramai sangat yang nakkan peluang ni. Tapi, kitorang yang dapat. Terima kasih Hijabista kerana sudi jemput kitorang.
Hijabi Flashmob Hijabista 2014

Jutaan terima kasih buat team Hijabista kerana sudi menerima fana sebagai salah seorang daripada ramai yang ada. Semoga dapat jumpa lagi satu hari nanti. Pengalaman dengan team Hijabista merupakan yang paling best pernah fana alami.

Team Hijabista bergambar bersama CEO Karangkraf.

Thank you for reading. :)


xoxo,
nfcs

10 comments:

  1. thanks fana ajak akk sekali aritu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 akak. Thanks sebab sudi join flashmob. :)

      Delete
  2. wahh tacink nye entry nii...huhuhu~~ thanx sbb sudi ajak kite jugak ;) best kwan ngn korang! hehe ^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nape tacing shiqin? Tu la, ada jodoh nanti kite jumpe lagi okay. ;)

      Delete
  3. Replies
    1. Shopping buku aje la pun. Nama pun karnival karangkraf kan. Hehe

      Delete
  4. wah!! bestnya.. hehehehehe... nanti try tau burger tu. ambik masa 8 minit pulak.hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah masing-masing berikan pose Vogue. Kelas kau Jah. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn? haruslah vogue. Nak masuk Hijabista ni. Hehe

      Delete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...