TABUNG

21 September 2018

Kos Bersalin Secara Normal di PPUM


Assalamualaikum.



Rasa macam kekok pulak nak menaip sebab hampir dua bulan jugak asik makan tidur je dekat rumah tu. Alhamdulillah, fana dah berjaya habiskan pantang selama 44 hari. 25 Julai lepas, fana baru je selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Fayyadh Dayyan. Baby sihat dan semakin membesar dengan jayanya.


Fana nak share sedikit info tentang kos bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kawan-kawan. Pemilihan tempat bersalin ni dibuat lepas berbincang dengan suami dan family. Macam fana, first appointment di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) nurse dah tanya nanti nak bersalin dekat mana. Seingat fana waktu tu usia kandungan baru 12 minggu.


Selepas perbincangan dengan suami, kitorang pilih nak bersalin di PPUM instead of HKL sebab PPUM dekat je dengan rumah. Dalam 10 minit je jarak dari rumah nak ke PPUM. Senang sikit nak pergi check perut pagi-pagi kan? PPUM bukan hospital government tetapi semi-government. Untuk kakitangan kerajaan, mungkin tak kena bayar kalau bersalin di PPUM. Fana dan suami bukan kakitangan kerajaan jadi kena la bayar setiap servis yang diterima ye.


Macam mana nak booking bersalin di PPUM? Berapa kos untuk booking bersalin?

Okay, fana banyak sangat dapat soalan macam ni masa bersalin hari tu. So, fana kongsikan serba sedikit info melalui pengalaman fana ye. Untuk bersalin di PPUM, korang perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Fana booking masa usia kandungan nak masuk 5 bulan waktu tu.


Masa nak booking tu, korang perlu bawak Buku Pink, fotostat kad nikah dan kad pengenalan. Pergi ke kaunter di Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, ambik nombor untuk pendaftaran. Masa ni nanti diorang akan tanya serba sedikit la pasal kandungan tapi mostly diorang akan refer terus je dekat buku pink tu nak tengok korang ada komplikasi apa-apa ke tak. Next, dia akan bagi korang tarikh appointment seterusnya. Ha, next appointment tu nanti baru korang bawak duit deposit sebanyak RM500. Ni memang syarat wajib ye. Korang kena bayar RM500 sebagai deposit.


Antara kos-kos lain yang korang perlu bayar sepanjang checkup di PPUM ialah kos pendaftaran setiap kali datang checkup sebanyak RM16. Kos Ultrasound sebanyak RM20 setiap sesi. So far fana sempat buat dua kali Ultrasound dekat PPUM. First sonographer macam sombong sikit. Hahahaha. Second time scan dapat sonographer yang ramah sikit so boleh la tanya macam-macam. Antara soalan fana sering tanya dekat sonographer macam air ketuban cukup tak, kepala baby dekat bawah ke, uri dekat atas ke. Ni soalan wajib la sebab benda-benda ni penting ye. Yang lain tu serahkan je pada sonographer. Basically diorang akan inform pasal saiz baby tu selari tak dengan usia kandungan, berat baby, struktur tulang dia, jantung dia, baby ada cleft bibir tak, Alhamdulillah baby fana semuanya normal.


Kalau checkup dekat PPUM perlu pergi KKIA lagi ke?

Fana pergi dua-dua. Sebab dekat KKIA semua details checkup tu dia rekod dalam buku pink. Pastu beza KKIA dengan PPUM, dekat KKIA check HB, dekat PPUM tak check cuma check urine, berat dengan tekanan darah. Fana pergi dua-dua sebab fana sebenarnya lebih selesa checkup di KKIA. Walaupun kalau nak ikutkan bila kita dah start checkup di hospital, tak perlu dah pergi KKIA. Fana dah tanya nurse dah, nurse pun cakap macam tu. Depends la korang nak macam mana. J

Jumlah kos yang fana bayar selepas bersalin di PPUM.

Alhamdulillah, selepas bersalin fana dibenarkan keluar wad sebab semua okay. Fana bersalin time maghrib. Esoknya fana dah boleh discharged. Jumlah yang fana bayar sewaktu discharged cuma RM19.50 je. Maksudnya total bersalin secara normal Cuma RM519.50 sahaja. Ini fana punya bil. Jumlah bil lain-lain bergantung pada servis apa yang korang dapat sewaktu di wad ye.


So, harap entri ni membantu korang yang nak bersalin di PPUM nanti. Fana doakan semoga proses melahirkan nanti berjalan lancar. Nanti fana share dengan korang pengalaman bersalin pulak di entri yang seterusnya okay?



xoxo,
fana

19 comments:

  1. Time saya kena dalam 1.5k lebih sebab kene refer dekat PPUM, ambik epidural lepas office hour dan masa bersalin tu boleh pulak demam. Banyak treatment kene. Memula nak bersalin dekat Klinik Bersalin Annur dekat Shah Alam. Tetiba air ketuban pecah, dieorang tak nak terima kes saya. Terus refer ke PPUM. Nasib baik waktu tu dapat semua doktor perempuan kecuali doktor epidural chinese male.

    So far, memang puas hati servis dan layanan dekat PPUM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadzi ceaser ke?

      Betul. Servis dia sangat puas hati. Nurse baik. Hehe

      Delete
  2. Bila boleh jumpa Fayyadh ni. hmmmm

    ReplyDelete
  3. sis nak tanya boleh ya cekup dua2 kkai & ppum.. kiranya apa yg kkia dah buat nnti ppum dah xbuat la yer. contoh macam minum air gula n cucuk kancing gifi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fana checkup dua-dua. Mana yg KKIA dah bagi hospital takkan buat dah. Diorang akan refer buku pink. :)

      Delete
  4. aida bersalin ketiga2nya di GH melaka, fana.
    guna GL saje hi hi hi hi...
    anak ke2 dan ke3, asben offerla utk bersalin di spital swasta dekat jer dgn umah ni.
    aida yg kedekut ni, tak la tima offer dia.
    alhamdulillah semua proses bersalin dipermudahkan. jap je. normal semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mana-mana hospital pun dah okay kan skrg ni. Swasta pun tetap sakit jugak. Hehehe

      Delete
  5. Salam fana, nak tnye.. if Kita kene tahan 2,3 hr Dan induce to Normal birth.. agak2 Kos semalam bpe eik?

    ReplyDelete
  6. Salam fana, nak tnye.. if Kita kene tahan 2,3 hr Dan induce to Normal birth.. agak2 Kos semalam bpe eik?

    ReplyDelete
  7. Salam fana, nak tnye.. if Kita kene tahan 2,3 hr Dan induce to Normal birth.. agak2 Kos semalam bpe eik?

    ReplyDelete
  8. SALAM NAK TANYA.HUSBAND BOLE MSUK LABOR ROOM KE?N DOKTOR YANG SAMBUT BABY DOKTOR PEREMPUAN KE?

    ReplyDelete
  9. Kalau xde buku pink sbb x pnh buat..boleh terus besalin dkt ppum x? Mrk terima x?

    ReplyDelete
  10. slm.. nak tnya, sy ada buku pink tp check kt swasta.. boleh bersalin kt ppum x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. sy pn check up kt swasta n bersalin kt ppum.. as long as ada buku check up, diorg trima

      Delete
  11. slm.. nak tnya, sy ada buku pink tp check kt swasta.. boleh bersalin kt ppum x?

    ReplyDelete
  12. salam fana nk tnya suami boleh masuo teman skli x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau bersalin normal.. dulu x boleh.. start 2016 bru dibenar kn suami masuk bilik bersalin

      Delete
  13. Assalamualaikum, saya nak tanya wife saya dah 38bulan mmg anytime lah ni, tp sy nak beralih dr private ke ppum sbb dr krg ramah dan strict,blh ker diaorg terima sbb buku laporan dia xbg, dia bg kad appointment shj,blh ker ppum terima?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...