TABUNG

21 August 2011

:: Kongsi Minuman, Sudu?? Eeuuwww! Geli kott!! ::

Assalamualaikum..



Bluuurrrppp..... kenyang berbuka puase td? Alhamdulillah. Tarawikh? Hehehe.. Tinggal 10 hari lagi kita dalam bulan Ramadhan ni. Ramai ramai la rebut peluang ganjaran Lailatul Qadar ye. Hari ni aku nak kongsi tahap kegelian aku yang melampau lampau sejak kecik lagi.


entry ni tak de kne mngena dgn kes rumah tangga JIMMY..haha


Aku selalu tengok couple yang sedang angau kat luar tu makan, minum kongsi. Maksod aku, diorang tu berkongsi straw untuk minum, berkongsi sudu untuk makan. EEEEEEE..korang tak geli ke? Air liur pakwe ko melekat kat straw tu pastu ko lekapkan bibir ko plak kat air liur die tu? Ish! Aku memang pantang. Geli kotttt!!!

Aku memang geli sangat bab bab berkongsi ni. Kadang kadang selera aku kat air carrot susu yang pekat mengancam tu terus tergugat dek kawan aku mintak nak hisap sikit air aku tu. Macam macam kot yang aku pikir. Air liur die, ish! Jangan cerita la. Bukan aku ni jenis yang nak pandang hina kat orang yang mintak air kat aku, tapi serius, aku memang geli sangattt. HARAP MAKLUM!



M.I.P pon dah paham sangat dengan fobia aku dengan air liur orang lain ni. Dia akan cuba sedaya upaya untuk tak gunakan straw aku kalau die nak rasa air aku, akan guna sudu dia sendiri kalau dia nak rasa spagheti aku yang berselera tu. ;))


Aku dah puas search kat pakcik google ape jenis fobia aku ni. Tapi tak pulak jumpe. Kalau korang taw aku ni fobia jenis ape, sila la bagitaw aku ye. Huhuhu.. Nanti senang aku nak isi dalam borang kesihatan. Hahaha.


Melalui pemerhatian aku, aku tengok ade sesetengah makcik tu, dia dengan selamba hisap botol susu anak dia. Aku tak taw apa fungsinye. Mungkin nak rase susu tu manis ke tak or panas sangat ke. Tapi anak dia dah hisap susu tu, tiba tiba ngap!! Masuk mulut mak dia. Memang la air liur baby, tapi aku still geli sangat. Mungkn bila aku ada anak nanti aku takkan buat macam tu, takkan sesekali. Walaupun anak aku sendiri. GELI TETAP GELI!


So, pesanan aku kat kawan kawan baru aku nanti, korang tak payah la mintak air ke nk makanan aku ke.. Sebab aku geli sangat kot. Korang boleh mintak kat orang lain kn? Hehehehe..bukan kedekut tapi aku geli. Kalau korang mintak air aku, aku akan bagi terus kot. FREE je. Sebab aku takkan minum air tu balik. Kalau korang betol betol nak rase air atau makanan aku, SILA GUNA BEKAS SENDIRI. Aku akan letak dalam bekas korang then korang boleh la rasa puas puas ok! ;))


p/s : Jangan lupa niat puase! ;))

Byeee.... Good Night peeps!

2 comments:

  1. HAHAHAHAHA XGELI PUN..MENGERATKAN SILATURRAHIM TAU..KEKEKEKEKE.. ;P

    ReplyDelete
  2. Tapi seriously, fana mmg sgt geli..mgkn xdibiasakn sejak kecil kot..hehe

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...