TABUNG

27 August 2011

:: Jom pakat serbu KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ::

Assalamualaikum..

Entry yang kedua untuk malam ni kot. Hahaha. Tetiba teringat yang siang tadi mak aku yang comel tu ajak la si Ikhwan gemok (mak aku mengasuh) pegi Majlis Perasmian Kedai Rakyat 1 Malaysia kat kawasan umah aku. Ala, kat Pantai Permai sebelah Bangsar South tu.


Sape yang rasmikan taw? Tan Sri Muhyidin Yasin dengan bapak angkat aku la. Dato' Raja Nong Chik yang handsome dan jambu tu. Haish! Tak tahan tengok muka bapak angkat aku tu. haha..


Kedai Rakyat tu betol betol kat sebelah Klinik 1 Malaysia. Kawasan perumahan umah aku memang sangat strategik la sampai diowang nak buat kat situ. hahaha. Bongkak sungguh aku.


Barang barang pulak sangat berpatutan ok. Sebab Kedai rakyat 1 Malaysia ni adalah kerjasama dengan tauke MYDIN tu. Tu yang harga barang barang kat kedai ni macam harga MYDIN. Tadi mak aku teruja tengok harga beras cuma RM16. Kalau korang beli kat kedai kedai runcit harga dia lebih kurang RM 26 taw? So, ape tunggu lagi? Jom serbu Kedai Rakyat 1 Malaysia.


Setakat ni yang aku taw baru 3 outlet depa tubuhkan. Satu kat umah aku, Pantai Permai, satu lagi kat Dewan Komuniti Bandar Tun Razak kot. Satu lagi dekat betol betol LRT Kelana Jaya.

Nak tengok macam mana rupa KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ni? Jom. Bleh bace kat SINI jugak..

Ni pulak laman web kedairakyat1malaysia . Jum serbu.



Ni masa perasmian dekat Bandar Tun Razak..


Ni pulak katalog harga barang kat kedai t. Korang bleh tengok sendiri betape murahnye harga barang dekat Kedai Rakyat 1Malaysia ni. ;))

Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran

Korang datang la sementara tengah promosi ni ok. Promosi Hari Raya. ;))

InsyaAllah, nanti aku update gambar Kedai Rakyat 1Malaysia yang kat umah aku pulak. Kat Pantai Permai ni, Betol betol bersebelahan dengan Klinik 1Malaysia. Mak aku cakap doktor Klinik 1 Malaysia ni handsome gile. hahaha.

p/s = Kalau korang tak taw Pantai Permai tu kat mane, Pantai Permai ni dekat area Pantai Dalam, KL. Sebelah Angkasapuri alaaaaaa stesen RTM tu. ;))



No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...