TABUNG

23 March 2012

:: Majlis Akad Nikah ::

Assalamaulaikum..
Good Evening,
Ni hao !


Coretan hari ni merupakan rentetan peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lalu iaitu pada 17 Mac 2012. Melalui diari elektronik yang comel ni, aku nak kongsi pasal majlis yang penuh dengan emosi dan kegembiraan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ada yang telah mendirikan masjid di dalam masjid. Harap masjid yang di bina akan terus menyediakan tempat untuk ummat di muka bumi ni beribadah.


Walaupun peristiwa tu dah berlalu lebih kurang seminggu tapi semua memori masih segar di dalam ingatan aku ni. Kenapa tak? Akak sulung aku, orang pertama yang telah terlepas dari ikatan dosa dan pahala daripada mak dan abah aku. Sebab, lepas ni semua dosa yang dilakukan akan menjadi beban kepada sang suami pulak.


Majlis akad nikah berjalan lancar. Lepas asar kami sekeluarga bertolak dari rumah ke Masjid Al- Ikhlasiah, Pantai Permai, KL untuk temujanji dengan Jurunikah yang dah buat beberapa bulan sebelum tarikh tersebut. Kakak aku dengan mak, abah naik kereta yang dipandu Pak Ndak.

Kami yang anak dara naik kereta abah yang dipandu oleh M.I.P. Thank you dear for your help as a driver. Apa-apa pun kami semua dah berada di perkarangan masjid dalam pukul 4.40 petang. Selesai asar, kakak aku dan bakal suami dah berada di dalam masjid untuk upacara akad nikah.


Sebelum tu, aku selitkan beberapa gambar istimewa sebelum majlis akad nikah.

 Dari kiri : Amad, Abah, Lina, Mak Siah.

 Berdebar ..

 My sisters. Nani dan Lina. Nani is the second and single ! Hahaha

 My sisters.. eqin and Lina.

 With my superSISTA !

 My classmates from UiTM, Perak yang sudi datang KL for our kenduri. Tq guys ! :)

 Eqin bersama kawan-kawan beliau. Ezaty, Jyjye dan Yusna. :)



My only brother. Amad, 16 y/o but he is taller than his superSISTA !

So, setelah semua dah bersedia, majlis akad nikah pon diadakan dengan Jurunikahnya Hj. Ghazali. Maaf, beliau merupakan seorang anggota polis di Bukit Aman tapi tak tahu la pangkat beliau apa. Huhuhu. Apa-apa pun beliau seorang yang kelakar. The sentence that i can't forget is " Sebarang gambar yang diambil di dalam masjid ni haruslah bersyarat iaitu perlu tag dekat saya di Facebook". Hahaha. Bergegar masjid dengan gelak ketawa saudara mara yang hadir.


Alhamdulillah dengan satu lafaz, kakak aku sah menjadi isteri kepada abang iparku. Eksaited sangat dapat abang sebab kitorang memang tak ada abang. Jom lah tengok gambar semasa dan selepas akad nikah.







So, gambar sudah menjelaskan segala-galanya kan? Tunggu sambungan untuk majlis resepsi pulak ye. Nak tidur dulu. Selamat Malam. :)

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...