TABUNG

19 April 2012

:: Jalan Masjid India ::

Assalamualaikum..


Shopping lagi, lagi dan lagi. Sape yang tak suka shopping cuba angkat tangan ! Mesti tak ade kan ? Sebab semua orang diberikan duit untuk shopping. Bukan perempuan je yang suka shopping nih. Lelaki yang handsome-handsome, comel-comel pun suka sangat shopping.


Ish ! Tengah dok bayangkan kalau la aku diberikan duit berjumlah empatpuloh ribu hengget. Mesti seronok gila. Bukan seronok je tapi rasanya dah siap bongkak dengan semua orang kan sebab dok tayang kat facebook pi sana sini. HAHA. Sebab tu la aku tak kaya-kaya, Allah tak nak aku bongkak. :)


Alhamdulillah, belum tahap kaya lagi. Tapi rezeki sentiasa dalam keadaan stabil selepas online shop aku mendapat sambutan hangat macam cempedak goreng ! Weeehuuuuuu ! Thank God. Atas usaha penat lelah selama beberapa bulan. Dah masuk setahun ke belom ek ? Alamak ! Ok, untuk korang yang belum shopping dekat online shop aku. Jom terjah ! Harga istimewa punya aku bagi kat korang kalau korang mention korang follow blog aku. HAHA. Klik sini untuk ke online shop aku ------>>> MURALYSM BLOGSHOP pastu korang dijemput LIKE page jugak ye. ------>>> PAGE MURALYSM SHOP.






Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku dan adik aku pegi shopping dekat Jalan Masjid India, KL. Tempat shopping yang paling sibuk di Kuala Lumpur. Memang dari kecik, mak aku akan bawak aku pegi shopping kat situ untuk beli barang-barang raya. Langsir la, kain pasang la, kasut raya la, kuih raya la. Macam-macam. Sampai lenguh la kaki tu kan.


Jadi, disebabkan dari kecik lagi aku dah kenal Jalan Masjid India tu, sampai ke besar la terbawak-bawak perangai tu. Terikut-ikut perangai mak yang kaki berjalan satu KL ni. HAHA. Anak jati KL harus tahu selok belok KL. Nanti kang malu pulak kalau sesat kan.


Aku pegi sana sebab nak beli macam-macam. Lagipun classmates aku yang kat UiTM memang asik dok kirim macam-macam. Kasut la, tudung la. Aku pun pegi la. Lagipun boleh hilangkan stress taw kalau g shopping ni. Betul, tak tipu. :)





Rambang mata sangat bila datang shopping dekat Jalan Masjid India ni. Tempat ni akan menjadi sasaran mereka yang baru dapat gaji. HAHA. Kalau tak caye, korang cuba pegi masa hujung bulan. Mesti korang akan nampak lautan manusia tengah serbu handbag. :p




Nampak tak yang aku bulatkan kat atas tu? Haaaaaa, murah kan? Aku dah cakap. Korang tak caye. Tudung Syria boleh didapati dengan cuma lima hengget ! Makcik-makcik yang nak beli syria untuk pakai pegi pasar ke, pegi rumah jiran ke boleh la datang kat Bazar Masjid India ni.

Yang kat atas tu tudung rambu-ramba yang tengah HOT sekarang ni. Kat MURALYSM BLOGSHOP FB pun ade jual. Jemput la beli. Hehehe.











Beliau memang seorang adik yang suka merembat segala bagai barang aku. Tapi, walau bagaimanapun, kitorang selalu berkongsi citarasa tak kisah la dari segi fesyen ke, makanan ke, kutuk-mengutuk ke. HAHA. Lebih-lagi si mangsa fesyen akan jadi mangsa kitorang. Jahat kan?


So, setelah senja baru kitorang balik umah. Banyangkan, nak naik LRT pun kena tunggu sampai empat kali sebab penuh! Ni la Kuala Lumpur. Kalau tak sesak bukan KL la namanya kan.



Jadi, setelah beberapa lama, kami pun sampai rumah tercinta dengan selamat. Dah la bawak baranag nak dekat dua kilo. Pastu, kena tunggu lama. Tension tu ada jugak tapi puas sebab dapat shopping kan.


Untuk korang yang belum pernah jejakkan kaki kat Jalan Masjid India sila berbuat demikian. Bukan je barangnya murah tapi sentiasa up-to-date. Tak pernah tertinggal fesyen-fesyen yang baru. Sampaikan tak terkejar. Ha, tulah serba sedikit tentang Jalan masjid India.


Selamat membeli-belah, selamat melaburkan wang anda, selamat meng'update' fesyen anda, selamat berjimba disana dan Selamat Malam. :)

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...