TABUNG

05 April 2012

:: Pendengar Yang Setia ::

Assalamualaikum..


Taip entry kali ni sambil bersiul-siul nyanyi lagu Ada Cinta daripada SMASH. Layan habis sambil mata bersinar-sinar sebab lagu ni sweet sangat. *,*


Tahu tak hari ni aku kena buat tazkirah ringkas dalam kelas akaun. Pening kepala sampai rasa macam nak hantuk kepala dekat pintu je sebab tak tahu nak buat tazkirah pasal apa. Memang kalau boleh nak buat yang berunsurkan islam tapi cari punya cari, terjah punya terjah lebih kurang empatbelas bijik belog jugak la. Last-last dapat idea untuk buat tazkirah pasal tajuk ni.


"JADILAH PENDENGAR YANG SETIA"


Sweet tak? Hahaha. Serius, aku rasa aku sangat perlukan seorang pendengar yang setia. Aku rasa susah sangat nak cari seseorang yang boleh dijadikan 'telinga' untuk dengar apa yang diceritakan. Bukan lah aku merungut untuk minta didengar tapi kalau kita tengah bercakap mesti nak orang dengar kan?


Benda yang paling aku tak suka bila aku bersuara ialah orang tersebut memotong cakap aku. Dia  akan menyampuk. Contohnya,

"I suka sangat tengok cerita hantu. Walaupun I takut tapi......" 

then tetiba

"Alah, U cakap U suka cerita hantu. habis tu I ni tak suka tengok? Sapa yang selalu teman U tengok cerita hantu kalau bukan I?"

Ahhhh ! Aku tension gila kalau orang tiba-tiba potong apa yang aku cakap.


Lagi satu, situasi macam ni yang aku paling menyampah.

"Comel la Rozita Che Wan ni? Suka tengok muka dia. Ayu je."



Pastu ada pulak yang membangkang.

"Eeeuuwww! Tolonglah. Dah la bulu mata palsu lebat macam ulat bulu. Perempuan macam tu U kata cantek?"

Pergh! memang aku hangin. Bukan hangin sebab tak sama pendapat tapi at least bertoleransi la sikit. Walaupun tak suka apa yang orang lain suka, tapi tolong la iyekan je. Bukan dosa pun. Daripada buat orang tersinggung kan? Jagalah hati orang lain sikit ye.


Pendengar yang baik dapat buat perkara-perkara macam ni :

Mendengar dengan meletakkan diri korang kat tempat orang yang bercerita tu. Kalau dia eksaited bercerita, korang pun kena tunjukkan ke'eksaited'an korang tu supaya dia dapat  bercerita dengan sangat gembira sebab orang dengar apa yang die sedang cerita.



Mendengar dengan menunjukkan ekspresi muka. Kalau kawan korang tengah bercerita yang sedih-sedih, korang kena buat muka yang menunjukkan korang bersimpati. Begitu jugak sebaliknya.



Mendengar dengan memberikan respon dengan menunjukkan korang faham apa yang dia cerita. Selain tu, melalui respon tu, korang akan menggalakkan lagi supaya dia terus bercakap. Kira macam korang sokong la apa yang dia cakap dan signal supaya dia terus bercakap lagi dan lagi.


Mendengar dengan memandang tepat pada mata dia. Melalui pandangan tu, dia akan merasakan bahawa korang betol-betol ambil perhatian. Kalau korang rasa macam bosan nak pandang mata dia, takut-takut pulak terjatuh cinta kan kalau dia tu lelaki, korang pandang je batang hidung dia di antara mata dia tu.


Kalau korang dapat buat apa yang aku tulis kat atas tu, korang memang pendengar yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri pendengar yang setia ni. Tapi sikit je aku bagi sebab nak belajar kena slow-slow kan?


Ingat, kalau kita tak dapat tolong kawan kita selesaikan masalah yang dia cerita tu, korang dengar je luahan hati dia. Dengan cara mendengar dengan setia, korang dah berjaya kurangkan sikit beban dia. Tak percaya? Cuba lah! :)


Yang paling penting sekali, kita ada pendengar yang paling setia iaitu ALLAH. Dia mendengar apa je yang kita luahkan, apa yang kita mintak. Korang jangan segan nak mengadu dengan Dia sebab die Maha Mendengar.


Oleh itu, selamat menjadi pendengar yang setia kepada kawan, kakak, adik, ayah, mak, sape-sape je la, korang akan dihargai dan dihormati.

Percayalah.  ^_^

2 comments:

  1. Rozita Che Wan mmg cantek..Suka sgt tengok muka dia..

    ReplyDelete
  2. @Afraliza :
    Kite sependapat, heeee..Cantek betol kan die?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...