TABUNG

17 January 2013

: Menyepi :

Assalamualaikum..








Semakin sibok. Kenapa? Facebook yang dulunya menjadi tatapan aku setiap hari pon dah aku pedulikan. Aku ni dah kenapa? Oh, lupa. Sibok dengan peperiksaan akhir barangkali. 


Hari-hari mengadap buku. Bak kata bebudak kelas, mereka akan ingat apa yang aku present masa Persuasive Speech baru-baru ni. Tajuk yang aku bentangkan pada waktu itu, "Last Minute Study". 


Ada aku bentangkan mengenai apa yang aku buat masa ulangkaji pada minit-minit akhir ni. Sleep with books, study alone, disturb others ! Ya, itu yang aku cadangkan kepada mereka. Dan bila mereka ulangkaji, mereka ingatkan aku. Hahaha :D


Sumpah lawak! Apa yang boleh aku cakap sekarang memang aku sangat sibok. 

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, lapangkanlah dada kami, kuatkanlah daya ingatan kami."

Setiap hari aku berdoa benda yang sama. Dan apa yang aku harap, aku dapat jawab semua soalan dengan tenang hati. Bila bukak je soalan, aku nak senyum kalau boleh. Bukan menangis teresak-esak. Sebab? Sebab aku tak dapat jawab la hoi! Sobs. Sobs.


Alhamdulillah, aku berjaya lalui empat kertas dengan jayanya. Tinggal satu je lagi. Aku harap aku dapat jawab dengan seronok macam tengah main gelongsor di taman permainan gayanya. ^^


So, fana. Bittaufiq Wannajah, Good Luck, Hwaiting, Semoga berjaya ! :)


nfcs

1 comment:

  1. Hi :)

    Salam daripada Zalora Malaysia.

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my sebelum ini? Kami berminat untuk tahu pengalaman anda dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan menjalinkan kerjasama bersama anda.

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...