TABUNG

06 August 2013

: Majlis Pratonton Adnan Sempit 3 @ TGV Sunway Piramid :

Assalamualaikum...


Amacam? Korang dah pegi tengok The Conjuring ke belom? Kalau belom, korang sempat lagi pergi tengok. Rugi tak tengok cerita hantu paling seram 2013 tu taw ! Okay, Selasa baru-baru ni, aku dan Kak Asyik mendapat jemputan untuk Majlis Pratonton Adnan Sempit 3. Untuk pengikut setia Adnan Sempit, korang mesti tak nak lepaskan peluang ni.

Tiket untuk Majlis Pratonton

Barisan pelakon masih sama, cuma ada beberapa pelakon baru yang diketengahkan oleh pengarah, Ismail Bob Hasim untuk Adnan Sempit 3. Antaranya ialah Linda Roslan yang merupakan model dan tauke Her By Linda Roslan.Her by LyndaRoslan. Beliau juga merupakan isteri kepada blogger / photographer femes, Aizul Marcello (Abang Irine Nadia Marcello).


Majlis pratonton Adnan Sempit 3 diadakan di TGV Cinemas, Sunway Piramid.


Antara blogger yang hadir ialah Pen MerahYana YassinNisa KayAsyik IzasBro Framestone dan ramai lagi.

Bersama Kak Yana Yassin dan Pen Merah 

Nisa Kay yang comel dan banyak mulut orangnya.

Bro framestone dan Kak Asyik

Majlis yang bermula jam 3 petang tu dihadiri oleh pelakon-pelakon utama Adnan Sempit 3 iaitu Yana Samsudin sebagai Wawa, Shaheizy Sam sebagai Adnan, Intan Ladyana sebagai Nadia dan Along Raja Lawak sebagai Bobby.

Barisan pelakon Adnan Sempit 3

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz yang diejmput bagi memberkati majlis dan mendoakan supaya filem kali ni mendapat sambutan.


Mejar David Teo sebagai penerbit di Metrowealth pun ada ucapan dan pantun sekali taw, dan disusuli ucapan oleh pengarah Adnan Sempit 3, Ismail Bob Hasim.


Satu hall penuh dengan bloggers, artis, wartawan dan tetamu yang dijemput. Oh, lupa Amir Raja Lawak pun ada dan Datuk Tarmimi Siregar serta isteri.


Tak nak lepaskan peluang bergambar dengan para pelakon. Para pelakon datang dengan berpakaian raya. Awal raya taw !

Bersama Mejar David Teo yang sporting habis !

Shima Anuar yang memegang watak Zita dalam Adnan Sempit 3

Pelakon utama Adnan Sempit 3, Shaheizy Sam

Amir Raja Lawak sebagai Doktor

Cinta dan Rindu, Wawa dan Bobby

Yana Samsudin yang memegang watak sebagai Wawa

Selesai majlis pratonton, kitorang semua berarak ke aras bawah iaitu ke Restoran Shogun untuk berbuka puasa. Ditaja sepenuhnya oleh MIG. Alhamdulillah. Tema berbuka puasa pada hari tu ialah makanan Jepun.




Dan tak lupa juga terima kasih kepada Mamee dan MIG untuk goodies yang penuh dengan produk Mamee ni. Best gila ! Boleh makan lepas bukak puasa. Hehehe. Kalau nak tahu kenapa kitorang dapat goodies daripada Mamee, kena tengok Adnan Sempit 3 okay !



Preview Adnan Sempit 3

Kisah cinta penuh ranjau antara pasangan Adnan- Nadia dan Bobby-Wawa akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam-macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan. Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa sama-sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. Nadia yang asyik moody dan baran sepanjang tempoh ianya mengandung juga turut menjejaskan hubungannya dengan Adnan, yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mulai bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja-kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera (Mamee) bapa mertuanya dengan sebuah kilang. Di kilang yang sama, Adnan telah berkenalan dengan Zita, seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Kerana masalah yang dihadapi ditambah pula dengan rasa kesunyian, Adnan banyak meluangkan dan menghabiskan masanya dengan Zita. Perhubungan mereka akhirnya telah disalahsangka oleh Nadia, sehingga menyebabkan hubungan mereka mungkin akan berakhir begitu sahaja. Nasib malang yang sama juga turut menimpa Bobby, apabila dia terpaksa mengingkari janjinya pada Wawa dan melibatkan dirinya dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan itu telah diketahui Wawa, wanita itu turut memberikan kata putus untuk berpisah dengannya. Akibat perbuatan Adnan yang dingin terhadap Bobby, Bobby telah memberitahu Nadia berkenaan hubungan sulit antara Adnan dan Zita.

Nak tahu apa yang terjadi seterusnya, korang kena tonton Adnan Sempit 3 pada raya ke-7 nanti taw! Rugi kalau tak tengok sebab korang akan gelak sampai pcah perut dek gelagat lucu diorang. Hahaha. Mohon serbu pawagam berdekatan dengan korang okay !


nfcs

3 comments:

  1. gelak guling2 tgk citer ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Kite orang paling kuat gelak dalam panggung.

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey toto 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI RITUAL PESUGIHAN DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...