TABUNG

20 November 2013

House of Horror di i-City

Assalamualaikum...


Sekarang ni kecoh dengan kes Villa Nabila yang dikatakan menjadi tempat seorang budak lelaki disembunyikan oleh hantu la, jin la. Sebenarnya kes tu dah pun terungkai. Budak tu bukan disorokkan seperti yang dicanang-canangkan tu. Budak tu yang menyorok sebab dah kecoh pasal orang dok cari dia. Meh sini nak terajang patpulohkali. Bikin kecoh betul.


Okay, entri ni tak ada kena mengena dengan misteri kehilangan budak tu dengan teman wanita dia ke ape. Kali ni aku nak ajak korang ramai-ramai datang serbu House of Horror dekat i-City tu sebab apa? Sebab dia bessssttttt !


Bukan la macam rumah hantu yang lain yang sempit, gelap dan sebagainya. House of Horror ni luas sangat, nak lari daripada hantu pun ada ruang dan bagi aku yang penakut ni sememangnya House of Horror sangat la menakutkan.





Okay, pasal harga pulak. Untuk masuk ke House of Horror ni tak perlu beli kad i-City tu sebab apa? Entah. Aku pun tak pasti. Tapi harga masuk seorang ialah RM 15 sahaja ! Lama ke? Panjang ke perjalanan dalam rumah hantu tu? Berapa minit? Lebih kurang limabelas minit macam tu la. Sebab bila dah takut ni, rumah hantu yang tak berapa panjang pun aku rasa macam lama je. -.-


















Kalau sebelum ni aku dah masuk ke Trick Art Museum. Memang sangat best sebab lukisan tu sangat kreatif. Kalau korang belum baca, jom baca pengalaman aku ke Trick Art Museum yang sangat best tu.


Untuk masuk ke Trick Art, korang perlu beli kad i-City tu. Tapi, kalau korang dah ada kad tu tak payah la beli lagi. Kad tu harga RM 3 sahaja. Harga tiket masuk ke Trick Art Museum pulak RM 10. Kadang-kadang harga ni akan berubah mengikut promosi yang diadakan.


So, nanti kalau ada rezeki nak masuk Red Carpet pulak. Ada patung lilin dalam tu. Semuanya patung artis-artis Hollywood dan banyak la. Harga untuk masuk Red Carpet lebih kurang RM 35. Ada masa yang ada promosi kadang-kadang murah. Tengok time jugak la.


Antara kelebihan i-City ini la dia. Selain daripada korang tengok pokok-pokok lampu tu, korang boleh la layan jugak aktiviti-aktiviti yang lain macam Snow Walk, Spacewalk, Eye-On, dan banyak lagi lah! Masuk i-City satu kereta RM 10 sahaja. Tong-tong la satu kereta dalam lima orang. Hahaha.


Okay, sambung siapkan assignment. Empat minggu lagi sebelum study week bermula. Tak sabarnya nak cuti ! Huhuhu. Till next entry. Bye!


nfcs

9 comments:

  1. wah macam best je! diana x pernah lg masuk house of horror & red carpet
    Tapi kalau akak nak tahu saya pergi lebih kurang bulan 9 haritu red carpet tiket masuk RM80 tp x tahu la naik harga ke x....

    ReplyDelete
  2. wehee..mcm best jak..mcm best jak

    ReplyDelete
  3. tak pernah masuk lg..hehe tp rasanya pikir 2,3,4 kali jgak la klau nk masuk pun.

    ReplyDelete
  4. belum pernah masuk lg segala mcm yg fana ckp diatas..ha3..pernah jenjalan jer kt i-city..huhu..sedih btul..xsempat nk pergi..lepas ni lepas ni ok..haha..:)

    ReplyDelete
  5. @Diana Azhar
    La, yeke? Mahalnya. Masa akak pegi ni harga dia RM 35 je seorang. :)

    ReplyDelete
  6. @Hanya Aku
    Best sangat ! Kalau datang i-City jangan lupa singgah okay. :)

    ReplyDelete
  7. @ika zulkefli
    Lepas ni kalau pegi kena la masuk. Best. Kalau penakut, tak boleh masuk la. Hahaha. Tapi, tak takut sangat pon. Hihihi

    ReplyDelete
  8. @Asyik Izas
    Macam tak percaya kak asyik tak masuk lagi. You should try sis. Memang puas hati. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey toto 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI RITUAL PESUGIHAN DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...