TABUNG

24 January 2014

Hadiah Giveaway Daripada Blog Syafiqah Hashim

Assalamualaikumm..


Alhamdulillah, selagi kita berusaha di atas muka bumi Allah yang luas ini, semakin banyak rezeki-Nya yang kita peroleh. Lagi pula, perempuan mana yang tak sukakan hadiah kan? Perasaan bila balik rumah dan nampak ada kotak penuh berisi barangan kecantikan merupakan saat yang paling menggembirakan.




Banyak sangat hadiah daripada Fair and Lovely ni. Terima kasih, tak payah beli set pencuci muka dan krim lagi untuk tempoh sebulan. Hihihihi. Terharu tauuuuu. ^^


Oh, sebenarnya, hadiah set Fair and Lovely ni merupakan hadiah sewaktu fana sertai giveaway daripada blog Syafiqah Hashim masa lepas raya tahun lepas kalau tak silap. Kalau ada yang belum tengok entry giveaway tu, boleh klik SINI


Terima kasih jugak dekat Syafiqah Hashim sebab sudi pilih fana sebagai salah seorang pemenang. Tak sangka dapat set Fair and Lovely yang bernilai RM50 ni. Alhamdulillah. Rezeki. :)


Ada lima jenis rangkaian produk yang diberikan oleh Fair and Lovely. Antaranya ialah Krim Pencerahan Advanced Multivitamin, Krim Pencerah Lengkap Herbal Balance, Krim Pencerah Lengkap Anti Marks, Pembersih Muka Anti Marks, dan Pembersih Muka Advanced Multivitamin.


Tak sabar rasanya nak guna kesemua rangkaian produk daripada Fair and Lovely ni. Sambil pakai boleh la nyanyi macam dalam iklan tu kan? Hehehe. Macam mana? Ala, lagu yang putar-putar tu. :p


Produk Advanced Multivitamin daripada Fair and Lovely ni bannyaakkkkkk sangat khasiatnya. Memandangkan fana baru je habis final exam, setiap malam tidur pun tak cukup, asik tidur lewat aje kan? So, krim ni dapat bantu serba sedikit untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata yang ala-ala panda tu. Lepas ni takde la keluar rumah dengan kulit muka kusam lagi. :)



Okay, ni  pulak krim untuk menghilangkan parut-parut bekas jerawat. Perempuan selalunya akan naik jerawat sebelum ataupun selepas menstruasi kan? Masa jerawat tengah naik tu, sapu je krim ni, jerawat mesti kecut punya. Yang paling best dapat hilangkan parut jerawat jugak ! Baru la kulit flawless gitewww. ;)



Krim Pencerah Herbal Balance ni pulak mengandungi ekstrak yang dapat membantu kulit yang dulunya kusam, gelap, tak sekata menjadi putih, berseri dan sekata. Haaaaa, ni yang tak sabar nak pakai ni. Sebabnya faa memang ada masalah dengan tona kulit tidak sekata. Lagi-lagi dengan cuaca panas kat Malaysia ni kannnn? Lepas ni habislah, terus bertukar jadi putih gebu kalah emma maembong tawww! Haha


So, tak sabar nak guna kesemua produk daripada Fair and Lovely ni. Lepas ni nak kena hafal lagu iklan tu la. Hihihi. Kalau korang nak, boleh la dapatkan di kedai-kedai yang berhampiran. Siapa tak nak cantik berseri kan?


Terima kasih sangat-sangat kepada Fair and Lovely kerana sudi bagi hadiah yang bernilai RM50 ni. Kalau nak beli memang tak tahu la bila. Al-maklum la student macam fana ni mana ada gaji yang nak dibelanjakan ye dak?


p/s : Jangan lupa follow blog Syafiqah Hashim sebab banyak sangat info kecantikan ada dekat sana ! :)


Jumpa di entri seterusnya !


xoxo,
nfcs

7 comments:

  1. ok x fair n lovely ni? saya ada menang set fair n lovely rm80, tp x sampai kat rumah lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fana rasa okay sangat sebab produk ni dah diperbaharui. Oh yeke? Tahniah ! ;)

      Delete
  2. yeayyy! dah sampai..
    I know mesti lama kan nak tunggu hadiah sampai dekat rumah..huhuhuuu..
    btw, thanks for joining the giveaway :)
    and Congratulation Fana! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Lama jugak la. Tapi takpe, penantian yang tak sia2. Hehehe. Thank you pika ! ;)

      Delete
  3. Replies
    1. Akak, dari blog akak fana tak dapat pon. :(

      Delete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...