TABUNG

05 December 2014

Fitnah.

Assalamualaikum..

(Kisah benar)

"Bila you dah naik satu level, orang akan mula rasa tak puas hati dan cuba jatuhkan you."

"Sekarang, baru tahu siapa kawan, siapa lawan."

"Pedulikan mulut-mulut jahat tu, nanti diam la tu."

Ya, terlalu banyak nasihat yang aku terima. Namun, itu semua tak mampu hilangkan rasa sedih, sakit dan perit di hati ni. Mana taknya, dituduh sebagai seorang yang riak, sombong, angkuh, berlagak kaya. Mana silapnya? Kenapa tak ditegur? Kenapa tak diberitahu secara berdepan dan tanpa pengetahuan orang lain? Kenapa perlu dihebahkan dikhalayak ramai? 

Aib. Terima kasih kerana mengaibkan.

Persoalannya, siapa yang maki kau di whatsapp seperti yang diwar-warkan?

"Tak malu suruh boyfriend whatsapp dan maki aku".

Bila? Mana buktinya? Ada di Google ke nombor kau sampai dia boleh dapat nombor kau? Aku tak pernah bagi. Fitnah. Kau tahu apa balasannya bila menimbulkan sesuatu fitnah? Si dia yang kau fitnah tu yang dah bersusah payah pergi butik di Shah Alam, belikan tudung untuk kau. Mengeluh kerana lama di dalam butik memilih tudung pilihan kau, sampai semua perempuan dalam butik memerhatikan dia kerana cuma dia seorang lelaki yang sedang memilih tudung untuk kau waktu tu. 

Kata kau, semua orang tak suka aku. Semua takut nak cakap mereka tak suka aku. Hahaha. Yang tak suka kau? Kau tahu? Mana ada orang bagitahu orang tu kalau dia tak suka. Terima kasih. Dengar ya, dengan rendah hati, dari lubuk jiwa aku yang paling dalam, aku dah lama maafkan apa yang kau buat pada aku. Dah lama. Aku percaya pada kuasa Allah. Aku juga mohon supaya Allah mengampunkan dosa kau. :)

Bertaubatlah.

Terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menghubungi aku secara peribadi dan meminta maaf dengan setulus hati. Sesungguhnya, aku cuma manusia biasa. Aku sudah lama memaafkan. Terima kasih juga kerana masih percaya kepada aku.


------------------------------------------------
Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” 
(Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
---------------------------------------------------

6 comments:

  1. good girl Fana.. biarkan mulut yg jahat itu berkata-kata sebab nanti balasannya akan tiba juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Asyik, semoga kita semua dijauhi oleh golongan ni.

      Delete
  2. fana! orang yang nak jatuhkan kita tulah yang kita kena jauhkan diri,apapun...pedulikan cakap demeeee tu haaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la yang fana tengah buat sekarang. Hati-hati!

      Delete
    2. omai..keep strong girl! yg pntg akk syg fana! hehe...jom mkn pakjohn..eh, steamboat pakjohn :P

      ade org tu da tukar template la..da tukar komen jgk.hehe..cntek! :)

      Delete
    3. Kak Ayu, lebiu sangat! Hehehe. Jom la g makan pak john steamboat ramai2. Rinduuuuu. Hehehe

      Delete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...