TABUNG

23 December 2014

Kampung Chat VS Ding Dang

Assalamualaikum..


Dulu masa baru habis sekolah tabiat nak buang masa depan komputer (masa tu monitor gedabak) memang tabiat paling bermanfaat la. Konon-konon rasa macam sangat profesional bila masa kau habiskan depan PC sama ada kat rumah ataupun kat cybercafe. Bebudak lain semua sibuk main roller blade la, main tepuk-tepuk la, main playstation la, mana yang rasa agak konon profesional tu pakat lepak depan PC.

Masa tu ada sorang minah ni nama dia mizah, memang kawan baik la masa sekolah agama dulu. Memandangkan masa tu tak semua rumah ada internet termasuk la rumah pakcik saat, maka fana dengan sangat jakunnya pegi la rumah si mizah ni sebab rumah dia memang internet laju gila. Bukan fana sengaja nak pegi tapi si mizah ni dah mengajak banyak kali. Taknak lukakan hati kawan.

Bila sampai je rumah dia, mak dengan ayah dia memang siang takde kat rumah, jenis mak bapak keje dua-dua. Jadi, dia ni anak sulung yang baru habis sekolah la cerita dia. Adik-adik pulak masa tu tak balik sekolah lagi. So, kitorang pun mula la projek kitorang.

Fana : "Wey, kau ajak aku datang rumah kau ni ada apa?"

Mizah : "Ala, aku bosan la duduk rumah sorang, kau teman la aku. Kita main internet".

Ceh, bahasa bebudak memang cenggitu. Ada ke main internet? Hahaha. Rasa nak ketuk dahi kau mizah. Ingatkan nak ajak main game yang bermanfaat dan tak lagha gituuu tapi hampeh mangkuk si mizah ni dia ngajak chatting wey! Mana la budak hingusan ni pandai nak chatting-chatting bagai.

Bak kata cikgu kat sekolah. "Engkorang kalau berchatting ke myspace, friendster ke hati-hati ye sebab sekarang ni ramai yang menyamar kat alam siber tu. Ajak jumpa pastu kang dia rogol engkorang".

Masa tu memang cuak habis la, tak berani nak layan diorang yang hantar mesej kat myspace tu, ajak jumpa la apa. Sorry not at home la weyy. Taknak la jadi mangsa rogol. Kang keluar paper Metro muka depan dengan tajuk "PELAJAR SEKOLAH DIROGOL KENALAN INTERNET". Haaa, tak ke naya tu?

Eh, sambung balik cerita lepak dengan si mizah tadi. Lepas dah datang rumah dia siap melantak nasi yang mak dia masak sebelum pegi keje pagi tu, dia pun bukak satu website ni. CHATROOM. Wow! Ini tempat orang dok jumpa jodoh ni. Banyak betul masa tu dengar cerita ramai kawen. Bila tanya jumpa dengan suami kat mana? Kat chatroom? Hmmm, okay, okay.

Si mizah ni dah ada akaun la untuk Kampung Chat la apa bagai semua tu. So, kitorang just guna akaun dia je pastu tukar nama yang nampak kelas sikit la macam BabySara, HannahMontana, KikiComel, nama bodoh-bodoh tu. Hahaha. Memang malu nak ingat balik. Pastu start chat. Tak faham macam mana formula benda alah tu entah macam mana tiba-tiba nak dekat sepuluh jejaka bajet-tampan-takde-keje yang hantar chat "Hai, nak kenal boleh?". Brrrrrrrrrrr. 

Dah la mizah, takut oi. Dari chat yang biasa-biasa sampai la chat yang luar biasa. Taknak. Under 18 lagi kot masa tu. Hahaha. Memang meremang bulu roma bila ingat balik. Apa la keje tak berfaedah yang kita buat masa tu kan? Macam tak masuk akal. Yela, masa tu selekeh habis. Pakwe pun takde lagi. Kah! Macam bebudak yang happy gila bila dapat keluar malam sebab pegi pasar malam. Dapat green light pegi pasar malam pun dah happy tau masa tu. Lawak!

Tak sangka kan masa cepat sangat berlalu. Sekarang ni dah nak masuk umur 24 tahun dah. Dah besar dan nak ke arah 30 tahun? Ya Allah. Macam terngiang-ngiang lagi suara kawan-kawan yang mengajak main tali skipping, zero point, teng-teng, baling selipar, bola beracun, dan semua tu. Rindu. 

Tapi, apa yang kita dah capai hari ni? Apa kebaikan yang dah kita buat? Macam mana dengan mak ayah kita yang dah semakin tua? Apa pengorbanan yang kita dah lakukan? Macam tak terbalas lagi jasa mak ayah kita melayan kita masa kecik-kecik dulu. Nampak bai roti dah menjerit terlolong mintak duit nak beli Tora, Ding-Dang, dan semua kotak yang dalam dia ada isi mainan dan coklat pada masa tu. Sekarang ni, balas la balik nak oi. Bagi la apa saja yang kau ada. Sikit pun jadi la. Happy diorang tengok anak-anak diorang dapat berikan sesuatu. :)

p/s : Mizah, kalau kau tengah baca pasal Kampung Chat tu, aku rasa kau mesti tengah senyum teringat kenangan kita dulu kan? Hihihi.

Terima kasih sudi baca. :')


xoxo,
fana

1 comment:

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...