TABUNG

22 February 2015

Party of The Century @ Empire City Damansara

Assalamualaikumm..



Bulan lepas Empire City Damansara ada menganjurkan Party of The Century. Mulanya fana rasa malas nak pergi, tapi disebabkan Kak Ayue ajak, fana tak sampai hati nak tolak. Thank you Kak Ayu sebab ajak fana pergi hari tu. Dapat jugak fana tengok Paris Hilton secara live !! Hehehehe


Di Red Carpet

Selain Paris Hilton, kumpulan kpop 2AM pun ada jugak menghiburkan tetamu yang datang hari tu. Walaupun fana bukan peminat Kpop tapi fana layan jugak la rancangan realiti yang lain macam Runningman, Roommate dan The Returns of Superman. Maybe sebab ada nila-nilai murni yang diorang tunjukkan. Kagum!



Oh, sebelum tu fana nak share pasal make up fana untuk Party of The Century. Sebenarnya hari tu fana kerja. Fana terpaksa make up dalam surau LRT sementara tunggu arjuna datang ambik dan hantar fana pergi Empire City. Fana make up lebih kurang dalam 20 minit jugak la. So, tu la hasilnya. Hahaha. Nasib baik arjuna puji, kalau dia kutuk memang fana akan padam balik make up tu takpun terus tak pergi. -.-

Terkejut fana bila sampai sana nampak semua kengkawan blogger yang lain cantik sangat. Antara yang fana sempat jumpa hari tu, Kak Tatie. Kak Tatie ni merupakan Travel Blogger yang sangat fana kagum. Dia boleh travel sorang-sorang ke luar negara. Fana mula kenal dengan Kak Tatie masa event Antabax dulu. Lepastu banyak jugak la event yang sama-sama kitorang pergi macam Kidzania. Fana suka kawan dengan Kak Tatie ni sebab dia sempoi habis! Korang baca la blog dia kalau nak dapat tips travel dengan bajet yang kecil. http://www.kisahtatie.com/


Kak Tatie :)

Tapi, partner fana hari tu dah tentulah Kak Ayue kan sebab Kak Ayue yang ajak fana pergi Party of The Century tu. Perkenalan fana dengan Kak Ayue pun takde la lama sangat. Baru je lagi tapi fana selesa dengan Kak Ayue sebab sifat ke'kakak'kan yang ada pada Kak Ayue tu. Hehehe. Memang best sangat dan paling best bila Kak Ayue pun perangai lebih kurang sama je dengan fana. Hehehe. Sekepala! Cecepat baca blog Kak Ayue k. Banyak sangat info pasal event yang Kak Ayue dah cover. :) 

Kak Ayue :)

Pengalaman pertama kali nampak Paris Hilton tu memang best la sebab fana percaya ramai kita yang memang membesar dengan lagu dan kisah hidup keluarga Paris Hilton yang kaya tu kan. Rasa macam tak percaya je dapat tengok dia secara live. Cantik dan manja orangnya. Boleh dikatakan, pakej yang ada pada Paris Hilton ni cukup lengkap.

Paris Hilton :)
Hari tu fana memang tak tahu nak pakai baju apa sebab fana gerak terus dari tempat kerja. So, dress hitam labuh dari Zolace ni la fana pilih. Selain senang nak match, dress ni sesuai untuk semua jenis acara. Selesa pulak tu. Cuma untuk tudung fana tak tahu nak buat style macam mana sebab fana ni bila rajin dan ada mood je baru nak bergaya. Kalau tak, macam tu je la. Hahaha.

ootd


Fana ada rakam video Paris Hilton dan Kumpulan 2AM tapi fana belum sempat nak upload kat Youtube Channel fana. Kalau korang ada Youtube channel, jom la kita subscribe each other tapi jujur fana cakap yotube channel fana tak la best mana pun. hahaha. Indah khabar dari rupa. Kalau fana rajin baru fana akan upload video kat sana. :)




xoxo,
fana




8 comments:

  1. tudiaa. Dapat tgok Paris Hilton depan depan kan! lagu Nothing in this world by paris Hilton tu memang da boom my favorite.
    Fana look so gorgeous! Muahhhh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah pikaaaaa. Lagu dia walaupun tak banyak tapi dok main2 je dalam otak ni kan sebab best. Hehehe. Thanks pika sygggg.

      Delete
  2. Amboi kemain dia jumpa paris hilton..jeles akak.. hihi.. cantik sgt dress dan makeup fana..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Alalalala. Jangan la jeles. Sayang akak! Thank you akak. 😚

      Delete
  3. Cantiknya Fana makeup, Hehehe Oh, baru taw, Fana partner ayu. Untung dapat pergi. dengar citer makan best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah. Malunya iday puji fana. Hehehe. Makanan memang sedap2! Semuanya best lah.

      Delete
  4. hikhik..kt nmpk gmbr kite laaaaa..hehe..tq fana sbb sudi jdi partner akk..syg lebih ah #muahciked !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak ayue sebab sudi ajak fana. Hope dpt jumpa lagi nanti. Muah balik! Hehehe

      Delete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...