Assalamualaikumm..
JENTAYU SPA AND SALON SECRET
80 A, Jalan Teratai 1/2,
Taman Bukit Teratai,
Ampang, Kuala Lumpur.
(LRT berdekatan : Stesen LRT Cempaka)
Untuk tempahan : 03-42883122
(LRT berdekatan : Stesen LRT Cempaka)
Untuk tempahan : 03-42883122
Hint : Sebelah 99Speedmart ada tangga naik atas.
Satu ketika dulu, Spa merupakan tempat untuk mendapatkan servis kesihatan dan kecantikan tubuh badan untuk golongan yang tertentu seperti golongan berada dan kenamaan. Lantaran itu, wujudnya satu idea oleh Puan Esma Azura bagi menubuhkan spa khusus untuk golongan yang sederhana. Spa yang diberi nama Jentayu Spa and Salon Secret ini merupakan salah satu daripada cabang bisnes beliau. Antara bisnes yang diusahakan oleh Puan Esma ialah bengkel motosikal serta membuat doorgift and corporate gift.
Mempunyai pengalaman sebagai jurumekap sejak di usia 20 tahun, Puan Esma Azura berasa jiwanya begitu dekat dengan dunia kecantikan memandangkan impian setiap wanita itu ialah ingin kelihatan cantik dan bergaya. Dorongan daripada suami beliau, Puan Esma Azura kini sudah sebulan lebih mengusahakan Jentayu Spa and Saloon ini bersama anak sulung beliau yang hanya berusia 18 tahun.
Jentayu Spa and Salon Secret yang terletak di Ampang ini nampak seperti spa-spa hebat yang lain dan kekadang terasa seperti berada di Bali, Indonesia apabila berada didalam spa. Walaupun terletak di kawasan perumahan, Jentayu Spa and Saloon Secret boleh dikatakan berada di lokasi yang strategik kerana suasana di Taman Bukit Teratai terlalu cantik kerana mempunyai latar belakang gunung yang sangat indah. Jauh dari kesibukan ibu kota. Cuaca pula sentiasa mendung dan sejuk kerana kawasan berbukit.
Teringat fana sewaktu berkunjung ke Jentayu Spa, di sinilah tempat melakukan body scrub, massage dan body mask. Sayangnya hari tu fana tak buat body massage sebab kesuntukan masa. Jadi, cuma sempat buat body scrub menggunakan garam bukit. Terasa lega satu badan sewaktu staff Jentayu Spa menggosokkan badan fana dengan adunan bahan-bahan scrub tersebut. Pendek kata memang best gila!
Lebih kurang sejam jugak masa diluangkan di ruang yang cukup tenang dengan lampu neon, sunyi dan bau-bauan yang menenangkan minda disamping urutan lembut pada tubuh badan dari kaki hingga la badan. Ternyata staff Jentayu Spa bukan calang-calang pekerja kerana mereka semua mempunyai latar belakang dalam bidang kecantikan juga. Salah seorang staff yang menguruskan proses fana di spa baru-baru ni ialah kak fin. Macam-macam rahsia dan tips mengenai kecantikan yang fana dapatkan daripada kak fin. Ramah orangnya.
Habis sahaja bahagian badan, fana dibawa pula ke ruang melakukan facial. Disini fana diberikan urutan muka dan kak fin merupakan pakar bahagian ni. Apa lagi, korek rahsia lagi! Hehehe. Banyak ilmu yang fana dapat di Jentayu Spa ni bukan je dapat cantik dan sihat tapi dapat nasihat juga. Kata kak fin, jerawat elok dipicit sewaktu masih baru sebab nanti parut jerawat takkan sempat ada. Lagi satu, jangan picit menggunakan kuku sebaliknya gunakan alatan yang disediakan. Toner pula tidak boleh disapu dilingkaran bawah mata kerana akan mengakibatkan lingakaran hitam dibawah mata. Berguna betul tips dari kak fin ni.
Pengalaman dalam Sauna Room lagi kelakar. Hahaha. Mula-mula masuk tu, suhu dia lebih kurang 35 darjah celcius. Dalam tu ada macam radio tau. So, kita akan duduk dalam tu sambil dengar radio. Tapi apa yang fana buat kat dalam tu? Hahaha. Fana buat konsert siap menari-nari lagi. Adoi, sabar je la. Bukan apa, fana bosan sangat sorang-sorang dalam tu, Lagipun bila suhu dah mula cecah 37 darjah celcius, makin teruk konsert yang fana buat dalam tu. Sebab peluh dah meleleh satu badan dah. Hahaha. Bila habis je 15 minit, staff Jentayu Spa bukak pintu terus tanya, "Okay tak dik?". Hahaha
Selain spa, Jentayu Spa juga turut menyediakan ruang salon bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan potong rambut, rawatan rambut dan sebagainya. Bagi fana, ianya sangat kena dengan konsep kerana ramai yang datang ke spa dengan membawa teman. Jadi, orang yang menunggu kita merehatkan diri di spa, dia juga boleh mendapatkan khidmat di salon ini yang tentunya dengan harga yang sangat berpatutan.
Ruang Cuci Rambut dan Urutan Kaki |
Terima kasih kepada Puan Esma Azura, pemilik Jentayu Spa and Salon Secret ni kerana menyediakan spa yang sangat mampu milik buat golongan kurang mampu. Fana rasa berbesar hati dan teruja melihat orang melayu yang berjaya dalam bidang yang diceburi. Doa fana supaya Jentayu Spa menjadi spa yang terkenal dan sentiasa dilimpahkan dengan rezeki. Aminnn.
Credit photo : http://sayaiday.blogspot.com/ |
-----------
Pakej A
------------
RM 50.00
(Student Price RM30)
-Sauna
-Body Scrub
-Facial Treatment
-------------
Pakej B
-------------
RM 100.00
-Sauna
-Body Scrub
-Body Masker
-Facial Treatment
-Back Massage
------------
Pakej C
------------
RM 88.00
-Sauna
-Body Scrub
-Massage Full Body
--------------------------
Pakej Pre-Wedding
-----------------------------
RM 158.00
-Sauna
-Body Scrub
-Whitening Masker
-Facial Treatment
-Mandi Bunga - Seri Wajah
-Body Massage
-Basic Manicure and Pedicure
---------------------------------------------
Pakej Premium - Lepas Bersalin
----------------------------------------------
RM 1,200.00
-5 Herbal Scrub
-5 Traditional Massage
-Ikat Bengkung
-Pilis / Rempah
-Bertungku
-Air Sirih / Kunyit
*Servis ke rumah
Credit photo : http://sayaiday.blogspot.com/ |
Credit photo : http://sayaiday.blogspot.com/ |
Terima kasih juga buat Hai Blogger kerana sudi menjemput fana ke Jentayu Spa !
Untuk keterangan lanjut boleh layari laman media Jentayu Spa :
Uwahh..berguna jugak tips2 tu. Bagus Fana sebab sharing. Boleh kita amalkan bersama-sama. Nak nak tang jerawat tuu! pika punya jerawat ni tak susut-susut. Huhuuu..
ReplyDeleteJom kita sama-sama amalkan. Haruslah fana kongsi sebab bermanfaat kan? Hehehe. Semoga jerawat pika cepat susut. :)
DeleteHarga yang ditawarkan agak berparutan. :)
ReplyDeleteSangat berpatutan!
Deletekalau boleh tiap2 bulan nak pergi..hehe
ReplyDeleteSayangnya kak asyik dah jauh nun di pantai timur. :(
DeleteHai fana.. Ada cawangan kat setapak x.. Pakej dah murah dan menarik tu.. Terbaikk..
ReplyDeleteDone follow sini.. Sudilah follow me back.. Leh kita saling kenal kenal.. Saling berkunjung.. http://tengkubutang.blogspot.com/
Hai!
DeleteSetakat ni baru ada satu je spa yg dibukak iaitu di ampang. Pegi la sana. Memang murah dan servis pon best!
Pakej bersalin pun ada juga????wah bestnya kalau ada orang massage badan ni
ReplyDeleteIye. Pakej bersalin pun ada. Harga jauh lebih murah. Hehehe
Deletehahahha gugel2 jumpa sni hehehe
ReplyDelete