Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah hampir tiga minggu fana bergelar isteri kepada lelaki yang berjaya menambat hati fana tak lain tak bukan suami fana la, siapa lagi. Hiks! Malu pulak sebab belum biasa lagi nak sebut suami, isteri ni. Hahahahaha
Sebenarnya dah lama dah fana nak kongsikan entri majlis tunang fana ni. Tapi tak berkesempatan langsung nak update dengan laptop buat perangai lagi. So, fana hold dulu la ceritanya memandangkan dalam tempoh bertunang orang cakap tak boleh nak hebahkan sangat kan? Eloklah kalau fana bercerita selepas dah pun menjadi isteri. Cuma mungkin fana dah agak lupa la cerita-cerita menarik sebab fana tunang hari tu 15 November, 2015 (15.11.15). Maksudnya dah 4 bulan jugak la ceritanya.
Merisik (Mac, 2015)
Family Arjuna datang merisik bulan Mac, 2015. Fana tak ingat dah tarikhnya. Tapi bulan Mac la. Masa tu fana saja main-main tanya dia bila awak nak datang merisik saya? Pastu dia cakap nanti dia tanya family dia macam mana. Tengok-tengok selang beberapa hari dia bagitahu family dia nak datang merisik, suruh fana bagitahu family fana untuk preparation. Fana tak tahu la macam mana nak bagitahu dengan family. Makan tak kenyang tidur tak basah. Hampir seminggu jugak la cari peluang nak bagitahu. Asik tangguh je sebab tak tahu macam mana nak mula. Hahahaha. Punya la nervous.
Selesai majlis merisik yang cuma dihadiri oleh satu family dia, terus rancang bulan untuk majlis tunang. Masa merisik tu plan nak tunang bulan Oktober. Tapi, entah macam mana kitorang postponed pergi November la pulak. Dia suruh fana pilih tarikh yang sesuai. Fana pun tengok la kalendar kot-kot ada tarikh yang cantik ke kan. Pastu ternampak tarikh 15.11.15. Macam cun je ni beb! Set la tarikh ni. Haaaa, fana memang selalu panggil dia beb je sampai dah jadi wife ni pun still terbawak-bawak. Astaghfirullahalazimmm, laki kau tu fana oi!
Persiapan Tunang
So, dalam tempoh 8 bulan sebelum majlis tunang macam-macam la kitorang plan. Tapi, kelakar gila kot bila perasaan cuak, nak terkentut la apa la semua datang setiap kali duduk bincang kat Restoran Hitam Manis (tenmpat kitorang selalu lepak) pasal persiapan tunang. Rasa macam, "Beb, kite ada ke duit nak buat majlis ni?" Serius, kitorang memang tak sure gila macam mana nak buat. Last-last terhasillah bajet. Sampai habis satu buku dok buat bajet tunang je. Hahahaha.
Untuk bajet tunang, kitorang list siap-siap barang apa nak bagi untuk hantaran pastu berapa dulang apa semua tu. As per requested oleh Maksiah, hantaran kawen terus bawak masa tunang. Memang dah jadi macam adat family kitorang la sejak kakak sulung fana kawen dulu. Sebab malas nak buat hantaran banyak-banyak lepastu masa kenduri nanti kan dah tentu-tentu sibuk. Masing-masing malas nak mengusung dan nak menjaga hantaran. Hahaha. So, kita ikutkan aje la permintaan ibu kesayangan. Nasib baik la Arjuna jenis yang okay je. Lagipun jimat duit kau apa. Takyah nak hantaran banyak-banyak kali. Kannnnnnn!
Hantaran
Untuk beli barang-barang hantaran pulak bukan la sikit duit nak guna. Banyak tau. Pastu Arjuna bagi idea, kita kumpul duit sama-sama dalam satu akaun bank. Fana pun setuju je la sebab benda ni boleh ajar kita disiplin jugak. Antara syarat penting dia, duit tu tak boleh dikeluarkan langsung melainkan untuk beli barang-barang tunang sahaja. So, kad akaun fana memang bagi dia pegang la sebab kalau fana pegang memang fana "Ah, guna dulu la, nanti ganti la balik" hahahaha.
Setiap bulan lepas dapat gaji je memang kitorang akan asingkan sebahagian daripada gaji tu untuk simpan dalam akaun bank yang kitorang share tu. So, takde masalah la kat situ. Macam tak percaya pun ada kumpul sebulan RM200-RM300 seorang dalam bank tu. So, 8 bulan kitorang ada lebih kurang RM4000 lebih kalau tak silap. So, duit tu kitorang guna untuk beli barang-barang hantaran. Kau kalau nak kawen kau jangan bebankan pakwe kau, sebab kau suka dia jugak kan? Sama-sama suka kan? Tak dosa pun beb kalau kau share duit beli barang-barang ni. Kata sayang, jangan la susahkan pakwe kau k. Tu je pesan daripada kaklong. Hahaha. So, here we go all the hantarans.
Hantaran Dari Pihak Perempuan
Untuk dulang hantaran, fana tak beli pun sebab bila fikir balik macam membazir je kalau beli. Bukan kita nak bukak butik pengantin pun kan? Daripada beli baik fana sewa je. So, fana pun sewa je la dulang tu. Fana cari kat instagram jenis dulang yang fana teringin sangat nak pakai. Memang suka berangan sikit fana ni. Kesian jugak la dekat Arjuna sebab terpaksa tolong carikan sekali dulang yang macam fana nak tu. Hahahaha. Tempoh sewa dulang pulak 7 hari dari tarikh majlis. So, kira sempat la nak menggubah hantarannya.
Nasib baik la fana jumpa tauke dulang yang baik-baik hati belaka. Siap puji la gubahan hantaran fana cantik. Siapa lagi yang gubah kalau bukan Maksu fana kan. Maksu fana memang kreatif gila bab-bab gubahan hantaran ke jahit manik ke. Memang fana sendiri puas hati dengan hasil tangan Maksu. Untuk korang yang stay area Kedah boleh la mintak Maksu fana gubahkan. Apa-apa PM fana okay. Maksu duduk kat Sungai Petani, Kedah. Oghang-oghang Sungai Petani oi, hampa kalau nak hantaran hampa canggih macam retis hampa kena la suruh Maksu kami gubahkan, kompem meletop tau.
Okay la, hari ni kita cerita pasal ni dulu, nanti fana sambung Part 2 pulak okay?
xoxo,
fana
Wahhh! dah selamat menjadi isteri orang dah fana! I'm really happy for youuu..
ReplyDeleteThank you pika darling. Fana doakan pika pulak cepat-cepat kawen okay? ;)
DeleteThanks for Sharing Fana. Skrg turn Mira pulak, so perlukan tips2 dari orang orang yang baru kahwin jugak. hehe
ReplyDeleteSama-sama. Apa2 tips nanti fana share lagi k. Good luck Mira sayanggggg!
DeleteSerius mg cantik hantaran Fana ni.
ReplyDeleteTerima kasih Liz. Hehehe. Boleh jadikan idea untuk kawen nanti k.
Delete