TABUNG

18 April 2016

My Engagement Day - 15.11.15 (Part 3)

Assalamualaikumm..



Doorgift Tunang


Seperti yang dijanjikan, untuk entri Part 3 ni fana nak share pasal doorgift yang fana buat sendiri untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Anggaran jemputan untuk majlis tunang fana lebih kurang 200 orang. Fana sediakan doorgift cukup-cukup 200 bekas.

Fana dengan adik beradik yang lain plan nak bagi brownies as a doorgift. Dengan syarat kena pakat-pakat buat la. Kebetulan adik fana pun ada so kita buat ramai-ramai. Untuk bekas plastik lutisnar petak tu fana beli dekat Kenanga Wholesale City. Fana tak ingat level berapa tapi dia jual barang-barang cenderahati. 200pcs tu harga dia RM100 something.

Untuk stiker kaligrafi tu pulak fana order dekat Instagram : Kawaiboutique. Fana memang selalu order stiker dengan dia je sebab hasil dia yang memuaskan hati. Sekarang pun dah jadi kawan sebab selalu sangat order dengan dia. Hehehe. Harga 200pcs stiker tu RM32.

Untuk tali guni tu pulak fana beli dekat kedai MR.D.I.Y. Satu gulung RM1.20 je. Kalau yang diorang jual kat Instagram tu mahal. Ada yang cecah RM5. 




Kos untuk brownies pulak ada lah lebih kurang RM200-RM300. Tapi buat sendiri penat dia lebih sikit la. Better upah orang je. Hahahaha. Tapi fana saja gatai nak buat sendiri. Rasa macam lebih berharga sikit. Kawan-kawan pun suka. Hehehe.

Total cost untuk doorgift fana lebih kurang RM400 macam tu. Kalau korang upah orang mungkin tak sampai kot. Ni sebab buat sendiri kan mesti la nak buat yang terbaik. Fana sangat-sangat puas hati dengan doorgift hasil tangan fana sendiri daripada brownies sampai la decoration dia yang simple tapi sweet tu. 

Korang boleh la cuba idea fana ni. Mana tahu boleh dijadikan salah satu idea untuk korang yang bakal bertunang atau bakal berkawen tak lama lagi tu. :) Okay lah, nanti fana sambung entri tunang yang terakhir. Ada gambar kawan-kawan yang datang. Stay tuned!

Photographed by : mohdfakhrulislam
Brownies by : fanabakes


xoxo,
fana

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...