TABUNG

17 April 2016

My Engagement Day - 15.11.15 (Part 2)

Assalamualaikumm..


Semalam fana dah update entri pasal persiapan. Yang ni fana ceritakan keseluruhan pasal bajet pulak. Perkara paling penting untuk majlis tunang fana ialah hantaran. Sebab kalau takde hantaran ni, kira tak berseri la majlis fana tau memandangkan fana buat majlis yang agak simple je sebenarnya. Lepastu hantaran fana pulak cuma sekali je. Sebab tu kena buat sehabis baik. Ikut permintaan Maksiah, hantaran masa kawen kena bawak masa tunang.

Tempoh beli barang-barang hantaran ni kitorang ambik masa dua hingga tiga bulan jugak sebab nak tunggu duit yang kitorang kumpul tu cukup ke belum. Sebab barang-barang hantaran kebiasaannya agak mahal. Yelah, selalu orang bagi kau hadiah kau ambik je, kali ni kau sendiri request nak hadiah apa. Hadiah tu kau letakkan atas hantaran. Hahahaha. Memang best tau. Kau cakap je nak apa kat pakwe kau confirm dia akan belikan la. Alah, lagipun duit kan kumpul sama-sama. :)

Kalau cakap bab shopping memang perempuan la paling eksaited. Sebab tu barang-barang hantaran fana semuanya beli dulu berbanding barang hantaran Arjuna. Hahaha. Memang Sabtu Ahad kau akan habis dengan cari barang hantaran je la cerita dia. Basically, untuk hantaran kita akan buat lelaki yang dapat lebih. So, kitorang punya formula 5 berbalas 7. Formula la sangat!

Oh ya, sebelum fana terlupa fana nak share baju tunang yang fana pakai masa tunang hari tu. Fana memang plan nak buat warna light purple. Nampak sweet dan tak terlalu over. Asalnya nak buat warna pink tapi light pink susah sangat nak cari so, kita pakai light purple la.

Baju yang simple, flowy dan tak sarat sangat ni fana beli dekat Butik Leeyanarahman, Bangi. Susah nak cari baju tunang yang simple. Nasib baik ternampak Butik Leeyanarahman update dekat Instagram diorang pasal Merdeka Sale. Arjuna pulak dah lama dah crush dengan si tauke Leeyanarahman ni. Dia asik usha je tauke dia yang comel tu masa pergi butik hari tu. Kemain kau kan? Baju ni harga dia RM160 masa tu tengah buat sale. Harga asal RM199.

Veil pulak fana beli dekat Butik Raudhah dekat Alam Avenue Shah Alam. Fana dah lama follow  facebook tauke Raudhah ni. Safuan nama dia. Lelaki tapi berjaya bukak butik baju perempuan okay. Yang bestnya veil dia sangat-sangat cantik. Lepastu kaler yang diorang pilih pun semua sweet-sweet je. Kena pulak wife dia sendiri jadi model alahai memang bertambah cantik la sebab wife dia model. Untung betul dapat wife model ni, senang nak buat bisnes. Hahaha. Harga untuk veil ni RM90 sekali dengan shawl.




Gambar masa majlis tunang hari tu semua cantik-cantik hasil bidikan Fakhrul Islam. Fana kenal Islam melalui Iday (http://www.sayaiday.com/), kawan blog fana. Selalu kitorang jumpa time events. Memang diorang ni suami isteri yang paling happening sekali. Fana mula kenal diorang masa tu sebelum diorang kawen lagi sampai la diorang dah kawen sekarang. Happy je setiap kali jumpa diorang, laki bini jenis selesa nak borak. Terima kasih Islam untuk gambar yang sangat-sangat cantik. Kalau korang nak guna servis Islam boleh la usha kat sini :

Instagram : mohdfakhrulislam
Facebook : Fakhrul Islam


Hantaran dari pihak lelaki

Sirih Junjung
Sirih junjung ni Maksu fana yang gubah. Fresh Flowers fana beli kat kedai bunga kat Petaling Street. Mulanya nak beli Carnation dengan Baby Breath (small) tapi masa tu pergi dah lewat dah Baby Breath tinggal yang besar je so terpaksa la beli jugak. Bunga ros pulak satu bouquet tu ada lebih kurang 30 kuntum. Harga satu bouquet murah je kat sana. Dalam RM18 kalau tak silap. Lepastu sirih junjung wajib la ada daun sirih, buah pinang dengan kapur kan. Fana beli yang dah siap bentuk jadi bunga pinang dekat Semua House. Ada satu kedai kat Level U5 memang ada jual barang-barang kawen. Kos untuk sirih junjung ni lebih kurang RM50 jugak la. Kalau upah orang lagi mahal. Nasib baik ada Maksu. 

Cincin Tunang (Wah Chan)
Untuk cincin fana tak mintak yang mahal sangat tapi yang penting fana nak cantik sikit la dari cincin merisik, nak beli Tiffany & Co tak mampu kan, beli Wah Chan pun dah okay dah. Fana request nak yang ada diamond (solitaire). Lepastu saiz jari fana sangat la susah nak cari. Jari fana saiz 10 je, design yang ada pun tak berapa banyak.

Macaron by Wahdi Farhad Hadithon
Sebenarnya macaron ni bagi buat syarat je sebab orang kata kena ada manisan. Fana tak nak mintak coklat (semua hantaran sebenarnya fana yang decide sendiri hahahaha), so fana order la macaron dari Instagram : Wahdi_Le.Choutte.Macaron. Macaron dia memang cantik-cantik sangat. Korang try la usha instagram dia.  Satu box RM70. Fana order dua boxes untuk dulang pihak perempuan sekali. Biar adil dua-dua dapat. Gituuuuu.


Body Set by Bath and Body Works
Kebetulan Bath and Body Works baru je bukak kat Nu Sentral hari tu, pastu ada promosi so fana decide kita beli je la satu set Sakura Blossom tu. Satu set consists of body perfume, body lotion, shower gel dengan shampoo. Ingat nak beli kat Body Shop tapi macam dah biasa sangat orang buat kan. Lagipun Bath and Body Works punya perfume tahan lama. Satu set harga dia fana tak ingat tapi lebih kurang RM160 macam tu.

Jam Tangan by Alexandre Christie

Untuk jam tangan pulak fana pun tak tahu nak mintak jenama apa sebenarnya sebab fana tak minat sangat jam tangan. So, Arjuna pulak dia beli jam tangan jenama Alexandre Christie, fana pun cakap okay la beli jenama yang sama je la. Nampak la matching sikit walaupun bukan coiuple set tapi okay what. Harga untuk jam tangan ni pulak RM370 beli dekat kedai jam kat Midvalley tu. 

Handbag by Charles and Keith
Macam biasa handbag memang fana suka koleksi Charles and Keith sebab antara barangan yang agak murah tapi cantik. Fana susah nak beli handbag jenama lain, memang dah stick dengan CK dah sejak dulu. Arjuna tanya jugak taknak ke beli jenama lain? Fana cakap taknak, muktamad. Charles and Keith pun dah buat fana happy. Hahahaha. Cuma untuk kali ni fana beli warna putih sebab nak nampak cantik atas dulang hantaran. Susahnya nak jaga wey, sayang sangat nak pakai tau.


Hantaran dari pihak perempuan


Mini Pelamin
 Lupa fana nak mention pasal mini pelamin kan. Sebenarnya untuk mini pelamin fana dah booking dari bulan May lagi. Sebab kat akak ni selalu sangat penuh. Sebab pelamin dia cantik dan murah. Model Adiela Ridzuan pun ambik kat akak ni tau untuk pelamin masa dia tunang tu. Korang boleh pergi cari kat Instagram : Kaisara Creation. Harga untuk pelamin ni RM350 . Transportation charge RM150. Total dia lebih kurang RM500. Memang fana suka sangat sebab bunga dia pun cantik-cantik. Nampak sweet je. Fana sengaja taknak ambik bunga yang macam tangga tu sebab selalu sangat orang buat. Nampak common sangat. Fana nak yang orang tak buat. Hahahaha

Perfume by Calvin Klein
Perfume lelaki ni fana yang request sebab survey punya survey terjumpa bau dia wangi sangat. Bawak Arjuna pergi bau tengok. Dia pun suka. Bau dia agak lembut tapi still maskulin la. Fana tak suka yang bau strong sangat nanti lemas pulak bila duduk dekat. Hahahaha. Eternity Set by Calvin Klein ni memang best gila. Dah la survey merata tempat tak jumpa set. Banyak yang habis stok. Pergi Parkson, Metrojaya semua habis stok. Last-last terpaksa la pergi Sogo. Harga dia RM359 kalau fana tak silap.

Sony Action Cam 4K 
Plan awal memang nak beli Gopro Hero 4 - Black tapi entah macam mana kepala otak dua-dua diracuni oleh tauke kedai tu. Hahaha. Dia siap cakap Sony punya kamera lagi lawa, function lebih kurang sama Gopro, harga pun lebih kurang, tapi kamera dan video memang terbaik la. Tauke tu cakap Gopro dia punya aksesori dia memang letops ah tapi kualiti kamera dan video dia takleh lawan Sony. Lebih kurang cenggitu ah, so apa lagi, kasi angkat la itu Sony Action Cam boss. Harga dia RM1700++

Macaron by Wahdi Farhad Hadithon
Macaron ni fana order yang sama dengan dulang pihak lelaki tadi. Rasa dia memang best la. Teringin nak try dari dulu lagi. Kalau korang nak try boleh je walk in kedai diorang dekat Empire Subang. Diorang ni memang specialty dekat Macaron. Kek-kek diorang pun cantik jugak. Terliur je fana tengok. Harga kek-kek diorang dalam lingkungan RM200 hingga RM500. Hanis Zalikha pun ada order dengan si Wahdi ni untuk Macaron Tower masa wedding dia hari tu. 

Jam Tangan by Alexandre Christie
Fana pun tak tahu la apa yang special sangat jam Alexandre Christie ni sampai Arjuna beriya-iya nak beli. Tahu tak harga jam tangan lelaki ni boleh dapat 5 handbag tau. Sabar je la kite wak. Takpe, ni sekali je seumur hidup. Lepas ni awak beli je la jam yang murah ye kalau kata jam ni rosak. Hahahaha. Jam tangan lelaki ni harga dia RM750. -.- 

Bag dan dompet by Kickers
Memandangkan Arjuna memang minat sangat dengan jenama Kickers, maka kitorang pun pusing merata la cari bag ni. Fana mulanya plan nak bagi dompet je tapi nampak macam kosong sangat la pulak dulang so alang-alang Kickers tengah buat promosi 50% for second item, hangkut je la bang. Hahahaha. Tips dia, kalau kau nak beli barang-barang jenama, jangan beli dalam kedai yang jual banyak-banyak brand tu, beli kat kedai dia sendiri.  Untuk dua2 bag ni harga dia dalan RM400 lebih. 


Rainbow Cheese Cake by Fairy Cakes
Fana ni jenis yang cerewet sikit bab kek ni. Kenapa la tak beli kat Secret Recipe je nak jugak custom made cake tauuu. Pastu last-last menyesal. Satunya, kena pergi pickup sendiri kat Kota Damansara. Satu hal lagi ada silap sikit dekat kek yang buat fana rasa frust gila lah. Nama kat edible image salah. T.T. Fana suruh tulis Farhana dan Syafiq dia pergi tulis Farhan dan Syafiq. Tak ke bengang? Last-last terpaksa tutup dengan bunga tu ha. Nasib baik ada lebih tau fresh flowers. Hahahaha. Maksu tolong buatkan. Terima kasih Maksu. Kek ni fana order kat Instagram : Fairy Cakes milik kakak ipar pengacara cun Safeeya, Ameera Zaini. Kek dia memang sedap la, tak dapat dinafikan lagi tapi tulah, ada cacat sikit. Harga kek ni RM140. 

Sirih Junjung

Macam biasa la sirih junjung ni Maksu yang gubah. Memang fana puas hati la. Fana tak sempat nak tengok pun maksu gubah tengok-tengok dah siap dah. Alahai, cantiknya. Sayang je nak bukak tau. Terima kasih banyak-banyak maksu sebab semua hantaran maksu yang gubah. Tak tahu la nak balas jasa maksu macam mana. Memang semua orang yang datang masa majlis tu puji hantaran maksu.

Tanpa dulang yang cantik, tak lengkap la hantaran-hantaran fana. Dulang kaca tu fana sewa daripada Instagram : Hantaran Eksklusif Putrajaya. Dulat Pallet kayu tu pulak fana sewa daripada Instagram : NN Ketuk Kayu. Kalau korang berminat nak sewa boleh la contact tuan dia. Search je Instagram diorang okay. Harga untuk dulang kaca, RM20/sebalang. Fana sewa 7 balang so total dia RM140. Dulang Pallet Kayu tu pulak RM25 satu. Fana sewa 5 pallet, total RM125. Dua-dua pun kena slef-pickup ye sayang-sayang semua. 

Bajet Hantaran Kedua-dua pihak :

Dulang Kaca = RM 140
Pallet Kayu = RM 125
Hantaran = RM 4,000 ++
Fresh Flowers = RM 50
Artificial Flowers = RM 500

Total = RM 4,800 - RM 5,000

Mini Pelamin : RM500

Katering (200 pax) = RM 1, 800 

Baju Tunang = RM 160 

Veil = RM 90

Makeup = FREE (Kakak fana mekapkan)

Photographer = RM300

Jumlah keseluruhan = RM7, 800 ++

Untuk korang yang nak bertunang tak lama lagi, boleh la simpan duit sikit-sikit dari sekarang. Kalau boleh elakkan pinjam duit mak ayah atau kawan-kawan okay? Good luck! InshaAllah, benda baik Allah permudahkan. :) Untuk next entry fana akan cerita pasal doorgift pulak tau. Doorgift fana DIY. Nanti fana share kat next entry okay! 



xoxo,
fana

9 comments:

  1. Woahh! Details sangat Fana share. boleh buat ambil teladan ni taw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Fana nak share dengan korang yg akan lalui fasa ni satu hari nnt.

      Delete
  2. baju tu cntik ! kalau tambah heavy beading sikit boleh dh buat bju sanding tu ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Tapi disebabkan fana sangat malas so fana tak tambah apa-apa pun. Hahaha

      Delete
  3. Husband Aini pun minat jam brand AC tuuu. Tapi kitorg beli yg couple set. Tahan smpai skrg ni. Wlaupun mahal tapi berbaloi la ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Boleh la geng dgn husband fana kalau macam tu. Hahaha.

      Delete
  4. tahniah dah jadik tunangan org...semuanya cantik...bleh tahan badjet nak siapkan semua benda kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, fana dah kawen dah pun. Alhamdulillah. :)

      Delete
  5. cantik sgt2 semua persiapan tu..;)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...