TABUNG

27 July 2016

Majlis Akad Nikah #AfiqFana

Assalamualaikum,


Majlis Akad Nikah Syafiq & Farhana
Masjid Ar-Rahah, Bangsar South
 1 April 2016
.
.

"Always remember why you fell in love. Keep dating each other even when married"
 
 

Kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti kenapa kita dijadikan untuk dia sedangkan terlalu ramai lagi gadis diluar sana yang lebih baik dan rupawan. Alhamdulillah, benar kata orang, jodoh itu memang kita tak tahu, ianya sebuah rahsia. Selagi mana kau rasa kasih melihat wajahnya selagi itulah perasaan cinta itu mekar dalam diri. Remember, always look into his eyes and said, "He is the one. Thank you Allah". :)



Perkahwinan adalah untuk saling melengkapi. Aku ada kau. Kau tutuplah kelemahanku. Kau ada aku, akan ku jaga aibmu, akan ku hiasi dengan kesempurnaanku. Itulah sebab kenapa kita dinikahkan. Sekiranya salah satu daripada kita merasa sedih, jatuh dan tidak mampu untuk meneruskan perjuangan, janganlah kau menyalahkan diri kau. Hatta, kau sepatutnya kuatkan diri untuk angkat dan maju ke depan bersama-sama menuju jalanNya. Redha lah sekiranya menerima sedikit dugaan, bersyukurlah sekiranya menerima kebaikan. Allah Maha Penyayang.


Dua puluh empat tahun ditatang bagi minyak yang penuh, tidak sedikitpun api kemarahan mendorongnya untuk menyakiti anak-anaknya. Setelah aku menjadi milikmu, ketahuilah dahulu diri ini disanjung dan dikasihi kedua orang tuaku, maka kau jadikanlah amanah ini sebagai suatu yang kau perlu pikul dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Janganlah sesekali kau sakitiku kerana kau juga menyakiti kedua orang tuaku.


Seperti mana kau mengambilku daripada kedua orang tuaku, maka pulangkanlah aku kepada mereka sepertimana kau mengambilku dulu. Dengan izin Allah, perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. You don't marry someone you can live with , you marry the person you cannot live without.





"To love and to be love is to feel the sun from both side"





Photographer : Kaio Studio 
AfiqFana| Kaio Studio

3 comments:

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...