TABUNG

17 July 2011

:: Bonda Masuk MW ::

Assalamualaikum..

Maaf, gambar xberape elok
Bonda ni bukan la emak kandung aku. Tapi kitorang anak-anak murid beliau panggil beliau BONDA sebab panggilan turun-temurun dari anak-anak murid beliau.

Beliau ni guru mata pelajaran Bahasa Malaysia aku masa aku ambik Tingkatan Enam kat SMK Sri Pantai 2009-2010. Nama sebenar beliau Pn. Sarimah bt Ahmad. Macam nama pelakon tu kn? Ha..Tu yang special tu. ;))

Bonda ni selalu doakan anak-anak murid, yang beliau ajar. Atas doa beliau yang ikhlas tu aku dapat capai 4.00 pointer or A untuk mata pelajaran BM dalam STPM! ;)) Alhamdulillah. Terima Kasih Bonda.

Cerita yang aku jumpe Bonda dalam Majalah Wanita ni macam ni. Masa aku balik kampung melawat tokwan aku yang tengah tenat *sekarang dah meninggal dunia ,, Aku bermalam kat rumah mak su aku dekat Taman Kelisa Ria, sungai Petani. Tetibe adik aku cakap " Fana, cikgu kau!" Aku tengok la majalah tu. Then, aku jerit BONDAAAAAA. Hahaha.. lucu kan?

Aku memang ade dengar bonda akan masuk MW sebab mase aku still kat SMKSP ade cikgu bagitau. Tak ingat cikgu ape. Wah! Bangga aku sebagai anak murid beliau. Tahniah Bonda. ;))

Ok la, Tu je aku nak kongsi. Terima kasih buat cikgu2 yang da mengajar aku mase tingkatan 6 sampai aku berjaya mendapat tawaran ke UITM! Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...