TABUNG

18 June 2012

:: Dulu Baik, Sekarang Jahat ::

Assalamualaikum..


Dulu aku bukan macam ni. Dulu aku suka mengalah. Mengalah demi orang lain. Dulu aku cuma fikirkan perasaan orang lain. Perasaan aku memang kosong peratus aku peduli.

Bukan sebab aku takut apa orang lain fikir. Tapi, aku takut aku sakitkan hati orang. Maksud orang kat sini, kawan, kawan dan kawan !

Dulu aku terlalu jaga hati orang. Bahkan, bila aku nak memotong percakapan orang pun aku tak sanggup. Bimbang aku tersakitkan hati atau buat dia malu atau buat dia juling. Juling versi Afdlin Shauki.

Aku, aku, aku. Sangat takut dengan tindakan sendiri sebab aku bimbang orang akan lari empatpulohempat batu dari aku. Dengan istilah lain, tak nak berkawan dengan aku lagi. -.-'

Dulu, aku rasa aku manusia paling hipokrit dalam jutaan, billion manusia dicampur alien dalam sembilan tolak satu planet yang ada dalam semesta ni. Huh ! Mengeluh jugak kena panjang-panjang sebab tengah stress. *sambil buat gaya stress macam Gary dalam Running Man.


Hipokrit maksud aku bila aku terpaksa menghadap muka orang yang aku tak suka dengan senyuman empatbelas inci lebar. Hipokrit sangat kan?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni aku selalu memberontak tak tentu hala. Benda kecik pun aku akan memberontak dalam hati !

Memberontak dalam diam lagi bahaya. Sangat. Aku taw kesannya tapi aku tak tahu. Aku dah cuba fikir positif, buat keputusan dengan menggunakan hati plus akal yang waras. Berhasil ke?

Lagi satu hal, aku selalu berdendam. Aku suka simpan dendam dalam hati. Orang cakap simpan dendam lebih tajam dari dendam yang dibalas di alam realiti. Mungkin aku cuma menggunakan imaginasi untuk balas dendam.

Watch out !

Aku lebih suka luahkan certain things dekat orang yang aku selesa. Ada. Tapi tak ramai yang aku betol-betol selesa. Terima kasih for those yang dah pinjamkan bahu. Thank you so much with love.

Solat. Doa. Hasilnya, mungkin lambat tapi lambat akan menghasilkan keputusan yang lebih baik. InsyaAllah.

Seorang hamba Allah yang sudi bagi nasihat dan semangat. Mungkin dengan cara yang tidak disengajakan. Tapi ayat tu betol-betol buat aku rasa tenang dan tenteram walaupun sekejap. Antara yang diungkapkan oleh beliau :

Bila tension, letak tangan kat dada dan cakap "All is Well" !

Terima kasih ye. Dia tahu siapa yang aku maksudkan. :)



nfcs

2 comments:

  1. alaaa mmg kadang2 kite kena speak out tau biarlah org nk benci kita..contohnya bila kwn kita buat benda salah kita xleh ckp dye btol eventho itu akan menyakitkan dia...tp kita yg rapat dgn dia perlu ckp yg sbnr.....kalau die mula menjauh kn diri dari kita biarlah..yg penting kita da smpai kn ok!!!

    semoga tabah ..=)

    http://myaleo.blogspot.com/2012/06/wedding-preparation-persalinan-majlis.html

    new...

    ReplyDelete
  2. @Masmira Masri
    Betol tu kak Mas Mira. :) Try jugak la to be a person yg disayangi oleh kawan-kawan. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...