TABUNG

02 June 2012

:: Kisah di Pasaraya NSK ::

Assalamualaikum..

Hari Sabtu ni, tak ke mana-mana ke? Aku memang tak pegi mana la sebab M.I.P tak de kat KL. Dia ada training Boling Padang dekat Seremban. Wakil MARA ke? Harap dia terpilih. Hwaiting !! :)

Aku nak update pasal aku pegi Pasaraya NSK dekat Jalan Kuchai Lama hari apa ek? Aku pun dah lupa. Rabu kot. Tak kisahlah. Mak dengan Abah aku suka sangat pegi sana. Murah katanya. Boleh tahan la. Tapi, keadaan pasaraya tu aku tak berapa nak berkenan. Dengan fasiliti dia lagi.

1. Tempat masuk nak pegi park kereta tak berfungsi iaitu mereka menggunakan khidmat manusia sebagai pemberi tiket parking. Manual.

2. Kawasan parking agak luas. Thumbs Up.

3. Tanda harga dekat tempat barang-barang diletak tak berapa memuaskan sebab tak nampak macam pasaraya. Macam kedai runcit.

4. Kawasan barang basah (e.g : ikan, sotong, ketam, sayur dll ) agak berbau. Sama macam kedai runcit cuma lebih berbau sebab dia dalam air-cond kot.

5. Barang-barang tak diletakkan di tempat yang sama. Masa aku cari sabun mandi, ada yang dekat hujung, ada yang dekat tengah pasaraya. So, jauh aku nak kena jalan. Padahal nak cari barang dalam kategori yang sama.

6. Kaunter bayaran langsung tak strategik. Customer kena keluar ikot belakang cashier. First time aku jumpe kaunter macam ni. Selalunya customer akan keluar belah depan cashier. So, tak bahaya sangat kan bila cash register tu dibukak.

7. Parking percuma untuk tiga jam pertama. Thumbs Up.

8. Barang agak murah berbanding pasaraya besar yang lain. Thumbs Up.

Yang lain-lain tu mungkin ada yang aku kurang perasan, so, kalau korang pegi sana korang nilai la sendiri.


Aku tanya Abah. "NSK tu singkatan untuk apa ?". Abah jawab, "Tak tahu". Perghh ! Aku suka jawapan tu. Hahahaha


Abah cakap Pasaraya NSK ni milik orang Cina. :)


Makanan yang paling aku suka masa aku kecik-kecik. Sekarang pun masih makan. Dan akan diwarisi sehingga ke anak-anak aku nanti. Cewwah!


Rambang mata tengok makanan. Yummy. Semua benda aku nak sumbat masuk dalam troli.


Tukang bawak troli. Hahahaha.


Cadbury Dairy Milk coklat kegemaran mak aku. :)


Akhir sekali, terima kasih kerana membeli dan blah dari NSK. =p


nfcs

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...