Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya u'olls ! Semangat raya berkobar-kobar lagi ni. Haiyya. Mana taknya duduk kampung sampai seminggu. Blog pun tak sempat nak update.
Raya tahun ni aku beraya di kampung sebelah mak aku iaitu di Sungai Petani. Lebih spesifik lagi di Tikam Batu. Tiap-tiap tahun kitorang beraya kat sana. :)
Alhamdulillah. Dapat jugak beraya tahun ni walaupun puasa tak cukup. Hikhikhik. Yang lebih tension lagi bila Maxis broadband tak dapat dikesan bila kat kampung. Coverage belum sampai. Hahahaha. Harap maklum ye Maxis.
Ok la, aku nak tempek duapulohlima keping gambaq ni kat korang. Tengok la puas-puas. Ada banyak cerita disebalik gambar.
Macam biasa, setiap tahun nak raya kalau tak ada bunga api kertas belang merah tu memang tak sah. Tapi bonus bila ada bunga api besi tu. Hahaha.
Malam raya, rendang pon dah siap, ketupat pon dah siap. Tinggal nak makan dipagi raya je. Selalunya kitorang akan buat rendang daging. :)
Lepas balik dari sembahyang raya, Tok akan ready untuk bergambar dengan telekung baru dia. Abah beli kat Jalan TAR. Bak kata Tok, setiap tahun dia mesti akan pakai telekung baru pegi sembahyang raya. Kemainnnnn !
Tahun ni tahun pertama kitorang beraya berlapan, bersembilan. Hahaha. Abang ipar aku balik beraya kat Kedah tahun ni dengan kitorang. Orang baruuuuuu.
Baby yang comel suka main gesel gigi ni anak sepupu aku. Kesian Raffi sebab ayah dia kat atas kapal. Tak balik raya. Haish! Susah kalau kawen dengan orang atas kapal ni.
Baju raya aku untuk 1 Syawal. Bukan baju baru. Baju lama tapi aku ubahsuai. Hehehehe. Sekarang ni aku prefer jubah than baju kurung. Taktaw pasaipa.
Kitorang nak pegi kubur melawat Tokwan dan Pak Lang. Rutin baru untuk tahun ni dan tahun lepas. Al-Fatihah.
Dari kiri adik aku yang paling bongsu, Amad. Dah tingkatan empat. Budak aliran Sains. Ikut jejak langkah aku. Hahaha. Yang sebelah aku tu kakak aku. Bila nak kawen entah. Umur dah masuk duapulohenam tahun da.
Kami empat beradik. Sepatutnya lima. Yang paling hujung berbaju kurung belang akak aku yang sulung. Memandangkan kitorang pakai baju masa kenduri dia, jadi dia tak ada baju sama macam kitorang sebab dia pakai baju pengantin. :)
Menyiram air mawar di kubur arwah Tokwan. Semoga tokwan berada dalam keadaan tenang dan lapang dibawah sana.
Bersiap untuk beraya ! Weeetttttweeetttt.
Dekat bawah ni gambar aku tengah tak de kerja. Aku memang tak boleh pakai baju dress kembang-kembang. Sebab aku selalu perasan nak jadi Pincess ! Bila aku pakai baju ala-ala Princess, aku mesti nak buat macam ni. Tak caya, tengok la.
Ha, ni bukan tahun ni je, Tahun lepas pon sama. Nak tengok ke ?
Kat atas ni gambar tak ada kerja adik aku punya pasal.
Beraya dengan akak aku yang sulung. Ok, sampai kena kira sebab nak duit raya punya pasal.
Kami tiga beradik dan kami masih single ! :)
Pelita. Wey, aku suka gila kot bila malam-malam sepupu aku pasang pelita berderet je kat tepi jalan tu. Rasa macam betol-betol nak raya la.
Duit raya bertambah bila ada abang ipar. Hahaha. Alhamdulillah. Pelajar wajib dapat duit raya taw. Walaupun dah tua bangka. Lepas ni nak sambung master la. Pelajar kn? :)
Kasut raya untuk tahun ni. Tak nak cakap banyak. Mak bising. Tanya mak "Kasut pun nak tangkap gambar ke?". Hadoi! Biasala mak. Hehehehe
Sebelum tamat bulan Syawal, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang pernah terasa dengan aku, pernah terguris dengan sikap aku. Aku mohon ampun, mintak halalkan apa yang patut ye.
nfcs
No comments:
Post a Comment
Komen yang murnin-murni je tau!