TABUNG

31 August 2012

: Merdeka 55 - Janji Ditepati :

Assalamualaikum..

Tanggal tigapulohsatu, bulan lapan, limapulohtujuh,
Merdeka, Merdeka,
Tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Salam kemerdekaan yang ke limapulohlima. Alhamdulillah. Aku bangga dilahirkan di Malaysia. Malaysia, jauh dari lingkaran api pasifik, tak ada gunung berapi dan gempa bumi. Kalau ada mungkin cuma tempias dari negara seberang. Oh, ya. Negara seberang yang tak reti kenang budi. Bagi aku mereka tak kenang budi kita yang dah banyak membantu mereka. Peluang pekerjaan di Malaysia kita bagi pada mereka. Beban dan kesan gempa bumi kita tanggung sama-sama. Apa lagi? Bukan sekadar tanggung tapi kita bantu mereka dengan memberikan rawatan. Tapi mereka balas apa?

Mereka datang Malaysia yang aman ni, mereka bikin huru-hara. Bunuh sana, rogol sini, rompak sana, culik sini. Kerja siapa lagi kalau bukan mereka?? (Sila baca dengan nada yang tegas !)

Malaysia, rakyatnya mesra, sentiasa hormatkan orang lain, memang berbeza dengan negara lain. Betol! Negara lain tak punya rakyat seperti rakyat Malaysia. Tahniah Malaysia. :)

Pagi tadi aku bangun awal. Aku pergi Dataran Merdeka. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Mak dengan Abah selalu bawak kitorang pegi Dataran setiap kali tiba Hari Kemerdekaan. Dulu tak sama macam sekarang. Tapi mana aku tahu? Aku pun kecik lagi.

Tapi aku rasa memang tak sama. Dulu, warga asing tak ramai. Dulu makcik Peah dengan Pakcik Abu sekeluarga je yang datang. (Gelaran aku untuk pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang datang waktu tu). Yang pasti mereka Warganegara Malaysia, dan MELAYU.

Apa yang penting, aku akan didik anak-anak aku nanti untuk teruskan amalan ni. Biar mereka ditanamkan dengan semangat patriotik. Biar patriotisme itu wujud dalam diri mereka. Biar mereka belajar dan tahu betapa susahnya pahlawan zaman dulu berkorban nyawa untuk membebaskan negara daripada tangan penjajah! InsyaAllah.

Fara Fauzana tengah sibuk buat liputan untuk AmKrew kot.

Bila tengok je pasukan pancaragam terus aku rindu dekat drum. Nak nangesss.

Antara yang join perarakan. Dah lama tak join perarakan merdeka.
Bergambar dengan kereta-kereta antik yang akan join perarakan. Hai pakcik comel! 
Antik tapi meletop kau! 

Di tengah-tengah kesibukan rakyat Malaysia yang turun padang untuk sambut merdeka. 
Aku bangga jadi Anak Malaysia. Korang??
Dahaga betol Shaheizy Sam tu.
Lisa Surihani yang awesome pun ada untuk support ! 
Bendera free ! Thank you Abang Bendera ! :)
Ribuan rakyat Malaysia yang sanggup bangun pagi untuk datang . Awesome Malaysians! 

Dari lama kepada yang baru dan moden !
Gah ! Bangunan yang akan menjadi tempat aku photoshoot kawen. Hahaha. Berangan !
Bunyi heli ni sampai ke Pantai Dalam boleh dengar taw. Tapi ni yang paling ditunggu-tunggu.
Bersama kakak Bienda, Dia nak buat performance tapi aku curik dia jap. Thank you.
I am Malaysian's youth ! I will give my best for Malaysia. :)


Selesai sambut Merdeka, berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur .
Sekeping gambar. Ikhlas dari krew Heaven and Earth. Gambar diambil menggunakan kamera Fujifilm.
Sedih tak dapat bergambar dengan FBI. Takpe, nanti ada masa boleh jumpa lagi. Ye dakkk?

Sekian sahaja liputan tentang Hari Kemerdekaan Ke-55 dari saya, Nurfarhana Chek Saat yang berada di Dataran Merdeka. Terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...