TABUNG

12 August 2012

:: Shopping di Kenanga Wholesale City ::

Assalamualaikum..

Yeayy ! Puas sangat hari ni. Kaki lenguh sebab berjalan sakan. Satu bangunan Kenanga Wholesale City (KWC) kitorang pusing untuk shopping. Cerewet ! Itulah kami. Satu bangunan tawaf tapi tak semua yang berkenan. Seriously, shopping dekat KWC memang happening. Sampai naik pening!

Ok, dulu aku ada buat entry pasal KWC. Memang hot habis la entry tu. Cecah 10,939 views ! Nak mintak komisyen la dari KWC. Hakhakhak. :)

Memang aku syorkan korang semua pegi shopping kat sana. Bawak la satu family, makcik, adik sedara, sepupu, dua pupu shopping kat sana. Sebab boleh dapat harga borong! Kalau beli banyak lagi banyak diskaun yang korang dapat. Bukan seringgit je tapi diskaun sampai sepulohringgit pun ada taw! Tak tipu ni.

Tadi, aku ada beli Pallazo dekat sana. Alamak, lupa nak tangkap gambar. Nanti-nanti la eh. Kalau aku dah pakai, aku update terpampang dekat blog. Tapi, sumpah cantik! Dengan harga murah. Dekat online-online shop pun tak dapat harga tu dik!

Masa mula-mula bukak dulu, lengang, sunyi dan memang sangat tenang la shopping kat KWC nih. Tapi, sekarang masyaAllah, manusia dah berduyun-duyun. Tahniah buat KWC sebab banyak buat pengiklanan sampai berjaya tarik ramai orang ke sana.

Ok, tak nak cerita panjang-panjang. Korang bukan nak baca pun.  T_T Tengok la gambar yang bertempek-tempek ni. Mungkin boleh tarik minat golongan-golongan kaki shopping macam aku ni ke KWC. Hikhikhik


Panduan untuk tahu tempat-tempat yang perlu dituju. Sangat penting ye tuan-tuan dan puan-puan. Jangan risaw, sebab benda alah ni memang disediakan disetiap tingkat.


Aku yang tengah berangan nak jadi jurucakap KWC. Ceh, sapa mau?! *.*




Dari kiri adik aku yang bongsu. Satu-satunya hero dalam rumah kitorang. Sebelah tu pulak akak aku yang kedua. Belum kawen lagi.  Nak jadi anak dara tua ke kak oi??


Antara pitstop yang disediakan untuk menghilangkan lapar dan dahaga ketika membeli-belah di KWC. Tapi, bulan puasa ni lalu je la. Nak beli kena tunggu berbuka. :)


Salah satu kedai aksesori yang digilai perempuan. Kedai ni jual brooch-brooch yang bunga-bunga tu, comel-comel. Tuan dia letih kot nak bukak time bulan puasa. Hikhikhik.


Adik-adik dan akak aku yang sama cerewet. Masa ni baru proses survey harga. Sebagai pengguna, kita kena sentiasa alert dengan harga. Sebab ada kedai yang jual murah, buat apa beli dekat kedai yang jual dengan harga mahal kn?


This is what we call imagination! Eh, yeke?



Ok, ni nak promote Upin-Ipin pulak. Korang datanglah KWC. Sebab hari-hari ada Upin dan Ipin yang comel tu. Sampai 26 Ogos ni. Kalau nak bergambar dengan Upin Ipin pun boleh. Bawaklah adik-adik korang. Mesti diorang suka. ^_^


Dekat depan pintu masuk KWC siap Opah sambut taw. Sempat lagi bergambar dengan Opah. :)


Dan, akhirnya masa untuk balik. Banyak jugak barang yang kami beli di KWC. Ada duit nanti datang lagi. Wajib! Memang tak rugi la datang KWC.

Untuk korang yang nak dapatkan info terkini tentang KWC boleh LIKE facebook page KWC dekat SINI.

Kesimpulannya, aku nak jawab persoalan korang melalui entry aku pasal KWC ni. KWC bukan tempat wajib untuk korang beli borong. Korang boleh beli sehelai atau satu barang jugak cuma harganya lebih mahal dari beli secara borong. Sebagai contoh beg tangan harga RM 60, korang akan dapat harga RM 50 kalau korang beli dua atau lebih. Selain tu, korang jugak boleh mintak dikurangkan harga. Tawar-menawar. So, korang akan dapat harga yang sangat murah! :)

Terima kasih sudi baca. Selamat malam! ^_^

2 comments:

  1. hai..done follow u..
    pernah pergi sekali jek kat sini. tapi masa tu tak beli apa sebab tengah mood honeymoon ;P
    so, rase cam nak pujuk2 my hubby pegi lagilah..hihi...
    sebab saya ni kat jb, ade susah sikit nak ke sana.tp xpe, kite try sampai dapat. tq..

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...