TABUNG

18 June 2011

:: KYS vs NORA ELENA ::

Assalamualaikum...

Hari ni aku dapat beli satu benda yang aku rase korang semua tengah cari kott ! hahaha.. Korang jangan jeles dengan aku pulak taw.. Korang pun boleh dapatkan benda ni.. Benda ape? Weett.. Weettt.. Ape yang aku nak cerita sebenarnye nih! Hish! Buat suspen aja kamu nih.. Korang mesti tengok drama bersiri NORA ELENA kat TV3 Slot Akasia setiap Isnin-Khamis jam 7 petang hingga 8 malam kn? *bace dalam satu nafas bleh ke?  Aku 100% pasti yang hampir 90% rakyat Malaysia tonton drama ni.. Sebabnye heroin die cunnn, hero die tough gile badan kn? Lagi satu sebab die drama adaptasi NOVEL.. Ha, ni yang aku nak cerita.. kehkehkeh..




Sebelum tu aku nak ajak korang jamu mata tengok gambar hero dan heroin drama NORA ELENA ni ! Check it out! 
Nora Elena

Aaron Aziz abe Macho




Hero dan heroin Nora Elena
Puas? Hahaha.. Kalau tak puas sila search kat ENCIK GOOGLE ye.. Aku pun tak taw nak pilih mane satu.. Semua cun2 beb! Kalau korang tengok cerita ni mesti korang boleh tengok betape sweet and cool si SETH TAN tu.. Haish! Kalau la suami aku nanti macam tu.. Penyabar, Romantik, suke buat kejutan, pandai kawal kemarahan.. *tengah bayangkan sambil buat muka sweet*


Disebabkan aku keje sepanjang drama ni ditayangkn, aku curik2 tengok kat office.. dari episod 1 sampai episod 23 aku tengok.. Sebabnye, bile aku blogwalking terjah sane terjah sini, semua dok cerita pasal drama NORA ELENA nih! Mane boleh tahan beb! Harusss tonton! Hahaha ;))

So, hari ni aku cari novel KASIH YANG SUCI.. karya MEEN ZULAIKHA.. Aku beli bukan ape, sebab nak mengahayati ceritanye dengan lebih tragis lagi.. Huahuahua.. Lagipun adik aku dok bising2 kat telinga aku suruh beli.. Aku beli la.. Mase aku datang je kedai buku terkemuka pada abad ni, aku pergi arah Novel Cinta ni.. Aku cari punye cari tak jumpe pun novelnye.. Tetibe datang akak si promoter bawak berduyun-duyun novel KASIH YANG SUCI nih.. Aku tengok ramai dah terkam.. Macam pirana dah aku tengok masing2.. Aku pun kena jadi salah satu Pirana jugak.. Kalau tak memang habis la novel tuh! Nasib aku baik aku dapat sebijik! Hahaha.. Tak caye lettewww! Jum tengok..

PROOF
Hahaha.. sekarang korang percaye kan cakap aku? Tengok muka aku yang teruja tuh! *annoying gile
Tak mahal pun.. Standard harga novel.. Nak taw berape harganye? Check it out!
RM19.90 aje
Nampak tak yang aku highlight biru tu? Aku takut korang tak caye tu harga novel KYS ni.. Yang aku highlight tu nama tajuk novel.. *Sila klik pada gambar untuk tumbesaran tulang yang kuat dan sihat! 

Ade ayat yang aku tertarik menarik kat novel ni..

Korang nampak tak tulisan yang warna merah tu? Meh aku terangkan kn dengan lebih terang ye!

" Hakikatnya aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua " - Seth

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Terpesona kalau kata2 Seth tu diungkapkan oleh M.I.P ! *gatai*  Untuk itu, aku hadiahkan sekalung tahniah buat penulis novel KASIH YANG SUCI ni iaitu Saudari Meen Zulaikha kerana berjaya menghasilkan sebuah novel berhantu dan menjadi rebutan ramai.. Mesti masyukkkkk.. Hahaha.. Tahniah jugak buat pengarah drama NORA ELENA iaitu Saudara JET LI kerana berjaya menarik ramai rakyat Malaysia tengok drama ni.. Good Job!  

Korang2 yang belum bace, beli novel ni sila berbuat demikian.. Disamping memnuhi hobi kumpul novel, dapat jugak ilmu dari membaca kan.. Dapat membantu bisnes kaum bumiputera jugak.. Sesungguhnye karya penulisan tu tiada ternilai.. Sangat mahal!


p/s = Terima kasih bebanyak kat orang yang dah meng'upload' video NORA ELENA kt 4SHARED.. Dapat gak aku curik2 bukak kt office.. ;))

* Kalau suka entry ni sila tekan button LIKE kt atas ok! ;))

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...