Assalamualaikum..
Huih! Penat sungguh hari ni keje.. Aku sangat busy sekarang.. Nama je keje office tapi pergi keje jumpe bulan balik jumpe bulan.. *mak aku cakap cam tu hahaha.. ;)) Korangg, hari ni post aku berkaitan impian aku yang tak tahu akan jadi kenyataan ke tak.. Kalau korang follow blog aku mesti korang pernah terbace impian aku yang pertama kn? Hari ni impian aku yang kedua pulak aku nk story and share walaupun impian pertama belum jadi kenyataan.. Hahaha
Korang mesti nak tahu impian aku atau omputih cakap dream gitu.. Hahaha.. Meh sini aku nak bagitahu korang knnn.. Sila baca sampai habis ok! Oraitt! Sebenarnya aku ade impian yang da lame aku impikan.. Cewwahhh.. Aku mempunyai lebih kurang 29 ke 30 batang gigi yang tak teratur dan tak cantik macam gigi SITI NURHALIZA tu.. Aku pun sangat la jeles bile tengok die nyanyi dok senyum meleret, jerit dok nganga luas2 sampai nampak semua gigi dia yang cantikputihmelepak tu..
Jadi, mase aku tingkatan 4 aku memang dah impikan untuk pakai BRACES.. Tak tau natang ape? PENDAKAP GIGI la.. Yang besi dok pagar gigi Si Fatin Liyana yang cun melecun tu.. Kalau nak tengok dengan lebih jelas ape tu pendakap gigi meh aku tunjuk..
Kalau korang nak dapatkan info yang lebih mantap dan tepat korang boleh KLIK SINI.. Komuniti Braces ni merupakan blog yang menceritakan tentang pemakaian braces dari A-Z.. Aku pun banyak rujuk kat sini.. Kot2 la satu hari nanti impian aku tercapai.. Sekurang-kurangnye aku daH ade sikit ilmu pasal natang ni kn?
Harga tu mungkin aku tak mampu kot.. Aku memang tak mampu.. Nak buat kat Klinik Kerajaan dah terlambat sebab umur aku dah lebih 17 tahun.. T_T Aku harap impian aku jadi kenyataan.. Kalau boleh sebelum aku kawen gigi aku da cantek! Baru la boleh dok tersengeh-sengeh atas pelamin tu lebar-lebar.. Wah! Jauhhh pikir.. hahaha ;D
ANTARA ARTIS YANG PERNAH PAKAI BRACES
Liyana Jasmay yang HOTTTT tak hengat |
Shila Amzah yang suara lemak berkrim.. Anak Pakcik ND Lala |
Dah cantik kan gigi diorang? Haii.. Bile la aku nak dapat gigi yang cantek ni.. *mengharap ada rezeki yang jatuh dari langit ;))
So, ini la impian aku yang da lame gile aku impikan..
So, ini la impian aku yang da lame gile aku impikan..
Semoga Allah berikan aku rezeki untuk aku gunakan bagi mencantikkan lagi kesempurnaan yang telah dikurniakan olehNya.. Aminnn.. ;))
Untuk korang ade sikit info .. Check it out!
:: Ni antara perkara yang perlu diambil tahu kalau aku atau korang nak pakai braces ! !
SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami.
1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari
2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Aku pernah cipta rekod 7 ulcer dalam satu masa. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi
3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari.
4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi aku semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? Aku dulu kena cabut 2 gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Nasihat aku, 30 minit sebelum cabut gigi, telan pain killer & jangan tengok jarum. Yang penting, tabah bro!
MAHAL TAK BUAT BRACES?
Aku kurang tau pasal ini sebab aku buat kat indon. Tapi for sure, makan belanja yang banyak jugaklah. Member aku buat braces kat mesia, ade rm3.5k rm4.5k. Follow up pulak every month. rm100-rm200 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc. Sekarang follow up aku every fortnight. Memang terasa mengalir a duit tu nak nak hospital tempat aku buat tu jauh. Duit minyak, tol semua tu kena amek kira. Kalau nak murah buat kat government. Waiting list 2-3 tahun. Tapi dorang focus more on budak sekolah.
SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LMAO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?
SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Sebelum buat presentation siap buat disclaimer kat rakan sekelas, bagitau yang gigi aku gongak, kalau nak gelakkan silalah -__-. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL !
Dicilok dari Blog Fatin Liyana ;))
p/s : Diharap info2 yang dah aku kongsi ni dapat membantu korang yang mempunyai impian same macam aku! ;))
Peace yaww....wasalam!
Kalau suke entry ni SILA KLIK LIKE ok..mucho graciasss ;))
rindu zaman pakai braces dlu huhu~
ReplyDelete@cik kumbang :
ReplyDeleteUntung la dah pakai braces..hehehe..kite punye impian tak taw bila nk jd kenyataan. :)