TABUNG

24 August 2014

[FOOD REVIEW] La Risata - Bar Pizzeria Ristorante @ Ampang

Assalamualaikumm..




La Risata - Bar Pizzeria Ristorante yang terletak di Persiaran Ampang merupakan sebuah restoran yang bercirikan kontemporari Itali. Dibuka pada tahun 1996 dan merupakan restoran dua tingkat. Lokasinya yang terletak di kawasan perumahan membuatkan restoran ini nampak begitu klasik disamping menghidangkan makanan-makanan Itali yang cukup menyelerakan.



Dari sudut hiasan restoran, dinding-dinding restoran dihiasi dengan batu-bata merah dan bongkah kayu bagi mengekalkan elemen klasik dan asli. Berada di dalam restoran ini membuatkan pelanggan berasa seperti kembali di zaman 1970-an. Apa yang lebih menarik, terdapat satu barangan klasik yang melengkapkan lagi suasana zaman dulu-dulu. Lampu chandeliar ini dikatakan sudah berusia lebih kurang 30 hingga 40 tahun dan masih kukuh tergantung di dalam restoran.






La Risata bermaksud "Laughter". Banyak perkara yang boleh membuatkan kita berasa selesa dan gembira. Pertama ialah makanan. Yang kedua ialah suasana sesebuah tempat itu sendiri. Jadi, restoran ini memberikan satu ruang dimana pelanggan boleh makan dan bergembira bersama orang tersayang.

Menu yang dihidangkan merupakan menu daripada Itali. Italian food memang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Lagi-lagi penggemar pasta. Tidak hairanlah jika bila kita nampak terlalu ramai pelanggan yang memasuki restoran ini. Antara menu yang dihidangkan ialah :



MOZZARELLA IN CARROZZA 
RM 15.00
Mozzarella & anchovy sandwiched between bread and deep fried to perfection





FUNGHI ALLA GRIGLIA 
RM 16.00
Grilled fresh champignon mushrooms with garlic




PIZZA D'ANATRA 
RM 36.00
Smoked duck, rocket, anchovy, caramelized onion and mozzarella

PIZZA PORCINI 
RM 36.00
Porcini mushroom, button mushroom, fontina, parmesan and mozzarella




CAPELLINI AL NERO CON FRUTTI DI MARE 
RM 35.00
Angel hair pasta with prawn, squid and roasted cherry tomatoes in a squid ink sauce




FILETTO DI MANZO
RM 52.00
Grilled US Angus grain fed tenderloin 100days (250g) 
with roasted vegetables and green beans with choice of sauce
Sauce : Creamy mushroom / Gorgonzolla cheese / Brown sauce



Untuk pencuci mulut pula, La Risata banyak menyediakan pencuci mulut yang menjadi antara makanan kegemaran Itali. Namun, pencuci mulut yang disediakan sangat mendapat sambutan oleh pengunjung restoran tersebut. Ternyata rakyat Malaysia gemar mencari kelainan dalam mencuba makanan-makanan antarabangsa.


CANNOLI
RM 16.00
Sicilian fried pastry shell filled with a sweet ricotta cream dipped in chocolate & pistachio bits




TORTA DI CIOCCOLATO 
RM 16.00
Flourless dark chocolate cake with a melting chocolate centre served with vanilla ice cream





DUA TINGKAT

Selain daripada menunya yang sangat authentic, La Risata juga mempunyai ruang restoran yang dihiasi dengan pelbagai barangan dan perabot yang bercirikan klasik dan mewah. Apabila naik ke tingkat atas, terdapat satu lagi ruang restoran yang sangat luas namun sedikit privasi. Menurut Puan Selena Mak, Senior Marketing Manager Good Food Trio ruang tingkat atas disediakan kepada mereka yang ingin mengadakan private event. Tempahan perlu dilakukan sebelum acara diadakan.




Pemandangan daripada tingkat atas restoran

Terima kasih http://www.dineout.com.my kerana telah menjemput fana dan rakan blogger yang lain untuk sertai food review di La Risata, Ampang. Kami ingin menjemput anda semua untuk menikmati makanan-makanan Itali di La Risata. Jika ingin mengadakan sebarang event atau sambutan hari jadi, boleh membuat tempahan tempat melalui Pengurus Restoran, En. Mohd Shah di talian 03-42526269 (Cawangan Ampang).


Alamat :
16 Persiaran Ampang 55000 Kuala Lumpur.
03-42526269


Dineout Reviews



xoxo,
fana

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...