TABUNG

21 June 2015

Buffet Ramadhan | M Cafe By Meesha Sukira

Assalamualaikumm..


"Food is the best way to promote a culture"



Salam Ramadhan Al-Mubarak yang ke-3. =)

Bila siang tak boleh nak update entri berkaitan makanan sebab risau karang perut ni berbunyi-bunyi je tengok makanan sedap-sedap kan? Hehehe. Biasa la tu, jenis manusia yang pantang nampak makanan. 

Saja mencari kelainan, sebelum ni kita makan dekat restoran yang betul-betul berkonsepkan restoran, tapi kali ni fana nak ajak korang cuba makanan sedap-sedap dekat butik jual batik! Hahaha. Eh, macam mana butik yang jual batik ni ada restoran pulak kat dalam dia? Haaaa, itulah korang tak tahu, kreatif kan? Bagi fana, ini merupakan satu konsep yang sangat menarik bagi menarik perhatian pelanggan untuk datang ke restoran mereka.




Food ReviewM Cafe by Meesha Sukira
47 Jalan Medan Setia 1, 
Plaza Damansara, Bukit Damansara 
Kuala Lumpur

Business hours :
Mon - Sat: 10:00 am - 10:00 pm 
(Sunday Closed)





Menurut pemilik restoran, mereka menghasilkan sendiri corak batik ini dan mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan batik. Pada mulanya, pemilik restoran lebih fokuskan kepada jualan batik sahaja. Malah, datuk moyang beliau juga merupakan golongan pelukis dan menghasilkan pelbagai karya seni serta pernah bekerja dengan Royal Selangor.


Mengimbau detik Tanah Melayu dulu, batik merupakan salah satu daripada sumber ekonomi dan menjadi salah satu produk utama perdagangan. Para pedagang dari China yang membawa Sutera merupakan salah seorang daripada datuk moyang kepada pemilik restoran M Cafe by Meesha Sukira ini. Siapa sangka, rakyat berbangsa China ini mempunyai minat yang begitu mendalam terhadap batik.


Antara faktor utama penubuhan butik kafe ni ialah menjadikan restoran ini mesra keluarga. Susun atur dan dekorasinya yang ringkas, terasa seperti berada di rumah sendiri. Makanan yang dihidangkan juga menepati citarasa masyarakat di Malaysia. Pasti ramai lagi yang tidak tahu kewujudan butik kafe yang bernama M Cafe by Meesha Sukira ini yang terletak di Bukit Damansara, Bangsar.

Selain itu, pemilik restoran  juga ingin mengekalkan tradisi batik yang melambangkan negara Malaysia untuk lebih dikenali diserata dunia. Dek kerana  batik semakin dilupakan dan ditelan zaman, pemilik berusaha untuk menimbulkan kesedaran ini lebih-lebih lagi buat generasi muda yang terlalu didedahkan dengan teknologi sehinggakan mereka tidak sedar akan kewujudan seni batik yang semakin dilupakan ini.


Pemilik sendiri memilih M sebagai simbolik butik kafe ini kerana huruf M memberikan banyak makna antaranya "Motivation", "Magical", "Manner", "Miracle" dan banyak lagi. Banyak cabaran yang dilalui oleh pemilik M Cafe by Meesha Shukira kerana mereka tidak mempunyai latar belakang di dalam bidang pengusahaan restoran serta masih sibuk dengan kilang mencanting batik yang terletak di Batu Caves. Walaubagaimanapun, sikap tidak mudah putus asa terus utuh dalam diri dan akhirnya butik kafe yang diberi nama M Cafe by Meesha Sukira ini berdiri megah di tengah-tengah bandar dan mempunyai pelanggan tetapnya sendiri.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, M Cafe by Meesha Sukira mengadakan buffet Ramadhan dengan menghidangkan menu-menu yang lazat dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Ops! Fana rasa selain daripada masyarakat Melayu, fana pasti mereka yang berbangsa China mahupun India juga pasti gemarkan makanan-makanan ini. Buffet ramadhan bermula pada harga RM39++ bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan kebawah.



Menu
-----------------

Asam Pedas Ikan Pari

Daging Masak Hitam

Sambal Terung

Sambal Petai Udang

Sambal Sotong Sumbat

Masak Lemak Rebung Udang

Salad Sambal Ikan

Hainanese Chicken Chop

Ayam Goreng Telur Masin

Meehoon Goreng Seafood

Suka dengan kata-kata yang lahir dari bibir pemilik restoran ini, "food is the best way to promote a culture". Antara salah satu sebab kenapa pengusaha berbangsa Cina ini begitu bersemangat merealisasikan hasratnya membuka restoran adalah kerana tarikan makanan itu sendiri begitu kuat sehinggakan mampu menarik pelanggan  hadir ke restoran. Apabila pelanggan yang datang untuk menjamu selera, pelanggan akan 'dihidangkan' dengan batik-batik yang dihias di ruang restoran tersebut. Secara tidak langsung mampu membuatkan batik menjadi laris.


Terima kasih FOOD INK kerana sudi menjemput fana bersama rakan-rakan blogger yang lain bagi menikmati hidangan lazat resepi istana. Oh ya, lupa fana nak ceritakan bagaimana chef berbangsa Cina mampu menyajikan makanan Melayu yang begitu enak ini. Sebenarnya, resepi ini diperoleh daripada istana memandangkan ibu pemilik restoran ini dulu merupakan tukang masak di istana. Wahhh, patut la hebat. 

Bloggers bergambar bersama pemilik restoran (berbaju kelabu)


Terima kasih banyak-banyak M Cafe by Meesha Sukira kerana sudi menjemput fana dan rakan blogger yang lain untuk mencuba menu-menu buffet sempena Ramadhan disini. Makanan semua sedap. Dekorasi cantik, servis tip top. Untuk korang yang nak datang berbuka puasa disini jangan risau kerana kemudahan surau turut disediakan. 

Jangan lupa reserve dulu kalau nak datang ye. Boleh call nombor ni : 03-20959088



Untuk maklumat lanjut layari :

Instagram | @mcafebymeeshasukira



xoxo,
fana



4 comments:

  1. seronoknya kalau dpt pergi food review mcm dulu.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kak asyik approach restoran2 kat kelantan mana tahu diorang akan cari bloggers untuk food review kat sana. :)

      Delete
  2. Kak julia kenal farah dan zarin dlm gambar ramai2 tu

    ReplyDelete
  3. Salam kenal . Tengah google jumpa blog ni .. best . saya letak deakt bloglist sbb suka tgok gambar cantik!

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...