TABUNG

30 July 2017

Kalau diberi peluang kawen sekali lagi...

Assalamualaikummm..



Bila difikirkan balik, rasa macam bestnya kalau dapat buat majlis kawen lagi sekali kan. Fana banyak kali terfikir pasal benda ni sebab banyak sangat benda yang rasa kurang puas hati. Kalau korang diberikan peluang untuk adakan majlis kawen SEKALI LAGI, apa yang korang nak improve? Nanti korang share la dekat ruangan komen tau.

Maaf la tajuk dia macam suspen je bunyinya kan tapi sebenarnya fana cuma nak kongsikan apa yang patut bakal-bakal pengantin ambil berat dalam proses menyiapkan persiapan perkahwinan. Ini berdasarkan pengalaman fana dan fana share apa yang fana rasa sahaja tau. Tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Mana yang baik tu korang boleh la ambil sebagai rujukan. :)

Kalau diberi peluang untuk kawen sekali lagi...

First, fana nak majlis akad nikah fana diadakan pada hari cuti. Fana akad nikah tahun lepas hari Jumaat sebab fana punya majlis sanding hari Sabtu. Tak akad nikah hari Sabtu sebab kitorang takut rushing. Yelah, pagi nak akad nikah dan kita mesti nak seluruh ahli keluarga kita ada kan? Kalau semua pergi masjid, nanti dewan pulak tak ada yang nak uruskan. Jadi, untuk memudahkan kerja, kitorang pakat untuk adakan pada hari Jumaat. Apa yang tak best? Majlis akad nikah ni majlis yang paling bermakna sebenarnya. Kalau boleh kita nak semua yang rapat dengan kita ada untuk sama-sama merakamkan moment tu. Tapi, fana tak berkesempatan kumpulkan semua sebab Jumaat adalah hari bekerja. Apa pun fana terharu sebab kawan-kawan terdekat ada jugak yang sudi datang. Terima kasih. You know who you are. Wey, sorry la karangan panjang sikit harap korang tak bosan baca. Hahaha.

Mekap akad nikah fana tak sempat nak cari sebab tak terlalu fokus pasal majlis akad nikah. Sibuk fikir pasal majlis resepsi punya pasal. Kalau dapat photoshoot balik moment majlis akad nikah, fana nak hire MUA hebat-hebat yang ada dekat KL ni macam Nuex Rosli ke, Najeeb Azmi ke, Syed ke, Yna Sakinah, ramai lagi la. Pakai balik baju akad nikah. Ambil gambar cantik-cantik sebab nak frame besar-besar dan tunjuk dekat anak-anak cucu nanti. Yes, mekap sangat penting. Kalau boleh korang cari la MUA yang boleh mekapkan muka korang bagi naik seri sikit.

Photoshoot selepas akad nikah ! Haaaaaa, kau bayangkan la lepas je akad nikah kau tahu yang kau ni dah HALAL nak pegang-pegang husband tu yang masa kau belum kawen kau rasa geram je nak peluk dia kan tapi tak boleh! Opssss. sensor sikit. Hihihi. Moment ni paling tak best gila sebab apa tau, rasa kekok sangat! Kitorang pulak jenis tak reti ambik gambar posing-posing maut mesra nak mati apa semua, so gambar memang SANGAT KEKOK! Malu gila bila tengok balik gambar. Please la nak shoot balik pakai baju akad nikah!! Hahaha. Kalau diberi peluang sekali lagi, memang kalau boleh nak gambar yang cantik-cantik.

Okay, settle pasal majlis akad nikah. Sekarang nak cerita kalau diberi peluang BERSANDING SEKALI LAGI ! Ya Allah, banyaknya rasa benda yang nak. Rasa semua benda tak perfect. Kalau la diberi peluang untuk buat majlis kawen sekali lagi, fana tak nak pakai songket please. Fana nak pakai gaun kembang macam baju kawen Ameera Zaini tuuuuu. Lepastu kenapa la aku pilih baju warna hitam. Hahaha. Nak nangis rasa. Wey, ni majlis kawen kena la baju sweet-sweet sikit. Korang please la pilih warna baju yang paling sweet gila sebab masa ni la korang dapat tengok muka korang sweet je. Antara warna baju yang fana nak pakai masa sanding : Baby Blue, Pink, Light Purple. Serius warna ni yang mampu naikkan seri pengantin.

Mekap ! Yessss, mekap kawen please la nak mekap yang sweet-sweet. Mata letak glitter-glitter, mekap ala-ala barbie doll, tapi kenapa la MUA fana hari tu pergi mekap smokey eyes ! Ya Rabbi. Hangin je aku rasa. Hahaha. Wey, nak kawen lagi sekali. Nak muka macam barbie. Okay bye!

Next is, photographer. Sebagai pengantin yang terlalu busy dekat atas pelamin, ketaq satu badan sebab nervous lepastu tengok beribu pulak orang dalam dewan bilamana kawan kau depan mata senyum kat kau pun kau tak perasan sebab nampak muka semua orang macam sama je masa tu. Ya ampunnnnn. Please la, sebelum majlis, korang inform siap-siap dekat photographer gambar apa yang korang rasa WAJIB ada dalam korang punya album. Maksud fana bukan album yang printed, raw photos ke apa ke at least bila kau bukak pendrive dan tengok gambar-gambar tu selepas majlis, kau akan nampak situasi sebenar majlis kau. Sendu ke ribut ke. Apa yang fana rasa kesal bila check-check gambar tapi yang ada asik-asik muka pengantin, muka pengantin, muka pengantin hajerrrrr ! Apa yang kita nak tengok? Okay, sebagai manusia yang sangat cerewet macam fana , meh sini fana bagitahu apa yang fana rasa perlu ada.

- Gambar suasana dewan, i mean the whole dewan. Tak kisah la photographer tu kena panjat atas chandeliar ke apa ke, at least show some effort la naik atas stage ke ambil gambar whole dewan. Kalau photographer ada lebih dari seorang rasanya tak ada masalah kalau sorang lari sekejap masa orang tengah ramai yu untuk naik tingkat atas ke ambil gambar. Well, benda ni nampak macam tak perlu kot! Tapi, sebenarnya perlu la sebab kau mesti la nak tengok suasana majlis kau tu. Ataupun kau boleh la spot sorang dua makcik yang kau tak bagi kad pun tapi dengan muka tebal datang majlis orang lepastu hangkut satu family. Okay, bab ni nanti kita cerita kejap lagi.

- Gambar family tengah busy melayan tetamu / bagi goodies bag. Kalau la fana dapat buat majlis lagi sekali fana nak pesan dekat photographer ambik la gambar family kita tengah busy tu. Fana tak ada langsung gambar dekat area goodies. Satu goodies bag pun tak ada dalam album. T.T Sila pesan dekat photographer korang untuk ambil gambar family korang, sebab diorang bila nak tengok gambar-gambar dari photographer mesti la diorang excited kalau ada terselit muka diorang time tengah busy tu kan. Family happy, kita pun happy. Lebih-lebih lagi gambar parents kita.

- Gambar makanan daripada pihak katering. Bukan nak buat food review tapi at least ada la terselit satu dua gambar menu ataupun tisu yang bercetak jenama katering untuk fana kongsikan dekat kawan-kawan, katering apa yang fana gunakan masa majlis tu. Nak cerita sedap ke tidak menu tu lagi best kalau ada gambar kan? Oh, by the way fana guna katering Seri Angsana sebab makanan dia memang sedap gila. Serius tak tipu. Fana rasa tak ada katering lain yang lebih sedap kalau nak compare dengan Seri Angsana punya menu. Bakal pengantin, sila ambil servis Seri Angsana okay?

Settle bab gambar, fana nak cerita pasal jemputan pulak. Haaaa, yang ni sangat la penting ye kawan-kawan. Tahu tak pengantin bila dia buat kad jemputan, dia dah ada kiraan bajet untuk makanan/ katering? Contohnya, kalau kad jemputan dia tempah 1000 keping, makanan dia kena tempah untuk 2000 orang makan. Hari tu fana edar kad jemputan 500 keping dan selebihnya fana invite menerusi facebook event seramai 500 orang. Jadi, jumlah jemputan fana ialah seramai 1000 orang. Katering ngam-ngam untuk 2000 orang makan. Nak tahu apa jadi? Nasi tak cukup. Sebab apa benda ni boleh jadi? Kitorang tak tahu salah siapa sama ada katering tertinggal bekas nasi dia ke atau memang nasi dia masak tak cukup ke. Lauk masih ada, tapi nasi habis sampai kawan-kawan yang datang selepas jam 2 petang terpaksa tunggu nasi. Kitorang beli nasi di kedai mamak untuk 1 tong. Salah satu sebabnya lagi ialah, ada jemputan yang datang tanpa dijemput melalui kad mahupun facebook event. Jemputan disampaikan melalui mulut ke mulut dan bukan dari pihak keluarga kami.

Contohnya : "Wey, jom la ikut aku pergi kenduri esok. Bawak la satu family kau sekali" Haaaaaa, gituuuu, awak pun dijemput oleh tuan rumah lepastu awak boleh ajak kawan awak bersama family dia pulak ye. Amboi amboi sangat ! Tahu tak jemputan kenduri kawen cuma boleh dihadiri apabila dijemput oleh tuan rumah sendiri. Dan kalau anak makcik tu dah kawen, itu dikira keluarga lain dan perlu mendapat jemputan oleh pihak keluarga pengantin dahulu ye. Lain cerita kalau pihak tuan rumah ajak "Eh, Senah, minggu depan datang tau kenduri anak aku. Ajak sekali anak kau si Salman dengan menantu kau tu ye." Haaaa, ini baru la betul.

Ada satu lagi benda penting yang setiap kenduri kawen perlu ada, FLOOR MANAGER. Kadang-kadang orang fikir macam ahli keluarga kita yang ramai tu mampu kawal satu dewan tu kan? Sebenanrnya salah! Keluarga kita tak tahu pun diorang nak buat apa, apa yang perlu bantuan dan sebagainya. Korang kena lantik salah seorang ahli keluarga atau kawan paling rapat yang kenal seluruh ahli keluarga kau untuk tolong kawal keadaan. Contohnya, kau spesifikkan la si Bedah ni tolong check area buffet. Orang katering pun bukan perasan sangat lauk mana yang perlu topup sebab sibuk dok angkat pinggan apa semua. Jadi, kau lantik si Bedah ni untuk jadi mata-mata bagi pihak katering. Kalau ada adik lelaki, kau mintak dia get ready angkut hadiah-hadiah yang kawan-kawan kau bagi tu letak satu tempat. Sebab kes ni jadi dekat fana ye, ada hadiah yang lesap. Tak tahu la siapa yang panjang tangan tu. Pengapit pulak kau kena la lantik orang yang kenal ahli keluarga kau sebab dia je orang paling dekat melekat dengan kau atas pelamin yang kau boleh bisik-bisik. Contohnya macam nak mintak bagitahu dekat ahli keluarga kau kalau boss kau datang suruh dia duduk meja VIP ke apa ke. Benda-benda yang simple tapi sebenarnya boleh bagi impak yang sangat besar. Bunga telur dekat pelamin, jangan lupa mintak tolong si pengapit agihkan dekat tetamu-tetamu yang naik bergambar atas pelamin dengan pengantin. Kalau tak suruh sampai basi la telur tu tak ada yang usik.

Kalau diberi peluang buat majlis lagi sekali, fana nak semua yang fana mentioned dekat atas ni perfect. Sebab fana dapat rasa banyak sangat kekurangan majlis fana tempoh hari. Fana mintak maaf jugak sebab ada yang terasa sebab terlepas pandang, tak dijemput. Maaf sangat-sangat. Untuk yang bakal berkahwin, good luck fana ucapkan. Ambil la mana yang korang rasa bermanfaat untuk korang. Kalau rasa macam tak penting, ignore je tau sebab tu semua based on citarasa fana. Setiap orang lain citarasa dia kan? Hehehe. InshaAllah, Allah akan permudahkan urusan persiapan perkahwinan korang.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kawan fana sejak sekolah rendah iaitu Mastura Zakariah yang baru je diijabkabulkan dengan cinta hatinya Afiq hari ni. Semoga kalian sentiasa berkasih sayang sehingga ke syurga. :)



xoxo,
fana

02 June 2017

SGshop "Jom Shopping!" Contest

Assalamualaikum...



Hai semua. Salam 7 Ramadhan. :)

Baru-baru ni fana terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk contest SGshop yang diadakan oleh rakan blogger yang fana kagumi iaitu Ayue Idris. Fana nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat Kak Ayue dan SGshop sebab bagi fana RM200 shopping kredit. Macam-macam fana beli tau dekat SGshop. Baru je tadi successfully submit orders. Tak sabar nak tunggu barang sampai dekat rumah. 

Jadi, kali ni Kak Ayue ada anjurkan contest yang lebih meriah lagi dengan hadiah yang meriah jugak. Wajiblah fana join. Mana tahu rezeki fana, dapat la shopping lebih banyak lagi dekat SGshop kan? Hehehe. Best sangat tau shopping dekat SGshop sebab barang-barang semua harga murah gila lepastu apa je barang yang tak ada. Sampai jadi rambang mata dibuatnya. 


Banner Contest : "Jom Shopping!" Contest


Untuk fana dinobatkan sebagai calon-calon pemenang, fana wajib menjawab dua soalan yang diberikan oleh penganjur contest. Okay, sis cuba ye. Please pilih fana sebagai pemenang. Hahaha. Takpe, kalau bukan rezeki fana pun takpe, fana redha. Bulan puasa ni kita kena sentiasa redha dengan apa jua rezeki kita. Barulah ibadah kita menjadi lebih berkat. Gituuuuu. Sebelum tu fana nak berpantun dulu la sebagai pembuka kata sebelum jawab soalan.


Hari Raya bakal menjelma,
Pening memikir perihal baju raya,
Bilang pada hati mengapa berduka,
Di SGshop semuanya ada ! Ewahhhhhh!!


Hehehe. Okay-okay, kembali semula kepada part yang lebih penting. Ni merupakan cara penyertaan bagi contest ni. Untuk korang yang mempunyai blog, boleh la join sekali. :)



Cara penyertaan :

1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawab 2 soalan berikut:



Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?

A1 : SGshop merupakan laman web e-commerce yang menjadi agent ataupun orang tengah untuk Taobao.com bagi memudahkan pembelian terutamanya untuk pelanggan daripada Malaysia. Terdapat pelbagai rangkaian barangan yang dijual di SGshop dan boleh dicari melalui kategori yang disediakan. SGshop menawarkan servis terbaik buat para pengguna website untuk membeli barangan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Bagi memudahkan pengguna untuk membuat proses pembayaran, SGshop telah bekerjasama dengan beberapa company untuk memberikan kepelbagaian dari segi payment method antaranya Molpay, Online Banking, Paypal, Visa/Master Card, FPX dan banyak lagi. Selain itu, servis logistik sebanyak empat pilihan turut disediakan untuk pengguna yang ingin mendapatkan servis yang cepat ataupun lebih murah kerana produk-produk adalah direct ship daripada China. Antara pilihan yang ditawarkan ialah Sea Shipment, Express Air, Economy Air, dan Special Air. Rates untuk setiap pilihan shipping services turut disertakan semasa proses checkout. Servis yang diberikan melalui website SGshop juga merupakan antara yang terbaik kerana kemudahan sistem navigasi yang ditawarkan sangat memudahkan pengguna untuk mencari produk yang mereka inginkan.


Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

A2 : Tiga item yang saya ingin beli di SGshop ialah :

Pertama : Cake Decorating Tools (Link : http://bit.ly/2skCIZ1) Fana merupakan seorang penjual kek dan desserts dan pastinya fana memang obses dengan apa saja baking tools macam baker yang lain juga. Baru-baru ni fana ternampak SGshop punya decorating tools set lepastu harga dia pun murahnyaaaa. Fana dah add sebagai 'WishList' dalam website SGshop. Hopefully, fana dapat jugak beli set ni walaupun agak lambat but this is a must have !





Kedua : Baking DIY Tool Sets - Nozel (Link : http://bit.ly/2rr8V0M) Set nozel ni pun merupakan salah satu wishlist dalam SGshop akaun fana sebab fana memang pengumpul nozel-nozel untuk memudahkan fana decorate wedding cake, cupcakes yang customer tempah di fanabakes. Set ni merupakan sesuatu yang paling fana nak sangat !! I need this. OMG !! Kalau fana dapat shopping kredit daripada SGshop untuk contest ni, ini adalah benda WAJIB fana add to cart ! :D




Ketiga : Jingdhezhen Guci Tableware Set (Link : http://bit.ly/2svQiIa) Set pinggan mangkuk ni cantik sangat! Fana nak sangat set ni sebab apa tau, susah sangat nak dapat dekat kedai-kedai tableware dekat Malaysia ni. Sesuai la untuk hidangkan dekat tetamu kan. Simptom orang dah kawen ni memang macam ni. Pantang nampak set pinggan mangkuk semua nak. Hehehe






Yeayyyy, so dah habis dah misi menjawab soalan dan senarai wishlist. Memang hari-hari fana sign in SGshop tau tengok barang-barang lepastu mula la penuh Wishlist punya tab tu dengan barang-barang yang fana craving nak beli. Hehehe. Korang yang mana tak pernah beli dekat SGshop tu pergi la bukak website diorang. Korang mesti rasa macam nak beli semuaaaaaaa !

Fana harap sangat shopping kredit ni nanti jadi milik fana, nak shopping lagi. Hehehe. Korang doakan la fana tau. InshaAllah, kalau ada rezeki ada la kan. Anyway, terima kasih Kak Ayue dan SGshop sebab buat contest ni. Fana memang eksaited sangat nak join tau. Support Kak Ayue ! Hehehehe. Okaylah, jam pun dah pukul 3 petang. Dah boleh kot masuk dapur buat apa yang patut. Kejap lagi dah nak berbuka puasa dah. Selamat berbuka korangggg !


#AyueIdrisXSGshopMalaysia
#AyueIdrisXSGshopMalaysia
#AyueIdrisXSGshopMalaysia



xoxo,
fana

24 March 2017

My Makeup Haul from Lancome - Sephora

Assalamualaikumm..



Hello Pretty !

Fana pasti ramai antara korang yang suka shopping make up kan? Kali ni fana nak share satu website yang memang best gila ah. Korang takkan menyesal punya kalau masuk website ni. Serius, tak tipu okay. Apa yang pasti korang akan rasa macam nak beli semua benda yang dijual dekat website ni.

Sephora Malaysia mempunyai website e-commerce diorang yang mana korang boleh buat transaksi dekat sana terus. Senang sangat. Ini yang kita panggil shopping dari rumah. Haaa, duduk je dekat rumah, tunggu beberapa hari produk pun sampai.

Fana nak share dengan korang produk best yang fana baru je beli daripada Sephora. Tak lain tak bukan tentu la Lancome ! Haaaa, sebelum tu fana nak tunjuk dekat korang la apa yang fana beli dan kenapa fana beli produk-produk ni.






Lancome Juicy Shaker – RM95
Kalau Korang nak tahu, Lancome Juicy Shaker ni adalah produk terbaru daripada Lancome. Ada banyak warna tapi yang paling menarik hati fana ialah kod warna Piece of Cake ni. Salah satu sebabnya ialah warna dia tak terlalu menyerlah sangat, Nampak effect natural bila korang pakai. Juicy Shaker ni cara guna dia korang just shake-shake je sebelum nak sapu dekat bibir ye. Ianya juga lain dari yang lain sebab berus sapuan dia tu. Memang best pakai Juicy Shaker ni sebab ianya juga merupakan Bi-Phase Lip Oil. Bibir korang akan terasa segar dan lembab sepanjang hari.




Lancome La Base Pro Hydra Glow – RM136
Satu lagi produk daripada Lancome yang fana beli di website Sephora ialah La Base Pro Hydra Glow. Sebenarnya fana dah lama mencari primer yang sesuai untuk fana apply dekat muka sebelum fana pakai makeup. Finally, fana try primer ni memang la sangat best u’olls. Muka korang akan terasa segar je walaupun seharian bermekap. Lagi satu, kulit muka korang takkan kering. Sangat sesuai untuk korang yang ada masalah kulit kering. Bau dia pun hmmmmm fresh gila !



Compact High Coverage Case – RM62
Produk ketiga yang fana beli daripada Lancome ialah Cushion Compact Case. Fana memang penggemar BB cushion. Sebab fana merupakan seorang full time baker dan juga full time student. Jadi, fana sangat la taka da masa nak pakai banyak-banyak produk dekat muka. So, dengan adanya BB Cushion atau Cushion Compact, memang dapat jimat masa banyak sangat la. Cushion Compact Case ni bekas spare yang fana rasa fana perlu ada untuk isi fana punya cushion compact. Korang boleh beli set cushion compact dekat Lancome, selalunya dia akan bagi refill pack sekali,  yang refill pack tu la korang masukkan dalam case ni tadi. Haaaa, so fana dah ada dua cushion compact. Tak risau dah kalau habis ! Hehehe

Ini makeup look yang fana dapat create dengan menggunakan produk-produk daripada Lancome ni. Seharian dengan mekap pun tak ada masalah sebab dah pakai primer La Base Pro Hydro Glow daripada Lancome. Best gila ! 


Untuk korang yang nak shopping produk-produk daripada Lancome, cepat la pergi bukak website Sephora. Kat sana korang boleh beli macam-macam jenis produk Lancome yang lain jugak. Banyak jugak choice. Jimat masa korang tak payah nak pergi make up store untuk beli kan. Harga pun berpatutan. Fana punya total purchase untuk tiga-tiga produk ini ialah RM293.

Jom shopping sekarang! Klik disini. Happy shopping ! =)



xoxo,
fana



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...