TABUNG

30 January 2014

Ada Apa Dalam Goodies Bag Hijabista ?

Assalamualaikumm…


Seperti yang dijanjikan, hari ni fana nak bongkarkan apa yang ada dalam goodies bag Hijabista yang fana dapat sewaktu join event Hijabi Bazaar baru-baru ni. Sebenarnya, Cuma 20 orang yang dapat extra and super special goodies. Tetamu yang lain Cuma dapat satu goodies sahaja. Jangan jelessss ! Hihihihi


Okay, kita selongkar apa yang ada dalam goodies bag Hijabista dulu okay! Hihihi. Selalunya goodies bag Hijabista tak pernah mengecewakan. Sebab, terlalu banyak barang berharga dalam tu. Sebab tu fana jarang lepaskan peluang untuk join event dengan Hijabista. Awhhh! Bestnyaaaa.

Wide Shawl from Somethingflowy

Dwitone Shawl from LemariMyra

Ombre Scarf from Chenta Qaseh

Accessories from Trifa Wardrobe

Shower Cream from May

Rose Fragrance Melvita from Loccitance

Olay Aquaction Moisturizer

Silky Girl Coffee Lip Balm

Moisturizer Olay

Next, goodies bag yang kedua iaitu goodies dari Bank Islam. Bag hitam ni semua orang yang hadir pun dapat. Jom kita tengok apa yang ada dalam goodies bag Bank Islam.

Kalendar dan Planner

Buku nota dan pen dari Hijabista


Pada pendapat fana, event Hijabista Bank Islam Fashion Swap, “Swap till Ya Drop” ni merupakan satu event yang sangat bijak kerana ianya menggabungkan ramai penggemar fesyen, serta pereka-pereka fesyen muslimah. Seperti yang kita tahu, Bank Islam merupakan bank pertama yang menggunakan ciri-ciri Islam dalam sistem perbankan. Dengan kolaborasi bersama Majalah Hijabista, ianya dapat membantu mengetengahkan Islam dikhalayak umum.


Hijabista merupakan majalah yang mencetuskan fenomena dalam dunia fesyen untuk muslimah diluar sana mengenai gaya berfesyen sambil memenuhi syariat Islam iaitu menutup aurat. Siapa kata hendak menutup aurat tak boleh berfesyen? Cuba tengok ramai public figure diluar sana yang masih sopan, tertutup tetapi cantik bergaya.



So, terima kasih Hijabista dan Bank Islam untuk goodies yang sangat best ni. Tak sabar nak guna semua. Hehehe. 


Till next entry, thank you for reading. 


xoxo,
nfcs

29 January 2014

Candy Buffet di Hijabi Bazaar

Assalamualaikumm...



Sepanjang Hijabi Bazaar berlangsung di Life Centre baru-baru ni, ada satu perkara yang fana sangat impress dan rasa macam nak jerit kuat-kuat je. Aaaaaaaaaaaaaaa!!!! Kenapa? Sebab penuh Concourse tu dengan meja yang dipenuhi dengan segala dessert yang comel-comel!






Subhanallah, rupa-rupanya ramai sangat manusia yang kreatif dan bijaksana dalam dunia ni kan? Dah la pandai buat kek, pastry, dan manisan segala ditambah dengan kekreatifan diorang untuk jadikan manisan tu sebagai satu dekorasi yang sangat mencuit hati.







Bila tengokkan dessert kat situ, rasa sayang sangat nak makan. Bukan apa. Semuanya kecik, warna-warni, comel, dan sangat menarik hati. Tak tahu la nak cakap macam mana. Perasaan yang sangat teruja bila dapat tengok sesuatu makanan yang akan masuk mulut tapi dia comel sangat!!






Tahniah buat pemilik-pemilik candy buffet tu. Anda punya kelebihan memang gua salute la beb ! Sebabnya fana ni memang minat bakery, pastry and all about desserts! Fana pernah ada cita-cita nak jadi pengusaha kedai dessert kot. InshaAllah, mudah-mudahan dapat la capai salah satu cita-cita fana ni.




So, korang dipersilakan enjoy tengok gambar-gambar dessert yang sempat fana tangkap masa event tersebut. Selamat melelehkan air liur! Hihihi





Oh ya, kat mana nak cari candy buffet yang cecomel ni kan? Untuk korang yang sedang mencari online shop yang sesuai untuk candy buffet korang masa wedding ke tunang ke majlis berendoi ke apa-apa je la kan. Boleh la search diorang dekat Instagram.

@bakedkl
@bondacutelicious
@burstlybites
@chokopopz
@iheartdessertsbyaishah
@nksbakingwithlove
@sweettoothed
@deesignature
@cutebites
@eatsybitsy
@mahligaiklasik


Sorry, korang kena search sendiri sebab fana tak provide link. Ampun yaaa. Just taip macam yang fana taip kat atas dekat Instagram korang, InshaAllah korang akan jumpa. :)


Untuk yang belum baca entri pasal event Hijabi Bazaar tu boleh KLIK SINI. Terima kasih sudi baca. Next entry fana update pasal apa yang ada dalam goodies Hijabista tu pulak okay ! 


p/s : Tetiba rasa nak jadikan blog ni sebagai dessert blog. Hahaha.


xoxo,
nfcs

27 January 2014

HIJABI BAZAAR BY HIJABISTA @ LIFE CENTRE, BUKIT BINTANG

Assalamualaikumm...



Pada 25 Januari 2014 lalu, majalah fesyen muslimah yang paling terkemuka di abad ini iaitu HIJABISTA telah pun mengadakan satu event yang dinamakan HIJABI BAZAAR. Alhamdulillah, fana diberikan peluang untuk menjadi salah seorang team Hijabista. Dapat bekerjasama dengan team Hijabista memang membuatkan fana rasa sangat bertuah sebab layanan yang diberikan sangat ohsem katako !


Event ni telah pun berlangsung di salah satu tempat paling strategik di Kuala Lumpur ni iaitu Life Centre, Bukit Bintang. Kalau sebelum ni fana dah ada kesempatan untuk ikuti event Hijabista (KLIK SINI), tapi kali ni lebih eksaited sebab jadi team Hijabista. :)


Event yang ohsem diserikan dan digamatkan dengan suara hos yang jugak ohsem. Tak lain tak bukan, Dayah Bakar ! Kenal tak? Mesti la kenal kan? Sejak Hijabista TV lagi fana dah minat tengok gaya pengacaraan Dayah Bakar sampai la beliau jadi pengacara 3R. Dayah memang ohsem ! Petah berkata-kata. :)

Bersama Dayah Bakar, hos Hijabi Bazaar.

Bagi fana, event ni sangat cemerlang sebab selain demonstrasi cara pemakaian tudung oleh Pearl Haya, ramai fashionista dapat bertukar pendapat tentang fesyen antara satu sama lain. Kalau kita dapat tengok, kebanyakan yang dijemput hadir merupakan fashionista terkemuka yang bijak dalam menggayakan pakaian mereka. 


Antara fashionista yang hadir pada hari tersebut ialah Noor Al-Hamed. Beliau yang fana kenali melalui instagram merupakan seorang muslimah yang sangat bijak bergaya dan mencetuskan revolusi terhadap ramai muslimah diluar sana. Kalau tak caya boleh tengok instagram beliau. :)

Bersama Noor Al-Hameed yang bijak bergaya

Instagram : NOOR_ALHAMEED


Hijabista juga mengadakan Hijabistamag Bank Islam Fashion Swap iaitu sesi bertukar barangan seperti baju, kasut, beg tangan, tudung, selendang dan aksesori yang lain. Suasana menjadi kecoh bila masing-masing sibuk mencari orang yang mahu bertukar barang suka sama suka. Apa yang fana lihat, pelbagai barang yang ditukar dan semuanya berjenama.


Tahniah buat Pengurus Editor Majalah Hijabista, Sis Nursuziana Zulkifli kerana telah berjaya menganjurkan event yang sangat havoc ni. Suka sangat ! Semakin lama kenal dengan sis Suzy semakin rapat pulak rasa. Beliau sangat la merendah diri orangnya dan bertungkus-lumus untuk menjayakan event.

Managing Editor Hijabista, NurSuziana Zulkifi.

Selain itu, dekat event ni jugak fana dapat kenal dengan lebih ramai lagi hijabi yang masing-masing mempunyai minat yang lebih kurang sama dengan aku. Kami berkongsi fesyen, hobi, minat dan cita-cita jugak! Ada juga antara mereka yang dah berjaya sebagai seorang businesswoman.


Bergambar beramai-ramai dengan Dayah Bakar.

Cantik-cantik semuanya kan? Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan yang satu kepala dengan kita. Dekat event macam ni la kita akan jumpa orang yang punya minat sama macam kita. Bahagianya. Terima kasih semua ! 


Bila kita di sesebuah event yang kita tak ada kawan rapat, mula la mencari kawan yang boleh ngam dengan kita. Ternyata memang rezeki bila ditemukan dengan tiga orang hijabi yang boleh ngam satu kepala dengan kita. Rasa macam dah lama kenal. Seronok menghabiskan masa dengan hijabi kegemaran ni.

Hijabi kegemaran sepanjang event
Dari kiri : Sarah Yasmin, pengusaha butik online dan juga graduan Law daripada UiTM, Shah Alam. Next to me is Aina Khalida, tuan punya monopod yang buatkan kitorang senang untuk ber'selfie' sakan. Juga student Law (Part 3) UiTM, Shah Alam. Next to Aina is Cah Hashim, seorang model sambilan dan juga baru berusia 20 tahun. Cecantek kan my favorite girlfriends


Dekat HIJABI BAZAAR jugak fana dapat bertemu dengan seorang pengusaha pakaian muslimah yang sangat terkenal iaitu Yatt Hamzah. Sis Yatt Hamzah ada bukak booth untuk produk beliau iaitu SUCI by Yatt Hamzah. Suka sangat dengan penampilan beliau yang funky but still cover up.

The owner of SUCI by Yatt Hamzah

Yang paling best bila nampak kelibat penyanyi bersuara emas, Noryn Aziz yang memang fana minat sejak kecik lagi. Memang sangat caring dan cantik orangnya. Sis Noryn Aziz ada persembahkan sebuah lagu sebab ramai sangat yang mintak beliau nyanyi so, beliau dengan rela hati nyanyi lagu Sway. Sangat best !

Bersama Noryn Aziz

Terima kasih yang tak terhingga buat sis Hana Hijabista yang mengendalikan kitorang. Sangat sporting dan best sangat. Tak habis-habis dia terima kasih kat kitorang. Comel sangat sis Hana ni taw ! ^^

Sis Hana yang berturban oren

Untuk HIJABI BAZAAR, fana pakai mint green maxi dress (ada riben kat belakang), Zebra printed wide shawl (beli di KWC) dan aksesori (KWC). Oh ya, fana dapat dua goodies bag. Satu daripada Hijabista dan satu lagi daripada Bank Islam. Kalau nak tahu apa ada dalam goodies bag kena tunggu next entry okay? :)

ootd cara fana

Penutup entry ni fana kasi sikit teaser pasal candy buffet yang sangat la ohsem tahap kuda belang. Kalau nak tengok segala dessert yang ohsem gila tu kena tunggu next entry jugak. Ni fana kasi teaser je. Hihihi



Jumpa next entry ! Thank you for reading. 
Muchos gracias. :)


xoxo,
nfcs

24 January 2014

Hadiah Giveaway Daripada Blog Syafiqah Hashim

Assalamualaikumm..


Alhamdulillah, selagi kita berusaha di atas muka bumi Allah yang luas ini, semakin banyak rezeki-Nya yang kita peroleh. Lagi pula, perempuan mana yang tak sukakan hadiah kan? Perasaan bila balik rumah dan nampak ada kotak penuh berisi barangan kecantikan merupakan saat yang paling menggembirakan.




Banyak sangat hadiah daripada Fair and Lovely ni. Terima kasih, tak payah beli set pencuci muka dan krim lagi untuk tempoh sebulan. Hihihihi. Terharu tauuuuu. ^^


Oh, sebenarnya, hadiah set Fair and Lovely ni merupakan hadiah sewaktu fana sertai giveaway daripada blog Syafiqah Hashim masa lepas raya tahun lepas kalau tak silap. Kalau ada yang belum tengok entry giveaway tu, boleh klik SINI


Terima kasih jugak dekat Syafiqah Hashim sebab sudi pilih fana sebagai salah seorang pemenang. Tak sangka dapat set Fair and Lovely yang bernilai RM50 ni. Alhamdulillah. Rezeki. :)


Ada lima jenis rangkaian produk yang diberikan oleh Fair and Lovely. Antaranya ialah Krim Pencerahan Advanced Multivitamin, Krim Pencerah Lengkap Herbal Balance, Krim Pencerah Lengkap Anti Marks, Pembersih Muka Anti Marks, dan Pembersih Muka Advanced Multivitamin.


Tak sabar rasanya nak guna kesemua rangkaian produk daripada Fair and Lovely ni. Sambil pakai boleh la nyanyi macam dalam iklan tu kan? Hehehe. Macam mana? Ala, lagu yang putar-putar tu. :p


Produk Advanced Multivitamin daripada Fair and Lovely ni bannyaakkkkkk sangat khasiatnya. Memandangkan fana baru je habis final exam, setiap malam tidur pun tak cukup, asik tidur lewat aje kan? So, krim ni dapat bantu serba sedikit untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata yang ala-ala panda tu. Lepas ni takde la keluar rumah dengan kulit muka kusam lagi. :)



Okay, ni  pulak krim untuk menghilangkan parut-parut bekas jerawat. Perempuan selalunya akan naik jerawat sebelum ataupun selepas menstruasi kan? Masa jerawat tengah naik tu, sapu je krim ni, jerawat mesti kecut punya. Yang paling best dapat hilangkan parut jerawat jugak ! Baru la kulit flawless gitewww. ;)



Krim Pencerah Herbal Balance ni pulak mengandungi ekstrak yang dapat membantu kulit yang dulunya kusam, gelap, tak sekata menjadi putih, berseri dan sekata. Haaaaa, ni yang tak sabar nak pakai ni. Sebabnya faa memang ada masalah dengan tona kulit tidak sekata. Lagi-lagi dengan cuaca panas kat Malaysia ni kannnn? Lepas ni habislah, terus bertukar jadi putih gebu kalah emma maembong tawww! Haha


So, tak sabar nak guna kesemua produk daripada Fair and Lovely ni. Lepas ni nak kena hafal lagu iklan tu la. Hihihi. Kalau korang nak, boleh la dapatkan di kedai-kedai yang berhampiran. Siapa tak nak cantik berseri kan?


Terima kasih sangat-sangat kepada Fair and Lovely kerana sudi bagi hadiah yang bernilai RM50 ni. Kalau nak beli memang tak tahu la bila. Al-maklum la student macam fana ni mana ada gaji yang nak dibelanjakan ye dak?


p/s : Jangan lupa follow blog Syafiqah Hashim sebab banyak sangat info kecantikan ada dekat sana ! :)


Jumpa di entri seterusnya !


xoxo,
nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...