TABUNG

Showing posts with label PERTINA. Show all posts
Showing posts with label PERTINA. Show all posts

08 October 2013

Jasamu Dikenang Cikgu !

Assalamualaikum.




Satu ketika dulu, ketika kami sedang sibuk mengemas kelas....


"Kalau kamu semua nak letak pasu bunga ni dalam kelas, pastikan kamu siram dia setiap hari, bagi dia kena cahaya matahari tahu. Pokok pun macam kita jugak, kena makan, minum". Kata Cikgu Zainab.


Entah kenapa pasu bunga besar yang selalu jadi hiasan di sekolah, kitorang pilih untuk letak dalam kelas. Kata kawan-kawan sekelas, tumbuhan menghasilkan oksigen, maka takkan ada sesiapa pun dalam kelas yang akan mengantuk.


Mungkin benar. Tapi, bukan itu yang aku nak persoalkan.


Cikgu Zainab merupakan manusia normal seperti aku namun, perasaan dan jiwa sensitifnya mudah tersentuh. Malah, dia juga akan bercakap dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Betapa penyayangnya hamba Allah yang satu ini.


Ada satu hari, Cikgu masuk ke kelas dengan memegang pinggang sambil berjalan perlahan. Sejurus duduk ditempatnya, dia akan mula bercerita. "Cikgu jatuh semalam, tulang dekat pinggang sakit. Jangan risaw, Cikgu akan tetap mengajar kamu seperti biasa. Cikgu nak kamu semua lulus Sastera taw!". Katanya.


Setiap hari Cikgu Zainab akan datang ke kelas dengan keadaan sakit, muka berkerut-kerut menahan sakit agaknya. Tapi, masih bersemangat nak mengajar.


Awal tahun baru-baru ini, masa cuti semester, dapat berita daripada Bonda (Guru Bahasa Malaysia) mengenai Cikgu Zainab yang sedang dirawat di Prince Court Medical Centre (PCMC) di Ampang. Tanpa buang masa, aku dan rakan yang lain pergi melawat disana. Alhamdulillah, keadaan Cikgu masih baik. Kitorang bersembang seperti biasa.


Dalam keadaan terlantar, Cikgu masih menitipkan beberapa pesanan. "Belajar rajin-rajin, doakan cikgu sihat seprti biasa, cikgu sayang anak-anak murid cikgu. Cikgu nak mengajar balik." Itu antara yang keluar dari mulutnya.


Pagi tadi, lebih kurang jam sepuloh pagi, aku terima SMS daripada akem, rakan sekelas masa di tingkatan enam dulu. Dua, tiga kali aku baca mesej tu. Benar, Cikgu Zainab dah tak ada. Laju menitis air mata dengarkan berita tu.


Terkilan. Itu yang mampu aku katakan. Apa-apa pun, kita kena redha. Walaupun sekarang aku dah berada di universiti, setiap kali sebelum final exam, aku akan hantar SMS kepada cikgu-cikgu supaya mendoakan aku. Memang dari semester 1 aku akan buat sebegitu.


Dan, antara yang terawal balas ialah Cikgu Zainab. Seperti biasa, walaupun dalam SMS, banyak pesanan beliau.


Terima kasih Cikgu, semua pesanan Cikgu saya ingat sampai bila-bila. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak muridmu. Terima kasih kerana banyak mencurahkan ilmu. Ganjaran pahala yang besar buatmu, InshaAllah.



Semoga kau tenang di sana......Al-fatihah ! 


Puan Zainab bt Yahya a.k.a Mak Nab,
Guru Kesusasteraan Melayu Moden dan Tradisional,
Tingkatan Enam,
SMK Sri Pantai,
Kuala Lumpur.


nfcs

21 September 2012

:: Program Bersama Bekas Pelajar Tingkatan Enam ::

Assalamualaikum..

Draf entry yang sepatutnya di'publish'kan pada 15 Ogos 2012.

Tempat : Sepatutnya di Dewan Terbuka tapi ditukar ke Perpustakaan Sekolah

Hari ni segala beban yang ada di bahu dah hilang kesemuanya. Ya, mungkin aku tak sesibuk Ketua Pengarah Projek, Hakim. Tapi, segala apa yang aku dah buat walaupun sedikit sudah selesai. Alhamdulillah.

Cerita pasal Tingkatan Enam. Banyak kisah suka dan duka. Kalau kita tanya kebanyakan cikgu-cikgu kita, ramai yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Memang. Memang Tingkatan Enam bunyinya tak segah mana. Tak sehebat kolej-kolej yang terkenal. Dah la kena pakai uniform sekolah. Tapi, ni kebanggaan kami. Kami bangga kerana masuk ke Tingkatan Enam.

Kisah aku sendiri. Aku tak pernah terlintas untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam satu ketika dulu. Hal ini mungkin disebabkan aku kurang pengetahuan tentang Tingkatan Enam. Antara yang aku dengar, kalau masuk ke Tingkatan Enam, kita kena pulun habis-habisan, susah, buku tebal-tebal, kalau tak lepas kena buat diploma balik. Rugi masa.

Aku masuk Tingkatan Enam selepas diajak kawan-kawan. Result UPU kitorang mengecewakan. Lantas, kitorang ambil keputusan untuk sehati sejiwa ke Tingkatan Enam. Mulanya aku kurang berminat tapi selepas masuk ke Tingkatan Enam, aku rasa ni masa depan aku !

Gambar di atas merupakan gambar kenangan masa kami tingkatan enam rendah. Memang best. Kami berempat kawan dari sekolah menengah. So, tak hairanlah kenapa kami rapat masa di tingkatan enam. :)

Kad jemputan yang disediakan sendiri oleh aku.

Barisan Bekas Pelajar Tingkatan Enam yang hadir.

Cenderahati untuk Puan Pengetua.

Puan Sarimah Ahmad. Guru Bahasa Malaysia aku semasa di Tingkatan Enam merangkap Penyelia Tingkatan Enam.

Nabila, selaku Stress Manager.

Presiden Program, Hakim

Aku, selaku Setiausaha Program dan juga Pengerusi Majlis bagi sesi forum

Anis, selaku emcee. Bekas Penolong Ketua Pengawas.

Mereka memang gila. Itu yang buat aku rindu!

Aprizal, anak kesayangan Puan Maimon. Pakar Sejarah 

Ain, antara salah seorang pelajar cemerlang batch 2010

Semasa forum. Pengalaman tingkatan enam yang sangat berharga turut dikongsi.

Puan Pengetua, Puan Hajah Hamidah

Sebahagian pelajar-pelajar tingkatan enam yang menyertai program

Mungkin setakat ni sahaja sebab aku belum dalam keadaan yang sangat suka untuk teruskan menaip. :)

Pesanan dari kakak kepada adik-adik.
~ Tingkatan enam bukanlah jalan terakhir dek kegagalan adik-adik untuk melangkah ke menara gading. tetapi sebenarnya Tingkatan enam merupakan jalan pintas yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Bayangkan tempoh waktu antara kawan adik-adik yang ambil diploma. Kita berada di fast lane. Kukuhkan niat, teruskan usaha. Sebelah kaki adik-adik dah jejak menara gading. Lagi sebelah je perlu dibantu. InsyaAllah. :)

nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...