TABUNG

Showing posts with label Gegadis. Show all posts
Showing posts with label Gegadis. Show all posts

09 April 2015

RUMODA Grand Launching and Media Launch

Assalamualaikum...


23 Mac 2015
RUMODA, 
No. 3 Jalan Riong Bangsar, 59100 Kuala Lumpur


Hai semuaaaaa. Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang idamkan nak 'berjalan kucing' sambil peragakan baju-baju rekaan pereka fesyen terkenal tanah air? Kalau korang perempuan, korang mesti pernah ada impian macam ni kan masa kecik-kecik dulu. Kadang-kadang bila pergi festival besar-besaran yang pasang muzik kuat tu korang pun acah-acah jalan ikut rentak muzik tu kan? Kan? Alaaa, jangan tipu la. Hahaha. 

Memandangkan cita-cita nak jadi model catwalk tak kesampaian dek tak cukup ketinggian, maka korang memilih jalan yang lebih selamat namun membahagiakan dengan menghadiri jemputan fashion show yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Gituuuu. Tu sebenarnya apa yang jadi dekat fana la. Hahaha. Kau hingat kau siapa ha nak jadi model catwalk kununnnsss.





Baru-baru ni fana sangat berbesar hati menghadiri majlis pelancaran RUMODA yang terletak di Bangsar. Apa yang menarik perhatian fana, RUMODA ni diasaskan oleh adik-beradik. Mereka ni merupakan antara peniaga yang berjaya juga dan mempunyai beberapa buah kedai sekitar Kuala Lumpur. Namun begitu, perniagaan yang dijalankan mereka adalah berbeza-beza mengikut minat masing-masing. Atas dorongan ibu mereka, Puan Liza maka wujudlah butik RUMODA yang terletak di Bangsar.

RUMODA merupakan gabungan bahasa Indonesia dan Portugis dari perkataan Rumah dan Moda yang membawa maksud Rumah Fesyen. Dari situ, jelaslah tujuan RUMODA ditubuhkan kerana menggabungkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung. Antara jenama-jenama yang dijual di butik RUMODA ialah :

- Kopi & XOXO
- Nora Danish
- Neng Geulis Hijab
- Leuniey Natasha
- Aisha Wong
- Fashion Cents by Dayah Bakar
- SHARA by Puteri Sarah Liyana
- Tudung Abu Dhabi
- Zareeth Zehra
- Themorata
- Malady Couture
- Yoda
- Jenna by OHP
- Lux Democrats
- Dhia Collection
- Salsabeela
- Suci by Yatt Hamzah
- D.H. Boutique by Danish Hassan
- ARSARA by Abby Nazri
- Pin by Natasha Malek
- Sheejab by Dr. Fatin Liyana dan Dr. Anwar Fazal



Pada mulanya idea mengenai RUMODA diketengahkan oleh tiga beradik ini Fazli Amri, Firdaus dan Fikri Hanis kepada ibu mereka, Puan Liza kerana Puan Liza mempunyai impian mengendalikan perniagaan bersama-sama anak-anak dan menantu beliau. Tanpa disangka akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan setelah wujudnya RUMODA.



Lebih daripada 20 rekaan yang diperagakan oleh model-model profesional sewaktu majlis pelancaran ni. Rekaan-rekaan yang diperagakan ini boleh didapati di RUMODA dan yang pasti banyak lagi rekaan yang dijual di bawah satu bumbung. Seronoknya dapat shopping dalam rumah. Macam-macam ada dari tudung, baju, seluar sehinggalah aksesori.









Bukan pakaian wanita sahaja, pakaian lelaki pun ada jugak. Rekaan terbaru dari pereka fesyen terkenal, Anwar Faizal ini juga menarik perhatian tetamu dan media yang hadir. Memang ohsem gila weyyy! Model-model pun kacak belaka. Uhuk! Tersedak gula-gula kapas pulak dah.




Bergaya sungguh pereka fesyen kita, Anwar Faizal. Banyak lagi koleksi beliau yang diberi nama MONSIEUR. Kalau korang nak dapatkan koleksi daripada beliau, boleh la singgah di RUMODA atau berkunjung ke Instagram beliau (@anuarfms).


Antara tunjang utama RUMODA, abang dan adik, saudara Fazli dan Firdaus. Masing-masing punya kekuatan tersendiri dalam menjayakan RUMODA yang baru bertapak dalam industri fesyen ni. Kata saudara Fazli, tujuan utama mereka mengetengahkan konsep vendor ini dan memilih jenama-jenama yang sudah terkenal adalah kerana mereka ingin menaikkan nama RUMODA supaya dikenali ramai. Mungkin suatu hari nanti RUMODA bakal menghasilkan rekaan mereka sendiri. Siapa tahu? :)


Bergambar bersama Co-founder RUMODA, Encik Firdaus


Puteri Sarah Liyana, isteri kepada Syamsul Yusuf juga mempunyai jenama rekaannya yang tersendiri iaitu  SHARABYPSL. Kalau korang nak dapatkan pakaian jenama SHARAbyPSL ni boleh la datang RUMODA sekarang! Banyak sangat koleksi-koleksi yang cantik dan unik dari jenama tersebut.

With lovely Shiqin !


Sempat berjumpa dan bersembang dengan Anis Al-Idrus, buah hati pengarang jantung Sharnaaz Ahmad ni. Bukan je cantik tapi comel sangat orangnya. Anis selaku emcee event hari tu nampak sangat profesional. Fana kagum dengan bakat yang ada pada Anis. Fana ada syorkan Anis pergi casting sebagai pengacara televisyen memandangkan ramai pengacara tv sekarang ni yang cuma menjual muka, bukan bakat. 


Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Puan Aween owner Butik JelitaSara. Tengok dalam instagram cantik sangat Puan Aween ni. Jumpa depan-depan lagi la cantik. Macam pelakon tau Puan Aween ni. Muka familiar sangat. Tudung-tudung dari JelitaSara pun cecantek. Teringat pulak kawan fana si Aini yang join JS Queen Contest. Bila nak umum pemenang ni Puan Aween? Hehehe.  


Isteri Khairul Fahmi Apek ni pun apa kurangnya. Cantik dan comel je orangnya. Dengar khabar Leuniey mengandung lagi. Alhamdulillah. Tak lama lagi dapat la baby lagi. Jangan lupa, tudung dan skincare jenama Kayleena pun ada dijual di RUMODA. Siapa tak datang RUMODA ni memang rugi. Macam-macam ada.

Dahlia Shazwan, HLIVE
Suka tengok Dahlia sejak audition On Air dengan Pak Nil dulu. Memang sangat-sangat suka dengan muka blur dia pastu datang audition tanpa mekap and finally pak nil nampak bakat yang ada pada Dahlia. You go girl! Eh, RUMODA masuk Hlive okay. Gempak kan?









Kalau korang naik ke tingkat atas RUMODA pula, korang akan jumpa syurga tudung yang cantek-cantek. MasyaAllah, tudung-tudung dari Neng Geulis cantek-cantek belaka. Kebetulan sewaktu fana datang, ternampak model comel Farahanim Razak yang sedang ditemu bual dalam butik Neng Geulis. Segannya nak kacau, kalau tak dah tarik dah tangkap gambar. Geram sangat tengok die tuuuu. Amboi, biasaaaa dia ni.


Alang-alang dah sampai di Neng Geulis, apa lagi fana rembat la sehelai dua. Memang tak menyesal, jahitan kemas, tudung senang bentuk, material best, apa lagi? Semuanya fana suka la dengan tudung-tudung Neng Geulis. Kebetulan masa tu tengah buat GST Sale pulak. Alamak ai, lagi tak menentu la. Next time nak datang lagi borong tudung. Tunggguuuuuuuu.


"What if I fall? Oh, but my darling what if you fly?"


So yeahhh, semasa event tu fana ditemani oleh rakan blogger Shiqin Sunshine yang fana suka sangat ni! Hahaha. Shiqin ni bukan je blogger yang humble dan sopan tapi dia jugak boleh jadi kawan yang gila-gila jugak sebenarnya. Suka tau kawan dengan shiqin walaupun cuma beberapa kali je jumpa shiqin dekat event. Keep in touch okay? Oh ya, nice to meet meelda (tudung kuning) jugak. Mula-mula fana tak kenal pun gadis comel bermata bundar ni. Lepas stalk ig dia, OMGGGGGG! Rupanya meelda ni anak Mak Jah. Siapa yang minat gila dengan Forteen dia tahu la siapa Mak Jah tu. Hehehe. Oh sorry, fana dah tak minat Ariz Lufias dah. I dah move on. emmm



RUMODA

Instagram



xoxo,
fana

28 October 2013

Selamat Pengantin Baru Kak Eyna !

Assalamualaikum...


12 Oktober 2013.


Selamat pengantin baru buat kak eyna yang dah selamat diijabkabulkan dengan lelaki kesayangan beliau, abang Apis. :)


Seronok sangat tengok orang kawen kan?


Bukan apa, sebab bila orang yang kita kenal dan rapat dengan kita dah jadi milik lelaki yang dia sayang, kita pulak yang jadi eksaited. Hihihihi.


Okay, hari tu kebetulan aku tengah cuti mid term, makanya semangat nak bantu kak eyna membuat persiapan perkahwinan tu membuak-buak. Pada mulanya, aku disuruh kak eyna untuk buat pelamin. Tapi, memandangkan aku tak ada banyak masa rushing lagi dari Seri Iskandar ke KL so, kak jaja yang kena buat sendiri.







Datang je kenduri kak eyna, ternampak kelibat cikgu maimon, cikgu Sejarah aku masa Tingkatan 6 dulu. Beliau merupakan cikgu yang paling best sekali ! Bebudak SMK Sri Pantai tahu la betapa bestnya cikgu maimon ni.



Disebabkan aku tak dapat buatkan pelamin utuk kak eyna, jadi aku buatkan props untuk sesi fotografi. Jadi, inilah antara props yang aku buat. Cantek tak?? ^^






Yeayyyy, kak jaja here! Sorry kak jaja sebab tak tolong buatkan pelamin. T.T



Oh, lupa nak cerita pasal baju yang aku pakai masa kenduri kak eyna. Baju ni aku beli online. Asalnya aku nak beli warna hot pink sebab tema untuk GEGADIS ialah hot pink, tapi bila baju sampai rupanya warna soft pink. Sedihhhh.


Apa-apa pun aku suka gila baju ni sebab dia cantik dan terletak. Suka sangat ! Nak tahu aku beli kat mana? Dekat instagram @ndncollection. Nama baju kurung ni Baju Kurung Lace / Scha.




Tudung pulak aku beli daripada +Sincerelybyus Shawls. Memang sangat selesa dan senang bentuk hokayyy! Kalau nak beli, korang boleh order melalui instagram diorang tapi aku prefer pegi endiri ke butik SincerelyByUs yang terletak di Alam Avenue, Padang Jawa, Shah Alam.



So, akhir sekali nak ucap Selamat Pengantin Baru buat kak eyna dan abang Apis yang dah sah jadi suami isteri. Semoga korang akan kekal sampai akhir hayat ! Love you.


nfcs

08 March 2013

: Cuti Semester :

Assalamualaikum...


Waaaa! Long time no see. Hahaha. Berkurun kot tak kemaskini blog. Banyaknya labah-labah sedang berterbangan dalam ni. Mereka dah bising sebab aku malas gila nak kemaskini natang ni. Aku bukan malas sangat sebenarnya, tapi disebabkan mood tengah cuti sem tu, jadi aku betol-betol cuti. Hahaha


Dekat entri ni aku nak cerita pasal aktiviti cuti semester aku. Asik dok tulis pom pang pom pang dekat twitter sana, facebook sana. Bila pulak nak tempek dekat blog?


Dengan tahap kerajinan yang dibuat-buat ni, aku akan tulis sebaik mungkin. Wahai blog, jangan merajuk dengan aku ya. Nanti aku belanja choki-choki satu kotak. Hikhikhik.


Jadi, sepanjang cuti semester yang tamat baru-baru ni, yang aku rasa terlalu singkat tu, aku pon tak tahu apa yang aku dah isi. Tetapi, aku rasa sangat berharga sebab dapat luangkan masa dengan keluarga tercinta. Eceh, ayat mintak penampar !


Aku akan tulis tidak mengikut kronologi dan aku akan pegi tengok kejap gambar-gambar untuk ingatkan balik. Susah betol bila makin berusia ni. Umur makin meningkat maka sel otak semakin berkurang. Sebab tak banyak guna. Pemalas ! Mana nak cerdik kalau macam ni. -.-


Oh ya, aku ada cuba produk terbaru. Produk makanan kulit kali ni dicadangkan oleh akak aku dan ditaja sepenuhnya oleh beliau. Hahaha. Aku cuma pakai saja. Memang berkesan produk ni bagi aku. Sebab dah nampak perubahan walaupun baru dua minggu guna. SF Beauty ni produk dari Kelantan.


Seminggu pakai, kulit aku jadi pedih dan mengelupas. Tetapi, kesan tu tak lama. Cuma dalam dua tiga hari. Kata mereka, bila rasa kulit muka pedih, berhenti sementara sapu krim malam. Aku ikot. Hasilnya kulit muka aku dah tak pedih lagi sampai sekarang. Alhamdulillah, dah sebulan aku guna produk ni.



Sepanjang cuti semester lepas, aku rasa banyak masa digunakan untuk jumpa kawan-kawan lama. Lagi lama bila kita tak jumpa lebih dari sepuluh tahun. Syazana Samsudin. Budak perempuan yang putih, cantik, wangi. Selalu ke sekolah dalam keadaan sangat kemas. Dengan rambut diikat kemas, berpintal-pintal rambut dia. Masa tu aku rasa dia la budak perempuan paling cantik dalam sekolah. Hahaha.


Dapat contact balik pun melalui facebook dan twitter. Jadi, kitorang plan nak jumpa. Mula-mula agak malu jugak sebab dah lama sangat tak jumpa. Tapi, lepas dah jumpa semua cerita lucu zaman sekolah rendah keluar balik. Hahaha


Syazana, aku, Eka


Habis jumpa sorang yang dah lama tak jumpa tu, kitorang plan lagi nak jumpa dengan kawan-kawan tingkatan enam dulu. Rumah je dekat tapi jarang sekali nak dapat jumpa. Haih! Makanya, rancang la pegi main bowling sesama :)






Seronok, gembira semua ada walaupun tak banyak yang dapat kitorang bualkan tapi sekurang-kurangnya ada sedikit perkongsian. Dah lama tak jumpa. Memang tak ramai yang dapat join, harap akan datang dapat jumpa lebih ramai lagi.


Selain dapat jumpa kawan-kawan sekolah, aku sempat jugak hang out sekejap dengan Gegadis kesayangan. Gegadis dah ditubuhkan lama tapi kitorang susah dapat jumpa satu sama lain sebab ramai yang duduk jauh. Merata negeri ada. Semua cantik-cantik. Mungkin sebab itu jugak susah nak jumpa.


Kak Eyna


Ada yang dah kawen. Terbaru kak eyna, antara insan penting dalam Gegadis dah pun bertunang dan bakal bernikah pada bulan Oktober nanti. Nampaknya Kak eyna kena keluar dari team la. Hikhikhik. Dah tak gadis lagi dah nanti.

Gegadis !

Hang out di IKEA, The Curve. Walaupun bertiga, tapi puas sangat. Sesat lagi. Tuan punya kereta pun tak tahu jalan, jadi terpaksa bergantung pada GPS. Hahaha. Pengalaman yang sangat lucu.


Ni kak jaja. Sangat nakal ! Kak eyna cakap aku mungkin lebih matang sebab kak jaja punya perangai sangat kebudak-budakan. Manja ! Hahaha. Semua benda budak-budak yang dia nampak semua dia nak main. Kak jaja yang comel ! Hahaha

Kak Jaja


Food of the day - IKEA

Dalam kegembiraan tu, terselit jugak sedikit kerisauan. Kakak sulung aku yang bakal melahirkan anak lelaki sulungnya esok 9 Mac 2013 *mengikut doktor


Aku mungkin tak dapat tengok lagi muka anak buah aku yang pertama tu memandangkan aku dekat Perak ni. Semoga akak aku dapat melahirkan putera sulungnya dengan selamat. Aunty jauh ni baby. Huhuhu


Disebabkan kakak aku yang buyut tu nak makan burger bakar, jadi kitorang pegi cari burger bakar sampai ke Shah Alam. Cari punya cari sampai burger tu habis. Tak ada rezeki mungkin.


Singgah I-City, rezeki kitorang dapat tengok bunga api besar-besaran sempena Tahun Baru Cina. Bunyinya mak ai ! Tak ingat dunia. Tapi cantik sangat! First time kot dapat tengok pertunjukan bunga api besar-besaran macam tu.



Supersista !


Momen yang paling menggembirakan dan juga sangat menyakitkan hati masa cuti semester lalu. Tapi, aku akan simpan dan kenang sampai bila-bila. Mak cakap, kalau kita tolong orang dengan ikhlas, orang pasti akan tolong kita. Tapi, nak tolong orang kena tengok orang jugak.


Aku tak nafikan, ini bukan kali pertama aku diperlakukan sebegini. Aku dah kena banyak kali. Mungkin jenis aku mudah sangat simpati pada orang, terlalu ringan tangan untuk hulurkan bantuan, akhirnya aku sendiri yang merana.


Aku akan jadikan semua ni pengajaran. Sekarang ni aku fikir sebenarnya dalam dunia ni, tak boleh terlalu baik dengan orang. Lebih-lebih lagi yang bukan adik beradik kita. Kita tolong dia, tapi dia akan tolong kita? Tak ! Apa-apa pun aku tak berdendam cuma aku terkilan. Terima kasih sebab dah buat aku tertekan. Ya, aku sangat tertekan waktu itu.


Nasib baik masih ramai kawan-kawan yang berpihak kepada aku. Nabila, terima kasih sebab banyak bantu aku, banyak dengar masalah aku dan banyak jugak nasihatkan itu ini. Hanya kau yang mengerti. Dan juga kau SJ. Terima kasih.


Nabila.


Dalam fenomena burger bakar tengah berleluasa sekarang ni, aku pun dapat cuba satu tempat yang bagi aku sangat memuaskan hati. Sedap, puas sangat ! Burger Bakar dan Kukus Man Lava, Damansara Damai.



Sambil cuti, tonggeng sana tonggeng sini, keputusan peperiksaan akhir semester lepas pun keluar. Aku tak terlalu berharap untuk dapat keputusan yang cemerlang. Perasaan takut tu memang ada sehari sebelum keputusan keluar. Tapi, aku pura-pura tak mengerti.


Pagi tu, Azida, housemate merangkap classmate aku mesej. Minta aku semak keputusan. Bukak email. Dengan mengantuk, aku bukak jugak email. Aku tunggu agak lama. Aku fikir mungkin email belom keluar. Aku tunggu sambil menahan debar didada.


Masih tak ada. Rupa-rupanya aku tersalah bukak email. Aku pegi bukak Yahoo, padahal aku punya keputusan masuk dekat Gmail. Sengal tahap hantuk kepala kat bucu katil !


Takut, cuak semua ada. Bukak-bukak, benda pertama yang aku tengok dekat kotak yang ada tulis "DL"/ Dean's List atau dalam bahasa melayunya Dekan. Tengok pointer, aku keliru. Ada satu je pointer yang menunjukkan aku tergolong dalam golongan itu. Sebelum jerit, aku melilau tengok pointer, pastikan betol-betol.


Okay, dah boleh jerit ! Hahaha. Teruja aku pegi bagitahu dekat mak dengan abah. Yela, dah la semester tiga susah nak mati subjek-subjek dia. Ya Allah, syukur sangat-sangat sebab dapat DL untuk kali kedua. Mungkin aku tak berapa berpuas hati dengan pointer yang aku dapat tapi aku syukur. Sekurang-kurangnya lepas target.


Jadi, itu saja la cerita pasal cuti semester yang lepas. Sekarang aku dah masuk semester empat. Cepatnya masa berjalan. Alhamdulillah, aku masih meneruskan pelajaran. Satu semester lagi dan tahun depan aku akan mula praktikal. Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan kepada aku dan kawan-kawan.


Disamping kegembiraan kita, aku turut bersedih atas apa yang sudah menimpa Lahad Datu. Aku mohon kita semua mendoakan keselamatan negara yang kita cintai, doakan keselamatan pejuang-pejuang negara yang sedang berjuan disana.


Sedekahkan Al-Fatihah juga kepada beberapa wira kita yang telah terkorban. Semoga negara kita tidak diambil oleh orang luar. Ya Allah, lindungilah negara kami dari anasir-anasir jahat, penjahat-penjahat dan pengganas yang boleh menyebabkan negara kami porak-peranda. Aminnn.


p/s : Al-Fatihah


nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...