TABUNG

Showing posts with label The Scarflets. Show all posts
Showing posts with label The Scarflets. Show all posts

09 April 2015

RUMODA Grand Launching and Media Launch

Assalamualaikum...


23 Mac 2015
RUMODA, 
No. 3 Jalan Riong Bangsar, 59100 Kuala Lumpur


Hai semuaaaaa. Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang idamkan nak 'berjalan kucing' sambil peragakan baju-baju rekaan pereka fesyen terkenal tanah air? Kalau korang perempuan, korang mesti pernah ada impian macam ni kan masa kecik-kecik dulu. Kadang-kadang bila pergi festival besar-besaran yang pasang muzik kuat tu korang pun acah-acah jalan ikut rentak muzik tu kan? Kan? Alaaa, jangan tipu la. Hahaha. 

Memandangkan cita-cita nak jadi model catwalk tak kesampaian dek tak cukup ketinggian, maka korang memilih jalan yang lebih selamat namun membahagiakan dengan menghadiri jemputan fashion show yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Gituuuu. Tu sebenarnya apa yang jadi dekat fana la. Hahaha. Kau hingat kau siapa ha nak jadi model catwalk kununnnsss.





Baru-baru ni fana sangat berbesar hati menghadiri majlis pelancaran RUMODA yang terletak di Bangsar. Apa yang menarik perhatian fana, RUMODA ni diasaskan oleh adik-beradik. Mereka ni merupakan antara peniaga yang berjaya juga dan mempunyai beberapa buah kedai sekitar Kuala Lumpur. Namun begitu, perniagaan yang dijalankan mereka adalah berbeza-beza mengikut minat masing-masing. Atas dorongan ibu mereka, Puan Liza maka wujudlah butik RUMODA yang terletak di Bangsar.

RUMODA merupakan gabungan bahasa Indonesia dan Portugis dari perkataan Rumah dan Moda yang membawa maksud Rumah Fesyen. Dari situ, jelaslah tujuan RUMODA ditubuhkan kerana menggabungkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung. Antara jenama-jenama yang dijual di butik RUMODA ialah :

- Kopi & XOXO
- Nora Danish
- Neng Geulis Hijab
- Leuniey Natasha
- Aisha Wong
- Fashion Cents by Dayah Bakar
- SHARA by Puteri Sarah Liyana
- Tudung Abu Dhabi
- Zareeth Zehra
- Themorata
- Malady Couture
- Yoda
- Jenna by OHP
- Lux Democrats
- Dhia Collection
- Salsabeela
- Suci by Yatt Hamzah
- D.H. Boutique by Danish Hassan
- ARSARA by Abby Nazri
- Pin by Natasha Malek
- Sheejab by Dr. Fatin Liyana dan Dr. Anwar Fazal



Pada mulanya idea mengenai RUMODA diketengahkan oleh tiga beradik ini Fazli Amri, Firdaus dan Fikri Hanis kepada ibu mereka, Puan Liza kerana Puan Liza mempunyai impian mengendalikan perniagaan bersama-sama anak-anak dan menantu beliau. Tanpa disangka akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan setelah wujudnya RUMODA.



Lebih daripada 20 rekaan yang diperagakan oleh model-model profesional sewaktu majlis pelancaran ni. Rekaan-rekaan yang diperagakan ini boleh didapati di RUMODA dan yang pasti banyak lagi rekaan yang dijual di bawah satu bumbung. Seronoknya dapat shopping dalam rumah. Macam-macam ada dari tudung, baju, seluar sehinggalah aksesori.









Bukan pakaian wanita sahaja, pakaian lelaki pun ada jugak. Rekaan terbaru dari pereka fesyen terkenal, Anwar Faizal ini juga menarik perhatian tetamu dan media yang hadir. Memang ohsem gila weyyy! Model-model pun kacak belaka. Uhuk! Tersedak gula-gula kapas pulak dah.




Bergaya sungguh pereka fesyen kita, Anwar Faizal. Banyak lagi koleksi beliau yang diberi nama MONSIEUR. Kalau korang nak dapatkan koleksi daripada beliau, boleh la singgah di RUMODA atau berkunjung ke Instagram beliau (@anuarfms).


Antara tunjang utama RUMODA, abang dan adik, saudara Fazli dan Firdaus. Masing-masing punya kekuatan tersendiri dalam menjayakan RUMODA yang baru bertapak dalam industri fesyen ni. Kata saudara Fazli, tujuan utama mereka mengetengahkan konsep vendor ini dan memilih jenama-jenama yang sudah terkenal adalah kerana mereka ingin menaikkan nama RUMODA supaya dikenali ramai. Mungkin suatu hari nanti RUMODA bakal menghasilkan rekaan mereka sendiri. Siapa tahu? :)


Bergambar bersama Co-founder RUMODA, Encik Firdaus


Puteri Sarah Liyana, isteri kepada Syamsul Yusuf juga mempunyai jenama rekaannya yang tersendiri iaitu  SHARABYPSL. Kalau korang nak dapatkan pakaian jenama SHARAbyPSL ni boleh la datang RUMODA sekarang! Banyak sangat koleksi-koleksi yang cantik dan unik dari jenama tersebut.

With lovely Shiqin !


Sempat berjumpa dan bersembang dengan Anis Al-Idrus, buah hati pengarang jantung Sharnaaz Ahmad ni. Bukan je cantik tapi comel sangat orangnya. Anis selaku emcee event hari tu nampak sangat profesional. Fana kagum dengan bakat yang ada pada Anis. Fana ada syorkan Anis pergi casting sebagai pengacara televisyen memandangkan ramai pengacara tv sekarang ni yang cuma menjual muka, bukan bakat. 


Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Puan Aween owner Butik JelitaSara. Tengok dalam instagram cantik sangat Puan Aween ni. Jumpa depan-depan lagi la cantik. Macam pelakon tau Puan Aween ni. Muka familiar sangat. Tudung-tudung dari JelitaSara pun cecantek. Teringat pulak kawan fana si Aini yang join JS Queen Contest. Bila nak umum pemenang ni Puan Aween? Hehehe.  


Isteri Khairul Fahmi Apek ni pun apa kurangnya. Cantik dan comel je orangnya. Dengar khabar Leuniey mengandung lagi. Alhamdulillah. Tak lama lagi dapat la baby lagi. Jangan lupa, tudung dan skincare jenama Kayleena pun ada dijual di RUMODA. Siapa tak datang RUMODA ni memang rugi. Macam-macam ada.

Dahlia Shazwan, HLIVE
Suka tengok Dahlia sejak audition On Air dengan Pak Nil dulu. Memang sangat-sangat suka dengan muka blur dia pastu datang audition tanpa mekap and finally pak nil nampak bakat yang ada pada Dahlia. You go girl! Eh, RUMODA masuk Hlive okay. Gempak kan?









Kalau korang naik ke tingkat atas RUMODA pula, korang akan jumpa syurga tudung yang cantek-cantek. MasyaAllah, tudung-tudung dari Neng Geulis cantek-cantek belaka. Kebetulan sewaktu fana datang, ternampak model comel Farahanim Razak yang sedang ditemu bual dalam butik Neng Geulis. Segannya nak kacau, kalau tak dah tarik dah tangkap gambar. Geram sangat tengok die tuuuu. Amboi, biasaaaa dia ni.


Alang-alang dah sampai di Neng Geulis, apa lagi fana rembat la sehelai dua. Memang tak menyesal, jahitan kemas, tudung senang bentuk, material best, apa lagi? Semuanya fana suka la dengan tudung-tudung Neng Geulis. Kebetulan masa tu tengah buat GST Sale pulak. Alamak ai, lagi tak menentu la. Next time nak datang lagi borong tudung. Tunggguuuuuuuu.


"What if I fall? Oh, but my darling what if you fly?"


So yeahhh, semasa event tu fana ditemani oleh rakan blogger Shiqin Sunshine yang fana suka sangat ni! Hahaha. Shiqin ni bukan je blogger yang humble dan sopan tapi dia jugak boleh jadi kawan yang gila-gila jugak sebenarnya. Suka tau kawan dengan shiqin walaupun cuma beberapa kali je jumpa shiqin dekat event. Keep in touch okay? Oh ya, nice to meet meelda (tudung kuning) jugak. Mula-mula fana tak kenal pun gadis comel bermata bundar ni. Lepas stalk ig dia, OMGGGGGG! Rupanya meelda ni anak Mak Jah. Siapa yang minat gila dengan Forteen dia tahu la siapa Mak Jah tu. Hehehe. Oh sorry, fana dah tak minat Ariz Lufias dah. I dah move on. emmm



RUMODA

Instagram



xoxo,
fana

17 November 2014

Saraya Zahret Styling Event Workshop

Assalamualaikumm..



"Style is a way to say who you are without having to speak".

Setiap wanita itu diciptakan dengan rupa paras yang amat cantik. Apabila ditambah dengan perwatakannya, cara dia menggayakan dirinya dan bagaimana dia berhias, itu yang akan menonjolkan kecantikannya. Masing-masing mempunyai cara untuk menambat mata yang sedang melihat. 


Baru-baru ni fana dijemput oleh penganjur The Arising of Styling Event Workshop for Saraya Zahret iaitu Dynamigue sebagai blogger untuk berkongsi sedikit mengenai event tersebut. Dynamigue mempunyai krew yang sangat cemerlang dalam menjayakan sesuatu event. Mereka sangat gigih bagi memastikan sesuatu event yang dikendalikan oleh mereka berjalan dengan lancar. Tahniah buat team Dynamigue dan Zavari Solutions.

Sedikit info mengenai Dynamigue.

Merupakan satu team event management yang menjalankan bussines melalui internet. Baru sahaja ditubuhkan dan pengasasnya yang cantik molek merupakan pemenang Wajah Sheikha Hub iaitu Syahira Shaharudin atau fana kenal beliau sebagai Syira. Dynamigue diwujudkan bagi membantu butik-butik fesyen di luar sana untuk mengetengahkan jenama dengan mengadakan event seperti styling session workshop. Bukan itu sahaja, niat murni mereka juga ingin membantu butik yang masih baru supaya membina nama setanding dengan butik-butik lain. Salah satu misi mereka ialah untuk mendekatkan lagi hubungan antara pelanggan dan pengusaha butik-butik yang ada. Kalau ada yang berminat untuk menjemput mereka untuk handle event, boleh contact Syira melalui email (syira@zavarisolutions.com). 

--------------------------------------

Saraya Zahret - The Arising Of Styling Event Workshop
Butik Saraya Zahret, Busana @ Menara MARA
31 Oktober 2014
Anjuran : Dynamigue

---------------------------------------

Workshop yang berlangsung selama 2 jam tu dihadiri oleh lebih kurang 30 orang peminat setia jenama Saraya Zahret. Owner Saraya Zahret sendiri yang turun padang tau. Puan Suri dah banyak berusaha untuk menaikkan jenama Saraya Zahret. Tak sangka sebenarnya ramai pengikut Saraya Zahret ni atau lebih senang digelar Zahret Gal oleh team Saraya Zahret sendiri.

Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsikan oleh pihak penganjur dan Saraya Zahret. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu ramai wanita muslimah di luar sana untuk menggayakan tudung dengan lebih kreatif namun masih menjaga batasan. 


Lebih kurang 10 gaya tudung yang ditunjukkan oleh Profesional Stylist saudari Amalina Nizam semasa workshop berlangsung. Gaya yang ditunjukkan pun bagi fana sangat mudah dan cepat. Takde la nak bersiap lama-lama setiap kali nak keluar. Ditambah pulak dengan koleksi tudung oleh Saraya Zahret ni, memang vogue da vas la ceghitanyaaa! Terkesima semua tetamu yang hadir. Masing-masing macam bagi reaksi,

"Alah, kacang je!!! Apesal la aku tak terfikir pun nak buat style cenggini?". Sambil tepuk dahi.

"Wow, cantik la, nak kena try ni!". Sambil urut-urut dagu

"Seriously? Asal senang sangat? Kalau tahu dari dulu lagi dah pakai cemni dah". Sambil tepuk tangan lepastu tepuk peha kawan sebelah.

Ada jugak yang masih kurang confident dengan diri sendiri.

"Saya pipi tembam, model pipi cengkung, muka runcing boleh la."

Sebenarnya, tembam, comel, debab, montel ke apa semua pun boleh nak gayakan. Ada cara untuk sorokkan bahagian-bahagian yang kurang disenangi tu. Satu tips yang saudari Amalina kongsikan ialah, tarik sedikit shawl bahagian tepi muka tu kedepan bagi memberikan effect pipi tak berapa nak tembam. Hahaha. Fana kena cuba lepas ni. Fana pun salah seorang geng pipi tembam gak ni. Haish!



Tak ketinggalan, Puan Suri yang merupakan pengasas butik Saraya Zahret pun berbesar hati untuk kongsikan style shawl dua lapis macam yang beliau pakai tu. Memang cantik untuk event-event tertentu. Gabungan warna yang menarik dapat memberikan sentuhan ajaib pada style kita.



Selesai je sesi hijab styling tadi, Puan Suri membuat kejutan dengan mencabar tetamu yang hadir untuk ajak pasangan masing-masing mencuba sendiri style yang ditunjukkan Puan Suri tadi. Ramai betul yang excited nak join ni. Puan Suri siap tawarkan 50% diskaun untuk pasangan yang mampu menghasilkan style yang paling kreatif.


Masing-masing kemain lagi tau sporting nak join. So, masa yang diberikan 15 minit. Semua bersungguh-sungguh mencipta style masing-masing dengan tudung yang disponsor oleh Saraya Zahret. Semua tudung Saraya Zahret ada keunikannya yang tersendiri. Fana pun dah jatuh cinta dengan salah satu koleksi mereka iaitu Shawl Winchester. Hai, kena pergi butik Saraya Zahret lagi la lepas ni. Beli warna lain pulak. Hehehe



Habis je pertandingan style paling kreatif tu, ada kejutan lagi ! Tak sangka hebat betul team Dynamigue buat kejutan ni. Fana ingat workshop kali ni cuma untuk sesi penggayaaan hijab je, rupanya ada fashion show jugak. Seronoknyaaaa. 


Model-model menggayakan koleksi dari butik Saraya Zahret. Banyak sangat koleksi baju-baju kasual dan busana muslimah yang cantik, sophisticated, dan elegant yang dijual di Saraya Zahret ni. Kiranya semua bawah satu bumbung lah! Eh, fana dah cerita dah hari tu. Siapa belum baca boleh baca kat sini, SARAYA ZAHRET


Hari tu fana tak sempat nak kebas semua candies yang ada kat candy buffet ni tau Cecomel sangat! Sabar aje la. Kalau tahu fana dah masukkan semua dalam handbag. Hihihi. Comel betul candy buffet ni kan? Good job sangat tau team Dynamigue ni. Macam comel la bila lepas habis tengok model-model cuns semua catwalk pastu pekena pulak marshmellow and jelly candy yang manis ni, awesome!




Jadi, inilah model-model yang telah pun menjayakan fashion show tadi. Cecantik kan? Terpesona fana melihatnya. Hihihi. Oh, model-model bergambar dengan Puan Suri. Fana yakin Puan Suri berbangga dengan Saraya Zahret sebab nama yang cukup gah, koleksi pakaian dan tudung yang cukup memikat hati, apa lagi? Ha, yang penting Saraya Zahret dah ada di beberapa lokasi iaitu Kota Damansara, Shah Alam, Bangi, Seremban 2, dan Busana Mara. Keep it up! 

Hari tu jugak semua tetamu dihadiahkan sehelai tudung dan fana dapat Winchester Shawl!!!! Ohemgeeeee. Fana happy gila. Pastu dapat warna feveret pulak tu, dusty pink! Okay2, jangan excited sangat fana. Hahaha. Sabar okay. Nanti kita pergi outlet Seremban 2 pulak ye, dengar cerita outlet sana besar. Hehehe. Okay la, so fana habiskan entri pasal workshop ni dengan tayang sikit selfie fana menggayakan shawl dari Saraya Zahret. Ehem, winchester tau. Siapa belum ada pergi beli sekarang. Hahaha


Terima kasih Saraya Zahret sebab sudi jemput fana ke Styling Event Workshop ni. Fana enjoy sangat dengan workshop yang dianjurkan ni. 2 jam rasa macam sekejap sangat. Next time buat lama sikit eh. Hehehe. Oh ya, tahniah juga buat team Dynamigue sebab dah anjurkan event yang sangat sempoi dan berguna buat perempuan macam fana yang bertudung ni. Good luck for your next event! 


p/s : bateri kamera habis jadi tak banyak sangat gambar yang sempat diambil. Gambar fana masa event tu pun takde. :(


Sudi-sudilah untuk follow Instagram Dynamigue dan Saraya Zahret



xoxo
fana

29 September 2014

[VIDEO] Tutorial Wide Shawl Anggun by Fana

Assalamualaikumm..


Dah lama berjanji, namun tidak jua ku tepati. Maaf ye kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak yang mintak fana buat tutorial shawl. Rasanya dah nak dekat setahun tapi baru hari ni fana nak kongsi. Fana segan sebenarnya nak buat tutorial berbentuk video ni. Malu sangat. 

Video ni fana buat atas permintaan junior fana yang sedang belajar di UiTM Seri Iskandar (tempat jatuh lagi dikenang). Rindunya suasana di Seri Iskandar. Junior fana ni mintak tolong fana untuk buat tutorial pakai shawl lain dari yang lain. Maksudnya taknak yang biasa la kot sebab dah banyak kat youtube tu.



Fateha : "Kak fana, nak mintak tolong sesangat ni, buat tutorial pakai tudung boleh? Fateha kena buat presentation untuk Persuasive Speech."

Fana : "Alamak fateha, kak fana mana reti. Malu la. Nanti nak tayang dalam kelas ke? Siapa lecturer?"

Fateha : "A'ah, tayang dalam kelas. Takpe, buat tutorial bisu pun takpe. Lecturer dia Puan Mayang. Kak fana kenal tak?"

Fana : "Gila tak kenal? Tu lecturer kak fana dulu kot. Alahai, malunyaaa"



Tapi memikirkan si Fateha ni, fana buat jugak la. So, ni la hasil dia. Tutorial dia simple je sebenarnya sebab fana pun suka pakai gaya ni. Fana tak tahu la kalau tutorial ni terlalu simple dan tak membantu korang. Maaf ye. Hehehe


Satu lagi, nak mintak sorry sebab fana lajukan speed video ni sebab taknak korang bosan tengok fana terkebil-kebil cari kerongsang, terhegeh-hegeh nak tarik shawl. Hehehe. Selamat menonton !



Shawl : Glitter wide shawl






Actually, fana letak nama Anggun ni sebab gaya dia macam anggun-anggun gitu. Macam ayu je kan? Hehehe. Sorry la ter'over' pulak nak letak nama cenggitu. Jangan marah fana okay? Selamat mencuba dan jangan lupa untuk share ye.


**Share atas tujuan kebaikan sahaja



xoxo,
fana

23 July 2013

Majlis Iftar Bersama Sheikha Hub

Assalamualaikum..






Sabtu baru-baru ni, 20 Julai 2013 satu majlis berbuka puasa yang santai namun eksklusif telah dianjurkan oleh Sheikha Hub bagi mengumumkan bahawa mereka akan mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen berprestij Melbourne Spring Fashion Week (MSFW) yang bakal berlangsung pada 31 Ogos sehingga 8 September 2013.


Kronologi majlis. 

Majlis yang bermula jam 6 petang itu sangat ringkas apabila bermula dengan sedikit ucapan daripada Datin Norzihan, kemudian berlangsung mini fashion show bagi memperagakan rekaan empat pereka muda daripada Ammara Boutique, Mimpi Kita, Saraya Zahret, dan Azura Azwa. Selepas itu, sambil menanti waktu berbuka, tetamu dihidangkan dengan bacaan beberapa potong ayat Al-Quran daripada Ustaz yang dijemput khas. Ustaz tersebut juga mengazankan maghrib dan tetamu berbuka puasa dengan hidangan buffet yang disediakan oleh Serai.








Majlis berbuka puasa yang diadakan di Serai, Life Centre tersebut berlangsung dalam keadaan santai dan tenang. Suasana restoran yang agak kondusif buatkan para tetamu berasa selesa. Dengan hiasan bunga-bunga segar di atas meja dan susunan meja yang sangat teratur. Good environment Serai !



Makanan yang dihidangkan secara buffet kepada para tetamu juga sangat enak. Terdapat pelbagai jenis lauk daripada daging kambing, ayam, udang, ikan dan sebagainya. Selain nasi, turut dihidangkan adalah menu barat dan pantai timur. Bagi pencuci mulut, Serai menyediakan pavlova, tart pisang, cendol dan juga pelbagai kuih-muih tradisional. Maaf, tak sempat nak tangkap gambar makanan yang sedap-sedap dekat Serai tu.




Majlis dihadiri lebih dari 100 orang tetamu yang dijemput oleh pengasas Sheikha Hub sendiri, Datin Norzihan Ahmad Latt. Tetamu yang hadir terdiri daripada wartawan, jurufoto, pereka fesyen, selebriti dan para blogger.




MSFW yang akan diadakan di Federation Square, Melbourne, Australia bakal menyaksikan seramai 16 pereka fesyen yang terpilih memperlihatkan hasil rekaan mereka di pentas peragaan bertaraf dunia itu. Yang lebih menarik, Sheikha Hub akan diwakili oleh empat orang pereka muda dari jenama MIMPI KITA, SARAYA ZAHRET, AZURA AZWA dan AMMARA BOUTIQUE. Disamping itu, ianya bersesuaian dengan matlamat Sheikha Hub iaitu mengetengahkan pereka-pereka muda yang berbakat ke peringkat antarabangsa.


Salah satu rekaan daripada Mimpi Kita

Salah satu rekaan daripada Saraya Zahret. Model, merupakan Wajah Sheikha Hub.

Salah satu rekaan daripada Ammara Boutique

Model kiri dan kanan memperagakan koleksi raya daripada Azura Azwa. 

Barisan model dan pereka fesyen

Berpeluang bersembang dengan lebih dekat dengan pengasas Sheikha Hub, Datin Norzihan beliau sangat humble dan peramah. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang boleh dijadikan contoh. Beliau sangat lemah-lembut dan bergaya ! Yes, that's the words.


Bersama pengasas Sheikha Hub, Datin Norzihan Ahmad Latt

Menurut Datin Norzihan, beliau sendiri tidak menyangka dan masih terkejut sewaktu menerima email daripada penganjur MSFW untuk mengajak Sheikha Hub ke Melbourne bagi memperagakan fesyen pereka tempatan yang bernaung di bawah Sheikha Hub.


Datin Norzihan, Pengasas Sheikha Hub.

Menurut Datin Norzihan lagi, portal Sheikha Hub baru sahaja dirasmikan pada 29 Jun 2013 yang lalu dan langsung mereka mendapat jemputan daripada pihak penganjur MSFW. "Ini adalah satu penghormatan yang tinggi kepada kami khususnya kepada industri fesyen muslimah negara" ujar Datin Norzihan.


Selain memperkenalkan pereka-pereka muda yang akan dibawa terbang ke Melbourne bulan Ogos nanti, Sheikha Hub turut mengumumkan Duta bagi portal Sheikha Hub iaitu pelakon terkenal yang kini berhijab, Natasha Hudson.






Dalam bulan September nanti, Sheikha Hub akan mengumumkan pencarian pereka fesyen "Designer Search" terbuka kepada pereka fesyen daripada Malaysia, Qatar dan United Arab Emirates. Pemenangnya akan diumumkan di Doha, Qatar.


Sheikha Hub memberi peluang kepada ramai pereka fesyen diluar sana yang ingin menonjolkan bakat mereka dengan memberi ruang dan nasihat oleh mentor-mentor yang telah dilantik oleh krew Sheikha Hub. Tiada bayaran yang dikenakan kepada pereka yang mendaftar dengan Sheikha Hub dan ini merupakan platform bagi ramai pereka muda untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen.


Untuk maklumat lanjut layari :  
Instagram : Sheikhahub
Facebook : SheikhaHub


Terima kasih kepada Asyik sebab mewakilkan fana ke Majlis eksklusif ni. Alhamdulillah, fana enjoy sangat di majlis berbuka puasa anjuran Sheikha Hub ni sebab semua orang sangat mesra termasuk pengasas Sheikha Hub sendiri, Datin Norzihan.


Fana juga berkesempatan berjumpa dengan salah seorang fashion blogger yang fana minat gila dan kagum dengan fesyen beliau iaitu SHEA RASOL

Bersama Shea Rasol

Salah seorang model dan juga pengacara televisyen, Hijab Stailista di TV9 yang fana kagumi sejak beliau menjadi pemenang Dara.com, Ameera Zaini. Tak sangka juga dapat berjumpa dengan meera yang cantik dan sangat peramah ni.

Bersama Ameera Zaini

Terima kasih Sheikha Hub untuk goodies yang sangat ohsem jugak !





Hijab Fesyen merupakan majalah fesyen untuk para hijabi yang terbaru oleh Utusan Karya. Banyak info tentang hijab dan fesyen didalam.


Me in a Bianca Dress by The Poplook and very simple shawl style using Jojet.

Itu sahaja perkongsian mengenai Majlis Iftar Bersama Sheikha Hub, terima kasih Sheikha Hub !


xoxo,
nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...