TABUNG

30 June 2012

:: Hijabista Mag Buat Aku Sawan ::

Assalamualaikum Hijabi ! 


Daripada kelmarin nak update pasal Majalah Hijabista yang tengah in sekarang. Masih baby tapi permintaan sangat menggalakkan u'olls ! Banyak kedai dah habis. Sepantas kilat majalah tersebut disambar oleh hijabi-hijabi diluar sana. Tahniah team HIJABISTA ! :)

Pada mulanya aku tak tahu langsung tentang majalah ni. Sampai satu hari tu, aku dapat invite from sis Jannah from Karangkraf. Ada dia komen dekat one of entry blog aku. Terkamjat! Tapi aku berlagak cool. Aku reply mesej dia through e-mail. Sis Jannah suruh e-mailkan gambar full outfit aku kat e-mail dia. Aku pun tengah dok belek semua album. Tak tahu nak hantar yang mana. -.-'

Lepas dia kenalkan aku pasal Hijabista Mag ni, aku memang tak sabar nak tunggu kelahiran sulung majalah ni. Tunggu punya tunggu, sampai la waktu kemuncaknya iaitu di pesta buku dekat PWTC. Aku beli dekat Booth karangkraf. Bannnyyyaaakkkkkk sangat Hijabista Mag. Aku rasa macam nak kena sawan tengok rak Hijabista Mag dalam booth Karangkraf tu. Tak caya? Tengok ni.



Sempat pulak bergambar dengan standee Hijabista Mag.


Yang aku beli dekat pwtc ni cover depan Diana Amir. Ni edisi pengenalan. Alhamdulillah, aku suka sangat. Daripada iklan-iklan yang ada dalam majalah tu sampai la model-modelnya yang cantik jelita tu. :)



Ameera Zaini yang comel ni pon ada. As a model for Al-Humaira Contemporary. :)


Tadaaaaa ! Ni la Hijabista Mag edisi Jun. Bermuka depankan wajah cantik Maria Elena. Sangat awesome ok ! Aku memang excited gila bila tengok edisi ni. Ditambah pulak isi dalamnya yang super-awesome !



She is soooo pretttaayyyyyyy ! Aku suka gila baca belog Maria Elena sambil gelak sorang-sorang sebab the way she wrote the blog tu, buatkan aku rasa fun ! Sangat terhibur. Tak sangka seorang graduan UTP yang ambik engineering boleh jadi model yang awesome kan? And the wonderfull thing untuk aku ialah, sudut penulisan dia yang sangat kreatif. Cara dia tulis blog, cara dia mainkan imaginasi readers. WOW ! Congrates sis and Good Luck.

*Tak sabar nak tengok her wedding with Dato' (abang Fatin Liyana).


nfcs

26 June 2012

:: Tamat Sudah Semester Dua ::

Assalamualaikum..

Rasa macam beban dah kurang sikit bila kelas dah habis. Alhamdulillah. Berjaya aku habiskan semester dua dengan jayanya. Walaupun aku rasa jarak aku dengan rumah berpuloh batu jauhnya. Rindu dekat family tak terkira hebatnya. T_T



Akhirnya tamat semester dua. Rasa macam kelip mata empatpulohenam kali je. Dah habis semester. Mula-mula dulu nak start semester dua agak liat. Kalah lepat liat. Tapi, semester dua semangat dia lain sikit. tak tahu kenapa.

Korang yang akan sambung degree bulan sembilan ni, macam mana? Dah ready belom?

Kisah semester dua bermula bila....

Bertemu dengan lapan orang pensyarah.


  1. Chuah Yoon Fah - Mandarin Language I (BMD401)
  2. Puan Mahhani Musa - Office Software and Document Application (OSM455)
  3. Puan Saatila bt Mohd Isa - Financial Accounting (ACC 418)
  4. Puan Raja Mayang binti Mohd Beta - Administrative Office Management I (OSM453)
  5. Puan Wan Narita - AOM tapi sekejap je sebab beliau sambung Master.
  6. Cik Mazuin bt Mat Halif - Internet Technology and Web Designing (OSM456)
  7. En. Md. Lehan Parimun - Management of Administrative Records I (OSM451)
  8. Ustaz Hamdi Rahman bin Mohd Yaacob - Tamadun Asia dan Tamadun Islam (CTU551)
Dan seorang pensyarah bagi Kokurikulum.

Puan Roziatul Maziah - Sports Event Management I (HSK111)

Kisah dalam kelas saat bilamana pensyarah tengah mengajar kat depan, kami sibuk berlawan menguap kat belakang. Bila soalan "Faham tak?" diajukan oleh pensyarah maka dengan laju kami mengangguk tanda faham walaupun ketika itu kami tak faham mungkin.

Saat mengejar bas UiTM yang kadang-kadang awal dan adakalanya terlambat limabelas minit. Buatkan kami berpeluh keringat kerana kepanasan di Perak. Bas yang agak uzur dengan keadaan pendingin hawa yang kadang kala sejuk dan kadangkala tidak terasa langsung.

Saat kami berjalan laju ke kelas kerana bimbang pensyarah masuk dulu ke kelas. Langkah beribu, peluh berderai dan muka hampir pucat dek bimbang kena nyanyi depan kelas kalau lambat masuk.

Saat assignment yang kena hantar esok hari, tapi kami akan ke kedai untuk print setengah jam sebelum hantar assignment tersebut. Berlari-lari anak bersama kain baju kurung yang dipakai ketika itu. Hampir tersungkur tapi masih gagah untuk melangkah deras demi 5 peratus markah carry mark.

Saat pembentangan di hadapan kelas, tiada lagi malu-malu kerana sudah satu semester bersama. Tapi, mulut berbicara sambil menggigil tatkala mata bertentang mata pensyarah ketika itu. Pembentangan yang wajib dilakukan dalam bahasa Inggeris menambahkan debar dalam dada kerana bimbang ditertawakan dek bahasa Inggeris yang agak ke'Malaysia'an.

Saat minggu test dan quiz berderet-deret, dilajukan kaki, mata, dan otak untuk menghafal segala nota untuk dijawab sebaik mungkin. Semuanya dilakukan demi carry mark!

Semuanya pengalaman yang sangat berguna. Tak sangka suasana pembelajaran di universiti lebih bebas berbanding sekolah. Alhamdulilah, pensyarah semuanya baik dan comel belaka. 

Assignment yang diberikan adalah lebih banyak kerana kebanyakan subjek, 40% sahaja markah untuk final. Alhamdulillah, kalau carry mark ok, keputusan pasti akan ok. :)

Semoga kawan-kawan OM2212A akan dapat jawab final exam dengan jayanya. Jangan lupa untuk baca doa dan mintak ibu dan ayah korang doakan sekali. InsyaAllah, semuanya pasti akan baik-baik saja. 



nfcs

18 June 2012

:: Dulu Baik, Sekarang Jahat ::

Assalamualaikum..


Dulu aku bukan macam ni. Dulu aku suka mengalah. Mengalah demi orang lain. Dulu aku cuma fikirkan perasaan orang lain. Perasaan aku memang kosong peratus aku peduli.

Bukan sebab aku takut apa orang lain fikir. Tapi, aku takut aku sakitkan hati orang. Maksud orang kat sini, kawan, kawan dan kawan !

Dulu aku terlalu jaga hati orang. Bahkan, bila aku nak memotong percakapan orang pun aku tak sanggup. Bimbang aku tersakitkan hati atau buat dia malu atau buat dia juling. Juling versi Afdlin Shauki.

Aku, aku, aku. Sangat takut dengan tindakan sendiri sebab aku bimbang orang akan lari empatpulohempat batu dari aku. Dengan istilah lain, tak nak berkawan dengan aku lagi. -.-'

Dulu, aku rasa aku manusia paling hipokrit dalam jutaan, billion manusia dicampur alien dalam sembilan tolak satu planet yang ada dalam semesta ni. Huh ! Mengeluh jugak kena panjang-panjang sebab tengah stress. *sambil buat gaya stress macam Gary dalam Running Man.


Hipokrit maksud aku bila aku terpaksa menghadap muka orang yang aku tak suka dengan senyuman empatbelas inci lebar. Hipokrit sangat kan?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni aku selalu memberontak tak tentu hala. Benda kecik pun aku akan memberontak dalam hati !

Memberontak dalam diam lagi bahaya. Sangat. Aku taw kesannya tapi aku tak tahu. Aku dah cuba fikir positif, buat keputusan dengan menggunakan hati plus akal yang waras. Berhasil ke?

Lagi satu hal, aku selalu berdendam. Aku suka simpan dendam dalam hati. Orang cakap simpan dendam lebih tajam dari dendam yang dibalas di alam realiti. Mungkin aku cuma menggunakan imaginasi untuk balas dendam.

Watch out !

Aku lebih suka luahkan certain things dekat orang yang aku selesa. Ada. Tapi tak ramai yang aku betol-betol selesa. Terima kasih for those yang dah pinjamkan bahu. Thank you so much with love.

Solat. Doa. Hasilnya, mungkin lambat tapi lambat akan menghasilkan keputusan yang lebih baik. InsyaAllah.

Seorang hamba Allah yang sudi bagi nasihat dan semangat. Mungkin dengan cara yang tidak disengajakan. Tapi ayat tu betol-betol buat aku rasa tenang dan tenteram walaupun sekejap. Antara yang diungkapkan oleh beliau :

Bila tension, letak tangan kat dada dan cakap "All is Well" !

Terima kasih ye. Dia tahu siapa yang aku maksudkan. :)



nfcs

15 June 2012

:: Kenduri di Bagan Datoh ::

Assalamualaikum..

Aku suka betol update cerita yang dah basi. Tapi, aku tetap nak update. Kihkihkih. Sangat sibuk dengan jadual kelas yang sangat padat macam iklan Milo tu. Lepastu dengan assignment yang last minute tu lagi. Memang semua jadi kelam kabut.

Dalam dok sibuk-sibuk tu sempat jugak lari pegi Bagan Datoh. Pertama kali aku jejak kaki dekat Bagan Datoh ni. Sebab Perak pon aku belum jelajah habis lagi. -.-'

Nak taw sebab apa aku terjah Bagan Datoh? Let's the picture tell you the story. :)










Kakak sulung aku dan abang iparku. :)


Adik lelaki aku yang paling tinggi dalam umah. Ikot genetik sape entah. Huhuhu. Kakak aku yang paling gemuk dan adik perempuan aku.




Kami tiga beradik. :)


Kami tiga sekawan. :)




Agak teruja pertama kali jejak kaki dekat Jeti Bagan Datoh ni sebab pemandangan yang sangat best. Rasa macam nak shoot banyak-banyak tapi masa singkat sangat. Mak dengan abah pun nak rush balik KL sebab takot jalan jem. Berjalan atas jeti tu rasa macam nak terbang. Angin kuat sangat. Tapi rasa macam ala-ala supermodel gitu bila jaan sambil angin tiup baju. Sumpah bajet.



Selamat Pengantin Baru buat akakku dan abang iparku. Huhuhu. Happy moment at Bagan Datoh. Terima kasih atas layanan yang sangat baik dari pihak keluarga sebelah pengantin lelaki. :)

nfcs

02 June 2012

:: Kisah di Pasaraya NSK ::

Assalamualaikum..

Hari Sabtu ni, tak ke mana-mana ke? Aku memang tak pegi mana la sebab M.I.P tak de kat KL. Dia ada training Boling Padang dekat Seremban. Wakil MARA ke? Harap dia terpilih. Hwaiting !! :)

Aku nak update pasal aku pegi Pasaraya NSK dekat Jalan Kuchai Lama hari apa ek? Aku pun dah lupa. Rabu kot. Tak kisahlah. Mak dengan Abah aku suka sangat pegi sana. Murah katanya. Boleh tahan la. Tapi, keadaan pasaraya tu aku tak berapa nak berkenan. Dengan fasiliti dia lagi.

1. Tempat masuk nak pegi park kereta tak berfungsi iaitu mereka menggunakan khidmat manusia sebagai pemberi tiket parking. Manual.

2. Kawasan parking agak luas. Thumbs Up.

3. Tanda harga dekat tempat barang-barang diletak tak berapa memuaskan sebab tak nampak macam pasaraya. Macam kedai runcit.

4. Kawasan barang basah (e.g : ikan, sotong, ketam, sayur dll ) agak berbau. Sama macam kedai runcit cuma lebih berbau sebab dia dalam air-cond kot.

5. Barang-barang tak diletakkan di tempat yang sama. Masa aku cari sabun mandi, ada yang dekat hujung, ada yang dekat tengah pasaraya. So, jauh aku nak kena jalan. Padahal nak cari barang dalam kategori yang sama.

6. Kaunter bayaran langsung tak strategik. Customer kena keluar ikot belakang cashier. First time aku jumpe kaunter macam ni. Selalunya customer akan keluar belah depan cashier. So, tak bahaya sangat kan bila cash register tu dibukak.

7. Parking percuma untuk tiga jam pertama. Thumbs Up.

8. Barang agak murah berbanding pasaraya besar yang lain. Thumbs Up.

Yang lain-lain tu mungkin ada yang aku kurang perasan, so, kalau korang pegi sana korang nilai la sendiri.


Aku tanya Abah. "NSK tu singkatan untuk apa ?". Abah jawab, "Tak tahu". Perghh ! Aku suka jawapan tu. Hahahaha


Abah cakap Pasaraya NSK ni milik orang Cina. :)


Makanan yang paling aku suka masa aku kecik-kecik. Sekarang pun masih makan. Dan akan diwarisi sehingga ke anak-anak aku nanti. Cewwah!


Rambang mata tengok makanan. Yummy. Semua benda aku nak sumbat masuk dalam troli.


Tukang bawak troli. Hahahaha.


Cadbury Dairy Milk coklat kegemaran mak aku. :)


Akhir sekali, terima kasih kerana membeli dan blah dari NSK. =p


nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...