TABUNG

21 November 2016

Lazada Online Revolution - Box of Joy


Assalamualaikum...


Lazada Online Revolution
11.11 - 12.12

Hai semua ! Eh, korang tahu tak Lazada sekarang tengah buat Online Revolution ni? Sebulan sahaja tau. Untuk korang yang taknak terlepas sales hebat hujung tahun ni cepat-cepat la pergi bukak laman web Lazada. Kat sana semua barang ON SALES ! Barang apa yang tengah sales? Ha, ni fana nak share sikit Box of Joy yang baru je fana dapat daripada Lazada.

Dalam Box of Joy ni ada semua barang-barang yang dijual di laman web Lazada tau. Kejap lagi fana cerita satu persatu barang yang fana dapat daripada Lazada. hahahaha. Semua barang-barang kelengkapan diri, daripada barang bayi sehingga barang-barang elektronik korang boleh dapatkan di Lazada dengan harga diskaun bermula 11 November sehingga 12 Disember ni.




Masa dapat je kotak ni, fana eksaited terlebih sebab semua barang dalam kotak ni memang barang yang fana dah lama usha dekat website Lazada. Alhamdulillah rezeki fana sebab akhirnya barang-barang ini sudah menjadi hak milikku. Gituuuu ! Korang jangan ketinggalan tau pergi cepat bukak website Lazada pastu cari je barang yang korang nak, confirm dengan harga diskaun. Jangan lambat nanti menyesal. Jom fana tunjuk satu persatu apa yang ada dalam parcel yang fana dapat daripada Lazada.
.
.
.
.

Nescafe White Coffee Rasa Pandan

Walaweyh, ini merupakan perisa terbaru daripada Nescafe tau korang ! Fana dengan Abah dah pun cuba. Well, rasa dia sangat sedap dan memang taste la untuk penggemar kopi macam fana ni. Lagipun ini la adventure bila kita try lain daripada yang lain. Ada fakta juga baru-baru ni mengatakan minuman pandan dapat membantu merawat kanser. Betul ke? Mungkin di atas inisiatif tersebut, Nescafe pun dah hasilkan perasa pandan ni. Mana nak dapat? Lazada la u'olls !

.
.
.
.

Nestle Full Cream Milk
Maggi Mi Goreng Kari OatMee Baharu

Kedua-dua produk ni merupakan produk yang fana memang teringin nak cuba. Kenapa packaging susu Nestle ni comel sangat? Pinky tau. Fana rasa sayang nak minum. Siapa kata kat Lazada tak ada jual susu? Hello, Nestle merupakan salah satu rangkaian terbesar tau yang ada di Lazada. So, siapa nak beli susu Nestle tak payah susah-susah pergi Pasaraya, Lazada kan ada. Hehehe.

Maggi OatMee Baharu ni selalu betul berlari-lari kat timeline Instagram fana tau baru-baru ni. Sebab Maggi telah pun melancarkan satu lagi produk baru diorang iaitu Mee yang diperbuat daripada Oat. Ini memang rare. Belum pernah lagi fana makan maggi yang diperbuat daripada oat. Lepas ni makan maggi confirm kenyang punya sebab ibarat makan oat la. Well done Maggi ! Salah satu inisiatif paling sihat buat semua penggemar mee Maggi. Siapa nak beli? Cepat pergi beli dekat Lazada tau.


.
.
.
.

Mythic Oil Loreal Profesional

Sebagai seorang wanita yang bertudung, kesihatan rambut pun fana akan titikberatkan jugak. Tak boleh la biarkan rambut kusut tak bermaya. Guna la Mythic Oil ni korang. Jangan risau sebab minyak ni memang dicipta untuk semua jenis rambut. Tak kisah la rambut gugur ke, rambut nipis ke, rambut cepat rosak ke, semua boleh guna ni. Korang boleh try minyak daripada Loreal ni sebab multifunctional dan ingat la bahawa rambut merupakan mahkota buat wanita. Eh, u'olls yang lelaki pun boleh pakai tu. Nanti nak bagi husband fana pakai jugak la. Hihihi


.
.
.
.

Nestle Cerelac NutriPuffs

Dalam banyak-banyak item dalam Box of Joy ni, yang ni paling fana rasa tak sabar nak bukak sebab nak bagi kat anak buah fana si Athif tu try. Hahaha. Athif mesti suka. Untuk korang yang ada anak-anak kecil tu boleh la try belikan diorang Nestle Cerelac Nutripuffs ni. Kalau tak silap fana ada banyak perisa. Yang fana dapat ni perisa pisang dan strawberry. Jom beli produk Nestle di Lazada. Ada diskaun u'olls.


.
.
.
.

Sandisk Ultra Dual Drive

OMG! Yang ni memang sangat diperlukan. Hahaha. Tahu-tahu je la perempuan ni tak pernah cukup memory phone dia kan. Plus, bagi fana flash drive ni memang sangat sesuai untuk fana sebagai seorang student jugak. Boleh connect from phone dan boleh guna untuk laptop jugak. Yeehuuu! Korang nak jugak kan? Klik link ni kalau nak beli dekat Lazada.


.
.
.
.

Longitech Wireless Speaker

Kat Lazada ni memang ada semua benda yang best-best ke apa? Yang ni pun best jugak. Longitech, thank you for creating this wireless speaker. Husband fana suka sangat. Dia asik connect dgn phone dia je pastu bukak lagu kuat-kuat, main games, etc. Connect dia tak perlukan apa-apa cable pun, just turn-on Bluetooth je. 


.
.
.
.

 Tefal Manual Chopper

Fana merupakan salah seorang peminat Tefal. Kalau boleh semua peralatan memasak fana nak beli jenama Tefal. Bukan fana je, mak fana pun suka sangat. Manual Chopper daripada Tefal ni tak perlu guna elektrik. Korang just tarik dia punya tali tu dan dia akan buat kerja dia dengan sendiri. Mula-mula rasa macam tipu je benda ni, hahaha, tapi bila dah try, fulamak, kagum gila dengan Tefal Manual Chopper ni. Kalau la boleh selit demo kat sini. Hehehe. 



So, guys macam mana? Jangan la tunggu lama-lama. Next week dah gaji kan? Cepat-cepat pergi ke laman web Lazada untuk beli semua item-item best ni tau. Korang dapat harga diskaun tau. Cuma di Lazada. Barang baik kena la share dengan korang.

Happy shopping guys ! :)



Lazada Online Revolution Sales
11.11 hingga 12.12

Klik gambar dibawah untuk dapatkan 20% diskaun =)





**Kalau korang berminat untuk review dengan Lazada, contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!


xoxo,
fana

24 October 2016

Nekad Berhenti Kerja Demi Menyambung Pelajaran

Assalamualaikumm,


Lama sangat tak update blog. Bukan tak rindu, rinduuu sangat. T.T. Tapi, kekangan masa buatkan fana tak sempat nak update entri baru. Alhamdulillah, walaupun lama tak update, tapi page views masih lagi aktif. Rindu jugak nak pergi event macam pratonton movie, food review, fashion show dan lain-lain. Banyak event yang tak dapat nak join disebabkan sibuk baking. I is sad. 

Dua bulan lepas, fana ambik keputusan untuk resign sebagai Logistics Executive di satu company logistik kat PJ. Serius, keputusan fana ni nekad sebab nak capai cita-cita, kena sambung belajar untuk my better future. Walaupun niat nak sambung belajar tu tak pernah ada pun sebelum ni. Tapi, tak tahu kenapa tiba-tiba datangnya satu nur untuk cekalkan hati sambung pengajian di bidang Master kat UiTM Shah Alam.

Sebulan sebelum berhenti kerja, performance kerja fana agak teruk jugak. Fana perasan memang fana tak perform. Banyak kerja tak dapat nak catch up, lepastu motivation pun makin lama makin menurun. Fana terpaksa mengaku, satu akaun yang team kitorang handle tu memang agak susah dan kitorang tak boleh nak handle issue hari-hari. Terlalu banyak issue kitorang kena settle from Houston. Bila kerja kau hari-hari banyak sangat salah, kau akan jadi stress dan rasa macam nak give up dengan apa yang kau buat sekarang.

Manager fana yang selalu perhatikan kitorang punya performance perasan yang fana punya performance agak down masa tu. Kalau dulu, bagi la 50 job satu hari pun fana boleh handle. Sebab fana suka, tapi kalau buat benda yang fana jadi letih, penat memang automatik motivasi pun taknak datang. Hahaha.

Since Manager dah perasan, dia pun panggil.

"Saya perasan awak punya performance tak macam dulu."

Fana tak tahu nak cakap macam mana dengan manager masa tu. Nak taknak kena terus terang jugak kan.

"Jujur, saya tak boleh nak handle SAP. Susah sangat. Ambik masa lama. Banyak benda nak kena fokus. Kalau tak, nanti mesti receive issue from Houston."

Segala strategi bersama yang kitorang pernah bincang sebelum ni, semua hancur berderai. Fana nampak la kekecewaan kat muka manager fana time tu. Sebab manager fana yang baik hati ni fana dapat rasakan yang dia letak harapan yang besar dekat fana untuk handle akaun tu dengan dua orang lagi colleagues fana Hilwana dan Ranjini.

I can see her frustrated face. T.T

Sebelum fana keluar dari bilik dia, fana bagitahu dia yang fana dah apply untuk further master sesi September. Fana tahu fana ambik risiko untuk bagitahu tapi at least fana inform awal. Dia senyum. Fana suka tengok manager fana senyum. Sebab kerja sebagai manager di logistics company ni kau akan hadap issue hari-hari. Banyak benda nak kena settle. Issue dari US lagi, issue dengan kau punya subordinates lagi yang macam-macam perangai tu.

Dia senyum lepastu dia tanya bila, course apa, kenapa, dan soalan-soalan lazim yang biasa datang dari mulut seorang manager la kan. Yang buatkan hati fana jadi lega bila dia cakap :

"Kalau macam tu, tak apa lah. This is for your future."

OMG! Sedih jugak la masa tu. Dalam hati bercampur baur perasaan. Nak menangis, nak ketawa, nak gembira ke apa tak tahu. Satu, rasa sedih sebab dah dua tahun dengan this organization, kau dah rasa sayang dengan kau punya workplace, kau dah sayang dekat semua kawan-kawan kau, kau dah terbiasa hari-hari jumpa diorang, buat kerja sama-sama. You know what i feel? Kedua, of course la happy sebab hari-hari tak payah mengadap issue tapi dalam masa yang sama rasa kesian pulak dekat Ranjini dan Hilwana yang kena hadap semua tu lepas ni. 

Selepas sebulan, fana dapat surat tawaran daripada CPPS. Alhamdulillah, dapat pun tawaran sambung master. Banyak persiapan nak kena buat, fizikal dan mental. Maklum la dua tahun jugak tinggalkan zaman belajar ni. Benda pertama fana nak buat ialah, inform dekat manager fana. Masuk je kerja pagi tu manager fana datang my workplace. Dia memang selalu datang kalau nak tanya apa-apa. Rajin berjalan kan? That's my manager. Very friendly, sangat dekat dengan staff dia.

"Macam mana? Result dah dapat ke belum? Kata nak inform dekat I?"

Ya Allah, result dah keluar seminggu tapi fana lupa sangat nak inform dekat manager. Memang dia dah pesan, once result dah keluar terus inform dia. Kebetulan masa result keluar tu, fana cuti. Memang tak jumpa la dengan manager fana. Ingatkan nak Whatsapp je tapi terlupa jugak. Manager yang datang tanya.

"I dah received surat tawaran dah. Register Ogos, kelas start on September"

Lepastu soalan ni fana tak suka. Serba salah nak jawab. Dia tanya :

"So, you nak pergi ke?"

Emmmmm, lama jugak la nak jawab soalan tu. "Yes, I kena pergi."

Dia pun berlalu dengan senyuman. Oh ya, sebelum dia pergi tu, dia ada pesan nanti hantar resignation letter. Fana ingat lagi resignation letter fana bertarikh 19 Ogos 2016. Luluhnya hati. Sedih rasanya. Masa tu rasa macam nak luruh jantung dengar perkataan resign. Fana terpaksa resign sebab fana apply to further master in full time mode. Have too. Sebab fana tak boleh nak buat multiple task ni. Kerja sambil belajar. I kenott! Sebab tu terpaksa berhenti kerja.

Dalam tempoh resignation tu, fana cuba untuk bantu buat kerja dekat office setakat apa yang fana mampu. Fana dah bagitahu dekat manager fana kalau perlukan bantuan apa-apa bagitahu je. Memang fana ikhlas nak habiskan sisa-sisa terakhir dekat office dengan membantu apa yang patut.

Alhamdulillah, rasa tenang je waktu tu. Manager fana pun banyak sangat membantu dan sekarang fana rindu sangat dengan suasana sibuk dekat office. Kerja yang tak pernah habis, selesaikan issue, gelak dengan teammates, sakat sana sini. I miss them so much !

I miss my workplace ! T.T

Sehari sebelum fana resign, semua kawan-kawan office dan manager fana surprisekan dengan farewell party untuk fana. Fana terkejut sangat diorang plan semua tu. You know what, i'm not deserve this ! Fana cuma bekerja disana dua tahun, fana bukan siapa-siapa cuma staff biasa yang kadang-kadang leka dengan tugasan fana di office, kadang-kadang malas nak OT, dan kadang-kadang jugak ada buat manager marah. I don't deserve this !


With Manager , Madam Malliga




Can you imagine, your colleagues and manager prepared all the foods, they brings food from home, spent a lot of money to buy cake from Secret Recipe and etc. Satu meja panjang penuh dengan makanan sebab satu office bawak makanan yang diorang sediakan dari rumah. Ada yang bawak buah, snacks, ada yang sanggup bangun pagi masak sedap-sedap. Ya Allah, fana rasa fana tak perlu dirai sebegitu.

Anyway, fana ucapkan terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan office fana yang sanggup plan farewell party untuk fana. Thanks to my manager for being very supportive through my journey in BDP. Honestly, fana bangga dapat berkawan dan kenal each of everyone. I miss my workplace. I miss everything about BDP. Ada kawan yang fana dah sayang sangat macam family especially Nea, Zuri, Thevagi, Prabha, Aida, Ravin, Ranjini, Parames, Hilwana, Azwana, Kak Yasmie, Kak Zaidah, Kak Shida, Kak Shama, Shamalah, Christina, Akma, dan yang paling sayang, Madam Malliga. :)







Hopefully, kita semua dapat jumpa lagi dan please jangan lupa fana okay? Fana love semua !! 





xoxo,
fana

02 September 2016

Rins Suzana Impian Menjadi Nyata

Assalamualaikumm,


Pernah tak korang bayangkan apa yang korang rasa bila benda impian korang menjadi kenyataan? Teringat masa zaman sekolah menengah, masa cinta-cinta monyet dulu, fana selalu sangat impikan majlis perkahwinan yang cantik, pelamin penuh dengan bunga, bila orang tengok orang akan rasa macam wahhhhh, ni dekat kayangan ke?

Dulu, memang tak banyak sangat ambik tahu pasal wedding planner ke apa, cuma pernah dengar satu je nama wedding planner yang dekorasi dia tersangatlah cantik. Masa zaman sekolah dulu kadang-kadang petang lepas habis je sekolah fana dengan kawan-kawan akan pergi panjat Bukit Gasing. Kat situ memang tempat trekking paling simple la untuk bebudak sekolah yang nak try hiking ni.

So, ada satu hari tu petang nak dekat maghrib jugak la kitorang turun dari Bukit Gasing. Keluar je hutan memang akan lalu depan Dewan Komuniti Pantai Hillpark. Tetiba ternampak ada satu lori dengan nama yang fana pernah dengar park kat dewan tu. Dewan Komuniti tu memang setiap minggu ada wedding. Tak pernah tak ada. Hehehe. 

Kat lori tu tertulis "Rins Suzana Wedding and Events". Terus dalam hati macam wahhhhhhh, siapa kawen ni? Perghhh, ambik Rins Suzana la, Dah boleh bayangkan betapa indahnya pelamin dia nanti. Fuhhh, kaya betul dia boleh hire Rins Suzana. Agak-agak aku dapat tak guna servis Rins Suzana ek? - fana memang suka cakap dalam hati. Mengomel je sorang-sorang sambil jalan. Hihihihi

Macam biasa bila rasa nak bayangkan pasal kawen-kawen je terus laju je tangan google pelamin Rins Suzana la apa la. Masa tu takde Instagram lagi. Handphoen pun pakai cap ayam je dulu Sony Ericson yang cuma boleh tangkap gambar ala-ala kelabu tu. Hahahaha.

Tahun 2012 berkawan dengan sorang mamat ni. Dia punya ayat manis tu memang tangkap cintan la. Tu yang sampai sekarang masih cintan cintun dengan mamat ni. Sejak kawan dengan dia la selalu berangan, masa tu fana masih belajar lagi dekat UiTM Seri Iskandar, Perak. Sampai la masuk 2015, mamat ni bawak family dia datang merisik. Fuhhhhh, meleleh peluh ni, tak tahu nak cari mana duit nak kawen ni oi. Dah la baru habis belajar.

Bulan Mac dia merisik, bulan April/May jugak kitorang survey pelamin apa semua. Mula-mula macam takut nak bagitahu dia nak pakai wedding planner apa semua. Pastu, satu hari dia tanya, "Awak nak ambik pelamin, baju kawen nanti dekat mana?" Dulu masa bercinta berangan nak buat baju kawen dekat Cosry la, konon sangat! Last-last beranikan diri cakap kat dia. "Awak, sebenarnya saya dah lama minat pelamin Rins Suzana, kalau pelamin kat lain tak cantik, tak taste la". Berlagak. 

Mamat ni pun kata la, "Okay, nanti kita pergi butik Rins Suzana kat Taman Permata pastu kita tanya la dia berapa pakej pelamin sekali dengan baju apa semua tu okay?". Terus mata bling-bling. Bukan sebab suka tapi pening. Mampus la mana nak cari duit ni nak ambik pelamin kat Rins Suzana. Aduhhhh.

Nasib baik fanabakes dimurahkan rezeki, order tak putus-putus sebelum majlis kawen, Alhamdulillah fana dapat simpan sikit daripada duit fanabakes dan guna untuk bayar total kos untuk majlis kawen. Tak perlu berhutang apa-apa. Syukur Alhamdulillah.

Kebetulan ada satu hari tu tak ingat ada public holiday apa tah, ternampak admin Rins Suzana post kat facebook, Rins Suzana buat Open Day. Siap boleh dapat diskaun NO GST lagi. Wey, benda tu la nak kena pikir sekali. GST sahaja dah RM500 lebih tau. Boleh beli handbag Charles & Keith. Huh! Nak tak nak beranikan diri jugak la PM admin kat facebook bagitahu nak datang butik. admin kata butik tutup pukul 7.

Nak pergi sana bukannya berdua wey, tak berani la nakkkk kalau pergi berdua. Sebab rasa macam budak baru habis sekolah pastuk au datang pulak butik pengantin yang grand ni kan, kau ingat staff diorang nak layan kau? Tengok atas bawah atas bawah je la dik. Hahahaha. So, ajak la kawan baik kitorang si Syafiq dengan Yati temankan memandangkan diorang pun nak kawen tak lama lagi, boleh la jugak survey apa yang patut kan?

Sampai je butik masa tu dah nak dekat pukul 7 dah sebab jalan jem dari Kelana Jaya nak ke Taman Permata, Ulu Klang tu. Nasib baik dah inform kat admin pastu admin suruh whatsapp je Kak Linda (Manager Rins Suzana). Kak Linda kata dia tunggu. Fuhhh, nasib baik kalau tak memang tak sempat dah ni nak dapat diskaun NO GST tu.

Kak Linda pun layan la kitorang suruh pilih pelamin nak yang mana, kerusi nak yang mana apa semua. Susah. Susah sangat nak pilih benda yang kita tak pernah pilih ni. Lain la suruh pilih handbag ke kasut ke tudung ke senang la jugak dah tahu kita punya taste. Ni pelamin! Ya Allah berat sungguh dugaanMU. Hahaha. Badan dah mula rasa panas dah masa tu. Tengok harga pakej, telan air liur jugak ni. Mamat yang ajak fana kawen (sekarang dah jadi suami yang fana sayangi) ni boleh buat diam pulak. Hahaha. Geram je aku tengok kecik besar kecik besar je.

Nasib baik ada Yati membantu jugak la nak tolong pilihkan mana pelamin yang cantik. Sebab apa tau, semua pelamin cantik sangat dalam katalog tu, tak tahu nak pilih yang mana. Susah hati betul la. Kalau boleh nak pilih semua terus ha pasang dalam dewan tu boleh tak Kak Linda oi? Hahaha. Lepastu kak linda pun bagi borang suruh pilih nak bentuk apa semua tu pastu fana pun bayar la deposit RM 500. Harga pelamin keseluruhan? Tak payah la cerita kat sini kot. Nak tahu details boleh terus terjah Butik Rins Suzana okay? Hehehe. 

Dah bayar deposit, terus ajak diorang balik. Lagipun masa tu dah pukul 7.30, butik sepatutnya tutup pukul 7 petang. Kesian Kak Linda melayan kerenah fana. Terima kasih Kak Linda. Jasamu dikenang. Muahhhhh. Hehehe. Oh ya, disebabkan masa tu ada promosi, fana dapat FREE photobooth ala-ala mini pelamin. Cantik sangat. Tu yang terharu banyak tu dengan Rins Suzana ni. 

Belum habis cerita lagi, haaaa. Ada satu hari tu facebook Rins Suzana ada post gambar kasut songket by Bella Rina. Memang cantik la kalau songket. Fana pun share la kat facebook, pastu admin komen bagitahu suruh claim hadiah. Pergh! Rezeki betul. Hadiah apa jeng, jeng, jeng, fana pun tak diberitahu sampai la hari majlis rupa-rupanya Rins Suzana dah bagi banyak sangat EXTRA kat pelamin, kat photobooth, kat pintu gerbang semuanya EXTRA. Thank you Rins Suzana sebab jadikan dekorasi dewan rasa macam tak bagi tanggal la, sayang semuaaaa. T_T. Sangat cantik. Nak menangis rasa masa sampai dewan hari tu.

Untuk korang yang nak kawen tak lama lagi, fana cadangkan korang please la ambik Rins Suzana as your wedding planner sebab apa tau, pelamin diorang indah, photobooth diorang cantik, persalinan pengantin mewah, semuanya tiptop. Fana kalau boleh nak kawen hari-hari pakai baju diorang, duduk atas pelamin Rins Suzana. Alahai, rindunya. Jom tengok gambar-gambar daripada Official Photographer fana KAIO STUDIO semasa majlis persandingan fana.


#AfiqFana
2 April 2016
Dewan Komuniti Pantai Hillpark



Pelamin Rins Suzana






Photobooth Rins Suzana




















Akhir kata, fana bersyukur sangat sebab diberikan peluang untuk menjadikan impian fana sebagai satu kenyataan. Terima kasih buat team Rins Suzana sebab banyak sangat membantu daripada sesi pilih pelamin, pilih baju sampai la dekorasi yang sangat indah ni. Fana dan pasangan doakan supaya Rins Suzana menjadi satu nama yang gah di Malaysia dan semoga maju jaya!



Jom jadikan impian korang sebagai realiti !

Facebook : 

Instagram : 

Whatsapp :
012-2161980

Alamat :
No. 8B Persiaran Permata, Taman Permata 
Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur
03-41471980


xoxo, 
fana

23 August 2016

Dessert Sedap @ Fanabakes

Assalamualaikum..


Buat penggemar pemanis mulut (dessert), korang boleh la tengok Instagram atau Facebook Page Fanabakes. Eh, sempat pulak promote bisnes sendiri kan? Alhamdulillah, fana dah start dengan bisnes ni sejak tahun lepas lagi sampai blog pun tak sempat nak update tau. 

Fana sekarang tengah buat bisnes secara kecil-kecilan. Kita punya main menu ialah Brownies dan Sotong Seaweed. Akan datang InshaAllah kita akan tambah lagi menu yang best-best. Buat masa ni fana cuma ambil tempahan Sotong Seaweed, Brownies dan Creampuff dulu. Untuk kek dan Cupcakes fana stop buat sementara waktu sehingga diberitahu. Kat mana nak cari pemanis mulut enak lagi berpatutan, dekat Fanabakes la u'ollls !

Kat mana nak cari brownies kedut yang sedap? Yang tak mahal sangat? Brownies murah cuma boleh dapat di fanabakes je. Hihihi. Betul ke brownies kedut ni susah nak buat? Macam mana nak buat brownies kedut? Tak payah buat, order je dengan fanabakes. Korang mesti tak menyesal.

Instagram : Fanabakes
Whatsapp : 017-4342950
Facebook Page : Fanabakes













**Sebarang tempahan hendaklah dibuat 2 hari sebelum.


xoxo,
fana

Bridesmaids vs Bestman

Assalamualaikum..


Dah jadi trend sekarang kalau majlis persandingan atau akad nikah mesti kena ada pengapit atau pengiring ni. Masa majlis kitorang pun, memang kitorang nak sangat ada pengapit dan pengiring ni. Salah satu sebabnya maybe untuk kurangkan sikit rasa nervous tu kot. Kawan baik adalah orang yang paling rapat dengan kita selain keluarga. Betui dak?


Sepanjang pengalaman fana masa nak kawen hari tu, memang fana akui bridesmaids dan bestman memang sangat diperlukan. Dan fana sangat suggest korang untuk prepare bestman sebab tenaga lelaki la yang paling banyak diperlukan. 

Malam sebelum majlis tu diorang la yang temankan Encik Hubby pergi jaga dewan pantau apa yang patut. Malam tu jugak diorang tolong pergi pasang bunting, banner dan penunjuk arah kat trafiic light sampai pukul 4 pagi baru diorang balik hotel. Thank you bebanyak Fariez, Arif, Azizi, Ayen, Syafiq KJ dan Akmal.

Pagi sebelum majis sanding tu diorang tolong Encik Hubby bersiap dalam bilik hotel. Bila tengok rasa macam aduhhh sweetnya korang ni. Tak caya korang try tengok gambar yang photographer curi-curi ambik ni. 






Tugas-tugas bridesmaids pulak sebagai penyeri majlis la apa lagi. Fana tak tahu nak ucap terima kasih macam mana dekat geng-geng bridesmaids sebab daripada malam sebelum majlis lagi diorang ada dengan fana sampai la habis majlis.

Diorang ni kawan-kawan sekolah fana yang fana selesa dan rapat. Kitorang selalu saling contact satu sama lain untuk hal-hal yang tak penting pun. Hahaha. Lagi-lagi time nak dekat majlis, diorang la tempat fana tanya itu ini. Thank you Emma, Bella, Syawal, Eka dan Anna. Korang memang terbaek !







Disebabkan fana cuma buat satu majlis je untuk kedua-dua pihak maka fana gabungkan la kedua-dua bridesmaids dan bestman ni sebab fana tahu Encik Hubby pun sangat perlukan kawan-kawan rapat dia semasa majlis. Orang kata apa, sebagai pemberi kekuatan dan semangat. Gittuuu!



Tak dilupakan jugak pengapit penting fana pada hari majlis. Terima kasih Yati dan Syafiq sebab sudi tolong jadi pengapit. Syafiq ni kawan Encik Hubby yang paling rapat sekali. Kawan gaduh, bergurau bermanja semua ada la. Hahaha. Yati pulak isteri kepada Syafiq. Kawan baik fana jugak sebab selalu sangat lepak sesama, share minat sama-sama. Thank you korang. Nanti jom plan pergi travel sama-sama tau. Double-date (hikhikhik). 

Kimono Wrap Yati : Zilazlover Official 



Kimono Wrap sepasang yang bridesmaids fana pakai ni semua kitorang tempah dekat Instagram : Shop With Seri. Korang pilih je nak saiz apa kat sana semua baju dia lawa-lawa. Plus, korang boleh dapat harga murah kalau tempah 6 pasang ke atas. Pergi la booking baju bridesmaids korang kat sana. :) Shawl pulak kitorang beli borong je dekat Kenangan Wholesale City (KWC). 

Our beautiful bridesmaids

Salah satu fungsi bridesmaids ialah kalau family korang sangat busy dekat depan layan tetamu, korang boleh tarik je diorang ni untuk makan sama-sama kat meja makan beradab. Hahaha. So, nak makan pun takde la malu-malu sangat kan. At least boleh la korangs embang-sembang sambil makan tu.


Our handsome Bestman



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai yang puji baju bridesmaids dengan bestman cantek sangat, very synchronized and diorang pun sangat membantu dalam menyerikan majlis fana. Tak tahu nak ucap terima kasih macam mana dekat diorang ni. Allah je dapat balas jasa korang. Kawan sampai Syurga okay? 

Kalau korang ada pertanyaan nak tanya fana, pasal pengalaman ke apa boleh je whatsapp fana ataupun PM fana dekat facebook/Instagram. Fana sedia membantu.

Apa yang korang wajib baca kalau nak kawen? 

1. Cara bagitahu family yang korang nak kawen
2. Tip Untuk Pengapit


xoxo,
fana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...