TABUNG

21 June 2011

:: Impianku ( 2nd ) ::


Assalamualaikum..

Huih! Penat sungguh hari ni keje.. Aku sangat busy sekarang.. Nama je keje office tapi pergi keje jumpe bulan balik jumpe bulan.. *mak aku cakap cam tu  hahaha.. ;)) Korangg, hari ni post aku berkaitan impian aku yang tak tahu akan jadi kenyataan ke tak.. Kalau korang follow blog aku mesti korang pernah terbace impian aku yang pertama kn? Hari ni impian aku yang kedua pulak aku nk story and share walaupun impian pertama belum jadi kenyataan.. Hahaha

Korang mesti nak tahu impian aku atau omputih cakap dream gitu.. Hahaha.. Meh sini aku nak bagitahu korang knnn.. Sila baca sampai habis ok! Oraitt! Sebenarnya aku ade impian yang da lame aku impikan.. Cewwahhh.. Aku mempunyai lebih kurang 29 ke 30 batang gigi yang tak teratur dan tak cantik macam gigi SITI NURHALIZA tu.. Aku pun sangat la jeles bile tengok die nyanyi dok senyum meleret, jerit dok nganga luas2 sampai nampak semua gigi dia yang cantikputihmelepak tu..

Jadi, mase aku tingkatan 4 aku memang dah impikan untuk pakai BRACES.. Tak tau natang ape? PENDAKAP GIGI la.. Yang besi dok pagar gigi Si Fatin Liyana yang cun melecun tu.. Kalau nak tengok dengan lebih jelas ape tu pendakap gigi meh aku tunjuk.. 



Kalau korang nak dapatkan info yang lebih mantap dan tepat korang boleh KLIK SINI.. Komuniti Braces ni merupakan blog yang menceritakan tentang pemakaian braces dari A-Z.. Aku pun banyak rujuk kat sini.. Kot2 la satu hari nanti impian aku tercapai.. Sekurang-kurangnye aku daH ade sikit ilmu pasal natang ni kn? 

KOS PEMASANGAN DI KLINIK SWASTA







Harga tu mungkin aku tak mampu kot.. Aku memang tak mampu.. Nak buat kat Klinik Kerajaan dah terlambat sebab umur aku dah lebih 17 tahun.. T_T  Aku harap impian aku jadi kenyataan.. Kalau boleh sebelum aku kawen gigi aku da cantek! Baru la boleh dok tersengeh-sengeh atas pelamin tu lebar-lebar.. Wah! Jauhhh pikir.. hahaha ;D


ANTARA ARTIS YANG PERNAH PAKAI BRACES
Liyana Jasmay yang HOTTTT tak hengat

Shila Amzah yang suara lemak berkrim.. Anak Pakcik ND Lala

Dah cantik kan gigi diorang? Haii.. Bile la aku nak dapat gigi yang cantek ni.. *mengharap ada rezeki yang jatuh dari langit ;)) 


So, ini la impian aku yang da lame gile aku impikan.. 
Semoga Allah berikan aku rezeki untuk aku gunakan bagi mencantikkan lagi kesempurnaan yang telah dikurniakan olehNya.. Aminnn.. ;))

Untuk korang ade sikit info .. Check it out!

 :: Ni antara perkara yang perlu diambil tahu kalau aku atau korang nak pakai braces ! !


SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Aku pernah cipta rekod 7 ulcer dalam satu masa. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari.

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi aku semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? Aku dulu kena cabut 2 gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Nasihat aku, 30 minit sebelum cabut gigi, telan pain killer & jangan tengok jarum. Yang penting, tabah bro!



MAHAL TAK BUAT BRACES?
Aku kurang tau pasal ini sebab aku buat kat indon. Tapi for sure, makan belanja yang banyak jugaklah. Member aku buat braces kat mesia, ade rm3.5k rm4.5k. Follow up pulak every month. rm100-rm200 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc. Sekarang follow up aku every fortnight. Memang terasa mengalir a duit tu nak nak hospital tempat aku buat tu jauh. Duit minyak, tol semua tu kena amek kira. Kalau nak murah buat kat government. Waiting list 2-3 tahun. Tapi dorang focus more on budak sekolah.


SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LMAO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Sebelum buat presentation siap buat disclaimer kat rakan sekelas, bagitau yang gigi aku gongak, kalau nak gelakkan silalah -__-. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 


Dicilok dari Blog Fatin Liyana ;))

p/s : Diharap info2 yang dah aku kongsi ni dapat membantu korang yang mempunyai impian same macam aku! ;))


Peace yaww....wasalam!

Kalau suke entry ni SILA KLIK LIKE ok..mucho graciasss ;))

20 June 2011

:: Happy Abah Day ::

Assalamualaikum....

First of all, aku mintak maaf kalau entry aku ni menyinggung perasaan korang yang dah tak ade Ayah.. Entry ni cuma luahan hati aku je.. Harap maaf.. Aku harap korang tabah meneruskan hidup tanpe HERO korang.. InsyaAllah, beliau sayangkan korang sepenuh hati ! Buat Ayah mereka yang dah pergi untuk selama-lamanye, jum kite ramai2 sedekahkn Al- Fatihah ok! AL- FATIHAH...

Maaf entry ni lambat sehari dari tarikh kejadian (19Mei2011).. Tapi aku tetap nak ucapkannnnnn.......

SELAMAT HARI BAPA
SELAMAT HARI AYAH
SELAMAT HARI ABAH
SELAMAT HARI PAPA
SELAMAT HARI DADDY
SELAMAT HARI ABI
SELAMAT HARI WALID
SELAMAT HARI BABAH

Buat kaum bapa sekalian..Terutama ABAH aku bukan ABAH KAU! Tuan Haji Chek Saat Bin Hashim No. kad pengenalan 560317-**-**** ..Walaupun perasaan sayang kami terhadap ABAH dan MAK berbeza tapi kami tetap sayangkan ABAH sebab You are our SUPERMAN! *hero Ok, Semalam kitorang dah celebrate HARI ABAH.. Korang celebrate tak? Mesti korang celebrate punye kn?kn?kn? ;)))

To Abah : 
1. Fana nak ucapkan terima kasih lots2 sebab bekerja keras selama ni demi menanggung pembayaran hidup kite sekeluarga.. Abah jarang MC sebab abah sangat2 WORKAHOLIC!! Abah tetap akan pergi keje walaupun dalam keadaan tak sehat.. Semuanye untuk mencari nafkah untuk keluarga kite.. Abah Superman Kami ! ;))

2. Fana nak ucapkan terima kasih sebab Abah hadiahkan fana C3 sempena pencapaian fana yang xberape cemerlang tuh.. Abah selalu cite anak2 kawan Abah dapat result baguss.. Dapat masuk U.. Tapi anak Abah? Hm, mesti Abah malu.. Tapi, Abah tetap sayangkan kami kn?

3. Fana doakan Abah akan terus jadi Abah yang terbaik.. sentiasa terbaik.. Abah Superman, Abah Superhero kami.. Terima la hadiah kami yang xseberape tu.. Hadiah tu tak dapat balas lagi segala pengorbanan Abah selama ni.. 

Thank You soooo much for always being beside us.. For giving us good food.. Giving us money whn we need it.. Taught us in English when we don't know how to pronounce any difficult words.. Recite the DOA before breaking our fast.. Giving advice and give us hope to be a good students/a good child!  

And, untuk koranggg, aku belum upload gambar Abah potong kek lagi.. Tapi aku hidangkan korang gambar gediksss aku dulu ok! hahaha..

Kek hape ntah nama dia.. Bought from BREAD HISTORY

Aku suke SUPERMAN tu ! ;))

Macaroon PALSU ! Haremmm

Mula da start meghoyan..
Meghoyan lagi..dengan kek pon jadi..
Bajet2 Retisss .. Hahakk tuihhh
Kau ingat kau comel?
Ni la rupe orang tak pernah jumpe kek

Jeng...jeng...jeng...


 Ecehh. Gaya abah memotong kek dengan kain pelikat. haha




Tuuu diaaaa.. Abah dapat IPOD! Abah memang suka dengar lagu. ;)) 
Tu yang kitorang bagi IPOD 






Setakat ni dulu.. 
Peace yawww *ala-ala AC Mizal

18 June 2011

:: KYS vs NORA ELENA ::

Assalamualaikum...

Hari ni aku dapat beli satu benda yang aku rase korang semua tengah cari kott ! hahaha.. Korang jangan jeles dengan aku pulak taw.. Korang pun boleh dapatkan benda ni.. Benda ape? Weett.. Weettt.. Ape yang aku nak cerita sebenarnye nih! Hish! Buat suspen aja kamu nih.. Korang mesti tengok drama bersiri NORA ELENA kat TV3 Slot Akasia setiap Isnin-Khamis jam 7 petang hingga 8 malam kn? *bace dalam satu nafas bleh ke?  Aku 100% pasti yang hampir 90% rakyat Malaysia tonton drama ni.. Sebabnye heroin die cunnn, hero die tough gile badan kn? Lagi satu sebab die drama adaptasi NOVEL.. Ha, ni yang aku nak cerita.. kehkehkeh..




Sebelum tu aku nak ajak korang jamu mata tengok gambar hero dan heroin drama NORA ELENA ni ! Check it out! 
Nora Elena

Aaron Aziz abe Macho




Hero dan heroin Nora Elena
Puas? Hahaha.. Kalau tak puas sila search kat ENCIK GOOGLE ye.. Aku pun tak taw nak pilih mane satu.. Semua cun2 beb! Kalau korang tengok cerita ni mesti korang boleh tengok betape sweet and cool si SETH TAN tu.. Haish! Kalau la suami aku nanti macam tu.. Penyabar, Romantik, suke buat kejutan, pandai kawal kemarahan.. *tengah bayangkan sambil buat muka sweet*


Disebabkan aku keje sepanjang drama ni ditayangkn, aku curik2 tengok kat office.. dari episod 1 sampai episod 23 aku tengok.. Sebabnye, bile aku blogwalking terjah sane terjah sini, semua dok cerita pasal drama NORA ELENA nih! Mane boleh tahan beb! Harusss tonton! Hahaha ;))

So, hari ni aku cari novel KASIH YANG SUCI.. karya MEEN ZULAIKHA.. Aku beli bukan ape, sebab nak mengahayati ceritanye dengan lebih tragis lagi.. Huahuahua.. Lagipun adik aku dok bising2 kat telinga aku suruh beli.. Aku beli la.. Mase aku datang je kedai buku terkemuka pada abad ni, aku pergi arah Novel Cinta ni.. Aku cari punye cari tak jumpe pun novelnye.. Tetibe datang akak si promoter bawak berduyun-duyun novel KASIH YANG SUCI nih.. Aku tengok ramai dah terkam.. Macam pirana dah aku tengok masing2.. Aku pun kena jadi salah satu Pirana jugak.. Kalau tak memang habis la novel tuh! Nasib aku baik aku dapat sebijik! Hahaha.. Tak caye lettewww! Jum tengok..

PROOF
Hahaha.. sekarang korang percaye kan cakap aku? Tengok muka aku yang teruja tuh! *annoying gile
Tak mahal pun.. Standard harga novel.. Nak taw berape harganye? Check it out!
RM19.90 aje
Nampak tak yang aku highlight biru tu? Aku takut korang tak caye tu harga novel KYS ni.. Yang aku highlight tu nama tajuk novel.. *Sila klik pada gambar untuk tumbesaran tulang yang kuat dan sihat! 

Ade ayat yang aku tertarik menarik kat novel ni..

Korang nampak tak tulisan yang warna merah tu? Meh aku terangkan kn dengan lebih terang ye!

" Hakikatnya aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua " - Seth

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Terpesona kalau kata2 Seth tu diungkapkan oleh M.I.P ! *gatai*  Untuk itu, aku hadiahkan sekalung tahniah buat penulis novel KASIH YANG SUCI ni iaitu Saudari Meen Zulaikha kerana berjaya menghasilkan sebuah novel berhantu dan menjadi rebutan ramai.. Mesti masyukkkkk.. Hahaha.. Tahniah jugak buat pengarah drama NORA ELENA iaitu Saudara JET LI kerana berjaya menarik ramai rakyat Malaysia tengok drama ni.. Good Job!  

Korang2 yang belum bace, beli novel ni sila berbuat demikian.. Disamping memnuhi hobi kumpul novel, dapat jugak ilmu dari membaca kan.. Dapat membantu bisnes kaum bumiputera jugak.. Sesungguhnye karya penulisan tu tiada ternilai.. Sangat mahal!


p/s = Terima kasih bebanyak kat orang yang dah meng'upload' video NORA ELENA kt 4SHARED.. Dapat gak aku curik2 bukak kt office.. ;))

* Kalau suka entry ni sila tekan button LIKE kt atas ok! ;))

15 June 2011

:: Bangunan Bergegar!!!!! ::

Assalamualaikum..

Astaghfirullahalazimmmm...
Hari ni aku dapat pengalaman yang gile menakutkan. Nasib baik kepala hotak aku ni masih waras dan berada di tahap kewarasan yang paling maksima. Ya Allah, aku bersyukur sebab aku masih lagi bernyawa. *haish ape aku merepek nih! Aku nak mule cerite ni. Korang dengar dan cube bayangkan ok! Pukul 11 pagi tadi, aku kt office macam biase buat kerja yang xkan pernah habis tu. Tetibe kerusi aku bergoyang-goyang. Ke depan ke belakang. Lebih kurang macam tu la. Boleh bayangkn x? haha. 

Aku pun tengok la kat  Eka. *officemate aku Aku ingatkan die yang gegarkan meja aku. Tapi aku tengok die rileks je buat kerja macam biase. Then keadaan jadi panik bile budak2 department sebelah menjerit-jerit. Aku pun hape lagi. Turut panik tahap beruk nak terberanak la. Time2 tu la kepala lutut aku ni nak shaky2. Hahaha. 

Aku dengan perasaan cuak tahap dewa terus angkat handbeg, handphone, etc. Konon nak selamatkan harta benda la. Diri sendiri pun belum tentu dapat diselamatkan lagi. Yela, aku di TINGKAT 15 kott ! Entah sempat ke x nak sampai bawah dengan selamat. Boleh dikatakan semua warga MBPJ pun turun berkumpul kat bawah. Tapi tak de maknenye pakcik dan makcik oi ! Korang duduk kat bawah bangunan tu. buatnye bangunan tu runtuh sempat ke nak bawak perut tu lari laju2 selamatkan diri ? Kompem tak punye. 

Tapi nak difikirkan logik memang takkan runtuh pun bangunan tu. Gegaran nun jauh disana. Kat Sumatera Utara nun. Kite ni kena tempias gelombangnye je. Aku rase ade faktor-faktor yang membuatkan Menara MBPJ bergoyang. 

  • Pertama, haruslah disebabkan bangunannye yang tak stabil ! Bentuk bangunan die kecik kat bawah dan besar kat atas. Korang bayangkan benda kecik nk tampung yang besar kat atas tu. Kompem tak larat punye. Graviti tak stabil. Mane xgoyang. Menara Amcorp Mall xgoyang pun. Tengok la bentuk fizikalnye yang stabil. Kelebaran bawah dan atas bangunan same!
Menara MBPJ
  • Kedua, sebab bangunan ni tinggi kott. 22 tingkat kot kalau aku tak silap la. Bila bangunan ni tinggi, tak stabil, tu yang die goyang tu. Haish! Korang paham tak? Setuju tak dengan pendapat aku ni? 
Jadi, dalam 3 jam jugak la kitorang ta boleh naik atau masuk dalam bangunan. Tunggu bomba cek dan pastikan semua selamat dulu. So, aku pegi melantak kat Ukhwah dulu. *tak habis makan pon!   Makan tengah hari siap2. Abis makan aku singgah kedai mamak depan tu beli majalah favourite aku. Hahaha. REMAJA ! Tension pulak aku tengok Kilafairy jadi cover majalah REMAJA edisi 15jun 2011 ! Bibir die paling menonjol. Menyampah aku. Hakktuuuiiih! Tapi aku beli jugak sebab ade AWAL ASHAARI, SHARNAAZ dan NAZIM. Sorry to say Killafairy *ntah pe kejadah ntah name die lantak la , kau memang suntik bibir kau kn? Langsung tak asli ok. Kalau mak kau suntik kau mesti suntik jugak kn? kn? kn? Asal ek? Kau tak hot ke mase sekolah dulu? Oppss! Celuparnye mulut kau fana. Ok, berbalik pada tadi, aku cakap aku beli bukan sebab beliau tu, aku beli sebab ade 3 jejaka 2. Pheewwwwit! Lagipun memang every month ! Eh, 2kali sebulan. Heee 


Maaf, gambar blur sikit..



Korang yang belum beli, silalah beli. Banyak topik HOT kot. 

Blog yang terpilih untuk ruangan BUTIK ONLINE ialah Butik Dressupgurlz 

Blog yang terpilih untuk ruangan BLOGSPOT pulak ialah www.syedgraphix.com

Dan blog yang comel, full with DIY, kreatif dan unexpectable iaitu BLOG JELLY BEAN

Ok, sampai sini je aku share dengan korang. Pengalaman ngeri dan bersejarah dalam hidup aku. Kalau suke entry aku yg ngeri ni, SILALAH RAJINKAN DIRI TEKAN LIKE KAT ATAS TU ! ;))

" Pengalaman merupakan kunci masa hadapan"

Lot's of Chocolate, 
Miss Muralysm

02 June 2011

:: Tutorial Loose Shawl Cara Fana ::

Assalamualaikum..



Hari ni fana update satu tutorial shawl untuk kawan-kawan. Suke x? Hehehe. 1st TUTORIAL fana korang dah try belom? Haish! penat cikgu ngajar tau. Kalau yang dah berjaya tu fana ucapkan TAHNIAH! :)

Okay, fana tak nak merepek banyak-banyak lagi, ni fana nak buat lagi satu loose shawl tutorial untuk pembaca blog fana. Terima kasih sebab sudi singgah blog fana. Sayanggggg korang!

1st STEP

Mula-mula sekali fana nak mintak maaf sebab tak berapa jelas. Fana guna PASHMINA hitam. First, korang bahagikan shawl kepada 2 bahagian, sebelah panjang sebelah lagi pendek.
*fama pakai inner neck black untuk tutorial ni


2nd STEP

Next, korang ambil bahagian yang pendek yang di sebelah kiri (fana pakai kiri pendek, kanan panjang)
dan pinkan disebelah kanan dekat dengan telinga korang tuh.


Jadilah macam ni....;))


3rd STEP

Tarik yang sebelah panjang tadi kemudian lilitkan dan letak atas kepala. Korang tahu kan macam mane nk buat tu? Pastikan korang ambil bahagian dalam k. *if ade sebarang kemusykilan boleh tanye..malu bertanye sesat jalan! ;))


4th STEP

Untuk kemaskan bahagian yang korang lilit tadi pinkan dengan jarum peniti. Ikut kreativiti korang. Sekarang kan ade jual macam2 jenis riben yg comel2 siap dengan pin. Korang boleh jugak letak pin riben tu. Untuk nampak lebih comel! ;))


5th STEP

 Jangan lupe pin kedua2 belah ye untuk nampak lebih kemas. Aku suke yang agak kemas..;) Terpulang kat korang nak pin ke tak. 



Korang boleh jugak tambah aksesori untuk tampil lebih comel. Macam ni.


Amacam?? Korang puas hati x dengan pembelajaran ari ni..Cikgu Fana harap korang faham! Sebarang masalah, kritikan, saranan boleh diajukan diruangan komen..

Finally, 

Selamat mencuba ! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...