TABUNG

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

30 November 2017

Lambat Datang Haid, Check UPT Negative !

Assalamualaikum..






Siapa pernah alami situasi lewat datang haid ataupun haid tak kunjung tiba lepastu menggelabah sebab orang kata kalau haid lewat ni selalunya mengandung ! Fana jenis yang tak pernah datang haid lewat tau. Selalunya on time je. Lepastu jenis yang senggugut teruk, lepastu darah pun banyak.

Selepas kawen, ni merupakan kali kedua fana lewat haid. Yang first dulu masa selepas kawen. Tapi, masa tu fana dengan husband belum pernah ehem-ehem lagi so, memang tak de la nak expect mengandung kan. Cuma lewat haid kali kedua ni la rasa macam something wrong somewhere. 

Okay, cerita dia macam ni. Fana last datang period 1 Oktober lepas. Fana memang jenis selalu tanda dekat mana-mana la tiap kali period. Cuma lepas kawen ni fana jadi lebih particular bab-bab ketepatan haid ni sampai fana install satu apps ni nama dia "Flo". Korang boleh download apps ni dekat Google Playstore. Dari situ korang boleh track period korang dah lambat berapa hari.

So, nak dijadikan cerita bulan November fana tak period. Lepastu cerita dekat husband pasal benda ni, terus dia ajak pergi beli pregnancy test dekat Guardian. Fana akan cerita kan ikut kronologi tau dekat bawah ni supaya korang lebih syok nak baca. Gituuuuu!

Hari ke-7

Dah seminggu tunggu haid yang tak kunjung tiba. Jadi, fana pun check la guna pregnancy test yang beli dekat Guardian tu. Konon-konon rasa macam membazir nak beli yang mahal so kita beli yang RM6 dulu. Result dia negative. Apa la pregnancy test ni rosak kot! Hahahaha 😅😅

Ni first pregnancy test yang fana guna - RM6


Hari ke-12

Si husband jenis yang tak menyabar. Dia siap kata 'instinct' dia kuat mengatakan yang fana ni mengandung. Eh, badan kita, dia pulak yang tahu kan? Tapi, tak tahu la kadang-kadang Allah bagi perasaan tu dekat husband kita. Baru la sehati sejiwa gitu. Entah kenapa fana tak rasa yakin pun yang fana ni mengandung sebab dah puas google dah pasal simptom-simptom orang mengandung tu macam mana. Langsung tak ada! Untuk puaskan hati dua-dua pihak, kitorang pun beli la yang mahal sikit, jenama Clearblue. Yang ni harga dia RM27. Result dia? NEGATIVE!



Hari Ke-15

Tiba-tiba rasa stress pulak sebab tak tahu nak rujuk dekat siapa dengan masalah ni. So, fana pun update la dekat Instastory (nak update dekat IG/FB malu). Beberapa minit update terus kawan-kawan terdekat mesej antaranya Hakim, Fasha, Sharina. THank you weyh sebab korang concern! Thank you sesangat. Fasha ni isteri si Hakim. Dia la yang banyak share maklumat macam-macam. Fasha kata dia guna pregnancy test yang RM8 tu terus dapat result positive. Nak taknak fana pun beli jugak la yang tu. Dia jenis strip. Namun, tetap jua gagal. Sobs!




Hari ke-30

Bila tiba hari yang ke-30 atau lebih tepat lagi sebulan tak datang jugak, so husband ajak pergi klinik untuk check terus. Keputusan ni disokong oleh ahli-ahli group whatsapp PakSaat & Maksiah iaitu adik-beradik fana sendiri. Okay, pergi la kitorang ke klinik walaupun malu sebenarnya. Tak tahu nak cakap apa dekat doktor ni. Hahaha. Tapi hantam je la. Nak tahu apa penyakit la fana ni sampai sebulan tak datang haid kan.

Di klinik..

Doktor : "Sakit apa ye?"

Fana : "Saya dah sebulan tak datang haid ni doktor".

Doktor : "Anak sulung ke yang kedua?"

Aik??? Fana dengan husband dah pelik masa terima soalan ni. Dua-dua pandang satu sama lain. Tak faham, doktor ni tanya apa? Tanya aku anak sulung ke atau pasal kandungan? Macam mana nak jawab sedangkan tak mengandung pun. Blur tetiba. Hahahaha

Fana : "Belum ada anak lagi doktor". Jawapan selamat. Kehkehkeh 🙊

Doktor : "Kalau awak mengandung so ini yang pertama la ye?" Sambil taip dekat komputer dia. "So, awak nak buat urine test ke atau nak scan?"

Fana : "Mana satu yang doktor sugget ye?" Hahahaha, blur wey sebab tak biasa terima soalan gini jadi tak tahu nak decide macam mana.

Doktor : "Sama je mana-mana kalau urine test pun still dapat result yang sama"

Fana : "Saya nak scan la doktor sebab saya dah buat urine test tiga kali still negative." 

So, buat la scan baring macam dalam drama yang orang check perut tu, Doktor sapu la gel apa tah sejuk perut wey. Pastu dia golek-golek benda tu kat perut. Hahahaha. Sejuk je rasa. Sambil tu sambil tengok la dekat monitor screen hitam putih tu. Harga scan perut tu RM68.

Doktor : "Takde apa pun dik!"

Fana : "Yeke doktor? Okay". Hampa ke apa tak tahu la tapi yang penting dah lega la sebab dah tahu result kan?

Doktor : "Period awak dah nak turun dah ni cuma dia lambat sikit. Awak ank ubat untuk turunkan darah tak?"

Fana : "Hmm, takpe la doktor, saya nak biar dia keluar naturally je." Sebenarnya takut makan ubat.

Doktor : "Okay, kalau macam tu awak tunggu la untuk bulan depan sama ada period awak akan datang atau tak".

Doktor cakap antara punca period lewat ni sebab kita stress, terlalu banyak berfikir, lifestyle yang tak berapa nak sihat, ataupun badan terlalu letih. Tapi sejujurnya fana bukanlah seorang yang cepat stress ni sebab fana orangnya happy je. Hahaha. Nak kata stress tu manusia normal memang la stress tapi serius tak rasa sangat sebab fana jenis yang suka makan. Bila rasa macam bosan atau nak reward diri sendiri mesti nak makan sedap-sedap. Jadi, memang tak sempat la nak stress ke murung ke apa. Hahaha. Korang pulak macam mana?

Mula-mula bila check pregnancy test fana banyak sangat search google pasal benda ni. Ramai yang ada masalah macam fana, lewat datang period tapi bila check Urine Pregnancy Test (UPT) negatif. Tapi, bila diorang pergi scan, rupa-rupanya mengandung. Alhamdulillah rezeki Allah dah aturkan buat masing-masing.

Fana pun ingat fana macam diorang la. Mungkin HCG (human chorionic gonadotropin) rendah sebab tu la UPT negatif. Tapi sebenarnya fana tak mengandung pun. Boleh pulak nak salahkan pregnancy test tu kan? Hahaha. Fana pun tak la menaruh harapan sangat sebab fana belum bersedia mental dan fizikal. Fana sekarang di tahun akhir untuk pengajian master dan memang sangat sibuk mempersiapkan diri dengan Dissertation tak lama lagi. Mungkin Allah tahu yang fana belum pun bersedia untuk memikul segala alahan dan sebagainya di awal kehamilan tu kan. InshaAllah, kalau ada rezeki ada la. Yang penting jangan putus asa. 💪

Untuk korang yang dah ada pengalaman hamil tu boleh la share dengan fana tips-tips yang berguna untuk golongan TTC (trying to conceive) macam fana ni. Mudah-mudahan fana pun akan dikurniakan zuriat satu hari nanti. Aminnn.

Fana doakan korang yang sedang berusaha untuk hamil tu untuk cepat-cepat dikurniakan rezeki okay? Korang pun doakan fana tau. 😊




xoxo,
fana

16 November 2017

[Product Review] Snow Capsule Untuk Kulit Cerah Berseri

Assalamualaikum..


Dah lama fana nak share satu supplement yang fana consume untuk tahun ni. Actually, this supplement dikenalkan oleh rakan blogger fana iaitu Namee Roslan. Patut la kulit Namee cantik sangat. Mana ada orang taknak kulit yang cantik kan? So, sejak dapat je produk tu fana pun try sendiri dengan harapan liang pori yang besar macam kawah dekat muka fana ni akan mengecil.

Selepas 14 hari, memang produk ni memberi kesan yang sangat cepat dekat kulit fana. Patut la ramai yang puji kulit fana lebih elok dari yang dulu. Sebelum ni kulit fana memang agak kusam. Kalau nak keluar rumah tanpa secalit mekap tu memang tak sanggup la. Paling tidak pun fana akan sapu jugak BB Cream ataupun foundation. 

Okay, ni la produk yang fana cakap tu. Snow Capsule ni ramai yang consume lebih-lebih lagi diorang yang nak effect yang lebih cepat. Supplement yang mengandungi L-Glutathione mampu mencerahkan kulit dalam jangka masa tak sampai sebulan. Produk ni jugak mampu buat pigmentasi gelap pada muka menjadi lebih cerah dan sekata. Tambahan, Snow Capsule ni disediakan ngam-ngam ikut dos yang diperlukan oleh kulit kita iaitu sebanyak 500 gm untuk setiap kapsul. 

Packaging baru untuk Snow Capsule

Selain mencerahkan kulit, ianya juga mampu menghalang kulit dari sinaran UV, mengurangkan kedutan, melembapkan kulit dan membantu memberikan sel kulit yang baharu. Untuk fana, boleh dikatakan produk ni berkesan dekat fana sebab nampak perubahan dia. Fana jadi lebih kerap membuang mungkin effect daripada penyingkirian toxin dalam badan.








Bilangan - Untuk setiap botol ni ada 30 biji dan boleh tahan selama sebulan.



Cara-cara pengambilan - Digalakkan untuk makan sebiji sebelum sarapan. Fana akan ambil secara konsisten iaitu sebelum sarapan masa perut tengah kosong. Alhamdulillah, memang effect dia cepat sangat, tak sampai 14 hari pun dah boleh nampak kesan.

Ingredients - L-Glutathione, Hyaluronic acid, collagen dan Vitamin C & E

Apa yang fana suka tentang Snow Capsule ni :

- Ofcourse sebab dalam bentuk pil dan senang telan.
- Kesan dia boleh nampak agak cepat jugak.
- Kulit jadi lebih berseri lepas consume.

So, stay tuned! Nanti fana share gambar fana di Instagram selepas habis satu botol Snow Capsule ni okay?


xoxo,
fana

08 August 2017

Pembaca Setia Blog Rupanya Jodoh

Assalamualaikumm,



Teringat beberapa tahun yang lalu, mood update blog memang tahap yang paling rajin la. Waktu itu, setiap aktiviti menarik yang aku ikut, mesti akan aku coret di dalam blog ini. Untuk dibaca suatu hari nanti. Setiap kenangan kita takkan lupa tetapi bila ada diari ataupun gambar, kenangan itu pasti akan jadi lebih jelas.


2012, bulan Ogos aku seperti biasa akan pergi ke Dataran Merdeka untuk tengok sendiri perbarisan sempena hari kemerdekaan. Masa tu sebenarnya aku masih dengan M.I.P. Siapa yang pernah baca blog aku dia tahu la siapa. 😝

Entah kenapa, ada mamat yang selalu tegur aku di facebook. Dia pernah hantar mesej di inbox tapi aku sikit pun tak pernah layan sebab langsung tak kenal mat rempit ni. Macam mana boleh ada dalam 'friend list' pun aku tak tahu. Tapi, 'mutual friends' antara kami sangat ramai dan boleh dikatakan semuanya kawan-kawan terdekat aku. Pelik.

Tanpa mengalah, mat rempit ni tegur aku lagi dan kerap komen setiap status facebook yang aku update, dan setiap kali aku publish entri blog di facebook, dia pasti akan menjadi orang pertama yang komen di post tersebut. Aku jadi makin serba tak kena sebab masa tu aku dah ada seseorang. Aku pulak memang jenis paling pemalas nak layan inbox yang lelaki-lelaki jahanam semua sent tu. Never reply them! Hahaha. Sampai la satu tahap tu aku reply inbox si mat rempit ni sebab aku dah stalk habis dah facebook, twitter dia apa semua. Dia pun kemain mintak nombor telefon aku la konon. Ingat boleh dapat? Sorrryyyyyyy! Nak tahu macam mana si mat rempit ni buat?


"Awak, saya nak beli tudung, ni nombor saya tau 017-224****."


Perghhhh! Dia main taktik kotor. Tak dapat nombor telefon aku, dia pergi tinggalkan nombor telefon dia. Waktu tu memang aku sibuk dengan bisnes tudung aku. Alhamdulillah, sambutan yang dterima pun sangat memberangsangkan. Tapi, sekarang aku dah tak jual tudung lagi dah, aku dah beralih kepada bisnes kek. Biasa la waktu tu tengah buat degree dan kau memang sangat memerlukan duit tepi, jadi setiap kali balik KL aku akan ambik stok tudung banyak-banyak lepastu balik jual dekat kampus. Sesambil tu aku buat online jugak.

Lepas je kes dia tinggalkan nombor telefon dia tu, kitorang keep contact each other tapi through inbox dekat Facebook je la. Belum sampai ke tahap nak bagi lagi nombor telefon dekat mat rempit ni. Lama jugak la kitorang selalu chat, masa tu memang seronok la sebab bila lelaki tergila-gilakan kau, sampai tengah malam pun dia sanggup tunggu kau online. Masa tu aku belum pakai smartphone lagi, jadi aku cuma akan online bila balik rumah sewa, on laptop dan bukak facebook untuk chat. Penyabar. Dia cukup penyabar. Bayangkan dia boleh tunggu sampai aku online untuk reply chat dia masa tu. Salute ! 💪

Bila rasa macam susah betul nak contact through facebook tu, aku pun mesej la nombor yang mat rempit tu bagi. Ingat lagi waktu tu aku gelar dia Mr.Smurf sebab muka dia macam Smurf. Hahahaha. Bila aku mesej tu, laju je dia reply. Bukan whatsapp tau. Mesej okay. Tapi, kitorang masih dengan rutin chat dekat facebook bila aku balik rumah dan on laptop. Sebab aku rasa guna chat lagi senang waktu tu. Kalau guna mesej habis kredit je.

Sampai la satu hari, mat rempit ni nekad nak datang Perak untuk jumpa dengan aku. Apa yang aku ingat waktu tu hujan renyai-renyai. Orang tengah hangat bercinta dia akan on the phone sampai ke pagi. Dan masa aku tengah on the phone tu memang dia kata dia tengah drive tapi aku tak tahu dia datang Perak all the way from KL. Bila dia kata dia dah sampai dekat area rumah sewa aku, terkejut ! Memang tak percaya tapi aku memang dengar bunyi kereta depan rumah. Kalau tak silap waktu tu pukul 4 pagi macam tu.

Terus aku kejut kawan-kawan serumah bangun bagitahu yang si mat rempit ni datang. Kawan-kawan aku memang tempat aku kongsi semua benda. Dari A-Z aku cerita pasal mat rempit ni. Bila semua dah bangun, terus masing-masing terjenguk-jenguk dekat tingkap. Dia serius datang! Kenapa tak tunggu je aku balik KL kalau nak jumpa pun? Ya Rabbi! Bertuah punya budak. Nervous tak terkata sebab ni merupakan kali pertama aku nak berdepan dengan orang yang aku selalu borak sampai ke pagi, rindu bagai nak mati sedangkan kita cuma sembang melalui facebook je.

"Siap la, jom keluar."

Masa tu aku macam nak maki je depan muka dia ingat apa? Pukul 4 pagi nak ajak anak dara orang keluar. Gila! Aku pun apa lagi, terus la ajak askar-askar aku ikut sekali. Masa tu ada zida, aten, ain dengan tiqah. So, aku cakap dekat dia?

"Boleh keluar tapi saya bawak kawan-kawan saya sekali". 

Hambik, sekali empat orang aku angkut. Dia pun datang dengan kawan dia, Saddam.

Dia pergi hantar si Saddam dulu dekat McD SI tu, lepastu baru angkut kitorang. Nasib baik badan masing-masing kecik je jadi muat la nak sumbat masuk kereta. Ingat lagi waktu tu aku pakai jersi Chelsea dengan cardigan, tudung sarung dengan inner kaler biru. Hahahaha. Itulah pertama kali kitorang bertentang mata disaksikan oleh kawan-kawan aku, dan kawan dia si Saddam.

Lepak McD pukul 4 pagi lepastu semua orang order makan. Sarapan la konon. Tak tahu nak sembang apa. Awkward gila. Dalam telefon bukan main dua-dua potpet macam-macam. Bila dah bertentang mata alahhhh nak malu-malu pulak. Aku lempang kang! Hahaha. Sebagai perempuan yang sopan santun, aku pun acah-acah santun la. Cover ayu habis. Ish! Hipokrit sungguh la. Tapi, aku memang hargai la kesungguhan dia tu sampai sanggup datang Perak pagi-pagi buta. Nonsense!

Seperti biasa la life kitorang selepas tu, setiap malam bergayut dekat telefon, lebih-lebih lagi bila si mat rempit ni belikan nombor Digi dekat aku. Masa tu kan ada pakej Buddies tu yang kalau kita set nombor orang tu as Buddies, kau boleh call free selama 60 minit. Kitorang tak pernah 60 minit. Bila habis je 60 minit, salah sorang akan call balik, sambung lagi dan macam tu la seterusnya sampai la tertidur dengan telefon dekat telinga. Teruk!


Dari 2012, sampai la kitorang decide untuk bertunang pada November 2015 dan seterusnya bernikah pada April 2016. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Rasa macam tak percaya jugak bila kawen dengan mat rempit ni. Sebenarnya dia bukan mat rempit pun, aku panggil mat rempit sebab dia ni muka macam mat rempit, lepastu facebook penuh dengan gambar motor. Nasib baik la mat rempit yang aku kenal dulu rupanya seorang manusia yang baik, yang ada wawasan dan selalu fikir dan rancang mengenai masa depan.


Kadang-kadang rasa macam tak percaya boleh kawen dengan orang yang aku tak kenal. Tapi, aku memang percaya dekat mat rempit ni 100% sejak aku kenal dia. Tak tahu kenapa tapi hati tu jadi mudah dekat, rasa senang, nak share semua masalah pun boleh. Dia jenis manusia yang sangat terbuka untuk kita cerita apa-apa dan bila kita berkongsi, dia pun akan sama-sama kongsi pendapat, bukannya passive listener. Itu yang paling aku suka.


Sekarang pun, life selepas kawen tak banyak beza. Cuma aku rindu zaman OTP dulu, zaman skype, zaman rindu nak mati, masa tu best gila. Kentut pun wangi. Dan benda paling best ialah bila aku dapat tahu yang dia sebenarnya budak satu sekolah rendah dengan aku cuma aku tak pernah satu kelas dengan dia dan aku tak pernah kenal pun siapa dia. Yelah, masa tu sibuk dok berbalas surat dengan budak satu kelas. 🙈

Kecik je dunia ni sebenarnya. Aku pun sampai sekarang tak percaya yang hubungan bodoh-bodoh dulu boleh sampai ke tahap ini. Bila aku sedar, aku sebenarnya dah jadi isteri mat rempit yang suka sangat baca blog aku dan setiap kali aku publish entri blog, dia merupakan orang pertama yang akan baca entri aku tu walaupun cuma sebagai silent reader. Buktinya, setiap entri aku dia boleh ceritakan semula dekat aku apa yang dia baca dan apa yang dia nampak. Terima kasih pembaca setia aka suamiku.

Semoga sentiasa sweet macam masa kita kenal dulu, ayat manis tu yang pikat hati aku dan paling penting semoga terus menjadi suami yang baik, kawan yang paling best dan pemimpin yang dihormati buat aku dan bakal anak kita nanti. I Love You, My Husband ! 😘




xoxo,
Fana



13 March 2017

Be Classy with LANAFIRA (www.lanafira.com)

Assalamualaikum...






Teringat masa sibuk nak kawen tahun lepas, fana pening kepala fikir mana la nak beli dress untuk bridesmaids, baju untuk family dan family mertua. Banyak jugak survey sana sini. Kadang-kadang tu ada yang warna tak cantik la, lepastu tak ada saiz la. Macam-macam hal masa tu.

Baru-baru ni fana dikenalkan dengan jenama LANAFIRA yang sekarang ni dah famous. Sebab apa? Sebab design baju lawa-lawa, warna pun lawa, lepastu harga pun murah korang. Fana geram sebab kenapa la LANAFIRA tak muncul masa fana sibuk searching untuk baju last year. Haih!

Sesuai untuk korang yang nak berkahwin tahun ni, tak payah dah pening kepala fikir nak beli baju kat mana, boleh tengok Instagram dan Facebook LANAFIRA ni u'olls ! Fana berkenan betul dengan design Mellisa ni. Terserlah keayuan gituuu. Siap ada ropol di bahagian bawah dress. Fana rasa design Mellisa ni sesuai untuk semua golongan umur. Yang mana dah berusia tu confirm nampak lebih muda remaja gituuuuu.

Meh fana cerita serba sedikit pasal Mellisa ni. Terdapat enam warna yang sangat lembut iaitu Soft Pink, Cream, Black, Mint Green, Dusty Pink, dan Brown. Disebabkan Mellisa ni tona dia soft dan kosong, korang boleh gayakan dengan apa je jenis tudung. Apa yang lebih menarik, material kain dia tak panas dan tak terlalu nipis. Diperbuat daripada material Moss Crepe, korang mesti rasa selesa bila pakai masa kenduri ataupun sewaktu bertugas sebagai bridesmaids.

Mellisa juga direka khas untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak (BF friendly) dan juga ianya direka mesra wudhuk. Jadi, senang la untuk kita yang perempuan ni nak ambil wudhuk. Best kan? Oh ya, saiz untuk setiap warna ada saiz S, M, L dan XL. Harga sehelai long dress Mellisa ni RM140 sahaja.


Soft Pink
-----------------



Cream
---------------



Black
--------------




Mint Green
---------------------



Dusty Pink
----------------------




Brown
--------------



Harga : RM140 sahaja
**FREE POSTAGE**




Hah, amacam? Korang suka warna apa? Fana rasa macam nak grab warna hitam tu sekarang jugak! Hihihihi. Eh korang, free postage tau. No hidden charge. RM140 sahaja untuk sehelai long dress Mellisa ni. Lepastu, kalau dah beli boleh la ber #ootd dengan dress Mellisa ni. Jangan lupa tag LANAFIRA. Mana la tahu diorang ada hadiah best nak bagi korang kan? Hehehe



Untuk korang yang ada masalah untuk tahu berapa saiz yang tepat, boleh la tengok ukuran kat abwah ni. Fana pun selalunya bergantung dengan measurement chart ni setiap kali nak beli baju secara online. Lagi senang ! :)



Jangan lupa follow instagram dan facebook LANAFIRA sebab diorang selalu buat offer best-best. Siap nak bagi free baju tau. Siapa nak baju free? Ha, cepat la follow LANAFIRA. Selain Mellisa, diorang ada Sara, Myra dan banyak lagi. Kalau nak tahu kena la follow sendiri. :p


Jom follow untuk grab special offer daripada LANAFIRA =)

Website www.lanafira.com
Facebook Lanafira Official
Instagram Lanafira Official

Whatsapp : 019-400 3755



xoxo,
fana

21 November 2016

Lazada Online Revolution - Box of Joy


Assalamualaikum...


Lazada Online Revolution
11.11 - 12.12

Hai semua ! Eh, korang tahu tak Lazada sekarang tengah buat Online Revolution ni? Sebulan sahaja tau. Untuk korang yang taknak terlepas sales hebat hujung tahun ni cepat-cepat la pergi bukak laman web Lazada. Kat sana semua barang ON SALES ! Barang apa yang tengah sales? Ha, ni fana nak share sikit Box of Joy yang baru je fana dapat daripada Lazada.

Dalam Box of Joy ni ada semua barang-barang yang dijual di laman web Lazada tau. Kejap lagi fana cerita satu persatu barang yang fana dapat daripada Lazada. hahahaha. Semua barang-barang kelengkapan diri, daripada barang bayi sehingga barang-barang elektronik korang boleh dapatkan di Lazada dengan harga diskaun bermula 11 November sehingga 12 Disember ni.




Masa dapat je kotak ni, fana eksaited terlebih sebab semua barang dalam kotak ni memang barang yang fana dah lama usha dekat website Lazada. Alhamdulillah rezeki fana sebab akhirnya barang-barang ini sudah menjadi hak milikku. Gituuuu ! Korang jangan ketinggalan tau pergi cepat bukak website Lazada pastu cari je barang yang korang nak, confirm dengan harga diskaun. Jangan lambat nanti menyesal. Jom fana tunjuk satu persatu apa yang ada dalam parcel yang fana dapat daripada Lazada.
.
.
.
.

Nescafe White Coffee Rasa Pandan

Walaweyh, ini merupakan perisa terbaru daripada Nescafe tau korang ! Fana dengan Abah dah pun cuba. Well, rasa dia sangat sedap dan memang taste la untuk penggemar kopi macam fana ni. Lagipun ini la adventure bila kita try lain daripada yang lain. Ada fakta juga baru-baru ni mengatakan minuman pandan dapat membantu merawat kanser. Betul ke? Mungkin di atas inisiatif tersebut, Nescafe pun dah hasilkan perasa pandan ni. Mana nak dapat? Lazada la u'olls !

.
.
.
.

Nestle Full Cream Milk
Maggi Mi Goreng Kari OatMee Baharu

Kedua-dua produk ni merupakan produk yang fana memang teringin nak cuba. Kenapa packaging susu Nestle ni comel sangat? Pinky tau. Fana rasa sayang nak minum. Siapa kata kat Lazada tak ada jual susu? Hello, Nestle merupakan salah satu rangkaian terbesar tau yang ada di Lazada. So, siapa nak beli susu Nestle tak payah susah-susah pergi Pasaraya, Lazada kan ada. Hehehe.

Maggi OatMee Baharu ni selalu betul berlari-lari kat timeline Instagram fana tau baru-baru ni. Sebab Maggi telah pun melancarkan satu lagi produk baru diorang iaitu Mee yang diperbuat daripada Oat. Ini memang rare. Belum pernah lagi fana makan maggi yang diperbuat daripada oat. Lepas ni makan maggi confirm kenyang punya sebab ibarat makan oat la. Well done Maggi ! Salah satu inisiatif paling sihat buat semua penggemar mee Maggi. Siapa nak beli? Cepat pergi beli dekat Lazada tau.


.
.
.
.

Mythic Oil Loreal Profesional

Sebagai seorang wanita yang bertudung, kesihatan rambut pun fana akan titikberatkan jugak. Tak boleh la biarkan rambut kusut tak bermaya. Guna la Mythic Oil ni korang. Jangan risau sebab minyak ni memang dicipta untuk semua jenis rambut. Tak kisah la rambut gugur ke, rambut nipis ke, rambut cepat rosak ke, semua boleh guna ni. Korang boleh try minyak daripada Loreal ni sebab multifunctional dan ingat la bahawa rambut merupakan mahkota buat wanita. Eh, u'olls yang lelaki pun boleh pakai tu. Nanti nak bagi husband fana pakai jugak la. Hihihi


.
.
.
.

Nestle Cerelac NutriPuffs

Dalam banyak-banyak item dalam Box of Joy ni, yang ni paling fana rasa tak sabar nak bukak sebab nak bagi kat anak buah fana si Athif tu try. Hahaha. Athif mesti suka. Untuk korang yang ada anak-anak kecil tu boleh la try belikan diorang Nestle Cerelac Nutripuffs ni. Kalau tak silap fana ada banyak perisa. Yang fana dapat ni perisa pisang dan strawberry. Jom beli produk Nestle di Lazada. Ada diskaun u'olls.


.
.
.
.

Sandisk Ultra Dual Drive

OMG! Yang ni memang sangat diperlukan. Hahaha. Tahu-tahu je la perempuan ni tak pernah cukup memory phone dia kan. Plus, bagi fana flash drive ni memang sangat sesuai untuk fana sebagai seorang student jugak. Boleh connect from phone dan boleh guna untuk laptop jugak. Yeehuuu! Korang nak jugak kan? Klik link ni kalau nak beli dekat Lazada.


.
.
.
.

Longitech Wireless Speaker

Kat Lazada ni memang ada semua benda yang best-best ke apa? Yang ni pun best jugak. Longitech, thank you for creating this wireless speaker. Husband fana suka sangat. Dia asik connect dgn phone dia je pastu bukak lagu kuat-kuat, main games, etc. Connect dia tak perlukan apa-apa cable pun, just turn-on Bluetooth je. 


.
.
.
.

 Tefal Manual Chopper

Fana merupakan salah seorang peminat Tefal. Kalau boleh semua peralatan memasak fana nak beli jenama Tefal. Bukan fana je, mak fana pun suka sangat. Manual Chopper daripada Tefal ni tak perlu guna elektrik. Korang just tarik dia punya tali tu dan dia akan buat kerja dia dengan sendiri. Mula-mula rasa macam tipu je benda ni, hahaha, tapi bila dah try, fulamak, kagum gila dengan Tefal Manual Chopper ni. Kalau la boleh selit demo kat sini. Hehehe. 



So, guys macam mana? Jangan la tunggu lama-lama. Next week dah gaji kan? Cepat-cepat pergi ke laman web Lazada untuk beli semua item-item best ni tau. Korang dapat harga diskaun tau. Cuma di Lazada. Barang baik kena la share dengan korang.

Happy shopping guys ! :)



Lazada Online Revolution Sales
11.11 hingga 12.12

Klik gambar dibawah untuk dapatkan 20% diskaun =)





**Kalau korang berminat untuk review dengan Lazada, contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!


xoxo,
fana

02 September 2016

Rins Suzana Impian Menjadi Nyata

Assalamualaikumm,


Pernah tak korang bayangkan apa yang korang rasa bila benda impian korang menjadi kenyataan? Teringat masa zaman sekolah menengah, masa cinta-cinta monyet dulu, fana selalu sangat impikan majlis perkahwinan yang cantik, pelamin penuh dengan bunga, bila orang tengok orang akan rasa macam wahhhhh, ni dekat kayangan ke?

Dulu, memang tak banyak sangat ambik tahu pasal wedding planner ke apa, cuma pernah dengar satu je nama wedding planner yang dekorasi dia tersangatlah cantik. Masa zaman sekolah dulu kadang-kadang petang lepas habis je sekolah fana dengan kawan-kawan akan pergi panjat Bukit Gasing. Kat situ memang tempat trekking paling simple la untuk bebudak sekolah yang nak try hiking ni.

So, ada satu hari tu petang nak dekat maghrib jugak la kitorang turun dari Bukit Gasing. Keluar je hutan memang akan lalu depan Dewan Komuniti Pantai Hillpark. Tetiba ternampak ada satu lori dengan nama yang fana pernah dengar park kat dewan tu. Dewan Komuniti tu memang setiap minggu ada wedding. Tak pernah tak ada. Hehehe. 

Kat lori tu tertulis "Rins Suzana Wedding and Events". Terus dalam hati macam wahhhhhhh, siapa kawen ni? Perghhh, ambik Rins Suzana la, Dah boleh bayangkan betapa indahnya pelamin dia nanti. Fuhhh, kaya betul dia boleh hire Rins Suzana. Agak-agak aku dapat tak guna servis Rins Suzana ek? - fana memang suka cakap dalam hati. Mengomel je sorang-sorang sambil jalan. Hihihihi

Macam biasa bila rasa nak bayangkan pasal kawen-kawen je terus laju je tangan google pelamin Rins Suzana la apa la. Masa tu takde Instagram lagi. Handphoen pun pakai cap ayam je dulu Sony Ericson yang cuma boleh tangkap gambar ala-ala kelabu tu. Hahahaha.

Tahun 2012 berkawan dengan sorang mamat ni. Dia punya ayat manis tu memang tangkap cintan la. Tu yang sampai sekarang masih cintan cintun dengan mamat ni. Sejak kawan dengan dia la selalu berangan, masa tu fana masih belajar lagi dekat UiTM Seri Iskandar, Perak. Sampai la masuk 2015, mamat ni bawak family dia datang merisik. Fuhhhhh, meleleh peluh ni, tak tahu nak cari mana duit nak kawen ni oi. Dah la baru habis belajar.

Bulan Mac dia merisik, bulan April/May jugak kitorang survey pelamin apa semua. Mula-mula macam takut nak bagitahu dia nak pakai wedding planner apa semua. Pastu, satu hari dia tanya, "Awak nak ambik pelamin, baju kawen nanti dekat mana?" Dulu masa bercinta berangan nak buat baju kawen dekat Cosry la, konon sangat! Last-last beranikan diri cakap kat dia. "Awak, sebenarnya saya dah lama minat pelamin Rins Suzana, kalau pelamin kat lain tak cantik, tak taste la". Berlagak. 

Mamat ni pun kata la, "Okay, nanti kita pergi butik Rins Suzana kat Taman Permata pastu kita tanya la dia berapa pakej pelamin sekali dengan baju apa semua tu okay?". Terus mata bling-bling. Bukan sebab suka tapi pening. Mampus la mana nak cari duit ni nak ambik pelamin kat Rins Suzana. Aduhhhh.

Nasib baik fanabakes dimurahkan rezeki, order tak putus-putus sebelum majlis kawen, Alhamdulillah fana dapat simpan sikit daripada duit fanabakes dan guna untuk bayar total kos untuk majlis kawen. Tak perlu berhutang apa-apa. Syukur Alhamdulillah.

Kebetulan ada satu hari tu tak ingat ada public holiday apa tah, ternampak admin Rins Suzana post kat facebook, Rins Suzana buat Open Day. Siap boleh dapat diskaun NO GST lagi. Wey, benda tu la nak kena pikir sekali. GST sahaja dah RM500 lebih tau. Boleh beli handbag Charles & Keith. Huh! Nak tak nak beranikan diri jugak la PM admin kat facebook bagitahu nak datang butik. admin kata butik tutup pukul 7.

Nak pergi sana bukannya berdua wey, tak berani la nakkkk kalau pergi berdua. Sebab rasa macam budak baru habis sekolah pastuk au datang pulak butik pengantin yang grand ni kan, kau ingat staff diorang nak layan kau? Tengok atas bawah atas bawah je la dik. Hahahaha. So, ajak la kawan baik kitorang si Syafiq dengan Yati temankan memandangkan diorang pun nak kawen tak lama lagi, boleh la jugak survey apa yang patut kan?

Sampai je butik masa tu dah nak dekat pukul 7 dah sebab jalan jem dari Kelana Jaya nak ke Taman Permata, Ulu Klang tu. Nasib baik dah inform kat admin pastu admin suruh whatsapp je Kak Linda (Manager Rins Suzana). Kak Linda kata dia tunggu. Fuhhh, nasib baik kalau tak memang tak sempat dah ni nak dapat diskaun NO GST tu.

Kak Linda pun layan la kitorang suruh pilih pelamin nak yang mana, kerusi nak yang mana apa semua. Susah. Susah sangat nak pilih benda yang kita tak pernah pilih ni. Lain la suruh pilih handbag ke kasut ke tudung ke senang la jugak dah tahu kita punya taste. Ni pelamin! Ya Allah berat sungguh dugaanMU. Hahaha. Badan dah mula rasa panas dah masa tu. Tengok harga pakej, telan air liur jugak ni. Mamat yang ajak fana kawen (sekarang dah jadi suami yang fana sayangi) ni boleh buat diam pulak. Hahaha. Geram je aku tengok kecik besar kecik besar je.

Nasib baik ada Yati membantu jugak la nak tolong pilihkan mana pelamin yang cantik. Sebab apa tau, semua pelamin cantik sangat dalam katalog tu, tak tahu nak pilih yang mana. Susah hati betul la. Kalau boleh nak pilih semua terus ha pasang dalam dewan tu boleh tak Kak Linda oi? Hahaha. Lepastu kak linda pun bagi borang suruh pilih nak bentuk apa semua tu pastu fana pun bayar la deposit RM 500. Harga pelamin keseluruhan? Tak payah la cerita kat sini kot. Nak tahu details boleh terus terjah Butik Rins Suzana okay? Hehehe. 

Dah bayar deposit, terus ajak diorang balik. Lagipun masa tu dah pukul 7.30, butik sepatutnya tutup pukul 7 petang. Kesian Kak Linda melayan kerenah fana. Terima kasih Kak Linda. Jasamu dikenang. Muahhhhh. Hehehe. Oh ya, disebabkan masa tu ada promosi, fana dapat FREE photobooth ala-ala mini pelamin. Cantik sangat. Tu yang terharu banyak tu dengan Rins Suzana ni. 

Belum habis cerita lagi, haaaa. Ada satu hari tu facebook Rins Suzana ada post gambar kasut songket by Bella Rina. Memang cantik la kalau songket. Fana pun share la kat facebook, pastu admin komen bagitahu suruh claim hadiah. Pergh! Rezeki betul. Hadiah apa jeng, jeng, jeng, fana pun tak diberitahu sampai la hari majlis rupa-rupanya Rins Suzana dah bagi banyak sangat EXTRA kat pelamin, kat photobooth, kat pintu gerbang semuanya EXTRA. Thank you Rins Suzana sebab jadikan dekorasi dewan rasa macam tak bagi tanggal la, sayang semuaaaa. T_T. Sangat cantik. Nak menangis rasa masa sampai dewan hari tu.

Untuk korang yang nak kawen tak lama lagi, fana cadangkan korang please la ambik Rins Suzana as your wedding planner sebab apa tau, pelamin diorang indah, photobooth diorang cantik, persalinan pengantin mewah, semuanya tiptop. Fana kalau boleh nak kawen hari-hari pakai baju diorang, duduk atas pelamin Rins Suzana. Alahai, rindunya. Jom tengok gambar-gambar daripada Official Photographer fana KAIO STUDIO semasa majlis persandingan fana.


#AfiqFana
2 April 2016
Dewan Komuniti Pantai Hillpark



Pelamin Rins Suzana






Photobooth Rins Suzana




















Akhir kata, fana bersyukur sangat sebab diberikan peluang untuk menjadikan impian fana sebagai satu kenyataan. Terima kasih buat team Rins Suzana sebab banyak sangat membantu daripada sesi pilih pelamin, pilih baju sampai la dekorasi yang sangat indah ni. Fana dan pasangan doakan supaya Rins Suzana menjadi satu nama yang gah di Malaysia dan semoga maju jaya!



Jom jadikan impian korang sebagai realiti !

Facebook : 

Instagram : 

Whatsapp :
012-2161980

Alamat :
No. 8B Persiaran Permata, Taman Permata 
Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur
03-41471980


xoxo, 
fana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...