TABUNG

27 July 2016

Majlis Akad Nikah #AfiqFana

Assalamualaikum,


Majlis Akad Nikah Syafiq & Farhana
Masjid Ar-Rahah, Bangsar South
 1 April 2016
.
.

"Always remember why you fell in love. Keep dating each other even when married"
 
 

Kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti kenapa kita dijadikan untuk dia sedangkan terlalu ramai lagi gadis diluar sana yang lebih baik dan rupawan. Alhamdulillah, benar kata orang, jodoh itu memang kita tak tahu, ianya sebuah rahsia. Selagi mana kau rasa kasih melihat wajahnya selagi itulah perasaan cinta itu mekar dalam diri. Remember, always look into his eyes and said, "He is the one. Thank you Allah". :)



Perkahwinan adalah untuk saling melengkapi. Aku ada kau. Kau tutuplah kelemahanku. Kau ada aku, akan ku jaga aibmu, akan ku hiasi dengan kesempurnaanku. Itulah sebab kenapa kita dinikahkan. Sekiranya salah satu daripada kita merasa sedih, jatuh dan tidak mampu untuk meneruskan perjuangan, janganlah kau menyalahkan diri kau. Hatta, kau sepatutnya kuatkan diri untuk angkat dan maju ke depan bersama-sama menuju jalanNya. Redha lah sekiranya menerima sedikit dugaan, bersyukurlah sekiranya menerima kebaikan. Allah Maha Penyayang.


Dua puluh empat tahun ditatang bagi minyak yang penuh, tidak sedikitpun api kemarahan mendorongnya untuk menyakiti anak-anaknya. Setelah aku menjadi milikmu, ketahuilah dahulu diri ini disanjung dan dikasihi kedua orang tuaku, maka kau jadikanlah amanah ini sebagai suatu yang kau perlu pikul dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Janganlah sesekali kau sakitiku kerana kau juga menyakiti kedua orang tuaku.


Seperti mana kau mengambilku daripada kedua orang tuaku, maka pulangkanlah aku kepada mereka sepertimana kau mengambilku dulu. Dengan izin Allah, perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. You don't marry someone you can live with , you marry the person you cannot live without.





"To love and to be love is to feel the sun from both side"





Photographer : Kaio Studio 
AfiqFana| Kaio Studio

21 July 2016

#ALTHEATurns1


Hai ! 

Saeng il chuk ha ham ni da
Saeng il chuk ha ham ni da
Sarang ha neun -- ALTHEA shi
Saeng il chuk ha ham ni da


HAPPY 1ST BIRTHDAY, ALTHEA !
.
.



Pejam celik, pejam celik ALTHEA dah pun mencecah umur satu tahun. Mesti ramai lagi yang belum tahu kan siapa Althea tu? Tapi, fana yakin ramai peminat-peminat barangan mekap dan barangan penjagaan muka yang dah pun kenal dengan Althea sebab Althea merupakan website pertama yang menjual produk-produk mekap dan kecantikan dari Korea. Barang korang akan dihantar direct daripada Korea tau. Fana masa dapat parcel tu pun macam tergamam jugak bila tengok alamat Gangnam, Korea. Hahaha



Di Althea, terdapat pelbagai jenama yang terkemuka dan sangat terkenal di Korea. Mesti ramai yang mengidam wajah cantik persis Song Ji Hyo ataupun Park Shin Hye kan? Haaa, apa tunggu lagi korang boleh pergi ke webiste Althea (https://my.althea.kr/) sebab sempena hari jadi Althea yang pertama, Althea akan memberikan hadiah dan banyak sangat rewards untuk pembeli yang bertuah.




Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016

  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
    Untuk korang yang order mulai hari ini (20/7), korang akan dapat PINK box edisi ulangtahun yang dalamnya ada belon, topi dan ianya sangat-sangat terhad. Ingat, sempena birthday Althea je korang boleh dapat kotak edisi terhad ni tau.

  • Free Goodies for first 1,500 shoppers
    Wuhuuuu! Ini yang best, untuk pembeli 1,500 yang terawal, korang akan dapat free goodies penuh dengan mekap dan skincare. Jom jadi pembeli terawal. Althea nak bagi hadiah ni.

  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
    Korang jugak akan dapat rebate dimana rebate tersebut akan dimasukkan dalam akaun Althea korang selepas korang mendaftar. Bukan susah pun, daftar pakai email korang je. :)

  • #AltheaTurns1 Instagram Contest
    Selepas korang dah beli dan dah dapat pun party kit korang, boleh join fana sertai contest Althea dekat Instagram. Ala, kacang je, pose sweet-sweet, comel-comel sikit sambil happy birthday. Jangan lupa hashtag #altheaturns1 dan korang berpeluang memenangi Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits dan jugak beauty hampers from Althea! 
    - Total hadiah adalah berjumlah KRW10,000,000 untuk dimenangi
    - Contest start dari 20th July - 15th August, 2016





Korang yang suka sangat selfie tu boleh la join contest Althea kat Instagram nanti tau. Make sure kalau dah baca ni korang join okay? Mana la tahu untung sabut timbul dapat jugak la menang hadiah-hadiah menarik yang Althea sediakan tu. Fana pun pelik, birthday siapa ni? Althea punya birthday tapi orang lain yang dapat hadiah kan? Hahaha.

Fana dah dapat dah party kit fana. All the way from Korea tau. Engkorang bila lagi? Jom cepat-cepat pergi website Althea, register and shopping ! Fana still rasa tak cukup ni. Nanti nak order lagi la. Fana tengah mencari skincare yang sesuai untuk kulit muka fana yang oily ni. Hopefully, Althea ada jalan penyelesaian. Eh, haruslah. Semuanya ada di Althea okay!







Buat Althea, fana ucapkan selamat menyambut ulangtahun yang pertama, terus maju kehadapan dan menjadi penyelesai masalah ramai perempuan diluar sana untuk mendapatkan produk-produk yang sesuai dan yang pastinya semoga Althea menjadi satu jenama yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, Singapura, Philipina dan Indonesia malah terkenal di seluruh dunia. Nanti next time nak shipping barang fana please masukkan sekali Kim Jong Kook dalam container okay? Hakhakhak!



For more details :




Anyeong !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...