TABUNG

30 October 2014

Food Hunters Feastival @ Taman Rimba, TTDI

Assalamualaikumm..


Masa kecik-kecik dulu, selalu cakap dekat kawan kita macam ni, "aku makan untuk hidup". Yelah, suka sangat sakat cakap kita asik makan kan? Hahaha. Mana satu pilihan korang? "makan untuk hidup" atau "hidup untuk makan"?

Lagi-lagi hidup dalam Malaysia yang kaya dengan makanan ni kan? Itu yang buatkan ramai pelancong datang Malaysia ni. Bila tanya, "Why do you come to Malaysia?" Mesti diorang akan jawab, "Because there's a lots of foods in Malaysia. Variety of foods!". Maigaddd, sebab tu la fana makin bambam.

So, sebabkan makanan jugak la fana TERmunculkan diri di Taman Rimba, TTDI tu ha. Haish! Menggugat iman betul bila POP UP VENTURES mengadakan satu pesta makanan untuk orang suka makan macam fana ni! Tak boleh mengalah betul dengan makanan. Dasar zombie.


Hari tu memang fana takde buat apa-apa, lepas tu terus ajak 'bodyguard' sekalian temankan fana pegi Taman Rimba, TTDI tu. First time sampai sana sebab tak pernah tahu pun kewujudan Taman Rimba dekat tengah-tengah bandar Taman Tun Dr. Ismail tu kan? Tak sangka pulak event ni nak buat kat tempat macam tu. Tapi, sebenarnya sangat la strategik okay. Sebab fana nampak ramai yang bawak tikar siap picnic kat sana. Apa yang tak best cuma tempat letak kereta sangat terhad. Susah gila nak cari parking. -.-



Banyak jugak la gerai makanan yang ada di Food Hunters Feastival ni. Apa yang fana faham, penganjur cuba mengetengahkan makanan-makanan yang biasa tapi diubah menjadi luar biasa. Yelah, maksudnya pengusaha makanan ni kena selitkan unsur-unsur kreatif sikit la dekat makanan diorang kan. Biar rare sikit! Jom kita tengok apa yang diorang jual.


Western Food
Grilled Chicken, Mashed Potatoes, Maccaroni and Cheese, Steak


Hot and Cold Beverages



Tidak ketinggalan, Aaron Aziz dan juga isterinya yang tercinta juga bukak booth kat Food Hunters Feastival ni tau. Mereka menggabungkan booth Kidz & Creme (cafe Aaron Aziz) dan juga jualan tudung oleh isterinya Diyana Halik.



Kidz & Creme
Pasta, Puff, Tart, Cakes



Aiskrim Malaysia, Buah-buahan



Flame Grilled Burgers
Burgers, Sandwiches


Crumb Cravings
Creme Brulee, Chicken Lasagna


Kelantan Delights
Keropok Lekor, Karipap, Nasi Dagang



Project Dapur
Muffins, Pasta


Tauhu Bakar Alymann
Sambal Tumis, Tauhu Bakar, Popiah Nestum


The Pisang Cheese
Pisang Cheese, Pisang Cheese + Coklat




Char Kuey Teow
Rojak Buah, Buah Salut Coklat


Nobers Hot Wings



Thai Dessert
Meangkam, Pulut Mangga



Kawasan kat sini agak luas jadi tak berebut-rebut kalau nak jalan. Senang nak cari kedai dan makanan yang korang inginkan. Memang best la. Fana pun dapat makan pisang keju yang diidam-idamkan sejak dah lama dah tu ha. Kalau tak, kena pegi Shah Alam. Jauh. Akhirnya impian tercapai ! Alah, senang je. Macam boleh buat sendiri je kat rumah. Hahaha



Dan macam biasa, kedai paling mendapat sambutan dah tentulah Hello Soda ! Air berkarbonat yang paling femes abad ini. Datang la mana-mana fest pun mesti korang akan jumpa air paling femes ni. Cuma fana tak puas hati apesal dah mahal? Sebab minyak naik 20sen korang naikkan harga? Hari tu beli kat Magic of The Night 3 botol RM10 je. Kat Food Hunters Feastival 4 botol RM15. Naik lebih kurang 40sen jugak la. Cis! Hahaha. Apa pun fana paling suka air perisa pisang tu. Yums! Tapi, apehal air sarsi guna botol mango ha? Eh, marah pulak kan? Apa pun fana peminat setia Hello Soda. :)



Bak kata sorang 'bodyguard' fana hari tu, tenang je lepak kat situ sambil pekena pisang cheese dengan air Hello Soda. Hahaha. Dah tu, taman pulak kan? Hijau je. Memang tenang la. Haih! Suka pulak dengan tempat ni. Macam taknak balik je rasa.



Lepas fana belanja air Hello Soda dengan Pisang Cheese, tersadai kedua-dua bodyguard ni ha. Kemain tau. Yang sorang tu memang tak tahu sopan. Terkangkang aje kejenya. Harap maaf ye, dia memang agak loqlaq sikit. Sorang lagi tu, tak ingat apa dah, ingat makan je. Hahaha. Sabar je la.

Bodyguard

Macam tak cukup je :(

Jemput makan! The Pisang Cheese ni memang terbaek la. Diorang ada buat servis delivery. Kalau korang nak boleh la call diorang atau pergi je cari diorang kat Instagram k. Search je ThePisangCheese okay? Kat sana nanti korang boleh cari sendiri la nombor Kak P. Whatsapp laju-laju ye. Kak P akan hantar orang bawakkan pisang bersalut cheese dan coklat parut ni kat depan umah korang.




Psssst ! Dengar cerita Food Hunters Feastival nak buat lagi, 2.0 pulak katenye. Kita tunggu la bila okay? Mana tahu korang yang tak dapat datang hari tu, boleh la pergi yang 2.0 punya okay? Jangan lepaskan peluang. Banyak makanan sedap-sedapp! Hihihi



Alhamdulillah, kenyang kan tengok gambar-gambar makanan yang fana sempat snap hari tu? Bagus. Sekarang kalau lapar lagi cepat-cepat la pergi dapur cari la apa yang patut. Hahaha. Jangan marah fana tau. Fana cuma menjamu mata korang je. Sebelum hari hujan, fana dan para bodyguard sekalian bergerak la dari situ. Pergi buru makanan kat tempat lain pulak. Hihihi.

Terima kasih sudi baca. =)



xoxo,
fana

16 October 2014

[REVIEW] De Beauty Reborn Collagen Plus

Assalamualaikumm..


[Product Review]

Produk : De Beauty Reborn Collagen Plus
[click here]
Harga : RM 220
(15% diskaun kalau baca sampai habis)

Hai semuaaaa! Baru-baru ni kan fana ada dapat parcel daripada HiShop. Terima kasih HiShop ! Ada sesuatu yang fana akan kongsikan dengan korang. Yang bestnya, kali ni produk kesihatan yang fana sendiri pun dah jatuh cinta! Teruskan membaca okay? Jangan lupa, fana jugak akan berikan korang diskaun sebanyak 15% kalau korang baca sampai habis. Hihihi



Gambar terbalik sebab mirror effect


Apa agaknya ya dalam kotak atas ni? Fana masa mula-mula dapat tu pun macam excited sangat tau sebab ini first time fana ambil suplemen yang kena minum. Sebenarnya fana sendiri tak suka sangat ambil apa-apa suplemen ni sebab banyak kos, dan kena ada disiplin. 

Tapi, De Beauty Reborn Collagen Plus ni buatkan fana jadi rajin nak bancuh air. Sebab apa tau? Haaa, nanti fana kongsikan dengan korang tau. Sebelum tu meh fana share beberapa kelebihan dan apa sebenarnya De Beauty Reborn Collagen Plus.



De Beauty Reborn Collagen Plus

Merupakan sejenis minuman kesihatan yang mengandungi banyak kebaikan kepada tubuh badan manusia. Ianya datang dalam bentuk serbuk dan mempunyai rasa buah-buahan. De Beauty Reborn Collagen Plus merupakan produk daripada Jepun dan sangat digemari oleh wanita-wanita Jepun. Ada 15 sachet dalam satu kotak. Setiap sachet mengandungi 15gm serbuk.



Apa yang menariknya, ha ni la yang fana cakap nak share tadi tu. De Beauty Reborn Collagen Plus ni rasa macam air jambu. Kadang-kadang fana tak bancuh pun, fana makan serbuk dia je sebab sedap sangat rasa manis-manis campur masam sikit. Hehehe. Oh ya, produk ni telah disahkan Halal ye dan boleh diambil oleh semua yang beragama Islam. Kementerian Kesihatan Malaysia pun dah iktiraf produk ni. So, jangan risau ye. =)


Lambang HALAL Jakim pada kotak



De Beauty Reborn Collagen Plus ni jugak memberikan fungsi 5 dalam 1. Ianya bertindak memutihkan kulit, menegangkan, meningkatkan kelembapan kulit dan memberikan kulit yang sihat seperti dilahirkan semula.

Marine Collagen - Menegangkan dan membaiki kulit
Hyaluronic Acid - Melembapkan kulit
Pueraria Mirifica - Menganjalkan payudara
Soy ISO - Melembutkan kulit
L-Glutathione - Memutihkan kulit



Nak tahu tak apa kesan dia kat fana selepas fana consume 7 sachet De Beauty Reborn Collagen Plus? Mesti korang nak tahu apa kebaikan dan kesan minum De Beauty Reborn Collagen Plus. Jom fana kongsikan kesan yang berlaku dekat diri fana sendiri selepas consume air sedap rasa buah ni.


Kesan De Beauty Reborn Collagen Plus dekat fana ialah kulit muka fana rasa kurang berpasir. Sebab muka fana jarang naik jerawat tapi dia sangat berpasir. Fana pun tak tahu sebab apa. Mungkin white head. Tapi, memang rasa kasar sangat sebelum ni. 

Lepas consume De Beauty Reborn Collagen Plus, kulit muka rasa kurang berpasir, kurang berminyak, kulit pun lembab dan yang bestnya bila perut pun rasa kenyang lepas minum satu cawan collagen ni. Fana jarang ambik sarapan sebab minum ni je setiap pagi dah kenyang.

Salah satu kesan apabila minum produk yang dihasilkan menggunakan collagen ni dah tentulah akan effect pada 'Miss B' kan sebab kita perempuan. Tapi, fana tak nampak apa-apa effect lagi mungkin sebab fana cuma diberi 7 sachet sahaja for review purpose. So, kalau korang nak besarkan 'Miss B', korang boleh try consume satu kotak. Kita tengok macam mana k? Deal?

Apa punca payudara bersaiz kecil? Kajian mendapati payudara menjadi kecil kerana mengamalkan cara diet yang salah, hamil, kekurangan vitamin, hormon tak seimbang, penuaan kulit / kulit berkedut dan banyak lagi. Jadi, pengambilan De Beauty Reborn Collagen Plus secara berterusan boleh membantu korang mendapatkan saiz yang diidamkan.

Purata saiz payudara membesar mengikut umur (setelah minum De Beauty Reborn Collagen Plus) :
- 16 hingga 23 tahun (1.6 cm)
- 23 hingga 32 tahun (1.2 cm)
- 32 hingga 40 tahun (0.6 cm)

L-Glutathione pula salah satu anti-oksidan penting dalam tubuh badan manusia. Sebab apa kulit kita tak putih? Sebab kurangnya L-Glutathione la. Kalau korang nak tahu, ianya mampu menghalang penghasilan pigmentasi atau jerawat di permukaan kulit. Kalau kulit kita selalu naik jerawat, itu la penghalang sebenar proses pemutihan kulit. Make sure jangan naik jerawat kat muka okay?

Jadi, itu je pasal De Beauty Reborn Collagen Plus. Untuk korang yang dah baik hati sudi baca review fana sampai habis, fana nak bagi korang diskaun sebanyak 15% bagi setiap pembelian Reborn Collagen Plus di HiShop.


Masukkan code ni :



Like HiShop on Facebook :

Follow HiShop on Twitter :
Subscribe to HiShop for exclusive updates :  



Thanks for reading !

xoxo,
fana

11 October 2014

HWAN by Chakri - Kiosk Pencuci Mulut Thai

Assalamualaikummm...



Firstly, tolonglah terliur tengok gambar-gambar dessert yang sedap ni. Ya Allah, punyalah banyak dessert yang dihidangkan untuk fana masa sesi food tasting hari tu. Sambil sembang dengan Miss Nini (wakil daripada Chakri Palace Royal Thai Cuisine yang handle bahagian Marketing) sambil makan. Sedar tak sedar habis jugak fana makan. Sorang pulak tu! Hihihi. Bukan taknak jemput, Miss Nini yang taknak makan. Banyak kali dah fana pelawa. Fana jugak kena habiskan semua. Hahaha


Menu HWAN by Chakri

HWAN by Chakri merupakan satu-satunya kiosk yang diperkenalkan oleh Chakri Palace Royal Thai Cuisine kepada umum. Kiosk yang terletak di Mid Valley ni menyediakan pencuci mulut yang sangat terkenal di Chakri Palace Royal Cuisine itu sendiri. Apa yang lebih menarik, menu pencuci mulut Thai ni tidak dijual dimana-mana dalam bentuk kiosk macam yang diperkenalkan oleh Chakri ni.

Hwan by Chakri di Mid Valley.

Antara dessert yang dijual

Antara banyak-banyak menu pencuci mulut yang dijual di HWAN by Chakri, fana sempat merasa Mango Sticky Rice, Mee Krob, Aiskrim Pulut Durian, Aiskrim Keladi, Red Ruby Water Chestnut dan Lemongrass with Honey (air serai campur madu). Semua sedap. Tolong la pergi serbu kiosk HWAN by Chakri ni. 

Mee Krob (RM 4.90)
Mee Krob ni sedap gila wey! Fana makan non-stop kot siap tapau bawak balik. Rasa dia manis pastu masam sikit. Macam makan beras goreng dengan kacang. Alah, memang sedap la kalau beli pastu korang nak smuggle pun boleh, letak dalam handbag bawak masuk wayang. Hahaha. 

Red Ruby Water Chestnut (RM 5.90)
Red Ruby Water Chestnut ni memang Chakri punya signature dessert lah. Siapa yang pernah pergi makan dekat Chakri dia akan biasa minum sebab memang selalu sangat ada lagi-lagi time buffet. Bagus untuk sejukkan badan. Rasa dia pun best. Senang cite korang pergi try sendiri la. Susah nak cerita bab-bab rasa ni.
Aiskrim Pulut Durian (RM 5.90)
Di HWAN by Chakri, ada special menu untuk korang yang suka makan aiskrim. Ice-cream with Sticky Rice ni terdapat dalam 4 perisa. Kelapa, Keladi, Mangga dan Durian. Yang fana cuba masa sesi food tasting hari tu dua perisa iaitu Keladi (Yam) dan Durian. Yang ni fana memang akan beli lagi next time. Sedap kot  makan aiskrim dengan pulut. Lagi-lagi aiskrim durian ni sebab apa tau, atas aiskrim tu ada isi durian. Memang real habaq hang. Hantu durian bila dapat makan aiskrim durian pun perasaan dia macam menang award berjuta-juta. Feel dia memang terbaik !

Aiskrim Keladi bersama pulut (RM 5.90)


Pulut Mangga (RM 5.90)
Mango Sticky Rice (Pulut Mangga) ni memang tak pernah mengecewakan. Antara dessert Thai yang paling fana suka. Sebab apa? Fana memang suka buah mangga, fana suka pulut. Bila dua-dua digabungkan pastu ada pulak santan sikit rasa dia memang pergh! Pulut dia manis pulak tu. Sedap sangat. T.T



Eh, engkorang yang tengok ni sure meleleh air liur tu. Haaa, apa lagi? Jom la ramai-ramai serbu kiosk HWAN by Chakri. Kat mana? Haaa, ni fana nak bagitahu. Kiosk HWAN by Chakri betul-betul dekat pintu masuk AEON BIG. Ataupun kalau korang tahu kedai Auntie Anne yang jual roti coklat sedap gila tu, ha HWAN berdekatan situ je. Kalau tak jumpa jugak engkorang call je fana. Hahaha.


Terima kasih sangat-sangat kepada Miss Nini dan Chakri Palace sebab sudi jemput fana rasa-rasa makanan di HWAN by Chakri. Kemain banyak lagi makanan untuk dirasa. Sampai kenyang fana kat situ. Hehehe. Miss Nini ni best. Dah macam kawan je. Siap boleh kongsi macam-macam cerita. Pasal runningman lagi la rancak kitorang sembang. Hahaha


Ini istimewa untuk korang, bagi setiap pembelian apa-apa dessert di HWAN by Chakri, korang akan diberikan AIR PERCUMA ! Beli dessert dapat air. Best gila! Untuk promosi pembukaan je ni tau. Ajak kawan-kawan sedara mara korang okay?

Lokasi :
LGC-28, 
Mid Valley Megamall 
(Near AEON BIG)


Layari Facebook Chakri Thai Restaurants untuk info lanjut :
https://www.facebook.com/ChakriMY


xoxo,
fana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...