TABUNG

Showing posts with label Review Produk. Show all posts
Showing posts with label Review Produk. Show all posts

18 October 2015

Malaika Oil Sesuai Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikummm...




Ramai bakal-bakal pengantin yang sibuk tercari-cari produk apa la nak bagi seri muka ni. Majlis dah tak lama, muka kusam lagi ni. Macam mana nak naikkan seri wajah untuk pengantin? Haaaaa, mesti ramai yang belum tahu ada produk best sesuai sangat untuk bakal-bakal pengantin ni. Sambil menghitung hari bahagia korang tu, apa lagi, cuba la produk ni, memang tak perlu labur duit banyak, lepastu nak guna pun senang sangat. Gituuuuu!

Siapa yang ada masalah kulit muka kusam dan tidak segar? Fana antara salah seorang manusia yang paling malas nak pakai skincare yang banyak sangat kat pasaran sekarang ni. Bukan apa, fana sendiri pun pening nak pilih mana satu yang paling berkesan. Lagi-lagi bila kita ada hari-hari penting yang bakal tiba, memang kena la cari produk untuk serikan wajah ni. Hewhewhew. Hari apa tu fana? Apa yang bakal tiba? jeng jeng jenggggg.





So, taraaaaaaaa! Ni la fana nak share dengan korang satu serum paling best yang fana pernah cuba, iaitu Malaika Oil. Dengar nama pun macam ala-ala islamik kan pastu dimiliki pulak oleh orang Melayu lagi la fana yakin nak menggunakan produk Malaika Oil ni. Disahkan oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Memang serum Malaika Facial Treatment Oil yang tengah meletup sekarang ni mampu buatkan kulit fana makin berseri-seri ni. Nak naikkan seri wajah untuk bakal pengantin? Pon boleh guna Malaika Oil ni. Hehehe



Serum Malaika Oil ni merupakan salah satu serum yang paling wangi fana pernah pakai. Bau lemon dia kuat sangat sampai bila pakai fana terasa fresh dia tu. Memang sangat fresh! Tesksturnya yang agak berminyak, bila gosok je kat muka, urut-urut rasa macam pergi buat facial kat spa. Nampak tak, kat rumah sendiri pun boleh wujudkan spa. Tak payah nak bayar mahal-mahal pergi spa kan?


Fana dah pakai serum Malaika Oil ni selama 3 minggu. Hasilnya sangat puas hati. Memang la masa pakai tu dia berminyak sangat, tapi lepas cuci muka, kulit rasa lembut je. Fana pakai hari-hari lepas fana balikdari kerja. Maklum la masa kita kerja, kulit muka kita mengeluarkan peluh dan minyak akibat daripada stress dan habuk-habuk asap kenderaan yang melekat kat muka. Sekarang ni musim jerebu pulak. Lagi la dahsyat kotornya.


Fana just nak share la sejak fana pakai (kebetulan sebelum pakai tu ada jerawat kat pipi kiri) jerawat makin mengecut. Alhamdulillah. Dah la tu, kalau rajin pakai memang hilang terus la parut jerawat tu kan sebab fana ni jenis yng jarang sangat nak naik jerawat kat muka, Tapi, bila dia dah naik, memang akan tinggalkan parut hitam la. Menangis air mata darah pun tak guna. Usaha la kasi hilangkan parut. Kalau dulu, fana akan kikis kulit kayu manis kat bontot lesung tu pastu tempek kat tempat yang ada parut tu. Memang hilang! Tapi, kau naya la nak menahan pedihnya kesan kulit kayu manis tu. Hahaha.

Kandungan Malaika Facial Treatment Oil :

Antara bahan tersebut adalah Extra Virgin Olive Oil, Lemon Oil, Castor Oil, Temu lawak Powder, Herba dan bunga-bungaan. Kesemua bahan ini mempunyai kegunaan dan khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan wajah anda.


Kelebihan Malaika Facial Treatment Oil :

Menghilangkan Jerawat
Malaika Oil membantu membersihkan pori yang tersumbat dan mengecilkan liang pori di samping membunuh bakteria punca jerawat.

Menghapuskan Jeragat
Malaika Oil meresap jauh ke dalam liang kulit dan mampu membuang bintik hitam dan putih dengan sangat berkesan.

Memudarkan Parut
Malaika Oil membuang tisu mati di wajah dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu yang baru. Hasilnya parut menjadi semakin pudar.


Jom tengok video cara-cara untuk pakai Malaika Oil ni.






Untuk pembelian :



Whatsapp : 0112-5721213


xoxo,
fana


01 August 2015

[Food Review] Epic Fit Meals Co @ Damansara Perdana

Assalamualaikumm...



Masa mula-mula terima email daripada pemilik restoran Epic Fit Meals yang terletak di Metropolitan Square, Damansara Perdana. Ada dua perkara yang fana kagum. Pertama, pemilik restoran yang bernama Mr. Wick Kee merupakan Chinese yang pernah menetap di Melbourne Australia namun, email yang fana dapat ditulis sepenuhnya dalam bahasa melayu. Kedua, antara bait-bait ayat yang menghargai penulisan fana iaitu :
"Blog saudara/saudari merupakan salah satu blog makanan yang saya ikuti sebagai panduan semasa mencari tempat makan yang lazat buat santapan bersama kawan and keluarga. Tulisan saudara/saudari senang dibaca dan maklumat yang dipaparkan sangat padat berserta gambar-gambar makanan yang menarik."

Kepada Mr. Wick Kee dan team Epic Fit Meals, sekalung ucapan terima kasih fana ucapkan kerana sudi menjemput fana bagi merasa keenakan makanan Australia yang begitu menyelerakan. Tak sangka kehadiran fana bersama 7 orang kawan-kawan sekolah disambut dengan begitu baik sekali oleh team Epic Fit Meals. 


Malangnya sewaktu entri ini ditulis, fana telah kehilangan gambar-gambar makanan yang fana tangkap sendiri menggunakan DSLR milik fana. Gambar2 tersebut telah hilang akibat masalah memori kad. Apa pun fana akan cuba sedaya upaya untuk tulis dengan baik okay? Mungkin jika berkesempatan, fana akan pergi semula ke sana dan ambil semula gambar-gambar makanan tu untuk fana letakkan di entri ni. 


First, fana nak cerita pasal restoran dia la. Dekorasi dia sangat simple. Sebab Epic Fit Meals ni bukanlah macam restoran besar-besar yang boleh kita dine-in. Pemilik restoran Epic Fit Meals hasilkan restoran ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan servis hantar ke rumah (delivery service). Jadi, ruang restoran cuma ada dapur, kaunter dan satu meja dan beberapa kerusi sahaja untuk pelanggan menunggu ataupun bagi mereka yang ingin makan di situ pun boleh. Cuma, tak dapat menampung jumlah yang ramai la.


Apa pun, suasana restoran sangat-sangat selesa. Fana suka sangat! Lagi-lagi fana datang dengan kawan-kawan yang kecoh-kecoh. Bingit jugak la restoran. Nasib baik la team Epic Fit Meals layan kitorang dengan baik sekali.

Sebelum fana kongsikan menu-menu makanan Australia yang terdapat di Epic Fit Meals, fana nak kongsikan info untuk korang yang berminat nak dapatkan servis delivery oleh driver-driver delivery Epic Fit Meals ni. Buat masa ini, kawasan yang hanya boleh dapatkan servis delivery daripada pihak Epic Fit Meals merangkumi kawasan berikut :

1. Damansara Perdana
2. Mutiara Damansara
3. Damansara Utama
4. Taman Tun Dr. Ismail
5. Kota Damansara
6. Tropicana
7. Bandar Utama

Servis delivery adalah PERCUMA ! Korang tak perlu bayar delivery charge macam mana yang dikenakan oleh restoran-restoran makanan segera yang lain. Dan, yang paling best, korang boleh dapat makanan korang dalam tempoh 30 minit sahaja selepas panggilan dibuat. Seronoknya kan? Kalau korang nak try rasa makanan Australia, boleh la try Epic Fit Meals. Terutamanya untuk korang yang nak guna servis delivery, just call 7733-3375  to order or do it via Whatapps at 017-9380000.

Okay, nak cerita jugak la macam mana Epic Fit Meals ni ditubuhkan. Pemilik restoran dulu pernah menetap sementara di Melbourne, Australia. Jadi, setelah tinggal di sana, beliau mendapati bahawa makanan-makanan yang disediakan di Australia kebanyakannya dihasilkan untuk menjaga kesihatan. Bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya juga menepati piawaian makanan berkhasiat seperti tidak digoreng menggunakan minyak, dan kebanyakan bahan-bahan masakan adalah bahan organik.

Setelah beliau pulang ke Malaysia, beliau begitu teruja untuk kongsikan menu-menu Australia, tetapi dengan menambahbaikan dari segi rasa dan tekstur bagi menepati citarasa rakyat Malaysia yang begitu menitikberatkan soal rempah-rempah dan juga boleh dikatakan kita ni suka makanan yang cukup rasa dan tak tawar. Maka, tercetuslah Epic Fit Meals.


Antara menu-menu yang dicadangkan adalah macam dalam gambar tu. Harga kombo bermula RM12.00. Senarai menu kat bawah :

1. Epic Fried Chicken Shnitzel **
2. Epic Grilled Chicken**
3. Mum's Mushie Soup
4. Irish Colcannon
5. Aglio E Olio
6. Epic's Cauli Rice
7. Frugertii
8. Crunch Chookies

**Hot-seller

Di Epic Fit Meals juga, mereka menyediakan sos dengan resepi tersendiri. Pelanggan juga boleh request untuk sos yang menjadi kegemaran mereka. Bagi pelanggan tetap Epic Fit Meals, dah tentu tahu sos mana yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antara sos yang disediakan di Epic Fit Meals ialah :

1. Sos Eziki - dihasilkan daripada buah timun, yogurt, cuka masakan dan bawang putih
2. Sos Oz's Barbe-Q - tomato, cuka masakan, bawang yang dicincang dan sedikit rempah
3. Bonza Peppa - campuran sup ayam, lada hitam dan sedikit rempah
4. Apple Salsa - campuran epal segar, bawang, cili dan tomato
5. Country Gravy - Brown sauce yang dihasilkan menggunakan resepi tersendiri.
6. Curry Grande - kari ayam bersama sayuran serta campuran rempah istimewa.
7. Fire S.O.S - a MUST try. No words can describe and it's a secret.



Epic Artisan Wrapper ni pun antara yang menjadi kegemaran pengunjung di Epic Fit Meals. Memang berkhasiat dan mengenyangkan. Hari tu kitorang sempat rasa 4 jenis Epic Artisan Wrapper iaitu :

1. Chookie Burrito - Hirisan ayam panggang bersama nasi, kacang hitam dan sos OZ's Barbe-Q
2. Zesty Thai - Daging cincang Thai bersama salad, lobak dan sos masam.
3. Good Ol' Breakkie - gabungan hirisan ayam yang dipanggang, telur hancur dan sos masam.
4. Hercules - gabungan hirisan ayam yang dipanggang bersama sayuran serta sos Eziki.




Bebudak ni kalau bawak makan memang happy semaciamm. Nasib baik semua makanan berjaya dihabiskan walaupun banyak gila order hari tu. Terima kasih ye kawan-kawan sebab sudi teman dan berbuka puasa sama-sama di Epic Fit Meals. Nanti kita pergi sana lagi okay? 

Sahabat


Oh ya, lupa nak cerita pasal air istimewa yang dijual di Epic Fit Meals. Air-air yang disediakan merupakan yang luar biasa pernah kita minum. Hahaha. Jangan tak percaya, air dalam botol comel tu pun staff mereka yang sediakan sendiri. Serba boleh betul mereka ni. Yang penting sedap-sedap sangat. Kawan-kawan fana siap ambik bawak balik lagi botol-botol yang comel tu. Hehehe



Bagi korang yang betul-betul berminat nak order secara delivery, pastikan korang tahu info-info ni okay? Selamat menjamu selera !

1. Delivery order bermula jam 11 pagi. 
2. Pastikan korang sediakan siap-siap nama korang, nombor telefon dan alamat rumah.
3. Tiada pembayaran atas talian. Semuanya dibayar semasa makanan sampai.
4. Tempoh masa delivery ialah 30 minit selepas panggilan dibuat
5. Delivery PERCUMA untuk pembelian RM20 ke atas.
6. Tiada bahan tiruan ataupun MSG yang digunakan dalam masakan.
7. Kesemua tukang masak terdiri daripada 'chef' Melayu yang terdiri daripada remaja berusia 19 tahun.
8. Pemilik restoran sedang mengikuti prosedur bagi mendapatkan Sijil Halal dari JAKIM.
9. Mendapat pengiktirafan Gred A bagi restorang paling bersih.
10. Lihat menu dahulu sebelum order. Menu boleh tengok di Facebook Epic Fit Meals.



Alamat :

E105, Block E, East Wing
Metropolitan Square
Jalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan



Maklumat lanjut layari :





xoxo,
fana

24 July 2015

YOUNG HEARTS MIDVALLEY GRAND OPENING EVENT

Assalamualaikumm..



Selamat hari raya kawan-kawan. Hujung minggu ni mesti penuh undangan rumah terbuka kan? Misi menaikkan berat badan. Yeayyy! Hehehe. Korang kalau buat rumah terbuka jangan lupa jemput fana tau. Fana mesti datang punya. Lagi-lagi kalau rumah korang ada kuih raya bertemakan coklat. Lagi laju fana datang. 

Fana nak cerita pengalaman fana mendapat jemputan menghadiri majlis pembukaan outlet Young Hearts. Sebelum tu fana cerita dulu la Young Hearts ni kedai apa kan? Nanti kang sambil baca korang dok bayangkan aglio olio la, pavlova la, ikan siakap tiga rasa la. Tak, tak, tak! Ni bukan food review. Young Hearts ni kedai jual pakaian dalam! Haaaa, menarik kan? 




Ini merupakan kali pertama fana dapat jemputan ke majlis pembukaan kedai pakaian dalam. Sebelum ni pergi majlis pembukaan restoran, butik,   dan sewaktu dengannya lah. Tapi tak sangka dapat yang lagi feminin. Kedai pakaian dalam wanita tauuuu! Huhuhu. Terima kasih Miss Ramona K, Marketing Manager Young Hearts yang sudi menjemput gadis remaja macam fana ni. Hihihi. Remaja lagi okayyyy.

Tudiaaaa, mood menulis mai dah.


Okay, sebelum tu biar fana belanja gambar satu kali la macam bebudak sekarang selalu cakap tu, haaa, mai kak long nak payung gambar sikit la dengan Miss Ramona kita ni kan? Cantik orangnya, manis, baik, bak kata omputih, bubbly ngat aihh. Ha, tu orang putih yang duduk kat Yan. Kawen ngan orang Kedah.

Jangan kata kakak tak payung

Young Hearts baru je bukak outlet terbaru di Midvalley Megamall. Kalau korang nak cari Young Hearts, senang sangat landmark dia. Cari Magnum, jumpa la Young Hearts. Tapi, Magnum Cafe yang tingkat atas, kan Magnum Cafe dua tingkat. Haaa, betul-betul sebelah Magnum Cafe yang tingkat atas. Kedai dia pulak ala-ala Korea sangat. Cantik!


Majlis dimulakan dengan upacara memotong riben sebagai gimik perasmian outlet Young Hearts di Midvalley. Majlis dirasmikan oleh Mr Khor, Division Manager of Young Hearts Malaysia, Miss Serena yang mengendalikan Young Hearts MidValley, turut bersama Sabrina Beneett Miss Universe Malaysia 2014 dan Geena Yew Miss Asia Malaysia 2013.


Untuk korang yang dah lama mencari bra yang selesa, nampak remaja, span yang selesa, dan tak terlalu besar boleh la datang ke Young Hearts. Banyak sangat koleksi pakaian dalam dan baju tidur yang dijual. Dah la tu, cantik-cantik pulak tu. Kebanyakan waran yang digunakan merupakan warna-warna pastel. Memang menjadi kegilaan wanita sekarang la sebab trend Korea yang menjengah ke Malaysia kan?



Pemilihan saiz bra yang betul adalah sangat penting kerana ianya mampu memberikan kesan buat jangka masa yang panjang. Di Young Hearts, pakaian dalam digantung mengikut susunan yang memudahkan pelanggan untuk memilih bra yang sesuai. Apa yang menariknya, fana nampak warna-warna bra yang dijual di Young Hearts pon cantik sangat. Nampak keremajaan pada warna-warna yang digunakan ke atas fabrik tersebut.


Bukan bra aje yang dijual di sini, banyak jugak panties yang comel-comel. Fana pulak yang jadi geram. Tapi, koleksi di Young Hearts lebih tertumpu kepada remaja yang baru sahaja menjengah ke usia dewasa, yang berusia 12 tahun hingga 18 tahun. Banyak sangat koleksi bra dan panties yang cantik-cantik dan selesa.





Stage 1
Breast Budding Stage

Lily : "Dear Fairy Godmother, why do I feel pain in my breasts? Am I abnormal?"
Fairy Godmother : "Of course not, you are just growing up"

Sewaktu di Stage 1,  nipples merupakan tempat yang sangat sensitif dan akan berasa sakit apabil disentuh. Jadi, pilihlah bra yang lembut, dan ringan jenis fabrik yang dapat mengurangkan rasa sakit.



Stage 2
Breast Growth Stage

Nina : "My breast have become so huge!"

Tips : Minum susu dengan banyak mampu mambantu buah dada membesar.

Pada peringkat Stage 2, proses pembentukan buah dada sedang berlaku dan kelihatan lebih jelas jadi elakkan memakai bra yang mempunyai besi kerana ianya mampu menghalang proses pembesaran buah dada. Seeloknya pilih bra yang 'stretchable' dan mangkuknya lebih dalam untuk memberikan kebebasan kepada proses pembesaran.


Stage 3
Maturing Stage

Amy : "I feel so comfortable in a bra now"

Daisy : "Wearing a suitable bra makes me confident"

Tips : Lakukan urutan pada buah dada selepas mandi dalam pergerakan bulatan. Lakukan tiga kali pada buah dada kiri dan kanan. Ini dapat membantu buah dada anda membentuk dengan cantik.

Young Hearts ditubuhkan adalah untuk generasi muda, remaja dan bagi kanak-kanak yang baru masuk ke dunia dewasa. Antara yang diketengahkan di Young Hearts ialah produk yang tepat untuk usia kanak-kanak perempuan mahupun yang dewasa. Tetapi, Young Hearts fokus kepada kanak-kanak yang baru sahaja melangkah dewasa. Dengan cara ini, mereka dapat belajar memilih saiz, jenis 'cup' dan juga boleh memilih ikut citarasa mereka tanpa rasa segan silu.



Fana bersama Sabrina Beneett Miss Universe Malaysia 2014


Terima kasih yang tak terhingga fana ucapkan kepada Mr. Khor dan team Young Hearts kerana sudi menjemput blogger picisan seperti fana sebagai salah seorang rakan media ke majlis pembukaan Young Hearts, Midvalley. Akan datang Young Hearts juga akan membuka outlet terbaru di MITSUI Park, KLIA2. Kalau ada berkesempatan boleh la fana pergi ke sana pulak.

www.juliajohari.com
Berkesempatan fana berjumpa dengan rakan blogger kak Julia Johari yang merupakan salah seorang blogger yang selalu memberikan aura positif dalam penulisannya, caranya membawa diri dan fana jugak kagum sebab kak Julia merupakan seorang yang sangat merendah diri dan terlalu menghargai orang di sekelilingnya. Haa, nampak macam fana dah lama kenal kan? Tapi, fana baru je kenal, rasa macam dah lama sangat kenal Kak Julia ni. Baik sangat orangnya. Semoga kak Julia terus memberikan impak positif yang ada pada diri kak Julia kepada insan-insan disekeliling kak Julia ya?  Semoga Allah memanjangkan usia kak Julia. :)


Last but not least, thank you so much Bella for being my partner on that day! Terharu sangat kawan baik fana ni sudi temankan fana hadir ke majlis pembukaan ni. Walaupun bulan puasa, tetap gagah tau temankan fana. Sayangg dia! Nanti kita jumpa lagi okay? Bella ni dulu pernah ada blog sekejap lepastu mana tah hilang blog dia dah. Hahaha. Takpe, slow2 okay. Businesswoman berjaya ni. Siapa nak cantik, nak kurus boleh PM tepi k. Hehehe.

Okay la, tu je yang fana dapat share hari ni. Apa pun, kalau kita sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa bercakap yang positif, berfikiran yang postif dan berbuat sesuatu yang positif, kita mesti akan rasa tenang je. Masa yang lama akan terasa terlalu singkat, rasa macam nak lepak lama-lama je dengan orang tu kan? Rasa macam nak doa banyak-banyak supaya Allah panjangkan usia mereka dan teruskan beramal. InshaAllah sama-sama kita menjadi manusia yang lebih baik okay? 






Maklumat lanjut :







p/s : Fana yakin semua pembaca blog fana ni merupakan mereka yang berfikiran terbuka untuk menerima gambar-gambar pakaian dalam wanita. Oleh kerana ini merupakan tugas fana, fana ingin minta maaf sekiranya ada yang berpendapat ini merupakan sesuatu yang memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak.

xoxo,
fana

21 June 2015

Buffet Ramadhan | M Cafe By Meesha Sukira

Assalamualaikumm..


"Food is the best way to promote a culture"



Salam Ramadhan Al-Mubarak yang ke-3. =)

Bila siang tak boleh nak update entri berkaitan makanan sebab risau karang perut ni berbunyi-bunyi je tengok makanan sedap-sedap kan? Hehehe. Biasa la tu, jenis manusia yang pantang nampak makanan. 

Saja mencari kelainan, sebelum ni kita makan dekat restoran yang betul-betul berkonsepkan restoran, tapi kali ni fana nak ajak korang cuba makanan sedap-sedap dekat butik jual batik! Hahaha. Eh, macam mana butik yang jual batik ni ada restoran pulak kat dalam dia? Haaaa, itulah korang tak tahu, kreatif kan? Bagi fana, ini merupakan satu konsep yang sangat menarik bagi menarik perhatian pelanggan untuk datang ke restoran mereka.




Food ReviewM Cafe by Meesha Sukira
47 Jalan Medan Setia 1, 
Plaza Damansara, Bukit Damansara 
Kuala Lumpur

Business hours :
Mon - Sat: 10:00 am - 10:00 pm 
(Sunday Closed)





Menurut pemilik restoran, mereka menghasilkan sendiri corak batik ini dan mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan batik. Pada mulanya, pemilik restoran lebih fokuskan kepada jualan batik sahaja. Malah, datuk moyang beliau juga merupakan golongan pelukis dan menghasilkan pelbagai karya seni serta pernah bekerja dengan Royal Selangor.


Mengimbau detik Tanah Melayu dulu, batik merupakan salah satu daripada sumber ekonomi dan menjadi salah satu produk utama perdagangan. Para pedagang dari China yang membawa Sutera merupakan salah seorang daripada datuk moyang kepada pemilik restoran M Cafe by Meesha Sukira ini. Siapa sangka, rakyat berbangsa China ini mempunyai minat yang begitu mendalam terhadap batik.


Antara faktor utama penubuhan butik kafe ni ialah menjadikan restoran ini mesra keluarga. Susun atur dan dekorasinya yang ringkas, terasa seperti berada di rumah sendiri. Makanan yang dihidangkan juga menepati citarasa masyarakat di Malaysia. Pasti ramai lagi yang tidak tahu kewujudan butik kafe yang bernama M Cafe by Meesha Sukira ini yang terletak di Bukit Damansara, Bangsar.

Selain itu, pemilik restoran  juga ingin mengekalkan tradisi batik yang melambangkan negara Malaysia untuk lebih dikenali diserata dunia. Dek kerana  batik semakin dilupakan dan ditelan zaman, pemilik berusaha untuk menimbulkan kesedaran ini lebih-lebih lagi buat generasi muda yang terlalu didedahkan dengan teknologi sehinggakan mereka tidak sedar akan kewujudan seni batik yang semakin dilupakan ini.


Pemilik sendiri memilih M sebagai simbolik butik kafe ini kerana huruf M memberikan banyak makna antaranya "Motivation", "Magical", "Manner", "Miracle" dan banyak lagi. Banyak cabaran yang dilalui oleh pemilik M Cafe by Meesha Shukira kerana mereka tidak mempunyai latar belakang di dalam bidang pengusahaan restoran serta masih sibuk dengan kilang mencanting batik yang terletak di Batu Caves. Walaubagaimanapun, sikap tidak mudah putus asa terus utuh dalam diri dan akhirnya butik kafe yang diberi nama M Cafe by Meesha Sukira ini berdiri megah di tengah-tengah bandar dan mempunyai pelanggan tetapnya sendiri.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, M Cafe by Meesha Sukira mengadakan buffet Ramadhan dengan menghidangkan menu-menu yang lazat dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Ops! Fana rasa selain daripada masyarakat Melayu, fana pasti mereka yang berbangsa China mahupun India juga pasti gemarkan makanan-makanan ini. Buffet ramadhan bermula pada harga RM39++ bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan kebawah.



Menu
-----------------

Asam Pedas Ikan Pari

Daging Masak Hitam

Sambal Terung

Sambal Petai Udang

Sambal Sotong Sumbat

Masak Lemak Rebung Udang

Salad Sambal Ikan

Hainanese Chicken Chop

Ayam Goreng Telur Masin

Meehoon Goreng Seafood

Suka dengan kata-kata yang lahir dari bibir pemilik restoran ini, "food is the best way to promote a culture". Antara salah satu sebab kenapa pengusaha berbangsa Cina ini begitu bersemangat merealisasikan hasratnya membuka restoran adalah kerana tarikan makanan itu sendiri begitu kuat sehinggakan mampu menarik pelanggan  hadir ke restoran. Apabila pelanggan yang datang untuk menjamu selera, pelanggan akan 'dihidangkan' dengan batik-batik yang dihias di ruang restoran tersebut. Secara tidak langsung mampu membuatkan batik menjadi laris.


Terima kasih FOOD INK kerana sudi menjemput fana bersama rakan-rakan blogger yang lain bagi menikmati hidangan lazat resepi istana. Oh ya, lupa fana nak ceritakan bagaimana chef berbangsa Cina mampu menyajikan makanan Melayu yang begitu enak ini. Sebenarnya, resepi ini diperoleh daripada istana memandangkan ibu pemilik restoran ini dulu merupakan tukang masak di istana. Wahhh, patut la hebat. 

Bloggers bergambar bersama pemilik restoran (berbaju kelabu)


Terima kasih banyak-banyak M Cafe by Meesha Sukira kerana sudi menjemput fana dan rakan blogger yang lain untuk mencuba menu-menu buffet sempena Ramadhan disini. Makanan semua sedap. Dekorasi cantik, servis tip top. Untuk korang yang nak datang berbuka puasa disini jangan risau kerana kemudahan surau turut disediakan. 

Jangan lupa reserve dulu kalau nak datang ye. Boleh call nombor ni : 03-20959088



Untuk maklumat lanjut layari :

Instagram | @mcafebymeeshasukira



xoxo,
fana



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...