TABUNG

23 April 2012

:: Mind Your Words ! ::

Assalamualaikum..


Jawapan dan Respon.



Dua perkara yang sama je kot. Memang. Benda ni la yang aku nak taip sekarang ! Banyak benda yang terbuku dalam kepala hotak aku ni pasal benda ni. Sepanjang hampir duapulohsatu tahun aku hidup, benda ni aku dah alami banyak sangat dan buatkan ianya jadi pengalaman.

Sedang korang syok-syok cerita.

"Aku suka gila makan telur separuh masak. Pagi-pagi, mak aku selalu buatkan untuk aku masa nak pegi sekolah dulu. Perghh! Letak kicap sikit, pepper........"

Belum sempat pun lagi korang feeling-feeling cakap pasal makanan tu sambil dok bayangkan benda tu. Tiba-tiba...

"Eeuuuuwwwwww..uwekkkk. Gelinye. Jangan la cakap, aku geli la. Nak muntah. Hanyir."



Fine, agak-agak la kan. Kalau awak tu tak suka, jangan la bagi respon sedemikian rupa. Awak dah buat orang tu hilang mood nak bercerita je. Kalau tak suka pun jangan sampai teruk sangat bagi respon tu. Tolong hormat orang lain.

Tak tahu kenapa dengan orang yang macam ni. Teruk. Tak tahu pikir perasaan orang lain pun. Jangan la poyo sangat. Orang macam ni memang tak ada public relations dengan orang-orang sekekliling. Kena belajar macam mana nak berborak, bercakap, bagi respon dekat orang. -.-'

19 April 2012

:: Jalan Masjid India ::

Assalamualaikum..


Shopping lagi, lagi dan lagi. Sape yang tak suka shopping cuba angkat tangan ! Mesti tak ade kan ? Sebab semua orang diberikan duit untuk shopping. Bukan perempuan je yang suka shopping nih. Lelaki yang handsome-handsome, comel-comel pun suka sangat shopping.


Ish ! Tengah dok bayangkan kalau la aku diberikan duit berjumlah empatpuloh ribu hengget. Mesti seronok gila. Bukan seronok je tapi rasanya dah siap bongkak dengan semua orang kan sebab dok tayang kat facebook pi sana sini. HAHA. Sebab tu la aku tak kaya-kaya, Allah tak nak aku bongkak. :)


Alhamdulillah, belum tahap kaya lagi. Tapi rezeki sentiasa dalam keadaan stabil selepas online shop aku mendapat sambutan hangat macam cempedak goreng ! Weeehuuuuuu ! Thank God. Atas usaha penat lelah selama beberapa bulan. Dah masuk setahun ke belom ek ? Alamak ! Ok, untuk korang yang belum shopping dekat online shop aku. Jom terjah ! Harga istimewa punya aku bagi kat korang kalau korang mention korang follow blog aku. HAHA. Klik sini untuk ke online shop aku ------>>> MURALYSM BLOGSHOP pastu korang dijemput LIKE page jugak ye. ------>>> PAGE MURALYSM SHOP.






Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku dan adik aku pegi shopping dekat Jalan Masjid India, KL. Tempat shopping yang paling sibuk di Kuala Lumpur. Memang dari kecik, mak aku akan bawak aku pegi shopping kat situ untuk beli barang-barang raya. Langsir la, kain pasang la, kasut raya la, kuih raya la. Macam-macam. Sampai lenguh la kaki tu kan.


Jadi, disebabkan dari kecik lagi aku dah kenal Jalan Masjid India tu, sampai ke besar la terbawak-bawak perangai tu. Terikut-ikut perangai mak yang kaki berjalan satu KL ni. HAHA. Anak jati KL harus tahu selok belok KL. Nanti kang malu pulak kalau sesat kan.


Aku pegi sana sebab nak beli macam-macam. Lagipun classmates aku yang kat UiTM memang asik dok kirim macam-macam. Kasut la, tudung la. Aku pun pegi la. Lagipun boleh hilangkan stress taw kalau g shopping ni. Betul, tak tipu. :)





Rambang mata sangat bila datang shopping dekat Jalan Masjid India ni. Tempat ni akan menjadi sasaran mereka yang baru dapat gaji. HAHA. Kalau tak caye, korang cuba pegi masa hujung bulan. Mesti korang akan nampak lautan manusia tengah serbu handbag. :p




Nampak tak yang aku bulatkan kat atas tu? Haaaaaa, murah kan? Aku dah cakap. Korang tak caye. Tudung Syria boleh didapati dengan cuma lima hengget ! Makcik-makcik yang nak beli syria untuk pakai pegi pasar ke, pegi rumah jiran ke boleh la datang kat Bazar Masjid India ni.

Yang kat atas tu tudung rambu-ramba yang tengah HOT sekarang ni. Kat MURALYSM BLOGSHOP FB pun ade jual. Jemput la beli. Hehehe.











Beliau memang seorang adik yang suka merembat segala bagai barang aku. Tapi, walau bagaimanapun, kitorang selalu berkongsi citarasa tak kisah la dari segi fesyen ke, makanan ke, kutuk-mengutuk ke. HAHA. Lebih-lagi si mangsa fesyen akan jadi mangsa kitorang. Jahat kan?


So, setelah senja baru kitorang balik umah. Banyangkan, nak naik LRT pun kena tunggu sampai empat kali sebab penuh! Ni la Kuala Lumpur. Kalau tak sesak bukan KL la namanya kan.



Jadi, setelah beberapa lama, kami pun sampai rumah tercinta dengan selamat. Dah la bawak baranag nak dekat dua kilo. Pastu, kena tunggu lama. Tension tu ada jugak tapi puas sebab dapat shopping kan.


Untuk korang yang belum pernah jejakkan kaki kat Jalan Masjid India sila berbuat demikian. Bukan je barangnya murah tapi sentiasa up-to-date. Tak pernah tertinggal fesyen-fesyen yang baru. Sampaikan tak terkejar. Ha, tulah serba sedikit tentang Jalan masjid India.


Selamat membeli-belah, selamat melaburkan wang anda, selamat meng'update' fesyen anda, selamat berjimba disana dan Selamat Malam. :)

05 April 2012

:: Pendengar Yang Setia ::

Assalamualaikum..


Taip entry kali ni sambil bersiul-siul nyanyi lagu Ada Cinta daripada SMASH. Layan habis sambil mata bersinar-sinar sebab lagu ni sweet sangat. *,*


Tahu tak hari ni aku kena buat tazkirah ringkas dalam kelas akaun. Pening kepala sampai rasa macam nak hantuk kepala dekat pintu je sebab tak tahu nak buat tazkirah pasal apa. Memang kalau boleh nak buat yang berunsurkan islam tapi cari punya cari, terjah punya terjah lebih kurang empatbelas bijik belog jugak la. Last-last dapat idea untuk buat tazkirah pasal tajuk ni.


"JADILAH PENDENGAR YANG SETIA"


Sweet tak? Hahaha. Serius, aku rasa aku sangat perlukan seorang pendengar yang setia. Aku rasa susah sangat nak cari seseorang yang boleh dijadikan 'telinga' untuk dengar apa yang diceritakan. Bukan lah aku merungut untuk minta didengar tapi kalau kita tengah bercakap mesti nak orang dengar kan?


Benda yang paling aku tak suka bila aku bersuara ialah orang tersebut memotong cakap aku. Dia  akan menyampuk. Contohnya,

"I suka sangat tengok cerita hantu. Walaupun I takut tapi......" 

then tetiba

"Alah, U cakap U suka cerita hantu. habis tu I ni tak suka tengok? Sapa yang selalu teman U tengok cerita hantu kalau bukan I?"

Ahhhh ! Aku tension gila kalau orang tiba-tiba potong apa yang aku cakap.


Lagi satu, situasi macam ni yang aku paling menyampah.

"Comel la Rozita Che Wan ni? Suka tengok muka dia. Ayu je."



Pastu ada pulak yang membangkang.

"Eeeuuwww! Tolonglah. Dah la bulu mata palsu lebat macam ulat bulu. Perempuan macam tu U kata cantek?"

Pergh! memang aku hangin. Bukan hangin sebab tak sama pendapat tapi at least bertoleransi la sikit. Walaupun tak suka apa yang orang lain suka, tapi tolong la iyekan je. Bukan dosa pun. Daripada buat orang tersinggung kan? Jagalah hati orang lain sikit ye.


Pendengar yang baik dapat buat perkara-perkara macam ni :

Mendengar dengan meletakkan diri korang kat tempat orang yang bercerita tu. Kalau dia eksaited bercerita, korang pun kena tunjukkan ke'eksaited'an korang tu supaya dia dapat  bercerita dengan sangat gembira sebab orang dengar apa yang die sedang cerita.



Mendengar dengan menunjukkan ekspresi muka. Kalau kawan korang tengah bercerita yang sedih-sedih, korang kena buat muka yang menunjukkan korang bersimpati. Begitu jugak sebaliknya.



Mendengar dengan memberikan respon dengan menunjukkan korang faham apa yang dia cerita. Selain tu, melalui respon tu, korang akan menggalakkan lagi supaya dia terus bercakap. Kira macam korang sokong la apa yang dia cakap dan signal supaya dia terus bercakap lagi dan lagi.


Mendengar dengan memandang tepat pada mata dia. Melalui pandangan tu, dia akan merasakan bahawa korang betol-betol ambil perhatian. Kalau korang rasa macam bosan nak pandang mata dia, takut-takut pulak terjatuh cinta kan kalau dia tu lelaki, korang pandang je batang hidung dia di antara mata dia tu.


Kalau korang dapat buat apa yang aku tulis kat atas tu, korang memang pendengar yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri pendengar yang setia ni. Tapi sikit je aku bagi sebab nak belajar kena slow-slow kan?


Ingat, kalau kita tak dapat tolong kawan kita selesaikan masalah yang dia cerita tu, korang dengar je luahan hati dia. Dengan cara mendengar dengan setia, korang dah berjaya kurangkan sikit beban dia. Tak percaya? Cuba lah! :)


Yang paling penting sekali, kita ada pendengar yang paling setia iaitu ALLAH. Dia mendengar apa je yang kita luahkan, apa yang kita mintak. Korang jangan segan nak mengadu dengan Dia sebab die Maha Mendengar.


Oleh itu, selamat menjadi pendengar yang setia kepada kawan, kakak, adik, ayah, mak, sape-sape je la, korang akan dihargai dan dihormati.

Percayalah.  ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...