TABUNG

Showing posts with label Kenduri kawen. Show all posts
Showing posts with label Kenduri kawen. Show all posts

23 August 2016

Bridesmaids vs Bestman

Assalamualaikum..


Dah jadi trend sekarang kalau majlis persandingan atau akad nikah mesti kena ada pengapit atau pengiring ni. Masa majlis kitorang pun, memang kitorang nak sangat ada pengapit dan pengiring ni. Salah satu sebabnya maybe untuk kurangkan sikit rasa nervous tu kot. Kawan baik adalah orang yang paling rapat dengan kita selain keluarga. Betui dak?


Sepanjang pengalaman fana masa nak kawen hari tu, memang fana akui bridesmaids dan bestman memang sangat diperlukan. Dan fana sangat suggest korang untuk prepare bestman sebab tenaga lelaki la yang paling banyak diperlukan. 

Malam sebelum majlis tu diorang la yang temankan Encik Hubby pergi jaga dewan pantau apa yang patut. Malam tu jugak diorang tolong pergi pasang bunting, banner dan penunjuk arah kat trafiic light sampai pukul 4 pagi baru diorang balik hotel. Thank you bebanyak Fariez, Arif, Azizi, Ayen, Syafiq KJ dan Akmal.

Pagi sebelum majis sanding tu diorang tolong Encik Hubby bersiap dalam bilik hotel. Bila tengok rasa macam aduhhh sweetnya korang ni. Tak caya korang try tengok gambar yang photographer curi-curi ambik ni. 






Tugas-tugas bridesmaids pulak sebagai penyeri majlis la apa lagi. Fana tak tahu nak ucap terima kasih macam mana dekat geng-geng bridesmaids sebab daripada malam sebelum majlis lagi diorang ada dengan fana sampai la habis majlis.

Diorang ni kawan-kawan sekolah fana yang fana selesa dan rapat. Kitorang selalu saling contact satu sama lain untuk hal-hal yang tak penting pun. Hahaha. Lagi-lagi time nak dekat majlis, diorang la tempat fana tanya itu ini. Thank you Emma, Bella, Syawal, Eka dan Anna. Korang memang terbaek !







Disebabkan fana cuma buat satu majlis je untuk kedua-dua pihak maka fana gabungkan la kedua-dua bridesmaids dan bestman ni sebab fana tahu Encik Hubby pun sangat perlukan kawan-kawan rapat dia semasa majlis. Orang kata apa, sebagai pemberi kekuatan dan semangat. Gittuuu!



Tak dilupakan jugak pengapit penting fana pada hari majlis. Terima kasih Yati dan Syafiq sebab sudi tolong jadi pengapit. Syafiq ni kawan Encik Hubby yang paling rapat sekali. Kawan gaduh, bergurau bermanja semua ada la. Hahaha. Yati pulak isteri kepada Syafiq. Kawan baik fana jugak sebab selalu sangat lepak sesama, share minat sama-sama. Thank you korang. Nanti jom plan pergi travel sama-sama tau. Double-date (hikhikhik). 

Kimono Wrap Yati : Zilazlover Official 



Kimono Wrap sepasang yang bridesmaids fana pakai ni semua kitorang tempah dekat Instagram : Shop With Seri. Korang pilih je nak saiz apa kat sana semua baju dia lawa-lawa. Plus, korang boleh dapat harga murah kalau tempah 6 pasang ke atas. Pergi la booking baju bridesmaids korang kat sana. :) Shawl pulak kitorang beli borong je dekat Kenangan Wholesale City (KWC). 

Our beautiful bridesmaids

Salah satu fungsi bridesmaids ialah kalau family korang sangat busy dekat depan layan tetamu, korang boleh tarik je diorang ni untuk makan sama-sama kat meja makan beradab. Hahaha. So, nak makan pun takde la malu-malu sangat kan. At least boleh la korangs embang-sembang sambil makan tu.


Our handsome Bestman



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai yang puji baju bridesmaids dengan bestman cantek sangat, very synchronized and diorang pun sangat membantu dalam menyerikan majlis fana. Tak tahu nak ucap terima kasih macam mana dekat diorang ni. Allah je dapat balas jasa korang. Kawan sampai Syurga okay? 

Kalau korang ada pertanyaan nak tanya fana, pasal pengalaman ke apa boleh je whatsapp fana ataupun PM fana dekat facebook/Instagram. Fana sedia membantu.

Apa yang korang wajib baca kalau nak kawen? 

1. Cara bagitahu family yang korang nak kawen
2. Tip Untuk Pengapit


xoxo,
fana

22 March 2015

Tips Jadi Pengapit

Assalamualaikum..



I'm getting married because I'm in love with a girl and want to spend my life with her. You can't live your life doing what other people want you to or you'll be miserable. At some point you just have to be yourself. - Dan Marino


Apabila umur dah menginjak ke tahun yang ke-24 ni, banyak betul undangan ke majlis perkahwinan kawan-kawan sekolah. Rasa macam baru je habis sekolah tiba-tiba dah dapat kad kahwin. Ya Allah, tak sedar cepat betul masa berlalu. Mungkin ini masa yang tepat! :)

Apa yang lagi seronok bila dapat sama-sama meraikan hari bahagia kawan kita. Yang paling best kitorang siap ada seorang kawan baik yang in-charge untuk semua bridesmaids ni. Baiknya hati awak. Siap buat group whatsapp lagi untuk make sure semua orang dapat maklumat. Masa saya kawen nanti, awak tolong jadi mak hayam jugak ye. Hehehe. Ailebiyu and you know who you are. *hantar flying kiss bebanyak*


Majlis Akad Nikah Eina dan Rahmat

Perkenalan kami sebenarnya sejak sekolah rendah lagi. Kedua-dua mempelai merupakan kawan fana sejak di sekolah rendah. Bayangkan betapa kita tak sedar siapa jodoh kita masa tu. Sibuk main teng-teng, main zero point, main batu seremban dan tutup botol. Memang kelakar bila ingat balik kan?

Yang paling depan ni la mak hayam kesayangan !

Dapat jadi bridesmaids masa majlis akad nikah, jadi saksi lafaz akad nikah, saksi airmata pengantin dan situasi-situasi yang cukup bermakna buat fana tumpang bahagia dan ibarat meletakkan diri ditempat mereka. Fana sendiri pun rasa macam nak meleleh air mata masa tu. Sebab masa tu kita sendiri boleh rasa sedihnya hati seorang anak bila terpaksa dilepaskan oleh keluarga yang telah membesarkan dan mendidik kita sejak kecil dan hidup bersama suami. Kehidupan selepas kahwin tu sangat berbeza kan? 

Gambar oleh : mienputeraphotography


Selesa. Semuanya merupakan kawan rapat. Lebih rapat lagi bila sekolah menengah pun sama-sama. Yelah, masa sekolah menengah tu la kita mula tahu erti sebenar persahabatan, berkongsi macam-macam cerita, ponteng kelas sama-sama. Ingat lagi kenangan ponteng kelas Physics satu ketika dulu. Siap menyorok dalam bilik stor sebab taknak pergi makmal punya pasal. Hahaha. Nakal tapi bijak. Tula kawan-kawan fana. Sayangggg sangat!







Alhamdulillah, salah seorang kawan fana yang fana kenal sejak sekolah tadika lagi ni dah mengandung anak yang kedua. Tahniah Farah! Semoga selamat melahirkan dan jaga kesihatan dengan baik okay. Walaupun bawak perut, Farah still sanggup jadi bridesmaid untuk kawan baik kan? Siap ikut pegi outdoor photoshoot lagi. 
Gambar oleh : mienputeraphotography

Gambar oleh : mienputeraphotography
Sejujurnya cemburu. Kenapa ramai kawan yang dah kawen ni? Kenapa? Oh, lupa tahun ni nak masuk 24 tahun dah. Memang masa untuk mendirikan rumah tangga. Mak-mak kita dulu pun mula berkahwin masa umur baya-baya kita ni la kan? Hehehe. Bukan la cemburu yang iri hati tu, tapi cemburu sebab kita yang gatal ni pun tak kahwin-kahwin lagi kan? Hehehe. Ops! Baru je habis belajar. Sabar la ye. InshaAllah, sampai jodoh satu hari nanti.





Maaflah pengantin, bridesmaids yang over ni. Hehehe. Cadangan warna baju pun mak hayam yang tentukan, fana tukang beli tudung je sekodi. Hahaha. Maklum la, tugas beli tudung ke apa ke memang dari sekolah lagi dah jadi tugas fana. Cantekkan butterfly glitter shawl yang kitorang pakai tu? Nampak seri sangat muka bridesmaids semua. Cantek-cantek kawan saya ni.


Hari Persandingan Eina dan Rahmat



Majlis persandingan berlangsung di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Pantai Hillpark. Terima kasih Eina dan Rahmat sebab sudi ambik pengapit tak bertauliah ni untuk jadi pengapit on your big day. Hahaha. Terasa segan pulak sebab berdiri sebelah pengantin yang cantik ni kan. Fana suka everything on her wedding.


First, fana suka pelamin cantik oleh wedding planner idaman fana iaitu Rins Suzana. Fana memang sejak dulu lagi kagum dengan hasil sentuhan Rins Suzana. Memang dah lama impikan untuk hire Rins Suzana as my wedding planner for my big day. InshaAllah, semoga diberikan rezeki untuk itu. :)


Second, fana suka sangat dengan protokol para pengapit masa majlis. Sangat teratur dan sistematik. Tengok la tu, dah la semuanya sedondon, baju cantik, orangnya pun cantik, siap ada hand bouquet lagi sorang satu, lepastu susunan dan cara diorang sambut pengantin pun sangat la tersusun. A big round of applause for the bridesmaids on that day. Oh ya, pengapit pengantin lelaki tu nama dia Mubarak. Fana kenal dia sejak darjah satu lagi. Kawan sekolah rendah jugak. Memang majlis ni macam reunion la pendek kata.





Third, fana suka sangat dengan busana pengantin lelaki dan perempuan. Memang nampak pengantin sangat! Fana suka dan pakaian tu kena dengan diorang. Mekap pun cantik. Macam ni la baru namanya raja dan permaisuri sehari. Memang semuanya nampak perfect! Cantiknya Eina, kacaknya rahmat. You guys are really meant to be. Bak bidadari syurga dan pasangannya. 

Fourth, fana memang selera sangat makan kat kenduri ni. Fana ni jenis tak berapa makan sangat lauk kenduri sebab perut tak berapa nak selesa. Kadang-kadang tu sampai berhari-hari sakit perut kalau makan nasi kenduri. Tapi, memandangkan katering majlis hari tu ialah Sri Angsana Caterer, fana apa lagi, tambah sampai dua kali. Sri Angsana Caterer memang terbaik. Makanan sedap sangat. Masa akak sulung fana kahwin dulu pun mak dengan abah ambik Sri Angsana Caterer jugak.


And last but not least, fana memang suka sangat dengan majlis ni sebab dah temukan ramai sangat kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Kawan yang sejak sekolah rendah tak jumpa, yang bertahun tak jumpa, yang datang dari jauh. Semua dah besar-besar and even yang dah ada anak pun ada. Rasa happy sangat bila dapat berkumpul macam ni. 


To Eina, selamat pengantin baru, bahagia ber-anak cucu dan semoga cinta kalian segar sehingga syurga. Jadilah isteri yang sentiasa di sisi suami waktu susah dan senang. Cepat dapat anak comel-comel okay. Aunty fana tak sabar nak dapat anak buah ramai-ramai. InshaAllah, kalau kita bahagiakan suami, suami akan sentiasa redhai isteri. Amboi, over fana bagi ucapan macam dah kawen je kan. Hihihi. Terima kasih jugak sudi ambik si berlemoih ni jadi pengapit, kalau ada yang silap atau terkurang mintak maaf la ye.

Untuk korang yang bakal jadi pengapit nanti, korang kena tahu beberapa tips sebelum hari majlis tu. Ingat senang ke nak jadi pengapit? Ni kali kedua fana jadi pengapit tapi still salah lagi, sampai tak tahu adat-adat majlis. Malunyaaaaaa. 



Okay, ni fana bagi Tips Jadi Pengapit.

1. Kena cari baju awal dan make sure bekerjasama dengan pengapit lelaki. Kalau boleh bagi contoh warna yang korang nak pakai hari tu. Kalau pihak pengantin yang tentukan, korang kena tahu warna apa. Contoh yang fana pakai ialah dusty pink.

2. Survey baju online kemudian baru la pergi cari di kedai. Kalau korang nak tempah lagi senang. Kalau nak beli siap, banyak je butik jual. Kalau korang nakkan idea untuk baju apa pengapit selalu pakai, korang pergi je kat Instagram, search guna hashtag 'baju bridesmaids', 'bridesmaids', 'baju pengapit', 'bridesmaids in dusty pink', 'dusty pink dress' dan banyak lagi keywords korang boleh guna.

3. Untuk pengapit lelaki pulak, kalau nak pakai baju kemeja, dekat Brands Outlet, atau F.O.S ada banyak jual baju kemeja dengan warna yang cantik-cantik. Kalau baju melayu maybe lagi senang la sebab ada banyak warna dan senang nak cari kan.

4. Masa hari bersanding tu make sure pengapit kena ada dengan pengantin, kalau boleh gerak sama-sama dari rumah atau tempat pengantin bersiap sebelum bertolak ke dewan untuk bersanding. Ni akan elakkan korang tertunggu-tunggu ketibaan pengantin dan elakkan jugak tragedi pengapit hilang waktu pengantin tiba.

5. Ha, yang ni penting, selalu kena jaga kain pengantin yang labuh tu, tanya pengantin dia selesa ke tak nak berjalan dan jangan kasi pengantin stress dengan kain atau kasut tinggi. Calm her down and cakap benda-benda positive like 'kau senyum je beb, aku handle kain kau', atau 'takpe, slow2 jalan, maintain senyum, tapi hati-hati k'. Yelah, kalau pengantin tersembam ke lantai kang tak ke pengapit yang disalahkan.

6. Pengapit takyah control cun. Ni pun penting gak ni. Pergi lantak la gambar korang tak cantik ke apa ke, tapi jangan control cun sebab tugas korang hari tu jadi bibik je, so takyah la nak over kalah pengantin tersengih-sengih. Lambai-lambai sana sini, korang just jaga pengantin je. Always remind them to smile and smile and smile.

7. Okay, korang mesti tak tahu kan yang ni. Ni maybe tugas mak andam je. Tapi korang kena ingat mak andam tu tak ikut pengantin naik pentas tau. So, tugas korang ialah jaga mekap pengantin. Memang la dalam dewan tu ada aircond tapi korang tahu tak baju pengantin pakai tu tebal, dengan perasaan nervous lagi, agak berpeluh jugak la pengantin tu. Sebab tu korang kena ada tisu atau span kat tangan untuk tekap muka pengantin, lap peluh. Tapi, jangan pergi seret pulak muka dia dengan tisu tu kang comot pulak mekap. Dah jadi zombie pulak.

8. Ada lagi paling penting. Korang kena ambik tahu belah mana pengantin perempuan duduk, belah mana pengantin lelaki duduk. Okay, senang cite macam ni je la. Tempat isteri di sisi suami kan? Tapi, pernah tak korang dengar pasal kisah Hawa diciptakan daripada rusuk kiri Nabi Adam A.S? Ha, korang kena tahu formula ni ye. So, ni tugas pengapit untuk tahu mana pengantin perempuan nak duduk masa atas pelamin. Make sure, pengantin perempuan duduk di sebelah kiri pengantin lelaki.

9. Atas pelamin tu, tugas korang ialah kipas pengantin, lap peluh pengantin, lap air mawar yang dah direnjis, buang la bunga-bunga rampai yang ditabur tu. Kekadang, ada je family kita yang nakal nak baling bunga rampai tinggi sampai atas kepala pengantin kan, ha lepas dia turun tu tugas korang la nak buang semua tu. 

10. Jangan rosakkan gambar. Korang tahu kan, masa hari bersanding macam ni mesti akan ada photographer. So, korang akan masuk dalam gambar jugak. Kena tahu, korang tak boleh la buat muka masam ke, penat ke, kaki sakit sebab pakai heels ke, senyum je atas pelamin tu walaupun korang bukan pengantin, senyum bila photographer nak ambil gambar je la. Tapi, kalau boleh kasi muka manis la atas pelamin tu. Okay?


p/s : Suka bila tengok majlis orang nampak sempurna dan meriah, harap-harap majlis kita nanti lancar dan sempurna jugak la ye. ;)


Terima kasih Blog Retis Official sebab sudi selitkan kisah fana sebagai bridesmaid di dalam blog BRO. Korang jemput baca k. Ambil Berkat?





xoxo,
fana

25 January 2015

Boat Noodle @ Empire Damansara

Assalamualaikumm..



Lama betul peram entri ni. Bukan sebab malas atau tak ada masa tapi baru-baru ni streamyx dekat rumah buat hal. Banyak sangat hal. Dah la tak sampai 2 tahun lagi pasang dah buat hal. Macam-macam tau. Disember lepas fana dijemput ke majlis penuh bahagia roommate fana sewaktu belajar di UiTM dulu. Tak percaya dia dah kawen tau. Fana happy tapi dalam masa yang sama fana rasa sedih jugak sebenarnya.

Bersama classmates masa di UiTM dulu dan Mak Siahh

Selamat Pengantin Baru Zidaaaaaa!

So, balik je dari kenduri kawen tu, fana dan kawan-kawan plan nak pergi makan dekat Boat Noodle yang terletak di Empire Damansara. Seronok jugak dapat pergi dengan kawan-kawan kan? Mulanya takut maksiah taknak ikut sebab maksiah memang tak makan makanan kedai. Tapi bila dah tanya, maksiah pun setuju untuk ikut. Okay, jom!


------------------------------------------
Boat Noodle @ Empire Damansara
Berdekatan dengan Publika, Solaris Dutamas
Sebelah Chicken Texas
-----------------------------------------------

Antara cawangan Boat Noodle :
- Jaya One
- Gamuda Walk
- Berjaya Times Square
- Ikon Cheras
- Klang Parade
- Sutera Mall
- Publika


Boat Noodle ni sebenarnya makanan siam dan nama sebenarnya Mee Sampan. Bila dikomersialkan, diorang guna la Boat Noodle. Ramai yang mempersoalkan Boat Noodle ni halal ke tak. Sebenarnya dekat Thailand memang disediakan Boat Noodle yang tak halal. Tetapi, Boat Noodle yang dekat sini HALAL ye sebab dah dapat sijil Halal dah. Fana sendiri tengok sijil Halal diorang yang digantung di bahagian kaunter bayaran tu. Takkan la diorang nak serve makanan tak halal kan? Selalunya restoran Non-Halal dekat Malaysia akan letak signboard NON-HALAL dekat pintu masuk restoran. Pepandai la kita meneliti ye. :)


Menu yang disediakan di Restoran Boat Noodle ni tak la pelbagai macam restoran makan lain. Mereka cuma serve dua jenis noodle iaitu ayam dan daging pastu yang sup atau yang kering. Masa mula-mula kedai ni dibukak, fana macam pelik jugak sebab tengok semua orang makan mangkuk bertingkat-tingkat. Sorang je makan tujuh hingga lapan mangkuk. Rupanya satu mangkuk tu sikit je. Sekali suap je. Harga semangkuk pulak RM1.90 sen je. 


Selain daripada mee yang disediakan, restoran ni jugak ada sediakan pencuci mulut ala-ala tepung pelita tapi dia dalam bekas seramik macam gambar kat bawah ni. Rasa dia pun sedap. Macam makan kuih tepung pelita. Atas tu santan, bawah pulak tepung rasa pandan yang manis. Not bad. Dua mangkuk cuma RM1. Murah kan?


Untuk air minuman pulak, restoran ni cuma sediakan air tin dan jugak air kelapa. Harga fana tak ingat. Hehehe. Tapi murah jugak la. Pastu ada disediakan cawan dengan ais. Okay, puas hati. Not bad. Hahaha 



Review Boat Noodle :

-Apa yang sedap? Chicken Soup Chicken Noodle. Order la bebanyak.
-Apa yang tak bagusnya dekat restoran ni ialah mangkuk yang digunakan untuk isi makanan tu semuanya sumbing dan pecah-pecah sekeliling. Nampak macam tak elok kan untuk hidang kepada pelanggan. Maybe sebab kita ni dibesarkan sebagai orang Melayu yang penuh dengan adat. Semua pinggan yang sumbing dan pecah tak elok dihidangkan kepada tetamu.
-Tempat makan bersih dan selesa.
-Staff okay walaupun tak berapa fasih bahasa melayu dan kesemua mereka warga asing.
-Servis cepat dan boleh tahan.
-Mangkuk nampak agak kurang bersih
-Kalau korang first time makan sini, korang disarankan untuk order serba satu (DN001, DN002, SN001, SN002)
-Bagi fana, yang sedapnya chicken sebab fana tak makan beef ball tu walaupun fana hantu meatball IKEA. Lol!
-Apa beza chicken noodle and beef noodle? Beza dia cuma diorang letak chicken ball and meat ball tu je.
-Harga affordable sangat.
-Kalau makan 2 orang bajet lebih kurang RM10 - RM15 sahaja. Bergantung kepada berapa mangkuk korang makan pastu darab la RM1.90.
-Kalau nak datang ramai, kena tunggu sebab restoran agak kecil dan sempit. Meja terhad.
-Make sure korang ambik tempat duduk menghadap kauter bayar untuk dapatkan gambar cantik sebab ada tulisan Boat Noodle kat belakang. Hahaha
-Rate fana bagi 4/5.






xoxo,
fana

03 June 2014

CIK EPAL DAH KAHWIN !

Assalamualaikumm..




Siapa kenal Cik Epal? Siapa tak kenal, dia tak comel sebab fana mula ikuti blog Cik Epal sejak zaman sekolah lagi. Sampai dah kerja pun masih nak bukak blog Cik Epal. Entah apa la yang Cik Epal dah letak kat blog dia sampai fana tak pernah taip nama blogger lain di ruangan SEARCH kat Google tu. Mesti nak taip Cik Epal. So, dengan normalnya akan jadi hari-hari melawat blog Cik Epal. Kalau dulu banyak la entri Menternak Lemak oleh Cik Epal tu. Banyak sangat kedai makan yang best-best dan makanan yang sedap-sedap dalam blog Cik Epal. 

Cik Epal dah kurus?

Sejak wujudnya laman Instagram, fana tak putus-putus la tengok gambar yang Cik Epal update. Rasa serba salah kalau tak tengok. Hahaha. Sebab Cik Epal ni comel sangat. Dulu badan Cik Epal agak berisi sikit. Tapi sekarang, kurus gila ! Kalah fana weyyyy. Sempat sembang dengan adik Cik Epal iaitu Rina, kata Rina Cik Epal sekarang kerap ke gym untuk kuruskan badan. Dua-dua (Cik Epal dan Ami) sama je. Hmm, patut la makin slim. Cantik sangat tau Cik Epal sekarang. Makin lama makin cantik la.

Jadi, Ahad lalu (1 Jun 2014), Cik Epal dah selamat diijabkabulkan dengan suaminya tersayang yang dulu dalam blog Cik Epal, selalu gelarkan dia dengan gelaran SS sebab Cik Epal ni peminat setia Shaheizy Sam. Siap hantar kad kawen dekat Shaheizy Sam lagi dengan harapan Shaheizy Sam datang kenduri dia. Takpe, Cik Epal dah sah menjadi isteri kepada "Shaheizy Sam" dah pun. Hehehe


Pelamin Cik Epal

Majlis perkahwinan Cik Epal diadakan di Dewan N'dah yang terletak betul2 sebelah Lorenzo Shah Alam. Nasib baik fana dengan Syafiqah Hashim tak sesat. Sampai kat dewan terjumpa dengan abang Annas Easkey pap pap ole tu ! Haih! Kacak. Tapi tak berkesempatan tangkap gambar dengan dia. Masuk je dalam dewan fana terkesima dengan dekorasi dewan. Cantiknyaaaaaa. Rasa macam masuk dalam alam bunian sekejap. Serba putih, penuh bunga, kesimpulannya cantik la !

Printed gambar dari Piccabooth

Piccabooth

Gambar ambil dari blog Namee Roslan

Selesai makan, fana dengan pika terus serbu photobooth oleh PiccaBooth ! Ni kali kedua fana bergambar di photobooth gedabak dan efisyen oleh PiccaBooth. Sebelum ni fana dah bergambar dekat kenduri kawen Qistina yang diadakan di Dewan Orkid Wisma PKPS Shah Alam. Memang best servis yang diorang bagi. Nak bergambar banyak-banyak kali pun boleh. Hehehe

Dekat majlis ni jugak fana berkesempatan berjumpa dengan ramai barbie dolls bergerak. Ya Allah, comel sangat tau diorang ni. Sampai fana rasa sangat la tak cantik dan segan nak bergambar dengan diorang ni tau. Semua cecomel. Antara yang sempat fana berjumpa di majlis tu Fatin Suhana (fana minat gila dengan kecantikan dia), Ieda Mansor dan Iena Mansor (si kembar yang sangat cantik), Ara Lee (si model yang cantik gila), Namee Roslan (blogger paling cantik abad ini), Nisa Kay (salah seorang blogger feveret sejak dulu), Yna Sakinah (model, mua, pengusaha online shop DeqOya yang sangat fana adore), Yana Yassin (blogger berjaya dan femes yg fana kagumi), Pen Merah (blogger brutal dan ada kucing comel) dan last but not least Syafiqah Hashim (blogger yang fana suka berkawan, kongsi macam2 dan bijak berfesyen).

Dari kiri, Ara Lee, Ieda Mansor, Iena Mansor, Fana dan Fatin Suhana

Bersama Namee Roslan

Bersama Syafiqah Hashim

Fana rasa majlis kawen Cik Epal ni macam gathering blogger dah sebab semua ada baik blogger, blogger yang dah jadi model, blogger yang dah mula nak kaya, blogger yang lemah lembut, blogger yang dah jadi pengusaha butik dan banyak lagi la. Fana kagum sangat dengan diorang semua ni. InshaAllah, satu hari nanti fana pun akan berjaya jugak kan? Aminnnnn.

Selfie dengan pengantin

Untuk Cik Epal , blogger feveret fana sejak dulu lagi sejak fana masih sekolah dan baru berjinak-jinak dalm dunia blog, fana sangat kagum dengan Cik Epal sebab entri Cik Epal semua best-best dan kelakar. Fana rasa macam hari-hari nak tunggu Cik Epal update blog walaupun sekarang fana tahu Cik Epal busy sangat. Please keep on writing eventhough you are already married. Ramai sangat ni peminat dan pembaca yang menanti-nanti je entri terbaru di blog Cik Epal gonjeng. Hahaha

Selamat pengantin Baru dan semoga bahagia hingga akhir hayat. 



Baju jubah dress lace yang fana pakai untuk kenduri kawen Cik Epal ni sebenarnya baju dua tahun lepas. Baju ni dah ketat sebelum ni dan tak muat dah nak pakai tapi sejak minum Per'l Xlim dan turun dua kilo boleh la pakai. teringin nak pakai balik. Alhamdulillah muat. hehehe. Okay la, itu saja untuk entri kali ni. Jangan lupa serbu sekarang blog blogger-blogger cecantek kat atas tu ye.


xoxo,
nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...