TABUNG

30 December 2014

Jom Shopping Online di Zolace !

Assalamualaikumm...


Hujung tahun ni banyak betul jemputan perkahwinan. Kad kahwin berduyun-duyun masuk dalam peti surat tu. Alhamdulillah, makin ramai kawan-kawan yang berumahtangga. Cepat-cepat dapat baby yang comel-comel okay! Fana tak sabar nak tengok korang ada baby pulak nanti. Hehehe.

Masalah fana bila nak pergi kenduri kawen, baju apa nak pakai ni? Bosan kan kalau kenduri pakai baju kurung je. Kadang-kadang nak jugak pakai busana muslimah macam skirt labuh muslimah tu. Alaaaa, sekarang ni kan banyak butik pakaian muslimah moden yang jual baju dan dress cantik-cantik macam fana pakai pergi kenduri kawen kawan fana hari tu.



Baju dan tudung yang fana pakai ni semua dari Zolace tau. Kat website tu macam-macam ada. Dari tudung, baju sampai la ke aksesori. Tak senang duduk fana bila bukak website Zolace ni. Konsep dia macam korang boleh shopping semua benda dalam satu website. Yang paling best Zolace menyediakan free shipping ke seluruh Malaysia, Brunei, dan Singapore, no minimum order, no end date. menyediakan free shipping ke seluruh Malaysia, Brunei, dan Singapore, no minimum order, no end date.


Kalau korang rasa nak tambah koleksi baju kurung moden, Zolace pun ada jual tau. Ingatkan dress je. Sebab sesetengah orang kan ada yang suka simpan koleksi baju kurung moden. Bila tengok koleksi baju kurung moden yang dijual di website Zolace, rasa macam fana pun dah kena start workout untuk dapatkan bentuk badan yang cantik. Lepastu boleh la pakai baju kurung moden yang lawa-lawa dekat Zolace ni. Hehehe.

Paling jatuh cinta dengan tudung bawal dari Zolace ni. Warna dia pun cantik! Ada macam-macam warna, tapi memandangkan dia punya corak floral, fana pilih warna yang smooth je macam kuning air yang fana pakai tu. Dah lama mencari tudung corak bunga-bunga ni, tak sangka ada dekat Zolace. Weeehuuu, Zolace jual tudung bawal online okay. Curlasssss! 



Selain tudung, dress muslimah moden yang macam ramai orang pakai sekarang pun cantik-cantik sangat. Fana bukak je tab Dress Muslimah kat website Zolace tu terus keluar macam-macam jenis dress yang cantik. Fana pilih dress hitam tu. Sebab fana suka! Boleh nampak effect kurus kan walaupun dah hentam tiga empat pinggan dekat kenduri kawen tu. Hihihi. Eh, bukan tu je tau, dress hitam ni dibuat dari material kain yang tak jarang langsung. Sangat sesuai untuk muslimah di luar sana. 



Oh ya, apa yang fana tahu, Zolace ada deals setiap hari tau. Korang kena la rajin-rajin bukak website Zolace, mana tahu rezeki korang bila baju yang korang suka dijual dengan harga diskaun kan? Korang boleh terus ke page Daily Deals untuk tengok item mana yang tengah sale okay?

Untuk korang yang gemarkan aksesori pulak, korang jangan la risau. Kan fana dah bagitahu tadi semuanya dibawah satu bumbung. Kat website Zolace tu, semuanya ada. Aksesori macam rantai leher, gelang, subang, cincin pun ada. Semuanya boleh dipadankan dengan baju lawa-lawa yang dijual di website Zolace. Macam fana sendiri, fana rasa senang kalau shopping dibawah satu bumbung ni. Tak payah la nak fill up form banyak kali. Hehe. Cuma fill up item apa yang kita nak beli je.




Kalau korang rasa apa yang fana kongsikan ni berbaloi dengan apa yang korang cari, boleh la terus bergegas pergi bukak website Zolace sebab kat sana ada baaaaanyaakk sangat benda yang korang boleh shopping. Hihihi. Dapat gaji nanti jom la kita pakat-pakat pergi shopping online di www.zolace.com. :)



More info : 



xoxo,
fana

26 December 2014

[REVIEW] Love Soap For Hygiene

Assalamualaikum..



[Product Review]

Produk : Love Soap
[click here]
Harga : RM 118.00
(15% diskaun kalau baca sampai habis)


Sebagai seorang perempuan, pasti semua impikan tubuh badan yang bersih dan wangi kan? Macam-macam produk yang dijual kat luar sana untuk memulihkan bau badan. Cuma antara kita sedar atau tak je yang badan kita ni berbau. Cuba tanya kawan sebelah kita, ada tak diorang bau apa-apa yang kurang meyenangkan. Jangan la malu untuk bertanya, kadang-kadang tu untuk kebaikan kita jugak.

Sebagai wanita yang bekerjaya, menjadi satu keperluan untuk kita menjadikan tubuh badan kita berbau wangi supaya mudah untuk kita mendekati orang lain. Lagi-lagi buat mereka yang bekerja bahagian customer service, nak kena berjumpa dengan ramai orang. Kena la wangi-wangi baru la senang nak pikat hati pelanggan. :)

Jadi, untuk korang yang tak tahu mana nak beli produk untuk wangikan bahagian yang berbau pada badan tu, boleh la jenguk Hi Shop sebab untuk bulan Disember ni, Hi Shop sedang mengadakan SALE untuk Love Soap! Fana dah cuba dah. Korang kena try sebab fana rasa best sangat lepas guna sabun ni. Sebab tu fana nak recommend produk ni untuk korang.



------------------------------------
Fungsi Love Soap
------------------------------------

- Menghilangkan bau badan dan digantikan dengan bau bunga ros
- Mengurangkan kulit kering
- Menegangkan kulit terutama di bahagian yang ada selulit
- Menghilangkan bakteria di bahagian sulit
- Mengurangkan pigmentasi
- Melambatkan proses penuaan
- Memberikan wangian semulajadi kepada tubuh badan
- Meningkatkan kualiti ketika 'bersama'



Setakat ni fana guna memang puas hati sangat. Bau wangi sebab maybe fana suka bau bunga ros kot. Hihihi. Memang wangi la bila sabun kat ketiak, celah-celah peha, dekat leher, rasa wangi sangat satu hari tu. Lagi-lagi lepas mandi. Yang bestnya buih dia pun banyak. Jimat! Boleh la tahan lama sikit. hehehe.



Cara menggunakan : Basahkan sabun dengan sedikit air sehingga menjadi buih, sapu dikawasan yang sesuai seperti celah ketiak, kawasan yang mempunyai selulit dan kawasan intim selama 30 saat dan bilas dengan air sehingga bersih.

Love Soap ni sweet je bau dia sebab tu nama dia Love Soap kot. Hehehe. Bau dia feminin sangat. Love Soap merupakan produk dari Jepun. Mengandungi bahan-bahan semulajadi dan tidak memudaratkan atau memberikan kesan kepada kulit. So, korang jangan la risau, memang takkan ada kesan buruk la pada kulit korang. Love Soap jugak mengandungi PH yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk la kulit yang sensitif.

Haaaa, ni fana nak bagi korang hadiah sebab korang berjaya baca entri ni sampai habis. Hehehe. Untuk korang yang nak beli Love Soap, fana nak bagi 15% diskaun untuk beli Love Soap di Hi Shop. Cara dia senang je.


Masukkan code ni :



Like HiShop on Facebook :

Follow HiShop on Twitter :
Subscribe to HiShop for exclusive updates :  



Happy Shopping !


xoxo,
fana

23 December 2014

Kampung Chat VS Ding Dang

Assalamualaikum..


Dulu masa baru habis sekolah tabiat nak buang masa depan komputer (masa tu monitor gedabak) memang tabiat paling bermanfaat la. Konon-konon rasa macam sangat profesional bila masa kau habiskan depan PC sama ada kat rumah ataupun kat cybercafe. Bebudak lain semua sibuk main roller blade la, main tepuk-tepuk la, main playstation la, mana yang rasa agak konon profesional tu pakat lepak depan PC.

Masa tu ada sorang minah ni nama dia mizah, memang kawan baik la masa sekolah agama dulu. Memandangkan masa tu tak semua rumah ada internet termasuk la rumah pakcik saat, maka fana dengan sangat jakunnya pegi la rumah si mizah ni sebab rumah dia memang internet laju gila. Bukan fana sengaja nak pegi tapi si mizah ni dah mengajak banyak kali. Taknak lukakan hati kawan.

Bila sampai je rumah dia, mak dengan ayah dia memang siang takde kat rumah, jenis mak bapak keje dua-dua. Jadi, dia ni anak sulung yang baru habis sekolah la cerita dia. Adik-adik pulak masa tu tak balik sekolah lagi. So, kitorang pun mula la projek kitorang.

Fana : "Wey, kau ajak aku datang rumah kau ni ada apa?"

Mizah : "Ala, aku bosan la duduk rumah sorang, kau teman la aku. Kita main internet".

Ceh, bahasa bebudak memang cenggitu. Ada ke main internet? Hahaha. Rasa nak ketuk dahi kau mizah. Ingatkan nak ajak main game yang bermanfaat dan tak lagha gituuu tapi hampeh mangkuk si mizah ni dia ngajak chatting wey! Mana la budak hingusan ni pandai nak chatting-chatting bagai.

Bak kata cikgu kat sekolah. "Engkorang kalau berchatting ke myspace, friendster ke hati-hati ye sebab sekarang ni ramai yang menyamar kat alam siber tu. Ajak jumpa pastu kang dia rogol engkorang".

Masa tu memang cuak habis la, tak berani nak layan diorang yang hantar mesej kat myspace tu, ajak jumpa la apa. Sorry not at home la weyy. Taknak la jadi mangsa rogol. Kang keluar paper Metro muka depan dengan tajuk "PELAJAR SEKOLAH DIROGOL KENALAN INTERNET". Haaa, tak ke naya tu?

Eh, sambung balik cerita lepak dengan si mizah tadi. Lepas dah datang rumah dia siap melantak nasi yang mak dia masak sebelum pegi keje pagi tu, dia pun bukak satu website ni. CHATROOM. Wow! Ini tempat orang dok jumpa jodoh ni. Banyak betul masa tu dengar cerita ramai kawen. Bila tanya jumpa dengan suami kat mana? Kat chatroom? Hmmm, okay, okay.

Si mizah ni dah ada akaun la untuk Kampung Chat la apa bagai semua tu. So, kitorang just guna akaun dia je pastu tukar nama yang nampak kelas sikit la macam BabySara, HannahMontana, KikiComel, nama bodoh-bodoh tu. Hahaha. Memang malu nak ingat balik. Pastu start chat. Tak faham macam mana formula benda alah tu entah macam mana tiba-tiba nak dekat sepuluh jejaka bajet-tampan-takde-keje yang hantar chat "Hai, nak kenal boleh?". Brrrrrrrrrrr. 

Dah la mizah, takut oi. Dari chat yang biasa-biasa sampai la chat yang luar biasa. Taknak. Under 18 lagi kot masa tu. Hahaha. Memang meremang bulu roma bila ingat balik. Apa la keje tak berfaedah yang kita buat masa tu kan? Macam tak masuk akal. Yela, masa tu selekeh habis. Pakwe pun takde lagi. Kah! Macam bebudak yang happy gila bila dapat keluar malam sebab pegi pasar malam. Dapat green light pegi pasar malam pun dah happy tau masa tu. Lawak!

Tak sangka kan masa cepat sangat berlalu. Sekarang ni dah nak masuk umur 24 tahun dah. Dah besar dan nak ke arah 30 tahun? Ya Allah. Macam terngiang-ngiang lagi suara kawan-kawan yang mengajak main tali skipping, zero point, teng-teng, baling selipar, bola beracun, dan semua tu. Rindu. 

Tapi, apa yang kita dah capai hari ni? Apa kebaikan yang dah kita buat? Macam mana dengan mak ayah kita yang dah semakin tua? Apa pengorbanan yang kita dah lakukan? Macam tak terbalas lagi jasa mak ayah kita melayan kita masa kecik-kecik dulu. Nampak bai roti dah menjerit terlolong mintak duit nak beli Tora, Ding-Dang, dan semua kotak yang dalam dia ada isi mainan dan coklat pada masa tu. Sekarang ni, balas la balik nak oi. Bagi la apa saja yang kau ada. Sikit pun jadi la. Happy diorang tengok anak-anak diorang dapat berikan sesuatu. :)

p/s : Mizah, kalau kau tengah baca pasal Kampung Chat tu, aku rasa kau mesti tengah senyum teringat kenangan kita dulu kan? Hihihi.

Terima kasih sudi baca. :')


xoxo,
fana

18 December 2014

Cara Untuk Menjimatkan Duit Melalui iPrice

Assalamualaikumm..


Ramai antara kita yang merupakan kaki shopping kan? Bagi fana, shopping tu merupakan salah satu cara untuk membuatkan kita rasa gembira setelah bekerja keras belajar atau bekerja. It's a self-therapy. Fana akui fana seorang yang sangat boros dan tak tahu cara untuk menjimatkan duit. Kalau dapat shopping, memang fana antara orang yang paling awal habiskan duit dengan tempoh paling pantas. Hahaha.

Seriously, sangat susah nak jimatkan duit ni sebenarnya. Jangan jadi macam fana okay? Untuk korang yang gila shopping tuuuuu, korang suka tak kalau shopping dengan harga yang murah tetapi dapat barang yang sama kualiti dengan harga asal yang mahal tu? Senang cerita dengan harga diskaun la.

Haaa, meh sini fana nak kongsikan. Orang kata, ilmu jangan kedekut. Jadi, hari ni fana ada knowledge sikit, fana kongsi la dengan korang. Dapat pahalaaaa. Fana tengah cuba untuk berjimat, jadi apa salahnya fana ajak korang berjimat sekali. Lagi-lagi hujung-hujung tahun ni musim kawen kan? Mesti ramai yang nak beli barang untuk buat hantaran kan?

-------------
-------------------

iPrice merupakan sebuah website yang menyediakan kupon diskaun untuk kaki shopping sekalian membeli dengan harga yang murah. Antara jenama yang bekerjasama dengan iPrice ialah Lazada, Zalora, FoodPanda, Groupon, Carama Malaysia, Accor Hotel dan banyak lagi. 

iPrice membantu kita supaya dapat shopping dengan cara berhemah dan dengan cara ni, kita tak akan terlepas untuk membeli barang yang tengah sales! Wuhooo! Memang best la iPrice ni. Ibaratnya macam korang nak tempah hotel yang sebilik harga RM200 tetapi dengan menggunakan kupon diskaun daripada iPrice, korang cuma akan dapat tempah bilik hotel dengan harga RM150 sahaja!!

Fana pulak yang eksaited sekarang ni. Apa lagi jom la sign up dengan iPrice untuk dapatkan tawaran-tawaran serta info-info terkini. Fana pun dah sign up. Mudah je, cari tab Newsletter Sign up dekat sebelah kanan atas. 


Sign up here : http://iprice.my/coupons/

iPrice menyediakan dua cara untuk korang berjimat. Pertama ialah dengan menggunakan code voucher (Get The Code) dan yang keduanya ialah dengan offer (Go To Offer) yang sedang berlangsung di website jenama yang terlibat seperti Zalora.

Untuk dapatkan code, korang cuma perlu klik pada link Get The Code, automatik code voucher akan keluar dan korang akan gunakan code tersebut untuk shopping di website yang berkenaan. Contohnya macam ni.



Untuk pergi ke website yang tengah ada offer pulak, korang cuma perlu klik dekat Go To Offer , automatik website tu akan keluar. So, shopping la dengan bijak dan berhemah ye. :)


"A penny saved is a penny earned" - Benjamin Franklin



Jom shopping dengan diskaun di sini :


xoxo,
fana

05 December 2014

Fitnah.

Assalamualaikum..

(Kisah benar)

"Bila you dah naik satu level, orang akan mula rasa tak puas hati dan cuba jatuhkan you."

"Sekarang, baru tahu siapa kawan, siapa lawan."

"Pedulikan mulut-mulut jahat tu, nanti diam la tu."

Ya, terlalu banyak nasihat yang aku terima. Namun, itu semua tak mampu hilangkan rasa sedih, sakit dan perit di hati ni. Mana taknya, dituduh sebagai seorang yang riak, sombong, angkuh, berlagak kaya. Mana silapnya? Kenapa tak ditegur? Kenapa tak diberitahu secara berdepan dan tanpa pengetahuan orang lain? Kenapa perlu dihebahkan dikhalayak ramai? 

Aib. Terima kasih kerana mengaibkan.

Persoalannya, siapa yang maki kau di whatsapp seperti yang diwar-warkan?

"Tak malu suruh boyfriend whatsapp dan maki aku".

Bila? Mana buktinya? Ada di Google ke nombor kau sampai dia boleh dapat nombor kau? Aku tak pernah bagi. Fitnah. Kau tahu apa balasannya bila menimbulkan sesuatu fitnah? Si dia yang kau fitnah tu yang dah bersusah payah pergi butik di Shah Alam, belikan tudung untuk kau. Mengeluh kerana lama di dalam butik memilih tudung pilihan kau, sampai semua perempuan dalam butik memerhatikan dia kerana cuma dia seorang lelaki yang sedang memilih tudung untuk kau waktu tu. 

Kata kau, semua orang tak suka aku. Semua takut nak cakap mereka tak suka aku. Hahaha. Yang tak suka kau? Kau tahu? Mana ada orang bagitahu orang tu kalau dia tak suka. Terima kasih. Dengar ya, dengan rendah hati, dari lubuk jiwa aku yang paling dalam, aku dah lama maafkan apa yang kau buat pada aku. Dah lama. Aku percaya pada kuasa Allah. Aku juga mohon supaya Allah mengampunkan dosa kau. :)

Bertaubatlah.

Terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menghubungi aku secara peribadi dan meminta maaf dengan setulus hati. Sesungguhnya, aku cuma manusia biasa. Aku sudah lama memaafkan. Terima kasih juga kerana masih percaya kepada aku.


------------------------------------------------
Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” 
(Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
---------------------------------------------------

30 November 2014

Christmas Special @ Pak John Steamboat and BBQ, eCurve

Assalamualaikumm..



Semestinya Hari Krismas yang akan datang ni membawa seribu makna buat mereka yang beragama Kristian untuk menyambutnya bersama keluarga. Pasti ramai yang mencari lokasi atau restoran yang sesuai untuk berkumpul beramai-ramai bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Jangan risau, Pak John Steamboat cawangan eCurve menyediakan menu istimewa dan ruang yang cukup selesa sempena Hari Krismas yang bakal tiba.

Baru-baru ni, fana serta beberapa rakan blogger yang lain dijemput sekali lagi ke restoran Pak John Steamboat and BBQ yang terletak di eCurve bagi memperkenalkan menu-menu istimewa yang bakal menemui pengunjung restoran itu bermula 15 Disember ini. Promosi ini terhad sempena Hari Krismas je tau. Jadi, kalau korang semua nak merasa menu-menu istimewa ni, jomlah berkunjung ke Pak John Steamboat and BBQ sepanjang promosi ini berlangsung okay? 


-----------------------------------
Christmas Buffet Special Menu
------------------------------------------

 Baked Potato with Mince Beef
(Kentang bakar yang dihidangkan bersama daging cincang dan cream)


Garden Herb Potato Salad
(Salad kentang yang klasik dihidangkan bersama herba)


New Zealand Rib Eye With Black Pepper Sauce
(Daging rusuk yang digoreng bersama sos lada hitam, cili benggala, bunga kobis dan cendawan)


Christmas Island
(Pulut nasi yang dilimpahi dengan sos berkrim serta seafood)


Bountiful Hearty Rice
(Nasi goreng bersama pelbagai sayuran dan ayam)


Grilled Slice Chicken With Creamy Spaghetti
(Dada ayam yang dipanggang dengan sempurna dihidangkan bersama spaghetti berkrim)


Ramen Vongole Ole
(Ramen istimewa dan HALAL dimasak bersama lala, sejenis makanan laut)


Seafood Bread Loaf
(Kepingan Baguette dan makanan laut yang disaluti keju)


Grill Sutchi Fillet
(Fillet ikan Sutchi tanpa tulang bersama brown sos)


Black Tangerine Chicken
(Kepak ayam goreng rangup disiram sedikit sos buah nenas)

Bukan menu yang atas ni sahaja, Pak John Steamboat juga tidak lupa menghidangkan perapan daging istimewa buat penggemar makanan grill macam fana. Lebih kurang sebelas jenis perapan yang disediakan sempena Hari Krismas ni tau. Rasa juga berbeza-beza. Jangan lupa rasa semua tau. Fana sempat rasa beberapa je sebab habis dikebas oleh geng-geng blogger yang kuat makan tu. Hehehe.


------------------------
Christmas Hot Plate
----------------------------
Coffee Beef, Tangerine Beef, Black Pepper Beef, Sweet Soya Beef, Coffee Chicken, Tangerine Chicken, Black Pepper Chicken, Ginger Chicken, Sweet Soya Chicken, Lemongrass Chicken and Spicy Fish Fillet.




------------------------
Christmas Hot Pot
----------------------------
Yeayyy, tadi fana dah cerita kan menu-menu buffet, sekarang masa untuk steamboat! Banyak pilihan makanan yang disediakan. Ni antara menu yang ada. Sup istimewa sempena Hari Krismas pula merupakan Creamy Butter Broth. Rasa dia macam sup cendawan sikit, ala-ala kuah carbonara pon ada. Sedap!




Bagi fana, Tomyam sup lebih kaw. Sebab tomyam sesuai untuk seafood memandangkan menu steamboat kebanyakannya seafood. Tambahan pula, sup tomyam tak cepat muak. Kebanyakan orang lebih sukakan tomyam berbanding sup lain. Creamy Butter Broth pun not bad cuma ada sesetengah lauk yang tak sesuai nak masukkan dalam sup tu sebab dia terlalu berkrim.

Rakan-rakan blogger yang hadir

Fana pun tengah tunggu apa komen-komen kawan-kawan blogger fana yang lain ni mengenai Menu Hari Krismas ni. Tak sabar nak tunggu diorang update blog. Masing-masing ni wanita berjaya, jadi faham-faham sikitlah kalau entri siap lambat. Hihihi. 


Kak Asyik, fana, Mek Onie, Hannah, Maria
Memandangkan fana dan rakan-rakan blogger lain dah rasa, sekarang fana nak ajak korang ramai-ramai datang eCurve lepastu pergi ke Level G dan cari restoran Pak John yang tema dia warna merah ni. Betul-betul sebelah eskalator dari parking area. Jangan risau, makanan yang disediakan semuanya Halal belaka. Apa yang bestnya, staff-staff dia semua ramah-ramah. Kalau korang datang sana, jangan lupa makan banyak-banyak sebab kat sana semuanya korang boleh makan. Konsep dia pun "All You Can Eat".

Sempena Hari Krismas, bermula 15 Disember 2014 Pak John Steamboat and BBQ akan hidangkan menu-menu yang menarik ni. Setiap seorang akan dicas dengan harga RM46++ sahaja. Jangan lupa makan samppai kenyang. Apa menu 'highly recommended'? Okay, fana cadangkan korang untuk rasa Black Tangerine Chicken dan New Zealand Rib Eye Black Pepper. Try tau! 




-Special thanks to http://halimbrothers.com/-
#Hai Blogger!

xoxo,
fana

28 November 2014

Shear Madness Malaysia @ PJ Live Arts

Assalamualaikumm..


Shear Madness Malaysia (Teater Komedi)
Date : 26 November 2014
Venue : PJ Live Arts, Jaya One
Time : 8.30 pm - 11.30 pm
Ticket sponsored by : Churp Churp


Baru-baru ni fana dapat dua keping tiket oleh Churp Churp untuk ke tayangan pertama teater Shear Madness yang diadakan di PJ Live Arts, Jaya One yang terletak di Petaling Jaya. Memang happy sangat sebab fana dapat jadi orang pertama yang tonton pada malam tersebut. Teater tersebut ditayangkan sepanjang 26 November sehingga 7 Disember 2014 ! Korang cecepat pergi beli tiket tau. Sebab apa? Sebab memang best gila!

Jadual pementasan Shear Madness


Shear Madness menceritakan mengenai seorang pemain piano terkenal yang bernama Isabel Fernandez telah mati dibunuh sebelum sempat mengadakan konsert beliau. Isabel tinggal di tingkat atas bangunan kedai yang mana terletaknya salon milik Tomy dan Chanel.

Di hari kejadian, cuma ada Datin Schubert, Mr. Eddie, Inspector Soon dan Sarjan, Tomy dan juga Chanel. Siapa yang bunuh Isabel? Masing-masing mempunyai watak tersendiri dan susah jugak untuk kami sebagai penonton nak jangka siapa pembunuh sebenar. Apa pun, keenam-enam suspek sangat bijak sembunyikan agenda masing-masing.




Watak Tomy yang paling menyerlah sebab bagi fana dia merupakan watak utama yang sangat kelakar! Walaupun nampak aje dia yang paling gelabah, tapi dalam hati fana macam timbul sikit rasa macam dia la pembunuh sebenar. Yelah, sebab dia yang paling sakit hati bila piano Isabel berbunyi. Macam tak suka sangat. 

Chanel pulak merupakan seorang beautician yang garang tapi seksi. Beliau merupakan orang yang paling rapat dengan Isabel. Antara tanda-tanda yang membuatkan suspek menganggap Isabel dibunuh kejam oleh Chanel ialah bila sepucuk surat dijumpai oleh Inspector Soon. Dalam surat tersebut ada memberitahu Chanel pernah memberikan khidmat manicure and pedicure kepada Isabel sempena Krismas tahun lalu. Suspek lain juga menuduh Chanel ingin membunuh Isabel kerana duit! Kerana Chanel mungkin mahukan wang Isabel.

Chanel, Tomy, Mr. Eddie dan Datin Schubert dikuarantin di dalam salon tersebut kerana mereka disyaki membunuh. Apa yang lebih menarik, teater ini juga bukan sahaja mempersembahkan lakonan mengikut skrip semata-mata. Tapi, setiap pelakon membawa watak secara spontan! Fuyoooo. Respect! Diorang siap berinteraksi dengan penonton lagi. 

Waktu proses mencari tertuduh, Inspector Soon memainkan watak dengan sangat berkesan. Beliau meminta kesemua suspek melakonkan semula setiap gerak-geri yang berlaku di dalam Salon tersebut. Eh, apesal tak pasang cctv je ha? Next time, salon pun kena pasang cctv okay? Hahaha. So, semasa lakonan semula tu, kitorang sebagai penonton boleh angkat tangan dan argue jika suspek lupa lakonkan semula gerak-geri yang berlaku sebelum tu.

Nampaknya penonton semua sangat sporting dan hafal apa yang dilakukan oleh kesemua pelakon tu! Hebat kan? Tahniah. Maknanya teater ni tak boring! So, penonton boleh ingat satu persatu lakonan yang dilakukan oleh mereka. Sebab apa tau, sebab dari mula ada je punchline yang diberikan sampai kami penonton gelak tak henti-henti.

Mula-mula ada seorang penonton ni macam argue la semua benda kan, lantang sangat suaranya. Sekali pusing rupanya pelakon komedi Louisa Chong! Hahaha. Semua penonton gelak bila Louisa Chong asik bangkang je lakonan semula tu. Lama tak nampak beliau. Oh, fana nampak kelibat si fashionista juga, RNadia Sabrina. Hihihi

Sampai satu tahap, Inspector Soon melakukan sesi undian melalui penonton. Beliau meminta penonton supaya vote siapakah suspek utama pembunuhan tersebut. Fana vote untuk Tomy! Sebab bagi fana, Tomy merupakan seorang yang sangat licik. Nampak je kelakar, tapi dia macam ada agenda yang tersendiri. Malangnya, ramai penonton vote untuk Chanel. Mungkin watak garang Chanel tu terlalu obvious sebagai seorang pembunuh. Watak yang sangat garang dan emosi.

Jawapannya memang Chanel yang bunuh Isabel. Oh tidak, sebenarnya pementasan ini dilakukan berdasarkan pemerhatian penonton. Teater ni dah bawak kami semua kepada satu situasi dimana kita semua kena berfikir dan melakukan tugas seperti seorang polis. Siapa yang kita perhatikan mempunyai bukti paling kukuh itulah si pembunuh. Dan, untuk pementasan Shear Madness yang pertama, penonton telah memilih Chanel sebagai seorang pembunuh berdasarkan pemerhatian penonton sendiri. 

Faham tak? So, malam tu Chanel yang penonton pilih, dan jika malam seterusnya penonton pilih Tomy, maka pementasan akan berakhir dengan Tomy la sebagai pembunuh! Based on audience's vote. Maknanya setiap pelakon dah pun prepare watak masing-masing jika dipilih penonton sebagai pembunuh Isabel Fernandez. Daebakkkk! Rasa macam diri ni dah terjebak dalam satu crime scene. Ala-ala CSI gittewww! 

Korang yang akan pergi menonton Shear Madness nanti, silalah pilih siapa yang korang rasa ada gaya macam seorang pembunuh ye. Sebab apa, undian korang menentukan siapa pembunuh sebenar. Pembunuh berada dalam tangan korang. Apa lagi? Cepat beli tiket!

Thank you Churp Churp for the tickets! Siapa tak happy dapat tengok first show kan? Hihihi. Simple outfit je untuk hari tu sebab baru balik keje. Nasib baik tempat keje dengan PJ Live Arts ni sekangkang kera je. Hewhewhew.



p/s : He drove all the way from Putrajaya and fetched me up at PJ8 just for Shear Madness Malaysia! Thank you babe!




Buy your tickets here :



xoxo,
fana

23 November 2014

Resepi Apam Polka Dot

Assalamualaikummm..




Bebudak lelaki masa sekolah dulu selalu perlekehkan fana. "Kau reti ke masak?" "Eee, dah besar pun tak reti masak.". Hahaha. Sekarang bila fana upload gambar apa yang fana buat, semua macam tak percaya. Tula, dulu gelakkan fana lagi. Hahaha. Tapi, fana sikit pun tak ambik hati sebab fana memang jarang masuk dapur dulu. Fana dibesarkan dalam keluarga yang adik beradik perempuan ramai. Fana ada mak yang sangat rajin masak. So, memang takde peluang langsung kitorang adik beradik nak masak. Kalau mak fana demam pun, akak-akak fana la yang akan ambik alih. 

Sekarang ni, minat fana terarah kepada buat kek dan kuih-muih. Masak lauk-pauk tu boleh la sikit-sikit tapi tak pro la kan? Hehehe. Fana suka tengok rancangan Cake Boss, My Kitchen Rules dengan Masterchef. Sedikit sebanyak fana rasa minat nak buat apa yang diorang buat tu. Fana pun belajar la sikit-sikit. Kadang-kadang fana akan tanya mak sebab mak fana selalu ambil tempahan kuih-muih sejak fana kecik lagi. Mak la yang akan bagi petua macam mana nak bagi kek lembut, kek tak bentat, berapa lama nak kukus, nak bakar dan sebagainya. 

Hari ni fana rasa rajin pulak nak kongsikan minat fana yang terbaru ni iaitu kuih apam polka dot. Fana suka buat apam polka dot sebab fana suka tengok kecomelan dia. Geram sangat bila tengok dia naik lepas kukus tu. Pastu dia warna-warni pulak kan? Asik tersenyum je bila tengok apam polka dot yang fana buat menjadi. Ehem, akak fana dah dua kali buat tak menjadi okay. Hahaha. Fana buat jugak menjadi. Nak tahu rahsianya? Jom baca respi apam polka dot dari fana k.


Resepi Apam Polka Dot


Bahan-Bahan :

3 biji telur ayam gred A (disimpan dalam peti ais)
1 sudu kecil esen vanila
200 gram gula halus (gula aising / gula pasir dikisar)
250 gram tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan teh susu segar Dutch Lady
1 sudu kecil ovalette
Pewarna makanan Star Brand





Cara membuatnya :



Mula-mula pukul telur, gula dan esen vanila sampai kembang, bertukar menjadi warna putih dan berbuih. Sebab apa kena pukul sampai kembang? Sebab kek atau apam akan jadi lembut dan gebu bila kita pukul telur dan gula sampai betul-betul kembang.

Adunan telur dah kembang



Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Make sure tepung tu dah siap campur baking powder sebelum masukkan dalam adunan telur tadi. Jangan la masukkan semua sekaligus, takut telur yang kembang tadi terkejut pulak. Banyak tau pantang larang nak buat kek ni. Habis masukkan tepung, masukkan ovalette dan akhir sekali masukkan susu segar. Blend la sampai sebati. Tak payah blend lama sangat lepas dah masuk tepung. Nampak sebati pun dah cukup.


Lepastu, dah siap la adunan korang. Sekarang bahagi la dua untuk buat warna pulak. Warna ni ikut suka hati korang nak buat warna apa. Fana suka warna yang terang. Nampak cantik je. 



Masukkan sikit dulu adunan.


Masukkan jem. Ikut la perisa apa yang korang nak. Fana letak jem strawberry.


Selepas dikukus selama 15 minit, jadi kat bawah nilah hasil dia. Comel kan? Walaupun polka dot fana tu nan hado bentuk dia!





Okay, ni fana nak kasi tips sikit la kan?

Tip pertama : Jangan guna bekas yang basah untuk buat adunan. Make sure bekas korang tu kering. Jangan la malas nak lap. Sebab pantang larang dalam buat kek tak boleh guna bekas yang ada air.

Tip kedua : Ovalette tu korang masukkan selepas masuk tepung, sebab kek korang akan jadi lembut dan gebu je. 

Tip ketiga : Untuk elakkan hanyir, telur tu kalau ada ketulan putih, korang kena buang. Orang panggil tu mata dia. Benda tu la yang buat hanyir sebenarnya.

Tip keempat : Adunan first tu, letak sikit je, kalau letak banyak nanti adunan atas jadi sikit, so jem korang akan keluar menembusi kek selepas dikukus. Dah rosakkkkk.

Tip kelima : Gunakan plastik piping untuk buat polka dot dan juga masa isi jem, Memudahkan dan mencepatkan proses.

Tip terakhir : Kalau tudung periuk kukus korang jenis yang cepat takung air, korang balut dengan kain supaya wap air tu akan meresap pada kain dan tak kena kek. Kalau tak, rosak kek bila air jatuh kat dia.

Selamat mencuba ! =)

Search #apampolkadotfana di Instagram



Untuk tempahan :
Whatsapp : 017-4342950 (fana)


xoxo,
fana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...