TABUNG

30 November 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

SAMSUNG GALAXY NOTE




NIKON D3100




















What is Wordless Wednesday ?
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

21 November 2011

:: Jom Ngundi Blogger-Blogger Terhebat Kat Nuffnang!! ::

Assalamualaikum..


Hai korang. Hahaha. Tak de keje lain minah sekor ni. Hari-hari muka engko je yang ngupdate blog ye. Takpe takpe, selagi ada yang sudi masuk ke blog aku ni, selagi tu la jejari kontot ni akan menaip. ;))


Aku memang tengah semangat bola sekarang ni tapi ada satu benda yang aku nak ajak korang buat nih. Apa kata blogger ramai-ramai vote untuk bloggers yang bertanding untuk NUFFNANG ASIA PACIFIC BLOG AWARD 2011. Untuk blogger yang tolong iklankan iklan-iklan Nuffnang mesti tahu pasal award ni kn?


So, aku dengan sangat baik hati lagi mulia ni, nak ajak korang yang ada akaun Nuffnang untuk vote! Yeaayyy! Yang bestnye, Blog  BEAUTIFULNARA milik Abg Nara pon tercalon ok! Gempak kn?? Untuk korang yang perlukan pertolongan macam mana nak vote, jom aku tunjukkan caranya ye.


STEP 1

Log in akaun Nuffnang korang.. Nanti korang akan nampak kt atas profile korang tu ada gambar macam ni.





STEP 2

Korang klik je dekat gambar tu. Nanti korang akan pegi ke senarai calon-calon blogger kita. Senarainye macam ni.




Ada duabelas kategori kn? Nanti korang klik je dekat senarai-senarai tu setiap satu.



STEP 3


Nanti akan keluar senarai blogger yang tercalon dalam kategori tersebut macam ni.



Yang kat atas ni senarai blog yang tercalon untuk kategori "Best Lifestyle Blog" . Hahaha. Korang pilih la sendiri ye mana blog yang korang rasa layak.


Aku nak jugak pegi majlis ni nanti kat Hotel Mariott Putrajaya. Tapi, nak meng'update' entry pasal My Nuffnang Story tu macam malas je. Banyak assignment nak kena siapkan ni. Huhuhu.


Ok lah, aku harap korang teruskan mengundi blog-blog yang hebat tu. ;)) Undi setiap hari taw!



p/s : Bila aku nak pemes macam depa? ^_*

19 November 2011

:: Pencarian Model Calosa Malaysia ::

Assalamualaikum.


Memandangkan hari ni hari Sabtu. Sabtu is a relax day!! Yeaayy! Aku memang agak busy dengan assignment, group project, test!! Oh! No men. tapi masih menyempat nak update blog kn? haish!


Aku bukan nak mengomel banyak pon, aku cuma nak ajak korang yang cun-cun kat luar sane tu untuk join contest ni. Aku ni memang dah lama simpan cita-cita nak jadi model tapi belu masanya kot. hihihi. So, aku nak bagi korang peluang dulu untuk join contest ni ok?


Caranya sangat mudah. Hadiah pon sangat lumayan u'olls!! Jom tengok ni ok?

SYARAT PENYERTAAN :






* Perempuan

* Berusia 18 - 35 thn

* Berperwatakan menarik & Berkeyakinan tinggi

* Pelanggan Calosa By Muslimah Couture Online Boutique

 
CARA PENYERTAAN

* Anda dikehendaki untuk bergambar dengan memperagakan busana daripada Calosa-Muslimah Couture .


* Bagi yang belum memiliki koleksi busana daripada Calosa-Muslimah Couture anda dikehendaki untuk

membeli koleksi busana drpd Calosa-Muslimah Couture secara online ataupun datang ke Calosa-Muslimah Couture .


* Uploadkan 3 keping gambar terbaik anda(close up ,half,full) memperagakan koleksi busana drpd

Calosa-Muslimah Couture di fanpage Calosa-Muslimah Couture beserta maklumat yg diperlukan :

- Ukuran Badan

- Tinggi

- Berat

- Pekerjaan

- Umur

-kod baju

-Referral : ??

-Emailkan resit/invoice pembelian ke helpdesk.muslimahcoture@gm​ail.com (inform nama id fb anda)



Gambar anda akan diupload di dalam album Pencarian Model Calosa-Muslimah Couture Malaysia pada tarikh yang telah ditetapkan.



TARIKH UNDIAN BERMULA & TAMAT
KUMPULAN 1 - 1 OCTOBER 2011 - 30 OCTOBER 2011
KUMPULAN 2 - 1 DISEMBER 2011 - 31 DISEMBER 2011
KUMPULAN 3 - 1 FEBRUARY 2012 - 2 MARCH 2011





Jika maklumat yang diberikan adalah palsu ,secara automatik anda akan tersingkir drpd menyertai program ini.



Anda digalakkan untuk hadir sendiri ke pejabat pemasaran Calosa-Muslimah Couture untuk bergambar bersama koleksi busana drpd Calosa-Muslimah Couture yang telah anda beli dimana sesi photoshoot ini adalah percuma khas buat pelanggan Calosa-Muslimah Couture yang ingin menyertai pencarian model Calosa-Muslimah Couture Malaysia.

JURI

* Manager from Calosa - Muslimah Couture Malaysia

* Manager from Calosa Indonesia

* Panel yg dilantik oleh Muslimah Couture Malaysia


KUMPULAN 3



* Tarikh Hantar Gambar 1 Disember 2011 - 31 January 2012
* Tarikh gambar di upload Dan mula undian 1 Febuari 2012
* Tarikh Tamat undian 2 Mac 2012









HADIAH-HADIAH





PEMENANG UTAMA(1st)
  • Percutian di Jakarta 3 hari 2 malam tajaan bersama Calosa Indonesia.
  • Voucher Calosa bernilai RM300
  • Jus Delima untuk kesihatan drpd Turkey tajaan deliously organic
TEMPAT KEDUA
  • Percutian di Jakarta 3 hari 2 malam tajaan bersama Calosa Indonesia.
  • Voucher Calosa bernilai RM200
  • Jus Delima untuk kesihatan drpd Turkey tajaan deliciously organic
TEMPAT KETIGA
  • Percutian di Jakarta 3 hari 2 malam tajaan bersama Calosa Indonesia.
  • Voucher Calosa bernilai RM100
  • Jus Delima untuk kesihatan drpd Turkey tajaan deliciously organic


LAIN-LAIN HADIAH 

TOP 3 REFERRAL( x 3 kumpulan)
  • voucher bernilai RM100
 

TOP 3 HIGHEST VOTE ( x 3 kumpulan)
  • 1 sesi Photoshoot percuma untuk memperagakan koleksi busana drpd Calosa-Muslimah Couture
  • voucher bernilai RM100



UNTUK MAKLUMAT LANJUT

35-1-1 jalan medan PB4,

pusat bandar seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi
*berdekatan ARIANI bandar baru bangi

atau klik link di bawah :

atau 

(FB page)


Selamat mencuba ye kawan-kawan. ;))


p/s : entah bila aku dapat jadi model nih? 





18 November 2011

Naturactor MEIKO Terbaekkkk !

Assalamualaikum...


Hari ni fana tak berapa ber'mood' sangat nak update blog disebabkan hal-hal yang tertentu. Tapi, fana sangat baik hati sebab nak tolong korang yang belum tahu apa kebaikan Naturactor Foundation ni. Ramai sangat yang tanya fana tentang naturactor ni walaupun fana sendiri baru je beberapa bulan pakai naturactor ni.


Kalau yang belum taw macam mana rupa naturactor foundation ni. Meh sini fana tunjukkan kat korang supaya penerangan fana menjadi lebih jelas dan mampu menyelesaikan masalah korang.


Bentuk dia sangat kecik macam yang kat atas ni. Comel je. Mudah nak bawak pegi mana-mana. Korang beli la span petak yang tebal tu untuk sapukan kat muka korang. Ala, span tu berlambak-lambak, kat mana-mana pon ada jual. e.g : SASA, Watson, Guardian even kedai makcik bedah pon ada kot. ;))

Span yang fana gunakan untuk sapukan Naturactor : Span Untuk Naturactor

Ok, naturactor ni ada kod masing-masing. Sama je macam korang beli compact powder korang kan. Semua ada kod untuk sesuaikn dengan colour kulit korang. Fana pakai kod 151. Sesuai untuk kulit Asia. ;))



Nampak tak gambar kat atas ni? Kan ada beza colour dia. Colour-colour tu untuk setiap colour kulit pengguna. Kalau yang berkulit gelap pakai yang kod cerah memang kelabu la muka tu nanti kn. Silap-silap orang cakap hantu gomak pulak. hihihihi


So, pilih la korang punya kod masing-masing. Ha, fana nak cakap pasal advantages pulak. Naturactor ni tak macam liquid foundation yang korang pakai tu. Tak jugak macam stick foundation yang fana pakai sebelum ni. Naturactor ni lebih ringan, tak rasa melekit, tak membuatkan kulit berminyak dan sangat selesa. Rasa macam korang pakai bedak je.


Tu yang membuatkan fana melekat terus dengan naturactor ni. Yang fana pakai sekarang jenama MEIKO. Product from Japan. Fana cuma sapukan kat muka, ratakan and then sapukan sikit loose powder. Jangan sapu compact powder taw. Nanti terover sarat pulak muka korang. Cukup la sekadar pakai loose powder. Beli la kat SILKY GIRL! ;))




Apa tunggu lagi? Bertukar la kepada MEIKO NATURACTOR.! Sangat selesa. ;)) Hikhikhik. Macam nak promote iklan berjuta-juta je fana ni kn?

Nak beli naturactor online? KLIK SINI .. Kebiasaannya fana beli RM30 sahaja! Selamat mencuba ye kawan-kawan. Kalau nak tengok hasilnya macam mana jum tengok gambar-gambar fana kat FACEBOOK.



14 November 2011

:: Dulu dan kini ::

Assalamualaikum..


Entry yang kedua untuk hari ni. Hahaha. Tetiba teringat kat MYSPACE aku yang dah tumbuh lalang tuh. Dulu laman sosial yang aku ada MYSPACE la satu-satunya. Sekarang dengan FACEBOOK





FORMSPRING la.....




Lepas tu blog lagi kn. So, aku rasa MYSPACE tu da patot aku masukkan ke dalam tong sampah. Maaf ye. Selepas hampir 30 minit aku mengorek-ngorek isi MYSPACE aku tu, akhirnya jumpa banyak sangat gambar-gambar masa muda-muda dulu..


Masa aku tengah dok meng'download' gambar-gambar kat MYSPACE tadi ade lagi rupanya makhluk yang aktif kat situ. Pelik dan hairan jugak. Walau macam mana pun, MYSPACE dah up to date da sekarang ni. Banyak pembaharuan. Good Job. Aku rasa, MYSPACE boleh dikategorikan sebagai microblogs kot. ;))


Jadi, selepas berhempas pulas aku meng'download' gambar-gambar kat MYSPACE, ni hasilnya.

Ni gambar yang aku edit habis-habisan la..hahaha


Yang ni teknik ape kejadah aku guna pon aku tak tahu..hehe


Dulu muka aku teruk gila dengan parut jerawat..ish3..malu sungguh!


Gambar dengan die pon ade.. aku lupe da nama die ape..ngeh3.


Dengan Tam masa Jom Heboh taon bile pon aku tak ingat.

Aku memang tak suka tengok gambar aku pakai tudung macam ni..haha


Sekarang aku dah semakin berani, dan boleh dikatakan pandai jugak la nak dress up kn. Aku selalu tengok fashionista-fashionista kat dalam internet and kat luar yang cantik-cantik tu. Dari situ aku cuba padan dan suaikan pakaian yang aku pakai.











Alhamdulillah, segala pujian yang aku terima tu semuanya bukan milik aku, tapi Allah. Kalau ada yang bagi nasihat atau teguran tu aku terima sebagai pengajaran yang mematangkan diri aku..


Terima kasih korang yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Nanti ada masa aku update lagi ok! ;))
Byeeeeeeee !

:: Aku dan Hidup Baru ::

Assalamualaikum..

Whoa.! Hari ni merupakan hari merehatkan diri selepas seminggu memintal-mintal badan kat umah di KL..Now, aku dah kembali ke umah sewa yang sangat aku rindu ni. (rindu ke??) Apa-apa pon kena persiapkan diri untuk kembali memulas otak yang semakin kecut ni.


Pagi tadi kelas BELL dan HUMAN COMM dah bermula. Sepatutnya ada kelas ECONOMICS pulak pukul 6 karang tapi lecturer tak ade. Mungkin belum puas makan daging korban agaknya. Hahaha.


Macam biasa la kerja aku dengan housemate aku, kalau kelas tak ada, kitorang akan menghempaskn badan ke atas katil...dummmmmm! and lelapkan mata untuk beberapa jam. Esok ada TEST OFFICE AUTOMATION!! Tidakkkkk!! Malam ni kena stay up ke? Oh! Kesian la otak dan mata aku.



Nak tak nak kena gagahkan jugak kan? Kesian mak bapak kita hantar masuk U, sediakan duit beribu-ribu tapi kita main-main. Jangan jadi anak yang tak mengenang jasa orang tua ye kawan-kawan. ;))



Untuk sem 1 ni, aku rasa otak aku belum berikan komitmen yang penuh lagi untuk pelajaran. Aku pon tak taw kenapa la otak aku ni bengap sgt kn?


Untuk bebudak yang nak amik SPM hari ni, aku ucapkan semoga berjaya. Jangan lupa doa dan mintak restu banyak sikit dari parents and cikgu-cikgu..;))


Untuk entry hari ni aku share gambar-gambar istimewa sejak aku di UiTM Seri Iskandar, Perak!



Bergambar dengan Ain masa hari pertama kelas bermula.


Fakulti kami indah dan segar mata memandang.

Study Economics before masuk kelas.


Masakan paling special yang kitorang pernah masak. Ikan Bawal Sweet Sour.

Sayur goreng warna warni..heee

Setakat ni aku tunjuk yang tu dulu ok. Nanti aku hupdate lagi. Sorry la tangkap gambar sume pakai handphone murah je kott. Tu yang kelabu-kelabu gitu. Huhuhu


Aku nak update entry lain pulak ni. Jemput baca ye! ;))

10 November 2011

:: Comel-comel sungguh depa ni!! ::

Assalamualaikum..



 (Sila baca dalam loghat utara)


Hamboi, cek nak habaQ mai ni. La ni dok pemes sungguh budak 4 ekoQ tuh! Hat sorang tu dulu dok masuk rancangan dapat duit sejuta tu. Apa dia tak taw nama rancangan tu. Satu dalam sejuta (cek translate in BM ni) kot. Tapi dia tak menang pun. Tu yang pi cari KRU kot. Laih-laih (last2) buat kumpulan, nyanyi ramai-ramai. Haaa..tu diaa!


Ramai sungguh haih kawan-kawan cek dok tergila-gila kat depa ni. Depa dok kata la yang budak-budak 4 ekoQ ni handsome kemainnn. Bukan handsome apa, jambu ayaQ (air) kott. Hahaha


Agak-agak hampa taw dak sapa dia yang cek dok crita ni? Meh cek nak perkenai kat hampa naa.. Tunggu sat cek upload gambaQ depa ni.




















Haa..Tuu diaaaa. Betoi dak cek habaQ? Handsome kn? Hat yang nama dia konon-konon ONE tu nama dia masa masuk realiti tV tu RIZU. Hampa pon kenai aih..


La ni dok tgh pemes lagu depa BERDUA BERSATU tu. Cek pon pantang dengaQ lagu tu mula la melalak ikot nyanyi skali..Hamboi. ;))


Hampa nak lirik lagu ka? Ni cek ada mintak kat pakcik Google tak sat. Dia kata : " Hang orang yang ke 1000 dok copy lirik lagu ni. " Hamboi pakcik Google, untung laaa. Masyukkk.!


BERDUA BERSATU


Kenapa cinta kita

Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku

Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu





Jika denganmu salah                                              
Kutak mahu yang benar

Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur

Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Mai la pakat nyanyi no.. Cek harap depa ni teruih (terus) maju dalam industr seni ni. Cek tak mau tup tap tup tap diam pulak. Tak syok la kan. BiaQ la kekai (kekal) dalam dunia seni ni. 
Cek penat dah haih dok cakap lagu ni. Harap hampa suka entry ni. Terima kasih la no sudi baca. Terharu ni. Bye! ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...